Followers

Sunday, 12 February 2012

Badan Kehakiman jadi takut disebabkan Mahathir (yg 'penakut') - kata bekas Hakim

Bekas Ketua Hakim, Tun Mohd Dzaidin Abdulah berkata, mahkamah-mahkamah Malaysia hari ini telah akur kepada kehendak ahli-ahli politik dalam cabang eksekutif kerajaan dan ia berpunca daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hakim yang bersara itu menegaskan, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

Pada tahun 1988, President Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh Dr Mahathir perdana menteri ketika itu.

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan. [sumber .]

al-brangionline:

Umno/BN perlu di'tumbang'kan dalam PRU13 jika mahu kembalikan badan Kehakiman ke era sebelum 1988.

Tetapi jika rakyat masih berpuas hati dan selesa mendapat bantuan sekali seumur hidup atau 5 tahun sekali serta teruja mendapat T-shirt dan topi sudu, nasi politerin duit rokok dan duit minyak setiap kali pemimpin 'besar' datang tabur janji maka selagi itulah pemimpin besar makin 'besar' kepalanya.