Followers

Wednesday, 8 February 2012

Tak mungkin kain ter'selak'......yg pasti helaian kertas akan terselak satu demi satu.....

Shahrizat Abdul Jalil bercuti untuk cari ketenangan dan ilham bagaimana nak jawab kalau SPRM men'jemput'nya nanti.

Memang betul kau......bila balik dari cuti degan bertukat imej bertudung (harap-harap berkekalan), hari ini beliau dipanggil di SPRM.

Dipercayai perjumpaan itu bersabit dengan skandal National Feedlot Corporation, yang didakwa melibatkan anggota keluarganya di mana ia dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail, suaminya sendiri. [sumber .]

Nak tahu jawapan yang standard yang mungkin terpancar dari mulutnya besok......?....."Ermmm, satu perjumpaan yang mesra dan SPRM bertindak amat profesional.....tiada kenyataan diambil dan tiada langsung soalan yang berkisar kisah NFC."......inilah jawapan yang biasa kita dengar apabila orang-orang VIP bersemuka dengan SPRM.

al-brangionline:

Saya percaya SPRM akan berada dalam situasi selesa kerana setelah berimej bertudung begitu takkan 'selak-menyelak' kain atau 'sinsing-menyinsing' lengan berlaku.......alahai.....

Yang pasti terselak ialah helaian kertas siasatan.....satu helai demi helai.