Followers

Sunday, 12 February 2012

Pak Bhai Karpal Singh mem'bangang'kan intelektual serta me'londeh'kan inteligennya......alahai.....

Pak Bhai Karpal Singh sudah lupa ke......bagi orang Islam yang menganut Islam, beraqidah dengannya, mengamalkan Islam adalah sebahagian dari hak asasi manusia sejagat.....dan dalam masa yang sama Islam sendiri tidak memaksa memaksa orang bukan Islam untuk menganut Islam.

Berilah kebebasan dan hak kemanusiaan kepada kami untuk kami mengamalkan Agama kami.....kami juga warga Malaysia...warga dunia...kami juga tertakluk kepada hak asasi dan kebebasan sebagaimana kami menghormati cara hidup agama lain.

Pak Bhai Karpal selalu bercakap dalam bab hak asasi dan kebebasan manusia tapi yang peliknya orang Islam mesti ikut kehendak dan fahamannya.

Kami tidak pernah bantah atau menyekat orang bukan Islam untuk mengamalkan perkara-perkara yang Islam larang......kamu mahu makan 10 kilo sehari daging babi, silakan.....kamu mahu minum arak 10 tempayan sehari lantak kau oranglah.....

Pakatan Rakyat patut duduk semeja dalam hal ini....jangan hanya tafsiran Pak Bhai Singh sahaja yang betul dalam mentafsir setiap undang-undang.....jangan sampai kami naik meluat dengan DAP dek kerana setitik nila hingga rosak susu sebelanga.

Kami menghormati kepakarannya dalam undang-undang tetapi tidak semua perkara Pak Bhai Karpal sahaja yang betul.....dalam berpolitik Pak Bhai jelas mem'bangang'kan intelektualnya serta me'lodeh'kan intelijennya.

al-brangionline:

Ingat Pak Bhai Karpal Singh......Islam dan orang Islam tidak menentang hak asasi dan kebebasan kemanusiaan......tetapi dalam Agama Islam, ada beberapa syarat dan pantang larang penganutnya mesti patuhi.....serupa juga dalam DAP....ahlinya pun ada pantang larang yang perlu dipatuhi agar ahlinya tidak kurang ajar.....kalau berdasarkan hak kebebasan bersuara, kenapa ada ahli DAP kena hadap badan disiplin? [sumber .]

Rujukan DI SINI dan DI SINI .