Followers

Monday, 13 February 2012

Bayar balik RM250 juta tak selesai masalah weh......alahai Nazri.....

Nazri Abdul Aziz menyingkap ke'kurang-cerdikkan'nya dengan menasihatkan Shahrizat bayar balik RM250 juta kepada Kerajaan tanpa perlu letak jawatan......katanya itulah penyelesaian terbaik.

Satu keaiban yang amat besar bagi orang Umno nak letak jawatan......pantang datok nenek mereka.

Mereka akan letak jawatan hanya dengan alasan "kesihatan"......tapi bila difikir-fikirkan memang betul pun......bukan ke mereka ni semuanya "sakit-sakit".

Al-merapu Nazri tu ingat Kerajaan ni koperasi ke?......mohon loan...bayar loan bulan-bulan gitu?

Teringat satu kes di ofis lama dulu.....seorang pemandu dapati sebuah kenderaan milik Kerajaan bawah kendaliannya hilang.....akhirnya beliau dikenakan surcharge...bulan-bulan bayar......inikan RM250 juta bukan sikit duit yeop.....duit itu di'salah-urus' ke atau tak tahu urus ke atau ber'kepentingan' urus ke atau terlebih urus ke......biar SPRM yang tentukan dan rakyat buat penilaian samada tindakan yang diambik berpadanan dengan jumlah duit.

Kalau Shahrizat mampu bayar balik sekali pun......kita semua angkat topilah kerana sudah tentu lebih dari 50 tahun SEBELUM beliau dilahirkan lagi, orang tuanya sudah dibuat tabungan.

al-brangionline:

Mana ada sejarah orang Umno letak jawatan kerana "sesuatu" hal......kalau ada pu Tun Musa Hitam...itu pun kes merajuk dengan Madey.

p/s

Zoo Negara sedang mencari spesis kucing bertanduk......alahai.....

Ikuti kisah Nazri merapu seperti DI BAWAH ini :

Menteri Pembangunan Wa­nita, Keluarga dan Masya­rakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dinasihatkan supaya membayar balik RM250 juta yang dipinjamkan kepada syarikat milik keluarganya untuk menjalankan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abd Aziz yang menasihatkan demikian berkata, itu adalah penyelesaian terbaik bagi masalah berkenaan tanpa perlu Shahrizat meletak jawatan. “Beliau tak perlu letak jawatan. Apa yang paling utama, kembalikan semula wang itu kepada kerajaan,” katanya. Nazri berkata, dengan penyelesaian seperti itu, kerajaan masih boleh meneruskan projek NFC. “Tetapi selepas ini, adalah lebih baik dijalankan secara tender terbuka bagi mengelak masalah hal yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Larian Ria di pekarangan pejabat Umno Bahagian Padang Rengas di sini, semalam.