Followers

Sunday, 26 February 2012

Kenyataan Media dari Pulau Melaka : Penting!

Anda tentu masih ingat dengan Saudara Abdul Ariffahmi bin Ab. Rahman suami kepada Nik Amalina binti Nik Abdul Aziz?

Ya. beliau adalah anak menantu kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi mangsa fitnah oleh mereka yang berniat jahat untuk mengaibkan TG Nik Aziz lebih daripada untuk 'mengena'kan beliau sendiri.

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh kerana aibnya turut terpalit kepada seluruh sanak saudara.

Tetapi Allah SWT menyayangi beliau serta menyayangi TG Nik Abdul Aziz khususnya dan PAS Kelantan amnya......akhirnya kebenaran terserlah di pihak Saudara Abdul Ariffahmi bin Ab Rahman apabila beliau didapati bersih oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM semasa bertugas sebagai CEO di Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd. (PMBK) dan PPO menyatakan kes siasatan telah pun ditutup.

Sila ikuti Siaran Media yang di petik dari blog Nik Amalina seperti DI SINI .

SIARAN MEDIA

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamamualaikum dan salam sejahtera

Marilah kita semua mengucapkan setinggi syukur kehadrat Ilahi diatas segala nikmat yang telah dicurahkan semenjak dilahirkan ke dunia sehingga ke detik ini. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang telah menyempurnakan amanah dalam menyampaikan risalah Islam untuk dinikmati semua makhluk di seluruh alam semesta.

Saya telah dihubungi oleh ramai kawan melalui pelbagai saluran semenjak semalam sebagai respon kepada keputusan yang dibuat oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM. PPO yang mewakili SPRM bersidang semalam telah membersihkan nama saya daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa semasa berada di PMBK dengan menyatakan kes siasatan telahpun ditutup.

Berita mengenai perkara ini juga telah dilaporkan dalam buletin AWANI dan beberapa portal berita serta blog pada hari ini Jumaat, 24 Februari 2012.

Saya ingin menyatakan setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah swt kerana telah membebaskan saya daripada tuduhan penyalahgunaan kuasa yang disebarkan, seterusnya membersihkan nama saya dari persepsi negatif semenjak kes ini berjalan.

Sememangnya siasatan kes ini memakan masa yang agak panjang, semenjak September 2009 dan melibatkan banyak pihak yang bersangkutan. Alhamdulillah saya sentiasa tenang dalam menempuh dugaan ini. Penantian untuk mendapatkan keputusan kes yang dilihat tergantung sepanjang tahun 2010 dan 2011 mungkin juga kerana dipengaruhi oleh pelbagai faktor politik, terutama musuh PAS, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum akan datang.

Keputusan kes ini juga memberikan saya ketenangan yang lebih sempurna dalam merancang kehidupan kami sekeluarga dengan lebih baik.

Dikesempatan ini juga saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutama ayahanda Tok Guru dan kedua-dua bonda di atas doa berterusan untuk kesejahteraan saya sekeluarga. Tidak lupa kepada kawan-kawan yang sentiasa memberi sokongan dan sentiasa yakin bahawa saya di pihak yang benar.

Terima kasih yang teristimewa kepada isteri saya yang tercinta kerana sentiasa berada disisi saya di saat sukar dan memberi sokongan yang bermakna dalam hidup saya.

Akhir sekali, saya mendoakan semoga apa yang berlaku selama ini mampu mematangkan saya dalam menempuh kehidupan pada masa hadapan. Apa yang lebih penting, dengan keputusan terbaru ini ianya secara langsung dapat membunuh segala persepsi negatif hasil dari adu domba dan gelombang fitnah terancang oleh pihak tertentu ke atas saya.

Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan hidayat dan berkat Allah swt jua.

Ir Abdul Ariffahmi Bin Ab Rahman

24 Februari 2012

Pulau Melaka