Followers

Sunday, 26 February 2012

Kemelut di Kedah: Nak tau sapa 'hantu raya'nya?

Gambar hanya sebagai hiasan

Apa yang berlaku di Kedah taklah sekepoh...sekecoh yang digambarkan oleh media pencacai.

Ia menjadi kononnya sensasi apabila hari-hari ia digembar-gemburkan oleh puak-puak pencacai untuk nak habaq pada orang-orang kampong di pendalaman Padang Terap...di pendalaman Baling seolah PAS akan berpecah pada bila-bila masa.

Semua orang tahu tuan pada 'hantu raya' yang suka buat kecoh.....buat hingaq ni berasal dari Gunung Ledang, suka berselempang merah dengan keris 'bogel dua bilah bersilang......Depa akan pastikan 'hantu raya' ini malam-malam terbang ke Gunung Jerai untuk teropong apa yang berlaku.....siang hari pulak sebelum matahari naik melantak pulak di Chan Sow Lin.

Inilah kerja-kerja busuk 'hantu raya' yang akan berkeliaran di seluruh pelusuk tanahair.

Bagaimana nak melemah longlaikan 'hantu raya' ini?

Nak hamburkan pulut kuning dengan hati kambing hitam mentah?

Tak payah......tunggu saja selepas PRU13......'hantu-raya' ini akan kekeringan hingga menyeronging taringnya ke langit.

al-brangionline:

Jangan asyik nak meng'HIJAU'kan bumi Kuantan hingga Kedah menjadi kelabu asap.

p/s [Sumber DI SINI mungkin berkaitan dengan kiasan di atas]