Followers

Friday, December 23, 2011

We know what u did last Ramadhan......Awas kalau-kalau terlebih PAS dari PAS

Awas kalau si folan bila dia bercakap berdegar-degar.....berbuih-buih mulut macam nak putus urat marikh...hinggakan ternganga orang ramai kerana terlalu asyik mendengarnya.....akhirnya tak kemana si-folan itu.

Berhati-hati kalau si folan bila dia bertindak dia seolah-olah pahlawan Jabal Jerai (bukan Jabal Uhud.....air kaki pun amat jauh nak sama)...sentiasa mendahului jemaah.....bertinadak berseorangan...hinggakan terpukau orang terbanyak kerana hairan akan kehebatanya.....akhirnya gugur juga di medan ciptaannya...tak kemana-mana si folan itu.

Terbukti dalam sejarah perjalannan PAS......lihat kepada 'Raja Ronggeng' dalam pesta joget lambak Umno di Parlimen...bertindak mendahului jemaah...kononnya nak meraikan orang Umno di Parlimen...masihkah kau ingat akan 'Raja Pemidato Songkok Tinggi' yang lebih nasionalis dari nasionalis Umno?.....jangan sesekali lupa akan perbuatan 'Raja' segala 'Raja-Katak' yang sanggup 'kencing' 'serban' PAS Kelantan.....lupakah anda akan si-mamat ber'kopiah' bulat dan sesekali berserban hitam yang sentiasa bertindak mendahului jemaah dan yang lebih malang lagi ada jugak pahlawan di sempadan Kelantan dengan Terengganu, pernah di'simpan' di Kemunting (ISA) akibat 'terlebih sudah' bertindak dalam jemaah.....semuanya tersungkur.....melompat kepanasan atau di'singkir'kan dari jemaah.

Maka benarlah akan kata-kata......memang sentiasa wujud kemuncup 'melekat' dalam perjalanan.....jika kita asyik memikirkan kemuncup yang melekat untuk disikat buang, maka terencatlah perjalan kita yang masih jauh.

PAS perlu mengorak langkah dalam memikul amanah yang berat ini.

Di Bangi pun ada wujud sorang dua yang bercakap berdegar-degar...bertindak melebihi jemaah...akhirnya nak tunjuk kehebatannya, beliau menulis surat kepada parti untuk keluar dari PAS...kalau nak keluar, keluar ajelah...tak payah nak tulis-tulis suratlah syeikh.

al-brangionline:

Saya masih teringat 'What I did last Raya.....saya terdampar di Klinik Az-Zahraa kerana bengkak kaki teramat sangat hinggakan berpapah dan berkerusi roda.

Artikel ini amat menarik juga untuk dibaca.

p/s

Bila kemuncup melekat di seluar kekadang terasa geli dan gatalnya kaki......ha ha ha

Wednesday, December 21, 2011

Isu Negara Berkebajikan: Maaf Datuk Hassan Ali......kami tidak bersama mu

Kalau ada orang bertanya saya, agak-agaknya ada keperluan atau tidak PAS Pusat mengambil tindakan ke atas beberapa individu PAS Selangor yang menjadi punca ke atas berlakunya sedikit kegawatan sekarang?

Saya akan jawab.....memang ada,.....dan mereka itu ialah YB Saari Sungib selaku Ketua Penerangan PAS Selangor.

Saya tidak mengenali dan tidak pernah berurusan secara resmi atau tidak resmi dengan kedua-duanya.

Saya pernah berselisih dengan YB Saari Sungib dan kami tidak bertegur sapa (saya sombong atau beliau yang sombong.....tak taulah pulak) semasa saya mengikuti rombongan Prof. Dr. Hamirdin yang menyampaikan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir di Batu Pahat pada banjir penghujung tahun 2006.

Manakala Datuk Hassan Ali pula, saya pernah ke rumahnya kerana dijemput oleh Saudara Roslan SMS melaui ruangan komen dalam blog saya.

Saya mengambil peluang lalu ke rumah beliau semata-mata ingin mendapat first-hand news dari mulutnya sendiri kerana ketika itu beliau berada di dalam kemuncak 'kontroversi' dengan beberapa tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh kawan dan lawan......dan hasilnya pada keesokan harinya gambar saya keluar dalam beberapa blog menuduh saya adalah dalam golongan UG......saya masih ingat lagi beberapa blog itu....ada blog yang 'celaka' dan ada juga blog yang berada di atas landasan yang benar.......maaf teman, saya hanya meminjam istilah yang pernah digunakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz ke atas beberapa blog jadian.......tak apa itu cerita lama dan saya tidak berhajat untuk ber'gaduh' dengan sesiapa kerana tidak terdesak.

Berbalik kepada tindakan ke atas YB Saari Sungib dan Datuk Hassan Ali tadi.

Pertamanya, YB Saari Sungib pada hemat saya memang ada keperluan untuk pimpinan PAS Selangor mahupun Pusat mengambil tindakan ke atas 'keceluparan' yang tidak beretika bercerita pasal soal si folan tertentu atau si anu mungkin dicalonkan atau digugurkan dalam PRU13 nanti kerana kata pemutus adalah datang dari PAS Pusat setelah menjalani proses saringan yang teliti bukannya datang dari Ketua Penerangan PAS Negeri.

Keduanya, Datuk Hassan Ali perlu diambil tindakan kerana amat jelas kenyataannya seperti dalam video klip di bawah boleh mencetuskan keresahan di kalangan ahli PAS serta memberi political mileage yang amat menguntungkan kepada Umno......sila amati kenyataannya di bawah:



Apa bentuk tindakan terpulanglah kepada kebijaksanaan Pimpinan.......samada berbentuk teguran lisan atau sebagainya.

Saya amat menghormati Datuk Hassan Ali yang telah membuang segala kemudahan dan avenue yang ada, hingga sanggup masuk menjadi ahli PAS serta berjuang kurang lebih 15 tahun yang lalu dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden PAS Pusat.....sebab itu saya banyak reserved komen saya terhadapnya apabila mendengar berbagai-bagai serangan dari penyokong dan pendokong PAS......tetapi tidak sekarang lagi.

Saya amat hairan (with due respect) samada beliau tidak faham atau buat-buat tidak faham akan dasar perjuangan PAS selama ini......hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui isi hatinya.

Dasar perjuangan PAS tetap tidak berubah dan tidak pernah lari dari landasa seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan PAS......yang berubah hanya pendekatan mengikut uruf, maslahah setempat dan politik semasa selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam......seharusnya beliau selaku bekas Naib Presiden PAS......seorang pemidato...seorang pakar motivasi tersohor sewaktu dulu amat memahami melebihi daripada saya yang serba daif dengan Ilmu Islam ini.

Maaf Datuk......walaupun saya hanya pendokong biasa dalam PAS dan tidak menjadi kudis bagi Datuk dengan ulasan yang tidak seperti ini.....saya tidak ber'sama' Datuk dalam hal ini.

al-brangionline:

PAS perlu mengorak langkah walaupun menghadapi berbagai-bagai karenah dalaman mahupun luaran.

Tuesday, December 20, 2011

Menarik di luar, membarah di dalam......bekas ratu cantik mati barah payudara di usia 28

Bekas ratu cantik, Miss Venezuela tahun 2000, Eva Ekvall, setelah bergelut dengan barah payudara kurang lebih setahun telah meninggal dunia pada usia baru mencecah 28 tahun.

Beliau juga memenangi tempat 'third runner-up' untuk pertandingan Miss Universe pada tahun 2001.

Kisah seterusnya boleh baca DI SINI .

al-brangionline:

Teringat akan Almarhummah kakak saya yang juga bergelut dengan barah payudara selama 2 tahun. Setelah menjalani beberapa siri kimoterapi......'kepanasan' proses itu boleh meleraikan rambut dari kulit kepala helai demi helai. Al-Fatihah untuk Almarhummah.

p/s

Seharusnya biarlah kita cantik zahirnya lebih-lebih lagi dalaman (hati) kita.

p/s

Teringat akan satu parti politi yang nampak gah luarannya tapi membarah (rasuah) dalamannya hanya tunggu masa untuk memburai pecah sikit masa lagi.

Monday, December 19, 2011

Umno Kuala Berang dan kisah Anak Melayu ala-ala Laksamana Hang Tuah ber'cemolot'......'Syabas.....kau mendahului 1Malaysia'.....alahai...


Saya masih lagi di Kuala Berang......setiapa jam 1.0 hingga 2.0 petang dan 4.30 petang hingga 7.0 malam akan ke wad wanita menziarahi emak.

Waktu melawat di sini boleh dikatakan 'strict' dan pernah dihalau oleh 'Mak Guard'.

Jadi sementara menunggu waktu melawat saya mengambil peluang bersembang-sembang dengan pelawat lain yang juga menunggu di luar wad.

Majoriti yang menunggu di luar mengepit 'kitab' rujukan mereka.

Tidak sah kalau sehari berlalu tanpa merujuk pada 'kitab' itu......malah sesetengahnya sudah dianggap wajib terutama yang bertaraf 'ulamak' seperti Pengerusi JKKK dan AJK Bahagian.

Ketika isu si Mamat 'Pahlawan Melayu' lengkap berpakaian seperti Laksamana Hang Tuah lengkap bertanjak, bersamping songket tenunan Melayu ber'cemolot' sesama jantan dalam upacara 'sundal' perkahwinana sesama lelaki, maka 'ulamak' yang berkepit 'kitab' tadi mula berkhutbah sesama sendiri yang di antara isi khutbahnya ialah, "Memalukan Melayu-Islam."....."Buat malu Islam...bukankah Melayu itu Islam...Islam itu Melayu?"

Saya sudah tak tahan sabar.....telinga mula panas dan berdesing lalu terkeluar satu ayat yang amat pedih menusuk kalbu mereka yang mendengar, "Saya bangga anak Melayu sudah berani menunjuk kehebatannya. Inilah Melayu harapan Negara dan Bangsa. Saya rasa Umno, 'perkasa(m?) tentu akan menghadiah sepersalinan songket serta ditabur beras kunyit dan tepung tawar dan air wangi2an bila pulang nanti. Sekarang anak muda ini bukan lagi menjadi contoh anak 1Malaysia malah mendahului zaman."

Terbeliak mata paka-cik-pak cik sekeliling.

Ada seorang pak cik tu bersuara, "Memalukan Islam.....ni mesti kerja pembangkang yang jadi dalang."

Suasana menjadi tegang dan panas walaupun di luar sana hujan masih turun seharian.

Saya menjawab, "Jangan samakan Melayu dengan Islam. Islam tak pernah mengajar umatnya berkahwin sesama jantan malah melaknatnya. Islam tak pernah menganjurkan umatnya berpakaian bak Laksamana Hang Tuah. Islam menggalakkan umatnya berpakaian seperti Nabi SAW jikalau mampu. Islam tidak menggalakan perempuan bertudung 'jambul' bahkan melarangnya....apatah lagi kalau mendedah terus rambut mereka.kalau mendedah dada dan paha lebih-lebih lagilah."

Kelihatan dua tiga orang pak cik mengepit 'kitab' rujukan mereka lalu terus ca alif but...c a b u t .

Saya sempat bersembang dengan anak muda yang tidak berparti dan bertanya tentang 'fenomena' Ustaz Azhar.....rata-rata ramai yang suka kerana kata mereka,"Beliau adalah seorang Ustaz yang memenuhi cita rasa kami kerana Ustaz Azhar memberi kuliah bukannya berceramah politik,"

Saya cuba menjolok sikit, "Ustaz Azhar kan seorang penyokong PAS? Adik selalu ke Surau dengar ceramahnya?"

Mereka menjawab,"Kami tahu dia tu PAS, tapi dia bercakap atas butir (bercakap benar). Kami tak pergi Surau tapi tengok YouTube."

Tapi bila tanya anak muda yang memang penyokong dan pendokong Umno totok, majoriti kata Ustaz Azhar kurang ilmu tapi saya jawab, "Kalau ilmu yang ada pada diri sendiri rasa-rasa boleh menandingi ilmu Ustaz Azhar bolehlah kata gitu tapi kalau solat pun banyak rongak dan kalau solat pun ciput2 waktu nak habis waktu, kita kena belajar menghormati orang lain."......ada dua tiga anak muda Umno yang bersetuju.

al-brangionline:

Sudah masuk 5 hari berada di Terengganu, berbagai-bagai maklumat saya dapat kalau kita rajin men'jolok' dan men'gorek' rahsia Umno dan isihati anak muda.

Saturday, December 17, 2011

Kisah suam2 kuku: Umno Kuala Berang 'rabun' jauh ke 'rabun' dekat?

Baru dua hari berada di Kuala Berang, bermacam-macam cerita kedengaran pasal Umno Kuala Berang......daripada kes spekulasi siapa calon Umno di N23 Dun Kuala Berang hingga kepada P038 Parlimen Hulu Terengganu.

Daripada cakap-cakap orang setempat dan dari sumber dalaman Umno Kuala Berang, sudah hampir pasti penyandang Dun Kuala Berang dan Parlimen Hulu Terengganu akan diketepikan walaupun empunya badan masih inginkannya.

Bermacam-macam cara dilaku untuk mengambil hati pengundi......ini ada kisah menarik.....semalam ketika keluar dari Masjid menunaikan solat Jumaat, kebetulan lalu didepan deretan kedai, kelihatan ramai orang sedang beratur didepan sebuah kedai cermin mata.....berdiri tegak tidak bergerak-gerak.

Saya naik hairan menengoknya.....lebih kurang 10 minit saya menunggu dalam kereta.....tiba-tiba saya nampak seorang polis menjengok keluar.....dalam hati suspen...ada rompakan ke?

Hari ni masih lagi ada orang beratur melimpah ruah hingga ke kaki lima di kedai yang sama.

Bila dikorek-korek terbongkarlah rahsia......rupa-rupanya ada sorang YB sponsor buat cdermin mata untuk pengundi warga emas dengan bajet sekitar RM250.00 sorang.....apabila terlalu ramai penyokong totok Umno datang maka 'kocek' YB jadi panas.....bajet telah dikurangkan dan pihak kedai minta penyokong tambah duit poket sendiri...apa lagi mengamuklah mereka yang datang lambat.....mereka menyumpah2.....itulah perangai Umno yang bermentaliti 'makan -free'.

Satu lagi berita hangat ialah ada sorang YB yang nak menghadiahkan kamus digital untuk anak 'kroni-kroni' JKKK dengan harapan nama YB ini di'puji-puji' di kalangan Umno Bahagian.....untung-untung budi-baik itu dikenang bila pemilihan calon DUN dan Parlimen nanti.

al-brangionline:
Dalam Umno......'berjasa' macamana sekalipun, kalau sudah di'benci' oleh Umno Bahagian.....jasa itu menggelonsor hilang seperti mencurah air atas daun keladi.....alahai.....kesiannya.

Maka sahlah PJ PAS Selangor masih lagi Rani, bukannya Saari mahupun Khalid

Umum masih lagi keliru siapakah Persuruhjaya PAS Selangor sebenarnya.

Sekarang sahlah PJ PAS Selangor masih lagi disandang oleh Dr. Abdul Rani Osman......bukannya Saari Sungib mahupun Khalid Samad seperti DI SINI .

al-brangionline:

Teringin sangat nak dengar sebarangan 'Penerangan' tentang perkembangan serta harapan PAS Selangor dalam PRU13 nanti dari Saari Sungib selaku Persuru.....h......ooopppsss maaf sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor.

Thursday, December 15, 2011

Ibu ku masuk hospital......juga kisah menarik Umno Kuala Berang

Saya tiba di Kuala Terengganu pagi tadi......hujan turun lebat sekali.

Setelah berserapan terus balik ke Kuala Berang menuju ke Hospital Daerah Kuala Berang..

Bila tengok keadaan emak mampu tersenyum walaupun masih lagi kelihatan letih dan lemah, perasaan saya yang sedih tiba-tiba bertukar sedikit gembira.

Sekarang waktu melawat sudah agak ketat sedikit.....tidak seperti dulu, jadi selepas tamat waktu melawat, saya sempat keluar mencari 'teh dan pulut lepa (pulut panggang).

Bermacam-macam cerita boleh dengar dari meja berdekatan berkait dengan keadaan politik semasa di Kuala Berang khasnya dan Malaysia amnya.

Dengar cerita orang Umno Kuala Berang mungkin bertukar selera PRU13 nanti.

Dengan nada yang kuat mereka secara 'terang-terang' akan menolak Adun Kuala Berang (Umno) sekarang, Cik Gu Awi jika dicalonkan lagi.

Mereka juga akan menolak Tengku Putra jika diletak sebagai calon Dun Kuala Berang.

Tengku Putra pernah di'sembelih' oleh Derih Jusoh dalam PRU12, 2008 dulu dan sekarang sedang meng'intai-intai' kawasan selamatnya di DUN Telemong dan DUN Kuala Berang......tapi masalahnya DUN Telemong tidak akan dilepaskan oleh Rozi Mamat Exco Belia dan Sukan.

Turut mengintai DUN Telemong ialah seorang taukeh besar berbadan besar di Kuala Berang.

Apa-apa pun dari cakap-cakap orang kuat Umno Kuala Berang.....Umno masih tercari-cari 'winannble candidate' dan sehingga sekarang masih kosong.....sememangnya Umno sudah makin pupus pemimpinnya.....mampukah majoriti undi Umno/BN sejumlah 1,592 boleh dikekalkan.....atau akan berkurangan.....atau terus terbalik 'kot'.....ha ha.

Untuk makluman PAS pernah menguasai DUN Kuala Berang dan paling terakhir ialah dalam PRU10, 1999.

Kisah duit 'bantuan PRU13' RM500 juga menjadi isu......ramai yang pulang balik borang yang diedarkan oleh JKKK kepada 'kroni' mereka [walaupun pendapatan mereka melebihi RM3000.00 (perkara biasalah tu kalau beri Umno buat 'kerja')] kerana mereka takut dikejar oleh LHDN dan yang peliknya JKKK sendiri yang menakut2kan mereka.....ntah apa muslihatnya.

al-brangionline;

Harap semua sahabat yang mengenali diri saya melalui blog ini dapatlah apa kiranya turut berdoa agar ibu saya beransur pulih.

Dan jangan lupa juga berdoa agar DUN N23 Kuala Berang beralih tangan.

Wednesday, December 14, 2011

PRU13: Pakatan bersedia TANPA Anwar?

Adakah Pakatan Rakyat bersedia dari segi mental dan fisikal dalam menghadapi PRU13 menentang Umno/BN nanti tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim?

PRU13 kali ini dijangka sengit......'Polling' dan 'Counting Agent (PACA) dijangka ber'peluh' mengenalpasti pengundi yang masuk bilik saluran mengundi adalah orang yang sama dengan namanya yang terdapat dalam daftar pemilih dan pengunaan Borang 11 dijangka tak cukup tangan mengisinya kerana dijangka ramai 'hantu-hantu' masuk bilik saluran mengundi untuk mengundi.

Selama tempoh berkempen Pakatan dijangka berentap hebat secara fisikal kerana awal-awal lagi Umno sudah minta bantuan dari 'Perkida'......yang mana sifatnya sama macam samseng pemuda tahan lasak Umno sekitar 1970-80an dahulu.

Saya bertanyakan adakah PR bersedia menghadapi serta mengharungi PRU!# tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti?

Ini kerana laporan DI SINI membawa kepada persoalan itu timbul.

al-brangionline:

Apa-apa pun, perjuangan mesti dan tetap diteruskan.

Tuesday, December 13, 2011

Lebih Melayu dari Melayulah pulak......alahai.....

Saidina Omar Al-Khatab (Radiallahuanhuma) pernah berkata, “Kita ini adalah orang-orang yang paling hina lalu Allah memuliakan kita dengan Islam. Kalau saja kita mencari kemuliaan pada selain Islam maka Allah akan menghinakan kita lagi…”

Kesian kat Pak Syeikh kita ni, tak habis-habis dengan 'Melayu'nya......dia ni semacam lebih Melayu dari Melayu padahal kita ni menjadi mulia dan dihormati kerana Islamnya (mengamalkan setiap juzuk Islam......kalau tak mampu laksana semua...jangan tinggal semua dan Islamnya kita bukan setakat solat,puasa,zakat,haji semata-mata) bukan kerana bangsanya.

Islam tidak terbatas hanya kepada kelompok bangsa-bangsa tertentu.

Anda ikutilah sendiri DI SINI ......malas nak berlebih-lebih...dah tak larat.

al-brangionline:

Kipas jangan tak kipas Timbalan Presiden dan Presiden Umno awak tu......ka ka ka

Monday, December 12, 2011

Tahniah Chef Riz-Ana Dahlia......gambar perkahwinan disertakan

Tahniah diucapkan kepada Chef Riz atau nama penuhnya Mohd Nadzri Redzuawan yang telah sah menjadi suami kepada pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana Mastura Jaafar tepat jam 12.20 tengahari 11 Disember 2011.

Saya mengabadikan berita ini di sini kerana merasa bersyukur percintaan kedua-dua selebriti ini berakhir dengan pernikahan yang sah......tidak sesetengah artis di Malaysia yang bercinta mcam 'nak rak' dan ber'kawan' sebebas-bebasnya tanpa ikatan yang sah.

Juga kerana saya amat meminati rancangan MasterChef Malaysia walaupun hanya tahu memasak air panas, nasi dan telor mata......ha ha ha merendah diri nampak.....yang mana aura Chef Riz, Chef Otai Zubir dan Chef Johari menghidupkan rancangan realiti tersebut.

Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

al-brangionline:
Teringat akan satu-satunya anak bujang saya yang sebaya dengan Chef Riz......bila lagi gamaknya......

Sunday, December 11, 2011

Semenjak bila Utusan jadi jurucakap PAS Selangor?

Pemimpin datang......pemimpin pergi.....itu adalah fenomena biasa dalam politik.....yang pentingnya dasar perjuangan jangan berubah seperti berubahnya kepimpinan.

Pendekatan...metodologi.....approach dalam perjuangan boleh berubah mengikut kehendak setempat tapi dasar perjuangan biarlah kukuh bertapak tidak berganjak.

Tujuan posting dibuat bukan untuk membela atau menyokong tindakan ke atas Datuk Hassan Ali tetapi mempersoalkan bagaimana tajuk akhbar pencacai itu boleh berbunyi "Hassan Ali digugur"......konotasi sebegitu memberi gambaran seolah-olah ia sudah pasti.

Jika Utusan membuat spekulasi sudah tentu tajuk itu akan mempunyai tanda soal (?) di belakang "Hassan Ali digugur".....ini bermakana tajuk berita itu seolah-olah sudah pasti dan sudah mendapat pengesahan dari PAS Selangor tentang pengguguran Datuk Hassan Ali itu.

Bagaiamana mungkin Utusan boleh mendapat berita sesahih itu dari blogger pencacai Umno hatta dari blogger pencacai PAS atau pencacai yang self-proclaimed penyokong Pakatan Rakyat?

Jadi saya merasakan ada permainan wayang dari segelitir atau beberapa kerat dalam PAS Selangor sendiri yang membocorkan rahsia parti kepada akhbar pencacai.

Jika senarai calon wakil PAS yang akan bertanding dalam PRU13 nanti sudah diputuskan oleh PAS Selangor, ia seharusnya menjadi rahsia parti sehingga mendapat pengesahan oleh PAS Pusat.

Maka amatlah tidak beretika dan amat malang sekali jika ini berlaku.

Ahli PAS Selangor seharusnya faham mainan politik Umno......batang tubuh Hassan Ali tidak penting.....yang penting ialah kelangsungan PAS di Selangor.

Umno menggunakan ke'kontroversi'an Hassan Ali untuk mengadu domba sehingga PAS Selangor berpecah.

Umno menggunakan nama Hassan Ali kononnya layak menjadi jambatan perpaduan di antara Umno dengan PAS dan apabila Umno melihat kurang berjaya maka sekali lagi Umno menggunakan kononnya Hassan Ali digugurkan dari PRU13 dan ini nampak semacam berjaya kerana ada blogger PAS yang termakan sumpitan-racun Umno ini sehingga menghina Datuk Hassan Ali.

Selaku pendokong Gerakan Islam seperti PAS, biarlah kita meraikan kemasukkan seseorang ke dalam PAS dan dalam masa yang sama kita melepaskan seseorang yang akan digugurkan dengan penuh hormat dan mengenangkan jasa-jasa mereka, bukan dengan herdik dan cacian kerana perbuatan itu adalah saling tak tumpah seperti Umno.

al-brangionline:

Pemimpin datang dan pergi......yang penting perjuang tetap diteruskan.

Janganlah emosi serta dendam kesumat menyelubungi anda.

Saturday, December 10, 2011

Jika Umi Hafilda bertembung dgn Azmin di PRU13......sapa terpilih...sapa pulak merintih?

Semalam adik kepada Timbalan Presiden PKR, Ummi Hafilda Ali kata dia tidak tolak kemungkinan bertanding dalam PRU13 nanti jika dia dicalonkan. [sumber .]

Saudara Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR sudah pasti akan bertanding.

Kedua-duanya adalah 'winnable candidates' mengikut kacamata parti politik masing-masing.

Kedua-duanya amat terkenal dalam lanskap politik Malaysia......kedua-duanya sedang rancak pusing keliling satu Malaysia berceramah sana-sini.....cuma yang bezanya, satu sudah bekeluarga manakala satu lagi masih 'dara' (katanya).

Jika nak buat gempaq lagi, temukan mereka berdua di DUN Bukit Antarabangsa......pasti hangat......sapa tertegak.....sapa terdampar.....sapa berdiri megah.....sapa pulak tersungkur.....terserah kepada rakyat buat keputusan dengan syarat tanpa bantuan 'haram' dari 'banglindon' (bangla+indon=banglindon).

Jika ini menjadi realiti mungkin ia menjadi sejarah tersendiri......sebelum ini kalau tak silap saya pernah berlaku pertembungan adik beradik di DUN Kuala Berang di mana Dato' Ahmad Sidi mewakili Umno/BN berentap dengan abangnya (adik beradik berlainan bapa...saya lupa namanya) yang mewakili PAS.

Dalam politik sebarang kemungkinan akan berlaku......bagi saya jika ia berlaku tiada apa yang nak digembar-gemburkan kerana ia berlaku bukan kerana pertentangan di antara adik beradik.....ia terjadi kerana pertembungan di atas dasar dan prinsip perjuangan.

al-brangionline:

Sejarah pertama pertembungan adik beradik ialah di antara Habil dan Qobil.

Sesungguhnya Al-Quran itu hidup di sepanjang zaman...........

PRU13: PKR nak tanding lebih kerusi......pulak dah

Selain daripada kerusi yang dipersetujui bersama PAS dan DAP, PKR nak tanding lebih banyak kerusi lagi dalam PRU13 nanti. [sumber .]

Anda setuju?

Ada orang kata elok jugak kerana kalau ramai yang ter'kehel'......ter'geliat'.....ter'lompat', masih ada cukup baki lagi.

Ada orang kata jika nak berlebih-lebih sangat menggambarkan kegelojohan yang membawa persepsi bermacam-macam.

Ada juga orang kata ada sedikit perasaan cuak yang boleh membawa perasaan curiga-mencurigai sesesama Pakatan.

Harap-harapnya ungkapan 'ada orang kata' itu boleh menjadi bahan untuk kita bermuhasabah kalau kita serius ingin menumbangkan UMNO/BN dan saya yakin kita memang serius dan amat serius.

Bagi saya jumlah yang realistik...yang bermunasabah... yang selari dengan kekuatan yang ada amat memadai......yang penting kesepakatan.....kesetiaan dalam erti kata saling percaya mempercayai (bukan curiga mencurigai) dalam Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO/Barisan diutamakan bukan untuk berbangga dengan siapa yang lebih dominan dalam Parlimen.

Kesediaan PAS dan DAP untuk menobatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (bila menang PRU13 nanti) sudah cukup membuktikan kita amat serius dan setia kepada Pakatan.

al-brangionline:

Sepakat membawa berkat.

Friday, December 9, 2011

Mahathir dan Umno dalam dilema......bukannya Melayu


Apa yang Mahathir duk membebel......tak habis2 pasal Melayu......orang Melayu hadapi dilema baru katanya seperti DI SINI .

Orang Melayu yang yakin bahawa Islam itu tinggi dan tiada apa yang lebih tinggi daripada Islam sudah tentu akan bersama PAS.

Orang Melayu yang benci kepada kezaliman, ketidakadilan sosial di antara kaum sudah tentu bersama PKR.

Orang Melayu yang yakin Malaysia perlu kepada reformasi politik sudah tentu bersama Pakatan Rakyat.

Hanya orang Melayu yang zaman berzaman dalam Umno berada dalam dilema.....keliru.....serba salah.....jumud, takut kepada perubahan.....yang golongan pengikut ala-ala itik serati pulang petang hanya berharap kepada 'gula-gula' manakala yang ber'Mercedes' besar beristeri yang bertudung jambul tetap mengharapkan 'candy' besar untuk melayani life-style yang serba besar.

Golongan Melayu Umnolah yang serba keliru sebenarnya kerana walaupun mendapat didikan Oxford atau Harvard sekalipun tetap bersama Umno kerana tidak berani mengambil risiko sementelah lagi golongan 'itik serati pulang petang'......mereka dimomok-momok'kan bahawa hanya Umno boleh memerintah dan memberi kebahgiaan kepada mereka......inilah dilema dulu, kini dan selama-lamanya.

al-brangionline:

Mantan seorang Perdana Menteri......dia cakap apapun orang nampak semacam bernilai ilmiah yang tinggi......pada hal cakap-cakap begitulah yang membuat Melayu Umno bertambah keliru......maka dinamakan dilema baru......alahai.....

p/s

Bagaimana nak runtuhkan tembok 'khurafat politik' yang Umno duk ber'kubu' dengannya?

'Samang se lagi pulok'......Mad Said bakal jutawan segera?

Mad Said bakal jadi jutawan segera.

Sekarang dia bercadang nak saman Adun Batu Buruk Dr. Syed Azman Syed Ahmad kononnya memfitnah dia berkaitan dengan kontrak pembekalan pakaian sekolah bernilai RM10 juta selama tiga tahun dengan harga oleh pembekal begitu tinggi daripada harga pasaran.

Agak-agak apa yang Mad Said nak buat dengan duit jutaan ringgit kalau dia menang saman itu?

Baru-baru ni Mad Said jugak kata nak saman blogawan yang kononnya memfitnah ditangkap khalwat.

Menang atau kalah dalam bab-bab saman menyaman ni bukan jalan untuk membersih diri dengan Allah SWT......perkara duduk cerita yang sebenarnya hanyalah di antara kita dengan Allah SWT.

Tiadalah pengadilan yang Maha Adil melainkan di Mahkamah Allah RabbulJalil di Negeri Akhirat nanti.

Saya tidak berhajat untuk buat komen dalam duduk cerita yang sebenar kerana kedua-dua empunya diri lagi arif dalam hal itu......mari kita tanya agak-agak Mad Said nak buat 'mende' dengan duit sebanyak itu kalau menang nanti.

Jadi saya nasihatkan pada Mad Said, kalau dia menang nanti tolonglah tengok-tengok lampu limpah Stadium Sultan Ismail Nasirddin Shah yang masih lagi di bawah kepiawaian antarabangsa.

Tolong juga campak-campak sikit duit untuk baiki bumbung Stadium Sultan Mizan yang kurang lebih 2 tahun sudah merudum.......jangan pulak timbul idea nak buat Muzium Bolasepak Terengganu pulak lepas ni.

Dan yang paling utama tolong jemput pakar Islam antarabangsa untuk menyediakan deraf enakmen jenayah kerana pakar Agama dalam Umno Terengganu dan Pusat kata Hudud PAS bercanggah dengan Al-Quran dan Assunnah......tolong jangan ber'kluk-klek' dalam bab Agama wahai Tuan Haji Menteri Besar Darul Iman.

al-brangionline:

Terengganu Darul Iman......semoga rakyat bersama pemimpinnya bertambah-tambah keimanan mereka, Ameen. [sumber .]

Thursday, December 8, 2011

Kepala Umno bersarang taik......apa taknya, replika taik sebagai hadiah pada Guan Eng......alahai.....

Kalau dulu 'sial' penyapu yang dihadiahkan pada kakitangan Kerajaan Selangor di'terpalit'kan pada muka Umno Selangor sehingga demam tak kebah hingga sekarang.

Hari ini Umno hariaaa Pulau Pinang mem'persembahkan replika 'taik' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang......moga penghinaan dari mereka yang berotakkan 'taik......berfikir 'taik'......ber'mimpikan-taik'.....ber'keperibadian-taik'.....ber'keterampilan-taik' akan terpalit segala baunya...warnanya...ainnya pada 'pemuka-pemuka' 'taik' selepas PRU13 nanti. [sumber .]

al-brangionline:

Petanda buruk pada Umno......rupa-rupanya akan ber'akhir' dengan 'taik' selepas PRU13 nanti.

Itulah mentaliti Umno.....mentaliti taik...seks...rasuah...fitnah...lembu(kepala lembu dan segala isi perut lembu)...selak kain-singsing lengan...aduh busuknya...

p/s

Semoga Allah SWT mencampakkan Hidayah kepada Saudara 'taik' ini yang bernama Mohamed Ghani Abdul Jiman......bersegeralah beristighfar kepada Allah RabbulJalil yang menjadi seadil-adil Hakim di Negeri Akhirat besok wahai saudara ku.

Wednesday, December 7, 2011

Hassan Ali tolong jangan layan S.O.S pencacai Umno jika masih sayangkan PAS!!!


Datuk Dr. Hassan Ali dipohon......diminta jangan sekali2 melayan kehendak pencacai Umno......tolong jangan sekali2 bertindak sehingga orang akan kata hidung tak mancung...pipi pulak tersorong-sorong.

Umno mengharap sangat2 ada seseorang yakni PAS mencampakkan boya untuk menyelamatkannya......sesungguhnya Umno sedang 'meneguk air' dan dalam kelemasan.

Kaki Umno tidak mencecah dasar......arus pula sangat deras.....sebelum ombak tsunami PRU13 tiba, Umno mengharap sangat-sangat boya penyelamat.

Pencacai Umno mengharap Hassan Ali menjadi orang tengah agar PAS menghulurkan tangan untuk menyelamatkan Umno dari terus hanyut oleh 'arus' yang deras......JIKA Hassan Ali menerima tugas yang teramat HINA ini maka jangan marah kalau ahli PAS memberi gelaran terbaharu iatu 'barua' terhormat.

Sila baca selanjutnya DI SINI .

al-brangionline:

Kerana takut kuasa hilang......maka di'tebal-badakkan' kulit muka......alahai.....

Monday, December 5, 2011

Suamiku lagi muda dan tegap......kuat dan???

Suami saya lebih muda dan tegap......lagi kuat.....hebat dan menyengat (itu saya tambah).....bukan......jangan marah......

“Memang foto lelaki yang tersebar di Internet itu suami saya tetapi bukan Musa Hassan.....selebihnya sila baca DI SINI .

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang mendakwa dirinya berkahwin dengan seorang penyanyi dalam perkahwinan gilang-gemilang bernilai RM15 juta.

Menurutnya, isteri beliau, Puan Sri Juriah Ahmad tidak terkejut dengan khabar angin tersebut kerana mengetahui perkara itu tidak benar.

"Dia tahu saya tidak akan berkahwin dengan sesiapa saja kerana saya sentiasa bersamanya. Saya hanya ada seorang isteri, empat anak dan enam cucu. Selanjutnya sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Penyakit orang Melayu suka fitnah memfitnah......kerana pemimpinya pun lebih hebat dari itu dalam hal fitnah memfitnah......cuba tanya mangsa fitnah DSAI.....seluruh kaum keluarganya menanggung aib

Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Selak tak selak kain.....tak ada maknanya...baik belah aje

Hang singsing lengan ke......hanga selak kain ke...hang tetap jatu liabiliti pada Umno.......Umno jadi macam tanggung biawak hidup kerana hang.

Kalaulah betul hang jadi selak kain......lagi-lagi bertambah berat Umno nak 'pikul' malu.

Hari tu Bung Mokhtar suruh hang letak jawatan......hari ni rakan hang yang kat Cheras tu, Syed Ali Alhabsee pun suruh hang berundur cara terhormat(?).

Cuba hang pikiaq tengok lepas pada pekena cucok kodok petang ni, hang ni agak-agaknya calon winnable ke tidak......hang jangan tunggu bos nomboq satu suruh hang berundur, buat malu aja.....dahlah dulu hang dilantik jadi Menteri ikut pintu belakang.....sekarang keluaqlah ikut pintu depan tapi kalau-kalau rasa malu baik hang keluaq ikut pintu belakang.....hang habaq kat media hang bahawa hang ada masalah kesihatan untuk meneruskan kerjaya hang sebagai politikus.

al-brangionline:

Kalau di Jepun spesis macam ini sudah lama letak jawatan.

[sumber .]

Sunday, December 4, 2011

Umno sudah lama minum 'oolong-tea' berendamkan 'seluaq-dalam' soi lek......alahai.....

KUALA LUMPUR, 4 Dis — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia . Selanjutnya sila baca DI SINI .

Umno dan Perkasa(m?) sudah terminum 'oolong tea' yang berendamkan 'seluaq dalam' soi leck?

Semua terkelu lidah.....terkedu.....tiba-tiba jadi bisu bila Islam dipersenda begitu.

Wahai Umno, campak dulu perbezaan ideologi politik dengan PAS ke tepi......buktikan anda sayangkan Islam......takkan tiada sekelumit perasaan benci mendengar ungkapan yang jelas mempersendakan Islam dari rakan sekutu begitu?

Wahai pengundi di luar sana fikirlah dengan akal yang luhur......tengoklah dengan matahati akan gelagat rakan sekutu Umno yang angkuh ini.....bertindaklah dengan iman yang suci, Umno/BN perlu ditolak dalam PRU13 nanti.

Percayalah......ungkapan sebegitu akan mempercepatkan Umno dan sekutunya 'sesak nafas' dan terus merudum dalam PRU13 nanti, InsyaAllah.

al-brangionline:

Kenapa soi Lek berani begitu?.......Kerana dia faham rakan kongsinya pun sama berfahaman begitu.

p/s

Telunjuk lurus......kelingking berkait.

Saturday, December 3, 2011

Najib.....Presiden Umno yang keliru?......alahai.....

Keliru atau blurr?????

[sumber .]

[sumber .]

al-brangionline:

Najib......Presiden Umno yang keliru?

Dalam satu masa dia suruh PAS tinggalkan DAP kononnya DAP parti yang rasis......tetapi dalam masa yang lain dia juga mengaku Umno juga bergantung pada sokongan daripada kaum lain......bila sebut kaum lain sudah pasti kaum Cina, India dll yang sebahagianya adalah penyokong DAP.....

p/s

Ini bukan keliru lagi dah.....ini blurr namanya......alahai

Friday, December 2, 2011

Acah Mak Enon...gempaq.....gimik.....alah lawak 10 sen je tu...

Tiga pelakon di atas bersedia menarik diri dari bertanding dalam PRU13 akan datang. Ini diumumkan dalam satu sidang akhbar selepas perasmian Per­him­pun­an Agung Umno 2011 oleh Presidennya semalam. [sumber .]

Boleh percaya ke?

Hang jangan tertipu......ada syarat dari mereka.....apa syaratnya?

Syaratnya ialah jika bos nombor satu mereka mikirkan yang mereka itu tidak lagi mampu jadi calon yang boleh menang.....bermakna dalam bahasa tersiratnya jika bos nombor satu mikirkan mereka masih lagi menjadi winnable candidates......maka ayatnya akan ikut berubah menjadi......"aku hendak sangat-sangat bertanding".

Itu dinamakan ayat acah Mak Enon......atau gimik politik.....atau buat-buat gempaq.....atau test market.....atau dalam bahasa budak Tadika Kemas, lawak 10 sen......

Perasannya deme.....deme ingat deme tu muka boleh menang?

Dasar jejaka(?) perasan......alahai.....

Umno udah jadi caca merba sekarang......singsing lengan baju macam Mak Dara dalam filem Melayu.....nak selak kain.....main acu-acu keris.....memekik melolong.....gelagat badut.....kejap Hadhari.....kejap Wasatiyyah.....maka benarlah kata orang-orang lama seperti kera kena belacan...tergaruk sini tergaruk sana.....atau dalam bahasa Minah Clubbing seperti kera kena syabu.....ka ka ka...

al-brangionline:

Islam tetap akan menang InsyaAllah......

Thursday, December 1, 2011

Derih Jusoh berundur......selamatkah Mad Said?.....Umno Terengganu tergeliat lagi

Maka berakhirlah era 'gedebe' Derih Jusoh dalam politik Negeri Terengganu.

Berita gembira bagi rakyat Terengganu?

Oh tidak......Siapa pun dari Umno yang mengemudi Terengganu, sama saja.....dasarnya tetap sama cuma yang berbeza hanyalah tahap 'gedebe' dan ke'cerdik'an dan kelicikan politiknya sahaja.

Anda masih ingat akan banner yang direntang oleh penyokongnya yang tertera ayat yang paling 'gedebe', amat jijik dan berbau penderhakkaan kepada Istana hanya semata-mata nak menyatakan hasrat mereka untuk ber'Menteri Besar'kan seorang yang sama taraf 'gedebe'nya dengan mereka?

Terlalu keji untuk memaparkan banner itu di sini lagi.

Sinar Harian melaporkan beliau menyuarakan hasratnya untuk tidak bertanding dalam PRU13 nanti.

Dan cara Zahid Hamidi mengulas semacam mengurut dada tanda puas serta lega melepaskan calon yang bukan dalam definisi 'winnable' oleh bosnya......antara lain beliau berkata.....

“Tindakan beliau sebagai suatu contoh yang baik kepada ahli-ahli Umno selain dapat memudahkan kerja Presiden dan mengelakkan berlaku insiden “retak hati”.

"Lebih ramai lagi yang harus bersifat demikian dan harus munasabah diri untuk melihat jika kita bukan calon yang boleh beri kemenangan,"

Kita amat susah baca isihati seseorang tapi dari bahasa badan kekadang kita dapat menekanya.

Mungkin si-Derih merajuk.

Dalam Umno.....perbuatan merajuk amat bahaya walaupun kita acah-acah je kerana berderet-deret di luar sana sedang mengintai-intai peluang.....kalau tak percaya tanyalah dengan Tun Musa Hitam.

Berkemungkinan juga dia sedih sambil mengurut-urut dada serta ber'muhasabah' diri..."ado ko lagi penyokong ambo nih?"

Kerana bila diteropong-teropong...didapati tiada sorang pun dari 'Geng 10' hadir di Mahkamah sebagai memberi sokongan moral semasa Setpolnya dijatuhkan hukuman penjara baru-baru ini.

Atau pun dia sudah merasa bahang seram sejuk...sesekali terasa suam-suam kuku kerana mahu tidak mahu dia akan keluar masuk Istana Terengganu dan umum sudah maklum bahawa Derih amat gerun untuk mengangkat muka apabila berada dalam Istana nanti dan umum juga sudah maklum bahawa tempoh Tuanku Al-Sultan sebagai DYMMSPB Yang diPertuan Agong akan berakhir tidak lama lagi.

Kalau Derih berundur......maka apa hal nasib juak-juaknya yang dikenali sebagai 'Geng 10' yang sentiasa berkepit di 'celah ketiak' Derih?

Kita akan tengok mereka ini akan bercempera seperti anak ayam kesejukkan kehilangan ibu.

Dengar ceritanya pula, rupa-rupanya dalam 'Geng 10' pulak, ada dua tiga orang yang bercita-cita tinggi nak jadi Menteri Besar yakni nak meng'nyah'kan MB sekarang Mad Said.

Kita kurang pasti samada MB sekarang yang ke'cerdik'an dan kelicikan politiknya terbatas, boleh menghidu dan menyusun strategi lain untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Apa-apa pun Umno Terengganu tetap bergolak menjelang.....semasa.....dan selepas PRU13 nanti.

Besar kemungkinan MB Terengganu akan ber'tukar'......cuma 'colour'nya sahaja kita tidak pasti......Hijau atau Biru.....kalau lagi biru, yang pastinya suhu 'punggung' Mad Said bukan lagi suam-suam kuku.

al-brangionline:

Sudah sampai masanya PAS menggantikan Umno di Terengganu.

Gedebe Kampong Dusun......ter'agak-agak' nak selak kain.....jangan Mak Cik weh.....

Jaguh Kampong Dusun No.1......"Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya. Seterus sila baca DI SINI .

Kakakakaka Mak Cik nak selak kain?......selaklah...rasanya 'lembu-lembu' lari lintang pukang......atau 'lembu-lembu' tak lari langsung kerana 'lembu-lembu' berkata sesama sendiri, 'ish ish ish kepala hotak manusia pun macam lembu jugak.' kakaka...

BERSEMANGAT...Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu
di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Jaguh Kampong Dusun No.2, ala-ala gedebe Sharif Dol......rimau muda mengaum...dahlah kuku patah...taring pulak udah reput......"Dah pernah dalam sejarah Pemuda Umno yang senasib dengan saya. Ada yang sebut Datuk (Zahid Hamidi senasib).

"Tetapi dia dilantik pengerusi BSN, kurang-kurang boleh bagi kad kredit. Saya nak bagi apa pun tak boleh," katanya. Selebihnya sila baca DI SINI .

Rimau muda ni beri tema ucapannya..."Memacu Generasi, Melakar Tranformasi".

Apo bondo tu warih? Agak-agak ahli Umno totok di kaki Gunung Tahan boleh faham ke geromal kau ni......lantak hanglah labu. Boleh juga baca DI SINI .