Followers

Monday, 20 February 2012

Pramugari gah di angkasaraya tapi 'rebah' dengan hanturaya

Gambar hanya sebagai hiasan

Makhluk 'halus' seperti jin, toyol, pelesit, polong.....hanturaya dan seumpamanya memang wujud.

Kekadang sestengah manusia 'kasar' yang hilang pedoman Agama akan mempergunakan 'makhluk halus' tersebut untuk melempiaskan nafsu serta dendam kesumatnya.

Pramugari janda beranak sorang ini telah didatangi 'hanturaya' untuk 'menemani'nya tidur.

Secara kebetulan kejadian ini berlaku setelah beliau bercerai dengan suaminya yang juga seorang pranugara.

Selain kejadian 'jahat' ini......beberapa perkara anih yang berlaku ialah beliau telah bertunang sebanyak 3 kali tapi kesemuanya terkandas di tengah jalan.

Bunyi anih dan kemunculan lembaga anih sering menggangu sebahgian jadual kehidupannya terutama waktu melabuhkan badan di kamar tidur setelah kepenatan berada di udara dan perkara yang sangat-sangat dikesali tanpa kerelaannya dan tanpa diiringi dengan 'perasaan' ialah kisah hantu raya menidurinya.

Ikuti kisahnya DI SINI .

al-brangionline:

Saya amat memahami perasaannya kerana saya pernah diganggu makhluk halus dari spesis toyol yang meng'lari'kan duit setiap malam selama beberapa bulan.

Amat resah......dan diantara tujuan mereka yang 'melepas' toyol inilah ialah untuk menimbulkan perasaan resah di antara ahli keluarga yang di akhirnya mereka mengharap keluarga menjadi pecah-belah.

p/s

Hanya kesabaran.....beramal mengikut apa yang diperintah dan yang dilarangNYA serta berdoa, berikhtiar dan bertawakkal sahaja kepadaNYA dapat membebaskan kita dari belenggu mistri ini.