
Karima el-Mahroug dilahirkan di Maghribi pada tahun 1993 lebih dikenali sebagai '"Ruby the Heart Stealer' atau 'Ruby the Heartbreaker' yang boleh diterjemahkan secara kasarnya sebagai 'Ruby si-Pencuri Hati' atau 'Ruby si-Penggoncang Hati'.
Di lahirkan di dalam kelurga Islam.
Ketika berusia sementah 12 tahun, Karima disiram air panas oleh bapanya apabila beliau membayangkan menjadi seorang pengikut Kristian-Katholik.
Beliau pernah lari daripada rumahnya di Sicily dan menjadi 'penari-gelek-menggiurkan' di sebuah kelab malam di Milan.
Karima El Mahroug dan keluarganya berpindah dari Maghribi ke Italy pada tahun 2003 dan menetap di bandar Letujanni.
Beliau dikaitkan dengan skandal yang dikenali sebagai Skandal Caso Ruby yang dikatakan pernah menjalani perhubungan seksual dengan Perdana Menteri Itali (mantan), Berluconi ketika beliau di bawah umur dan dikatakan di'mandi'kan dengan ribuan euro dan di'baluti dengan emas sebagai imbuhan.
Ketika dalam tempoh 'belaian' Berlusconi, Karima El-Mahroug pernah ditangkap kerana kesalahan 'panjang-tangan' dan dilepaskan oleh polis apabila menerima panggilan telefon dari Pejabat Berlusconi untuk mengelak dari tercetusnya implikasi diplomatik kononnya Karima dikatakan anak saudara kepada Hosni Mubarak.
Tetapi berlainan pula skripnya bila Karima memberitahu akhbar Itali, "Pertama kali dalam hidup saya seorang lelaki tidak membawanya ke ranjang berbanding dengan layanan seorang lelaki lain secara umum. Dia (Berlusconi) bertindak sebagai seorang bapa. Saya bersumpah."
Beliau menafikan wujudnya sebarang perhubungan seksual dengan Berlusconi dan menyatakan Berlusconi hanyalah seorang lelaki yang kesepian dan sanggup membayar apa saja demi berada atau dikelilingi oleh remaja perempuan.
Beliau mencurahkan kehidupannya yang kelam ketika kanak-kanak dalam satu temuramah di stese TV kepunyaan Berlusconi.
“Ketika saya berusia 9 tahun, saya pernah dirogol oleh oleh 2 orang bapa saudara (abang kepada bapanya)."
“Satu-satunya orang yang saya berani menceritakan hal ini hanyalah ibu saya." "Ibu pernah mengatakan......jangan hebohkan...jikalau bapa kamu tahu kamu sudah tiada dara, kamu akan dibunuhnya."
Beliau cuba melupakan peristiwa kelam dan kejam itu.
“I memberitahu rakan sekolah bahawa saya mempunyai keluarga yang hebat dan saya menyamar bahawa saya adalah seorang Wonderwoman.”
Begitulah serba sedikit kisah seorang remaja penari gelek-menggiurkan tapi menafikan beliau seorang pelacur.
Karima menagih belaian dan kasih sayang dari seorang ayah tapi gagal seperi kata-katanya yang amat bermakna, "Dia (Berlusconi) ingin lari dari kesepian dengan membeli kasih-sayang sepertimana keadaan dirinya." "Beliau (Berlusconi) dalam keseorangan dan melawan kesepian sepertimana juga dengan dirinya."
"Saya dibayar untuk mendapat belaian seorang ayah, manakala beliau (Berlusconi) membayar untuk mendapat belaian dari perempuan muda."
Karima selalu menghantar wang kepada bapanya yang ditinggalkan.
Beliau akan berkahwin dengan buah hatinya Luca Rizzo pengurus kelab malam di tempat beliau bekerja dan ingin melanjutkan pelajaran di Genoa dalam bidang psikologi kanak-kanak.
Satu kisah yang saya terjemahkan secara lebih kurang dari
SINI .
KOSMOS juga melaporkan Ronaldo bintang bolasepak Potugal yang pernah menyarung jersi Manchester United dan sekarang menjadi sandaran kelab Real Madrid akan menjadi saksi dalam skandal ini. Sila baca
DI SINI .
al-brangionline;
Agak-agak siapa yang akan menyelamatkan aqidah Karima?
Teringat akan sebahagian dari lirik lagu dari kumpulan 'Raihan'......"Iman tak boleh diwarisi."
p/s
Di Italy seorang mantan Perdana Menteri boleh diheretkan ke Mahkamah......tetapi di mana ya.....dipanggil (sapina) jadi saksi pun tersangatlah liatnya......alahai.....