Followers

Thursday, 2 February 2012

PAS yg 'senak-perut' atau Hasan Ali yg sudah ter'cirit'?

Pemecatan Hassan Ali PhD daripada PAS bukanlah perkara baru......sebelum daripada ini ada beberapa ahli PAS yang hebat-hebat pun 'keluar'...ter'keluar' atau di'keluar'kan......bahkan Presiden PAS (Allahyarham Dato' Asri Muda) sendiri pernah terkeluar dari PAS...begitu juga dengan Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS pun pernah ter'keluar dari PAS.

Bila nama yang 'hebat-hebat' ini ter'keluar' dari PAS......InsyaAllah PAS menjadi bertambah kuat...mantap dan tidak pula hidup merempat dan saya tidak menafikan juga mereka yang sudah ter'keluar' pun tidak juga hidup merempat atau mengemis di kaki lima Umno bahkan kehidupan mereka lebih tenang dan bersenang linang kerana setiap patah cakap mereka ditimang-timang oleh Umno.

Buktinya Hasan Ali PhD mampu menjelajah beberapa negeri dan katanya akan menjelajah ke seluruh pelusuk kampong dan negeri......satu-satunya bekas ahli PAS yang sanggup buat begitu.....tabik spring untuk mu Hasan Ali PhD.....mampu menyediakan khemah secukupnya, PA system, lampu, pengawal keselematan, makanan dan minuman dan saya yakin berkemungkinan mendapat permit polis (satu perkara yang PAS patut salute pada orang-orang bijak pandai seperti Hasan Ali yang berPhD ni kerana PAS selalunya susah nak dapat permit).

Begitu jugak dengan Nakhaie Ahmad yang pernah dilantik menjadi YDP Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Jadi kita tidak hairan samada PAS 'meninggal'kan atau 'mengeluarkan' mereka atau sebaliknya mereka 'meninggal'kan atau ter'keluar' dari PAS......kedua-dua pihak tidak rugi atau dalam bahasa orang berPhD.....win-win situation ha ha ha jangan tersalah sebut pulak nanti malu kat orang-orang cerdik pandai berPhD......cuma yang hairan lagi ajaib kenapa si Hassan Ali PhD ni...satu-satunya bekas ahli PAS yang sanggup menjelajah untuk menyerang balik PAS bagaikan seorang isteri dalam 'pantang' sedang 'meroyan-royan'?

Biasanya kalau dalam sesuatu per'gaduhan' pada zaman kecik-kecik dulu kanak-kanak yang terasa rugi samada ia kalah dalam game ke atau kalah bercerita ke atau kalah dalam ber'pakai'an ke akan mengungkit-ungkit...menangis2...menginjak-injak kaki dan akan berdendam sehingga hajatnya tercapai......

Tapi dalam hal ini...Hasan ali adalah seorang yang belajar sampai peringkat PhD...tak ramai anak Melayu berjaya begitu...beliau tahu mana data-data yang viable...data-data yang mentah...data-data yang separuh masak (kata orang Terengganu dok pok)...data-data yang masak...data-data yang ikt Islam..yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya.....takan beliau tak boleh membeza ye?

al-brangionline:

PAS yang 'senak-perut' atau Hasan Ali yang dah ter'cirit'? Sila baca Di SINI .