Followers

Sunday, 19 February 2012

Kisah benar......parasit yg menakutkan kononnya ber'hantu'

Dulu semasa kecik-kecik, apabila balik dari mengaji Al-Quran di Pondok Tok Fakir (tempat YB Adun Bangi Dr.Shafie Abu Bakar mengaji pondok), saya selalu menangis bila kakak serta saudara mara yang lebih besar berlari laju meninggalkan saya di belakang apabila melepasi pokok jenis di atas yang 'menenggek' di pokok durian......kata mereka, "hantu...hantu...hantu".......suasana sekeliling ketika itu memang menakutkan dengan sunyi dan semak samun.

Semasa itu saya tidak faham apa itu 'parasit'......sekarang perkataan 'parasit' di'hidup'kan kembali oleh Hasan ali PhD.

Sifat 'parasit' memang me'nakut'kan kerana pokok yang ia menumpang akan terbantut peng'hidupan'nya.....samada akan menunggu masa untuk mati atau terencat proses pengeluaran buahnya kerana 'zat' yang ada padanya disedut oleh 'parasit'.

Di SINI ada cerita menarik tentang 'Bila Dedalu Kian Membesar' dan juga cerita kononnya di Kelantan pun ada banyak dedalu atau parasit menggangu-gugat proses 'tumbesaran' PAS Kelantan seperti dilaporkan DI SINI .

al-brangionline:

Baru aku faham rupa-rupanya parasit a.k.a pelesit yang sebenar adalah mereka yang suka men'jenama'kan seseorang dengan pelbagai 'spesis'.

p/s pokok di atas dibeli dari Orang Asal Jerangau.....berkembang biak sekarang