Followers

Friday, September 30, 2011

Tee Keat tunjuk jalan keluar pada sesiapa yg perasan 'winnable candidate'

Gambar sebagai hiasan......sekali cukuplah.....takkan nak dua kali kot.....

Kalau orang-orang Umno, MCA dan MIC serta sekutu-sekutu yang lain tak tahu atau pura-pura tak tahu apa takrifan 'winnable candidate' atau calon yang boleh menang, maka mereka termasuk Presiden Umno sendiri yang selalu bangkitkan 'winnable candidate' kenalah rujuk kepada Ong Tee Keat bekas Presiden MCA.

Tee Keat menunjukkan Soi Lek, Presiden MCA sekarang jalan keluar daripada bertanding dalam PRU13 akan datang kerana Tee Keat mendapati Soi Lek bukanlah calon yang boleh menang kerana Soi Lek pernah terlibat dalam skandal seks yang memalukan negara.

Kenyataan oleh Tee Keat itu adalah satu pukulan 'maut' kepada Soi Lek yang nampaknya masih ter'sorong-sorong' pipinya mahu bertanding.

Kenyataan itu juga memberi tamparan serta templak yang besar kepada calon-calon lain terutamanya dari Umno sendiri yang umum amat tahu ramai daripada mereka terlibat dalam pelbagai skandal sebagai contoh, politik wang (budaya Umno) dan kemungkaran lain yang sewaktu dengan Soi Lek atau lebih dari itu. Kenyataan Tee Keat bolehlah diibaratkan seperti kata pepatah inggeris, "Killing two birds with one stone."

Jikalau rakyat masih lagi mengangkat mereka yang amat rendah moralnya maka dengan sendirinya akan wujud negara yang tidak bermoral kerana mana mungkin sesorang yang rendah moralnya boleh memikirkan perkara yang terbaik untuk rakyat.

al-brangionline:

Tepuk dada tanya iman bukan tepuk dada terbayang fulusyh......alahai.....

[sumber .]

Thursday, September 29, 2011

Taatnya Gurkha pada British......begitulah 'perkasa(m?) pada Umno.....alahai.....

Gambar hanya sebagai hiasan

Akhir-akhir ini puak-puak balaci Umno bertindak semacam kebal undang-undang.

Kenapa mereka berani (?)buat begitu, kalau tidak Umno dan polis dibelakangnya?

Kenapa mereka suka menggangu di setiap program PAS/Pakatan Rakyat?

Dalam bahasa yang mudah mereka akan buat apa saja asalkan Umno tidak tumbang dalam PRU13 nanti.

Teringat disekitar tahun 80an hingga 90an, wujudnya 'pemuda tahan lasak' yang merupakan balaci kepada Umno......mereka akan buat kacau.....buat provokasi dan mencari 'pasal' dengan penyokong tegar PAS di setiap program PAS.

Sekarang balaci itu bergerak atas nama NGO.....yang sebenarnya si bacul ini adalah khadam kepada Umno.....manakala Umno pula berperangai suka 'baling batu sembunyi tangan.'

Mereka ini boleh diibaratkan sebagai 'pengganas' atau 'terrorist' 'Tanah Melayu Moden'.....hakikatnya tak 'terror' mana pun cuma berani pukul curi je.....bukankah pukul curi itu sifat 'pengganas' yang bacul?

PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes
ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya
di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah
. [sumber .].

al-brangionline;

Kata orang-orang tua, orang yang sedang nazak, bermacam-macam tabiat (tebiat) akan dibuang sebelum dia meng'hembus'kan nafasnya yang terakhir. (PRU13?).

p/s

Kekadang puak ini, bahasa buku dia orang tak faham.....dia orang hanya paham bahasa rimba.....tangkap dia orang ni, sumbat ke dalam sangkar.....itu saja ubatnya.....harap pihak berkuasa jangan terlupa atau buat-buat lupa akan Rukun Negara kita iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang .

Pakatan Rakyat tidak retak tapi Umno yang ter'berak-berak'......video ini jadi bukti.....

Umno mengharapkan sebaik saja selesai mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam tadi, Pakatan Rakyat hancur berkecai.

Tapi sebaik saja selesai mesyuarat tersebut, Umno tercirit dan terbirit, lebih-lebih lagi bila mendengar kenyataan akhbar seperti dalam video dibawah.

Selepas ini media pencacai Umno berterusan bergantung kepada ubat kerana setiap saat mereka kekadang meracau-racau tahap gila khinzir......kekadang macam orang tua nyanyuk meramas-ramas menguli-uli 'taik'.....kekadang macam bayi kecil menangis kehausan susu.....mereka sedang migraine tahap kritikal bagaimana hendak memuaskan hati bosnya.....bagaimana hendak men'spin'kan isu hudud ini agar rakyat ter'makan' putar alamnya.....aduhai Umno, rentikanlah kerja sia-sia itu. [sumber .]



al-brangionline:

Kalau tak hipokrit bukanlah Umno namanya.

p/s

spin jangan tak spin......hu hu hu

Wednesday, September 28, 2011

Patutlah 'Hantu Bonceng' jadi kontroversi dan kisah 'kayu kering'


Tak di sangka-sangka seorang sahabat lama telefon tadi.

Katanya dia mendapat nombor telefon melalui seorang sahabat lain dan kononnya dia setia mengikuti blog al-brangionline.

Dia sempat bergurau dan sambil ketawa bertanyakan samada saya sudah bertukar kepada blogawan sukan.

Daripada percakapannya saya tidak dapat mengukur arah mana 'longitude' dan 'latitude' politiknya kerana saya rasa saya perlu berjumpa secara 4 mata dengannya untuk perjelaskan tentang kenyataan Hudud oleh TG Nik Abdul Aziz dan kedudukan Pakatan Rakyat seperti yang dimintanya.

Tetapi saya beritahu dia, tunggulah keputusan perjumpaan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan malam ini dan dia memberi reaksi positif. [sumber .]

Sebelum kami mengakhiri perbualan dia sempat meminta saya ulas tentang kontroversi 'Hantu Bonceng' dan ura-ura melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun.

Saya sempat bergurau dengannya......'hantu bonceng' sekarang bukan setakat membonceng atas motor tapi kadangkala ia mem'bonceng' atas apa saja.....atas 'kapal terbang'.....atas limo-bas etc. [sumber .]

Tentang melanjutkan umur persaraan kepada 60, saya jawab, "Mengarut. Macam dia sorang saja banyak pengalaman dan boleh buat kerja. Cadangan itu akan mem'bunuh' semangat pekerja lain.....hilang segala motivasi.....menutup ruang dan peluang pegawai sedia ada untuk kenaikan pangkat dan menutup atau melambatkan peluang 'fresh gradute' mendapat kerja."

Dia hanya ketawa dan sempat respond, "Akan bertambahlah 'dead woods' dalam perkhidmatan Kerajaan"

Saya hanya ketawa dan minta dia baca posting ini malam ini.

al-brangionline:

Pastikan anda berdua atau lebih jika meneliti gambar di atas agar tidak diselubungi dengan misteri 'hantu bonceng'......alahai.....

Tuesday, September 27, 2011

Terkini: Keputusan Piala Malaysia serta Carta Suku dan Separuh Akhir


Kedah 1 – 1 Perak

Kelantan 2 – 0 Felda United

PDRM 0 – 6 T-Team

Terengganu 0 – 0 N. Sembilan

Selangor 2 – 1 K.Lumpur

Johor 1 – 4 Sabah

Sime Darby 0 – 1 PKNS

Johor FC 3 – 1 Sarawak


Najib nak lupuskan kuota bumiputra......'perkasa(m?) tak meroyan ke?.....

Kalaulah statement itu dari mulut Guan Eng atau TGHA......beratus-ratus laporan polis akan dibuat atas sifat sayangnya pada Melayu.

'perkasa(m?), 'per(n?)kida' akan meroyan dan terkinja-kinja bawak sepanduk dan mamat 'mulut-luas' akan berputar alam kononnya sayangnya deme pada Melayu.

Naik meloyalah nak dengar puak-puak putar alam ni berbelit-belit cakapnya......yang pastinya 'kuota untuk kroni' pasti terjamin.....itu wajib kalau tidak sudah lama lingkup Umno.

a-lbrangionline:

Nak tanya berapa orang Umno yang faham makna 'afirmatif ' seperti DI SINI .

Piala Malaysia: Sengit......Selangor dan Kedah kecundang?

Perlawanan terakhir bagi Kumpulan A pada 27 September 2011 melibatkan Kedah melawan Perak dan Johor melawan Sabah.

Bagi Perak, kalah atau menang tidak menjejaskan kedudukannya sebagai juara Kumpulan A, tetapi bagi Kedah, ia perlu menang untuk mengiringi Perak ke suku akhir, itu pun dengan mengharapkan Sabah kecundang di tangan Johor.

Kedua-dua perlawanan malam esok pasti sengit.

Perlawanan Negeri Sembilan dengan Terengganu pasti menarik. Jika Negeri Sembilan kalah maka selaku naib juara Kumpulan B besar kemungkinan berjumpa Kelantan yang nampaknya akan menjuarai Kumpulan C. Ia seperti ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Jika Terengganu tewas maka situasinya sama juga, berkemungkinan berjumpa Kelantan dan sudah tentu ia akan menjadi menarik kerana ia akan menjadi seolah-olah perlawanan ulangan perlawanan akhir Piala FA yang baru lalu.

Perlawan Kumpulan C saya menjangkakan juga menarik kerana Kelantan perlu menebus maruahnya setelah kalah kepada FELDA pada pusingan pertama.

Walau apapun saya mengjangkakan keputusan seri dan Kelantan menjadi juara Kumpulan C dan menunggu Terengganu atau Negeri Sembilan di Suku Akhir.

Saya menjangkakan perlawanan di antara Selangor dengan KL adalah perlawanan yang paling menarik, sengit dan bakal mencipta satu kejutan atau sejarah jika Selangor kecundang atau pun seri.

Selangor mempunyai tiada pilihan kecuali menang untuk melangkah ke suku akhir.

al-brangionline:

Saya menjangkakan akan ada keputusan yang memeranjatkan pada perlawanan malam ini.

p/s

Jangkaan saya tanpa 'bias' pada mana-mana pasukan dan ia hanya pada pengamatan saya yang tidak sepertinya dan mohon jangan ada yang tersinggung.

Sunday, September 25, 2011

Chong Wei akan 'sertai' kejohanan di planet Pluto, Venus, Saturn......dll pula...sebelum turun ke bumi......alahai.....


Chong Wei akan menyertai seberapa banyak lagi kejohanan badminton setelah kempunan di perlawanan akhir berentap dengan pemain China, Chen Long di terbuka Jepun tengahari tadi. [sumber .]

Selepas ini beliau akan 'menyertai' seberapa banyak kejohanan di planet-planet Mercury, Venus, Mars, Ceres, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune, Pluto serta Eris pula dan akan turun semula ke bumi untuk menyertai Olimpik di Kota London pada 2012.

Di kejohanan badminton terbuka Jepun, Lin Dan yang sepatutnya berjumpa Chen Long, rakan senegaranya dalam satu perlawanan separuh akhir telah meng'hilang'kan diri entah lesap ke planet mana kerana berkemungkinan tak nak berjumpa Chong Wei yang pada anggapannya Chong Wei boleh menang ke atas Peter Gade Christentensen dalam satu lagi perlawanan separuh akhir semalam.

al-brangionline;

Nampaknya Lin Dan bukanlah satu-satunya pemain yang akan menghampakan Chong Wei dalam sukan Olimpik di Kota London nanti......malah Chen Long sudah bersedia untuk memerangkap Chong Wei.

p/s

Semoga BAM bijak mencaturkan perjalanan [road map) Chong Wei agar pingat emas yang julung-julung kali akan dikecapi di Olimpik London 2012 nanti.

'perkasa[m?] 'naik' minyak.......otak terhimpit dalam jeans......alahai.....

'perkasa' telah kembali ke zaman batu......satu zaman yang tak memerlukan otak, memadai hanya berperangai 'gedebe' kerana kononnya kebal undang-undang.

Harap ke mulut saja 'besar dan luas' tapi otak udahlah kecik, letaknya pulak di kepala lutut......bila terhantuk kerusi atau ter'himpit' seluar jeans ketat......fikiran jadi sasau tangan menggeletar meroyan dan sawan seperti gajah 'naik' minyak.

Kalau betul anak jantan, masuklah gelanggang politik......jangan hanya berselindung di sebalik nama NGO tapi hakikatnya memang menjadi balaci kepada puak songkok dua jengkal......dapat rokok sebungkus, nasi campur se'politrin', topi sudu dan T-Shirt sudah hilang harga diri......cittt payyyrrraaahhh.

Zaman sekarang bukan zaman beradu tenaga......bukan zaman 'hand-wrestling' tapi zaman sekarang adalah zaman berhujah......kalau tak nak berhujah, hanya nak beradu tenaga.....sila daftar dengan persatuan tinju Malaysia......kalaulah gedebe sangat kenapa Malaysia tak menang pingat emas tinju Olimpik?

Jangan hanya berani dalam gelap seperti membaling batu menembunyi tangan.....ciiittt.

al-brangionline:

Semalam 'perkasa[m?}' telah buat kecoh ala-ala Shariff Dol samseng kampong pisang.....sila baca seterusnya DI SINI .

Saturday, September 24, 2011

Tak patut Cik-Kak dan gengnya ketawakan pak cik ni ber'sunat'.....

Apa kena dengan Cik Kak nih?

Dia orang ketawakan Encik Berahinggg ke?......mungkin kot. Akhir-akhir ni Encik Berahinggg sudah jadi macam YB Badut.

Takkan dia orang ketawakan 'Kita'......mungkin kot. Dengarnya rumah-tangga 'Kita' bergolak tapi masih sempat nak buat 'road-show' nak bantu 'janda' lama. Gila talak ke depa nih? [sumber .]

Atau mungkin dia orang gelak kat Pak Cik Lek yang pandai melompat-lompat atas katil tu......baru-baru ni Pak Cik Lek dan Pak Cik parti Awang Lembik tu kata depa sanggup berpatah arang dengan puak-puak songkok dua jengkal kalau sokong Hudud.

Ada tok siak tu habaq......depa ni gelak kat pak cik madey yang baru bersunat tu......aiiittt dah lewat malam baru nak bersunat. Tak percaya? Sila baca DI SINI .

al-brangionline:

Yang sebenarnya gambar itu adalah terdiri daripada ahli "Laughter Yoga Club" yang sedang membuat latihan ketawa dalam satu sesi latihan pagi di Taman Awam di Hanoi pada September 24, 2011.

Friday, September 23, 2011

Nakalnya Nik Aziz......di 'geletek'nya Najib,.....tetiba yg lain pulak yg ter'kentut'......alahai.....

Mahathir cuba mengacah2 TG Nik Abdul Aziz agar laksana hudud di Kelantan.

Dulu semasa dia berkuasa, dia ada hantar surat 'ugutan' kepada Kelantan agar jangan laksana hudud atau terima akibatnya dan sekarang diketika dia sudah tidak berkuasa lagi, dengan nada sinis dia suruh TG Nik Aziz laksana hudud di Kelantan kononnya kerana halangan itu datang daripadanya.

Masalahnya wahai Mahathir, walaupun hang tak lagi berkuasa, tapi kuasa yang hang pegang dulu masih berada dengan Umno......cuma ia sudah berubah tangan.

Terpulang kepada keikhlasan Presiden Umno sekarang, setuju ke tak setuju.

Apabila TG Nik Aziz bertegas mahu melaksanakan hudud, Umno sudah terkejut beruk, malah beruk-beruk pun terkejut tengok Umno terkejut. Umno tersentak tak tahu nak buat apa-apa.

Bukan setakat Umno saja yang terkejut beruk, bahkan MCA dan Gerakan rakan akrabnya pun terkejut 'khinzir', malah 'khinzir-khinzir' pun terkejut tengok telatah MCA dan Gerakan yang tiba-tiba meroyan dan histeria, lantas terkeluarlah kata-kata " jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya." dan " kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan. " [sumber .]

Sekarang baru kita dapat tengok siapa kawan dan siapa lawan......baru kita dapat tengok the true colours rakan-rakan Umno, malah Umno sendiri pun berhipokrit sudah sekian lama semenjak Inggeris me'naungi' Tanah Melayu lagi......aduhai.....

Sekarang Umno dilihat betul-betul tertekan......

al-brangionline:

Jom Umno, kita sama-sama melaksanakan Hudud.

p/s

Biar kami dengan kepercayaan kami dan hormatilah pegangan dan kepercayaan kami sepertimana kami menghormati kamu dengan pegangan dan kepercayaan kamu.

Sanggup rempuh polis kerana terkejut beruk ketika hanyut dalam 'asmara-buta'


Kata orang cinta itu buta......ha ha ha betul ke?

Apa-apa pun buta jika ia tidak didasarkan kepada Islam.

Politik menjadi buta bila ia tidak didasarkan kepada Islama.

Sebagai contoh, Umno menjadi 'buta politik' bila ia cuba mempolitikkan Hudud.

Hudud bukan milik PAS......Hudud bukan milik Mufti.....Hudud bukan milik Umno.....Hudud adalah milik semua umat Islam yang berimankan kepada Hari Akhirat.

Jika Umno betul-betul ikhlas untuk melaksanakan Hudud, mereka boleh ketepikan dulu politik kepartian.....mereka boleh duduk semeja dan memikirkan kaedah pelaksanaannya.

Satu lagi contoh apa-apa saja menjadi 'buta' jika ia tidak didasarkan kepada Islam ialah seperti gelagat pasangan yang sedang hanyut dalam asmara ini.

Oleh kerana ber'asmara-dana' itu adalah 'buta' kerana ia ditegah oleh Islam......pasangan yang bukan mahram ini duduk berdua-duaan di dini hari......lelaki ini menjadi 'buta' serta sanggup meninggalkan 'pasangan'nya terkapai-kapai dan sanggup merempuh polis kerana teramat terkejut kerana sedang ber'asyik mahsyuk' berada ditengah-tengah kemuncak 'asmara buta'.

al-brangionline:

Kedua-dua lelaki dan pasangannya itu adalah 'buta'......yakni, 'buta Agama'. [sumber .}

Thursday, September 22, 2011

Sapa ganti Ghani dan Mat Said tak penting......Umno yang perlu diganti


Desas desus bertiup kencang Abdul Ghani Osman dan Mat Said akan diganti selepas PRU13 akan datang.

Beberapa tokoh calon MB telah ditonjolkan untuk ganti Abdul Ghani Otman dan Ahmad Said di Johor dan di Terengganu seperti dilaporkan DI SINI dan DI SINI .

Saya kurang berminat dengan percaturan siapa ganti siapa.

Siapa pun pengganti mereka, dasar Umno/BN tetap tidak berubah dari dulu, kini dan selamanya.......bukan setakat MBnya diganti, bahkan Umno/BN itu sendiri perlu diganti.

Bagi penyokong tegar tokoh tersebut desas-desus sebegini membuat mereka alert dan hanya menunggu masa dan ketika untuk berpaling arah mencari tapak baru......mencari tempat bergayut baru.

Tapi yang pastinya, Mat Derih tidak akan sesekali kembali semula meneraju Terengganu.

al-brangionline:

Tidak perlu menunggu dua-tiga kali PRU lagi, inilah masa yang sesuai rakyat menggantikan Umno/BN dengan Pakatan Rakyat.

Bolasepak tuntut ke'pelbagai'an skill milik SPRM?

3 orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes samun ke atas seorang pengurup wang di KLIA.

Samada ia melibatkan pegawai atasan atau bawahan, itu bukan isu pokok......masalahnya sekarang ialah integriti SPRM telah tercalar.

Sebelum daripada ini, 2 orang dalam siasatan SPRM telah menemu ajal.

Samada mangsa mati kerana bunuh diri, mati sendiri dengan mengejut atau di'mati'kan oleh 'makhluk halus' itu bukan pertikaian saya, soalnya mereka mati ketika dalam 'takluk' SPRM, sudah tentu integriti SPRM ber'selerak' dan ber'kecai' di kaca mata rakyat.

Kes rasuah banyak melibatkan 'ikan bilis' dan 'jerung'.

Ada beberapa kes rasuah yang melibatkan 'jerung'. 'Jerung-jerung' ini menghadapi berbelas-belas malah berpuluh-pulh kes rasuah tetapi bebas kerana masalah 'teknikal' seperti tidak cukup bukti serta pendakwaan yang lemah.

Bukan hasrat saya untuk mempertikai keputusan itu kerana cerita yang sebenar hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui, tapi yang cuba ditonjolkan di sini ialah kewibawaan SPRM mengendalikan sesuatu kes.

Ini semua boleh me'lunyai'kan lagi integeriti SPRM. [sumber .] [sumber .] [sumber .]

al-brangionline:

Mungkin pasukan bolasepak 'merah-kuning' atau pasukan 'Harimau Malaya' memerlukan kepelbagaian skill yang ada pada SPRM untuk menceburkan diri dalam ke'jurulatih'an untuk memertabatkan kembali bolasepak negara......alahai.....

p/s Amanah adalah di antara yang ditanya di negeri Akhirat besok.

Wednesday, September 21, 2011

Perihal ber'nafsu besau'

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melawat gerai Teratak Mahsuri dari Kedah yang menghidangkan beberapa juadah menarik pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan beberapa Menteri Kabinet. - Foto Izhari Ariffin

Bila berpakaian......ber'nafsu besau'.

Bila melaram......ber'nafsu besau'.

Bila ber'make-up'......ber'nafsu besau'.

Bila jumpa kamera TV......ber'nafsu besau'.

Bila ber'shopping'......ber'nafsu besar'.

Bila di'sepina' ka Mahkamah oleh peguam DSAI......dan-dan tulah pulak ber'nafsu kecik'nya......awat takut????? [sumber .]

al-brangionline:

Diusia menghampiri senja......tak yahlah nak pakai baju ber'see-through' pulak.

Getik nengoknya.

p/s

Bila makan......ber'nafsu besau'.

Dulu pernah diperkatakan obesiti adik-adik diperingkat sekolah rendah amat serius......rupa-rupanya obesiti di peringkat 'perdana' lagi me'runcing'......alahai.....

PATI : Undi bisa diurus dong.....gampang sekali

PATI jadi majikan?

Ini bermakna orang tempatan jadi kuli?

Kalau nak tahu sapa itu orang tempatan, tanyalah profesor kangkung yang mengong tu atau tanyalah pada si jejaka berperut boroi dan bermulut 'luas'.

Takkan orang Cina nak ber'towkay'kan PATI......alahai.....

Si 'kangkung mengong' yang kata Tanah Melayu tidak pernah dijajah tu......sekarang mungkin sudah akur bahawa orang Melayu sudah di'jajah' oleh PATI kot.

Masih nak berdalih lagi?

Yang peliknya, isu ini dibangkitkan sendiri oleh mereka yang bertanggunjawap dengan hal-hal pendatang asing dan keselamatan negara.

Kenapa sanggup meludah ke langit?

Tak malu ke?

Dengan harapan ludah itu akan mengena muka Pakatan Rakyat?

Mintak maaflah......kalau kau yang meludah ke langit......air ludah yang 'busuk' itu pasti mengena pipi kau orang.

Tak hairanlah kalau Umno hanya suka keluarkan berita sensasi kerana ia mengharapkan rakyat akan bertambah ber'paut' dan ber'taut' kepada mereka agar memberi mandat kepada mereka memerintah negara ini kerana mereka telah pun ber'fatwa', hanya BN tempat rakyat Malaysia bergantung harap......aduhai.....

al-brangionline:

Tak hairanlah kalau Umno/BN boleh menang dalam PRU kerana PATI bila-bila masa boleh tolong dong......ah bisa diatur pak menteri.....gampang sekali.

'Gampang' bagi PATI dan 'gampang' kepada Umno.....ha ha ha

Tuesday, September 20, 2011

Kesian ketiga-tiga adik ini, jadi mangsa bukan kepada ibu atau bapak ayam, tapi kepada cik gu 'cap ayam'......alahai.....

Perawakan adik-adik ini baik, lembut dan berpotensi dididik menjadi anak yang berguna pada negara. Mereka bukan penyangak......mereka menjadi mangsa kepada segelintir manusia yang ber'nafsu' besar......berkeinginan tinggi.....impikan nama terangkat menjadi terbilang lagi tersohor.

Selama ini mereka berbangga dengan pencapaian sekolah mereka.

Bila tiba musim UPSR, maka saban malam akan kedengaran cerita pencapaian sekolah mereka......begitulah seterusnya musim PMR, SPM dan STPM.

Maka sang Menteri pun bukan main rancak lagi berkokok berbuih-buih mulut......sang pencacai pun apa lagi......akan berkokok setiap malam kononnya ini semua hasil dasar ciptaan pimpinan politik mereka.

Tetapi rakyat terbanyak tidak tahu apa yang berlaku di'belakang tabir' seperti apa yang berlaku di sekolah yang 'malang' ini dan apa yang tertimpa kepada ketiga-tiga adik yang ter'aniaya' ini.

Ketiga-tiga adik ini yang kononnya ter'amat' lemah dalam pencapaian akademiknya di'halang' daripada menduduki peperiksaan UPSR hanya semata-mata untuk menjaga peratusan lulus dan rekod cemerlang sekolah tersebut.

Ketiga-tiga adik itu di'kurung' di dalam sebuah bilik dari jam 8.00 pagi sehingga tengahari......mereka dihalang menduduki peperiksaan UPSR yang berlangsung pada 13-14 September 2011 baru-baru ini.

Apa nak jadi?

Ini semua berlaku kerana terlampau memper'hamba'kan diri kepada orang-orang 'besar' dan yang paling 'besar' bagi mereka ialah sang Menteri sehingga sanggup mencampakkan kewarasan diri ke dalam longkang.

al-brangionline:

Kita amat sangsi dengan sesuatu keputusan yang cemerlang selama ini kerana tidaklah menjadi sesuatu yang mustahil perbuatan yang sama berlaku pada sekolah-sekolah yang lain.

p/s Kesian kepada adik-adik itu yang menjadi mangsa bukan kepada ibu atau bapak ayam tetapi kepada cik gu-cik gi yang berjiwa ala-ala ayam bapak......memang jenis 'cap ayam' betoilah......alahai.....[sumber .]

Bekas SU Parlimen maut dalam kemalangan......Al-Fatihah

Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan,Datuk Awang Jabar, 66 telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 7.10 pagi tadi.

Kereta Mercedes-Benz yang dinaiki Allahyarham telah bertembung dengan kereta Perodua Alza di KM 26 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah penumpang Perodua Alza, manakala pemandu Mercedes-Benz dan penumpang Alza cedera.

Cerita selanjutnya boleh di rujuk DI SINI .

al-brangionline:

Ucapan takziah kepada seluruh kaum kerabat serta saudara mara Allahyarham. Al-Fatihah.

p/s

Bukan jenama kereta menjadi ukuran, bila tiba masanya, nyawa dicabut tidak sesekali diawalkan mahupun dilewatkan.

Beban Hutang dan 'nasib' Tuan Haji 1Malaysia......alahai.....

[sumber .] [sumber .]

'Kebajikan' 1

Seramai lebih daripada 36,000 rakyat negara Malaysia yang aman damai......kaya raya......terkenal seantero dunia dari Perlis hingga ke Mogadishu menanggung beban hutang......bukan hutang beli Mercedes atau Ferari......bukan hutang beli banglo.....bukan hutang melancong ke Gold Coast atau Los Angeles.....bukan hutang beli ASB, tapi hutang rawatan perubatan.

Terima kasih kepada Umno yang berjaya mengwujudkan negara ber'kebajikan' kurang lebih 54 tahun.

'Kebajikan 2

Seramai 57 imam dan 54 JKKK telah di'sponsor' oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji, Rukun Islam ke5.

Bila sebut imam dan pengerusi JKKK ia amat sinonim dengan Umno walaupun ramai imam yang bukan ahli Umno tapi amat mustahil atau lebih tepat hanya bila kucing bertumbuhkan tanduk barulah imam PAS, PKR atau DAP dapat 'anugerah' dari 1MDB itu.

Untuk menjadi Pengerusi JKKK sesorang itu mesti menjadi Ketua Cawangan Umno atau yang setaraf dengannya, maka amatlah impossible orang PAS, PKR, DAP mahupun orang atas pagar dapat jadi pengerusi JKKK kecuali Perhubungan Negeri semuanya sudah hilang tebiat serta nyanyuk.

Terima kasih negara ber'kebajikan' ala-ala Umno.

Bila balik nanti dapat gelaran Tuan Haji 1Malaysia......glamour wohhh.

al-brangionline:

PAS berdengki ke?

Woo......sesekali tidak. Saya pergi menunaikan haji bukan kerana 'hasil' berpolitik, tetapi hasil dari simpanan sendiri kerana saya masih berkeyakinan wajib menunaikan haji hanya pada mereka yang mampu dari segi kewangan dan kesihatan.

Monday, September 19, 2011

Husam saman Kickdefella kerana 'kencing'kannya

Kickdefella {blogawan tersohor?} disaman oleh Husam sebanyak RM5.0 juta.

Kalau tak silap mamat ni pernah kerja dengan salah satu syarikat Kerajaan Negeri Kelantan sebelum dipecat.

Amat menghairankan bagaimana seorang 'musuh' boleh diambil bekerja.

Bak kata pepatah melayu......seperti menolong anjing tersepit......bila terlepas dari tersepit, tangan 'tuan'nya akan digigit

Sekarang bukan setakat 'tangan' digigit......bahkan muka 'tuan'nya dicakar-cakar dan di'robek-robek'.

Sebelum batang leher 'tuan'nya tak dicangkup......memang tepat sekali Husam bertindak begitu untuk membersihkan namanya yang telah tercemar dan menimbulkan fitnah kepada penyokong dan pendokong PAS. [sumber .]

KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.

al-brangionline:

Kalau Husam tidak bertindak begitu, berbagai-bagai persoalan dan syak wasangka timbul atas peribadi Husam......Syabas dan didoakan agar berjaya.

'Jalur Gemilang' pun nak di'spin' mereka.....cittt...rendahnya pemikiran pencacai...


Selama dua hari dua malam tak online.

Ini bermakna dua hari dua malam 'putus' dengan dunia luar.

Dua hari dua malam tidak mengikuti isu semasa kerana mintak maaf, satu sen tidak akan diberi pada akhbar yang hari-hari mencacai dan spin berita. Selama ini hanya ikuti isu semasa melalui portal berita dari internet.

Saya sekeluarga balik ber'raya' ke Kuala Berang setelah tidak balik pada akhir Ramadhan yang lalu kecuali anak bongsu yang masih menghadapi peperiksaan 'trial SPM' dan ditemani oleh anak nombor 2.

Sedih bercampur gemberi apabila seorang ibu dapat berjumpa dengan anaknya......disambut dengan hidangan laksam makanan kegemaran anaknya. Keesokkannya dijamu pulut kuning berlaukkan rendang ayam juga favourite anaknya.

Pada hari Sabtu sempat ke Pasar Payang untuk membeli sedikit buah tangan untuk anak-anak dan singgah di Losong untuk 'borong' kepok lekor dan kepok keping (sebutan keropok untuk orang Terengganu).

Pada sebelah malamnya hadir kenduri doa selamat di rumah adik di Durian Burung kerana anaknya nak menyambung pelajaran ke luar negeri dan sempena pemergiannya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan fardhu haji, rukun Islam ke5.

Kehadiran jemputan untuk majlis tahlil dan doa selamat itu rata-rata terdiri daripada golongan songkok 2 jengkal kalau didengar bahan perbualan dan cara berpakaian.

Saya tidak mengambil 'bahagian' dalam perbualan mereka kerana tiada 'geng' dan lagi pun rata-rata tajuk perbualan mereka hanya berkisar hal Mat Sabu. Per'Utusan' pencacai berjaya men'spin'kan berita kerana apa yang di'bahas'kan oleh mereka yang hadhir malam itu jauh tersasar dari apa yang Mat Sabu ucapkan.

Ketika saya sedang minum, ada seorang yang saya ingat-ingat lupa akan dirinya menegur saya, "Bila balik?"

Saya rasa inilah peluang baik saya nak lepaskan geram pada sekelian yang hadir yang mungkin mendengar jawapan saya yang agak kuat, "Oh, saya balik semalam (Jumaat) sempena cuti umum hari Malaysia yang tidak pernah dijajah."

Ramai yang terus menjeling pada saya yang kalau difahamkan bahasa 'badan'nya seolah-olah mahu menerkam.......padan muka.

Malam tadi telah selamat sampai ke Bangi dan terus online. Bila baca berita......jelas kahbar pencacai memang ketandusan isu......'jalur gemilang' pun menjadi bahan 'spin' mereka.....ini semua untuk menggelapkan kerja-kerja 'pelawok' (bohong dan penipuan) SPR bagi menghadapi PRU13 nanti dan penyelewangan yang lain. [sumber .]

Sunday, September 18, 2011

Terkini: Keputusan Piala Malaysia 18 September 2011 dan Carta Terkini

4 Kelantan mln 0 Sarawak

1 Felda United mln 1 Johor FC




Thursday, September 15, 2011

Terkini: ISA mansuh!!!!!!......ibarat jerumus dalam pasir jerlus.....Umno betul-betul terdesak


ISA akan dimansuhkan!!!!!!

Ungkapan serta pengumuman yang terlalu hebat untuk diterima dan diulas.

Umno dibaratkan sudah sampai kepenghujung jalan dimana selepas itu adalah gaung yang tidak terzahir dalamnya.

Umno diibaratkan seperti seorang lelaki tua yang sudah nazak yang hanya menunggu mesin bantuan penafasan dipisahkan dari badan

Umno diumpamakan berjalan di atas pisau yang tajam di mana kepedihan luka diringi darah meleleh serta menitik2 tiada henti.

Umno kelihatan seperti terkapai-kapai dalam pasir jerlus, hanya menunggu insan melintas untuk mencampakkan tali dan menarik keluar.

Justeru itu, kuasa yang ada pada Umno sekarang diibaratkan sebagai 'nyawa' yang perlu diselamatkan, bahkan dalam Islam pun nyawa wajib dipertahankan sebab itu jika kebuluran dipadang pasir yang tandus, jika terlintas khinzir pun harus dimakan demi mempertahankan nyawa.

Umno akan berikhtiar apa saja.......sebab itu pengumuman memansuhkan ISA dilihat sebagai usaha terakhir untuk memulihkan 'nyawa Umno.

Umno perlu keluar daripada 'pasir jerlus'......Umno perlu turun dari berjalan diatas pisau yang tajam......Umno perlu dipisahkan daripada mesin bantuan penafasan dan bernafas seperti sediakala.

Menyedari hakikat bahawa PRU13 akan terus 'meragut nyawa'nya, maka pengumuman yang diluar jangkaan itu terpaksa dilakukan walaupun ISA merupakan senjata paling ampuh untuk men'diam'kan pihak lawan.

Sebelum daripada ini, kekejaman ISA dilihat oleh orang yang didalam jiwanya ada sekelumit berperikemanusiaan, ia seolah-olah men'janda'kan isteri.....men'yatim'kan anak.....memisahkan sanak saudara malah terpisah terus dari dunia hakikat ini.

Maka dengan pengumuman itu sedikit sebanyak akan dilihat oleh rakyat terbanyak akan keperihatinan yang dimiliki oleh Presiden Umno khasnya dan Umno amnya.

Tetapi perlu diingat Umno pasti ada sesuatu yang tersorok dalam lipatan lengan bajunya......sebelum Kem Kemunting lenyap...sebelum Parlimen bersidang untuk meluluskan usul tersebut.....sebelum kita memikirkan atau membuat telahan atau andaian bahawa Umno berkemungkinan besar akan menjenama semula ISA mengikut seleranya (bukan selera rakyat) atau memberi sepersalinan baru untuk dipakai oleh ISA, secara jangka pendeknya saya melihat satu lonjakan baru mampu membuat Umno bernafas lancar dan mula me'rangkak' naik dari terbenam terus dalam 'pasir jerlus.

al-brangionline:

Pengundi perlu memahami silat politik Umno.

Dalam ucapan tersebut ungkapan 'Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.' disebut sebanyak 9 kali boleh men'cair'kan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik dikampong.

Teks penuh pengumuman itu adalah seperti berikut : [sumber .]

Perutusan khas Hari Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.


20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu. Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.