Followers

Sunday, 5 February 2012

Zaid Ibrahim masuk PAS?......ahlan wa sahlan...

Mat Sabu kata Zaid mungkin ditawar bertanding atas tiket PAS dalam PRU13 yang akan datang bergantung atas permohonan dari Zaid sendiri atau pun dari parti PAS. [sumber .]

Sebagai ahli di peringkat bawah......saya hanya mampu kata, "Tolonglah.....jangan pisang berbuah dua kali.....cukuplah Berahinnnggg sorang 'kencing'kan kita."

Orang PAS masih lagi ingat, Zaidlah yang menyaman Kerajaan Kelantan kerana Hudud yang kemudiannya beliau tarik balik.

Walaupun beliau memberi penjelasan yang panjang lebar seperti di sini, tapi di peringkat akar umbi.....kami ada sedikit tawar hati dan hambar dengan beliau.

Tetapi.....jikalah ditakdirkan Zaid masuk PAS......Ahlan wah sahlan.

al-brangionline:

Udah 'pupus' ke winnable candidates dalam PAS?

Udah serik.......main pinjam-pinjam kerusi nih.....