
Ada seorang Pak Cik yang suka sangat bercakap.
Pantang disuruh orang bercakap......tak kisah apa topiknya, nescaya akan digromalnya berjam-jam.
Penganjur ambil peluang bukan kerana handalnya Pak Cik ni menguasai sesuatu bidang tetapi semata-mata kerana Pak Cik ni masih ada 'pengaruh' ke atas puak-puaknya dahulu.
Kalau suruh bercakap pasal ekonomi, mengalahkan orang bank dunia, pada hal di zaman pemerintahannya, tak kemana pun ekonomi dipandunnya.
Bila ditanya pasal pembinaan, mengalahkan Jurutera Projek Jepun, sebab itu di zamannya banyak bangunan yang 'pelik-pelik' (semata-mata nak kejar glamour.....yang jadi 'gajah-putih pun ada jugak) di arah-binanya.
Kalau mengomel tentang undang-undang, Perlembagaan Negara, mengalahkan pakar Perlembagaan Negara.....rasa-rasanya Prof. Aziz Bari pun menggeleng-gelengkan kepala. Apa tidaknya, Perlembagaan Negara di'rombak'nya hinggakan perkara yang teramat sensitif di'ubah'nya.
Pak Cik ini kalau nak kata jadi nujum pun boleh jugak kerana beliau suka buat ramalan.....beliau pernah meramalkan partinya akan kalah kalau PRU diadakan sekarang.....rasa-rasanya bukan dia sorang aje boleh ramal cam tu...pak-cik-pak cik kat warung kopi pun boleh kata begitu.
Kalau bercakap pasal Islam, semua Mufti tunduk 'malu' padanya mengalahkan Prof.Dr. Yusuf Ar-Qaradawi. Dia boleh merepek-repek berjam-jam menghentam itu tak betul ini silap.....itu tak boleh laksana.....ini tak boleh laksana nanti habis batu di jalan.....nanti habis tangan orang Melayu kudung......apa punya merepek nih... dan bermacam-macam lagi.
Bila ditanya tentang perfileman.......wow David Teoh pun mungkin 'angkat topi' padanya.
Diulasnya sebiji macam juri festival filem tapi sekurang-kurangnya terserlah juga akhirnya......ke'kurangan'nya terbongkar......rupa-rupanya Pak Cik ini takut pada cerita-cerita seram.....Pak Cik ni tak sangkalah pulak dengan lagak 'hero'nya itu boleh takut pada hantu.
Tetapi anda mungkin sudah lupa, suatu ketika dulu Pak Cik ini pun takut nak pergi ke Mahkamah untuk di'gerudi' oleh peguam bekas orang kepercayaannya yang disingkirkan.
Sekarang barulah saya tahu sebab apa dia ni takut ke Mahkamah.....mungkin di Mahkamah banyak 'hantu' kot.
Selepas ini, mungkin Ahmad Idham dan David Teoh boleh meng'hipnotis'kan penonton dengan satu lagi cerita seram......mungkin jodolnya 'Hantu Pungkoq' kot.