Followers

Wednesday, August 31, 2011

Noda sorang Perdana Menteri......aduhai.....

Gambar hanya sebagai hiasan

Hari ini saya nak bercakap pasal sorang Perdana Menteri......tapi bukan Perdana Menteri Malaysia yang dikatakan popularitinya sudah merudum, mengikut sebuah kajian......itu maknanya orang ramai sudah tak suka dengannya......macam lagu yang popular satu masa dulu, 'Aduh Salehah'......lama kelamaan orang sudah naik muak...naik cemuih dengan lagu itu. Akibat dengan kajian itu maka juru-juru 'zikir', juru-juru 'ratib' sula mula ber'zikir' dan ber'ratib' siang dan malam, pagi dan petang sambil meng'geleng-geleng'kan kepala...meng'angguk-angguk'kan sambil meleleh-leleh air-liur...menyusun ayat dan melodi kononnya PM mereka masih lagi popular...masih lagi 'relevan'......ha ha ha bantailah Labu.

Kita lupakan dulu pasal populariti merudum itu......kita pergi kepada Perdana Menteri yang saya maksudkan ini iaitu namanya Noda.

Yoshihiko Noda dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun yang keenam dalam tempoh lima tahun.

Kita amat bangga dan patut tabik 'spring' pada orang-orang Jepun.......kerana walaupun bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur, tanah runtuh, tsunami dan sebagainya adalah fenomena alam yang terjadi di atas ketentuan Maha Pencipta, namun ia menjadi satu perkara yang aib jika sesorang pemerintah dilihat sebagai gagal atau lambat lagi lembab atau kelihatan seperti kekeringan idea untuk mengambil langkah-langkah yang drastik untuk menyelamatkan nyawa serta harta awam bertambah pula ekonomi negara Jepun gagal dipulihkan, maka dengan penuh langkah bermaruah sesorang Perdana Menteri Jepun yang bertangguhjawab akan turun dengan penuh hormat.

Maka Naoto Kan pun turun dengan penuh harga diri dan bermaruah dan saya percaya rakyat Jepun tidak akan memaki hamun......tidak akan tercatat dalam sejarah mereka bahawa pemerintah mereka degil dan besar kepala.

Naoto Kan turun dan memberi laluan kepada Yoshihiko Noda.

Misi besar menanti Noda dan jawatannya amat berisiko.....serisiko bencana alam yang senantiasa melanda Jepun. Beliau juga ada tugas berat untuk pulih ekonomi Jepun.

Selamat maju jaya.

al-brangionline:

Bila agaknya rakyat Malaysia nak buat perubahan seperti itu?

p/s

Jangan mimpi......jangan diharap nak berubah selagi budaya bodek...pengampu...pencacai...penjilat mengerumun yang berkuasa...ini kerana hanya itu caranya kalau hendak mengekalkan kuasa masing-masing, mereka mesti bergayut kepada yang lebih sikit berkuasa......alahai Malaysia......walaupun sudah 54 tahun MERDEKA. [sumber .]

Tuesday, August 30, 2011

'kambing' pun nak beraya?......alahai.....

Oiii senangnya 'kambing umnGoK' ni mntak maaf zahir dan batin.

Setelah kau tabur fitnah, kau spin berita, kau sensasikan cerita kepada ratusan pemimpin PAS malah kepada PAS sendiri khasnya dan Pakatan Rakyat amnya......lepas tu sesenang itu kau hulur 'tangan' menagih kemaafan?

Kepada mana-mana individu PAS yang kau telah fitnahkan......kau kena berjumpa sorang2 dan mohon maaf......lepas itu kau lapor dalam utusan meloya kau.....lepas itu baru kau menadah tangan kepada Allah SWT.

al-brangionline:

Kepada semua pengikut dan pembaca 'blog' ini, saya ucapkan Selamat Eidul Fitri, Maaf Zahir dan Batin kerana tanpa anda apa lah maknanya 'blog' ini.

Monday, August 29, 2011

Bantailah Labu.....aduhai Mat Sabu.....

Mat Sabu dilaporkan oleh perutusan pencacai ameno konon2nya si Mat Sabu ni sokong perjuangan komunis dan menidakkan perjuangan Almarhum Tunku dan Dato' Onn.

Sejauhmana kebenarannya tak tahulah pulak.

Apa-apa pun......kata orang-orang tua, cakap siang pandang-pandang.....cakap malam dengar-dengar.

al-brangionline:

Jangan asyik nak jaga undi kaum cina......undi Melayu berciciran.

p/s

Jangan yang dikejar tak dapat.....yang dikendong berciciran.

Apapun bantailah Labu......ooooopppsss bukan Labut, tapi Mat Sabu

Sunday, August 28, 2011

Panasnya Ramadhan......oh teman.....

Teringat pesan orang-orang tua apabila memilih teman.

Kalau berkawan dengan buaya sentiasa berwaspada setiap saat agar tidak terkena libasan ekornya.

Kalau berkawan dengan ular setiap gerak geri kena bersedia agar kalau pun tak dipatuk, akan dibelitnya leher kita.

Kalau berkawan hatta dengan semut sekalipun, awas setiap rongga anda berkemungkinan dimasukinya.

Kalau berkawan dengan harimau, sentiasa berhati-hati leher anda diterkamnya pada bila-bila masa.

Kalau berkawan dengan penyangak setiap detik akan akur dan tunduk dengan arahannya.

Ulama pun ada berpesan kalau kita mendekati sang pengimpal besi paling tidak bahang panas akan terasa......manakala berkawan dengan pembuat/penjual minyak attar sekurang-kurangnya baunya tempias juga ke hidung.

al-brangionline:

Moralnya hati-hati memilih teman......teman yang macamana?

Anda sendirilah yang pakar memilih teman kerana andalah pakar yang paling bijaksana kan?

Jadi tak guna jikalau masing-masing nak menegak benang yang basah......kerana kita akan ke destinasi yang sama......kerana tak ada gunanya memilih teman hanya untuk seketika waktu......selepas itu bercerai berai.

p/s

Menginsafi diri agar tidak riak dan ujub dalam menulis.

Saturday, August 27, 2011

Isu Lynas yg panas? : Dr.Rosli yg ku kenal

Kepada pengikut blog al-brangionline......maaf dipohon kerana meinggalkan blog ini 3 hari tanpa update.

Ini kerana perut ini bermasalah memulas-mulas sudah 3 hari......hari ini mula nampak reda.

Terlalu banyak isu yang perlu diulas atau dicelotehkan tapi badan ini tidak dapat menumpukan pada PC kerana keadaan perut yang meragam ini.

Isu YB Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr.Che Rosli Che Mat nampak meng'gegar'kan politik tanah air khususnya di Gebeng dan amnya di Malaysia.

Ada suara-suara sumbang kononnya Dr. Che Rosli telah dibeli oleh BN.

Saya berani mengatakan di sini, Dr.Rosli bukan orangnya yang boleh dibeli dengan tidak bermaruah begitu.

Saya telah mengenalinya selama 21 tahun kerana kami berkongsi surau yang sama. Beliaulah yang menarik saya ke dalam kumpulan usrahnya.

Ketika itu beliau masih menjadi pensyarah di UKM dengan pangkat Profesor Madya, tapi kerana aktifnya beliau dalam PAS beliau di'nafi'kan mendapat Profesor penuh.

Beliau melepaskan jawatannya untuk bertanding di DUN Perlis pada tahun 1999 dan 2004 dan kalah tipis kepada BN.

Pada PRU12 2008, beliau bertanding di Parlimen Hulu Langat dan menang.

Beliau adalah sorang pemimpin yang tegas dan kami amat 'takut' untuk bergurau ber'lebih-lebih'.

Beliau selalu marah-marahkan kami kalau lambat memulakan usrah kerana menunggunya......beliau selalu berkata, "Jangan tunggu naqib.....jangan buang masa."

Petang tadi beliau sempat meluangkan masa memberi penerangan kepada sahabat sebaik saja solat zohor berjemaah.

Terlalu teknikal untuk dicerita di sini......tapi beliau menegaskan beliau terpanggil pergi ke TV3 setelah dipujuk oleh Karan Singh Walia kerana beliau terpaksa menceritakan perkara sebenar tentang isu Lynas hanya dari aspek sains dan teknikal semata-mata dengan tidak berniat untuk menjatuhkan nama baik sesiapa samada dari kalangan Pakatan Rakyat atau PAS sendiri.

Kami semua amat berpuashati dan merasa lega dengan penjelasan beliau petang tadi.

Jika anda ada mendengar suara-suara sumbang serta tuduhan melulu......buangkan jauh-jauh......jauhilah fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Wednesday, August 24, 2011

Udahlah tu......cukuplah.....jangan panjang2kan lagi

Kiranya bila udah bebas dari tuduhan khalwat tu, cukuplah......tak payahlah nak dedah-dedah lagi kerana ini akan mengwujudkan dendam mendendami...tak akan habis sampai bila-bila.....tidak berkesudahan.

Tengok balik ke dalam diri sendiri, tentu akan berjumpa akan kelemahan kita......memang manusia tidak maksum...tidak sunyi dari buat kesalahan...beristighfarlah banyak-banyak mohon keampunan dari Illahi dibulan yang penuh dengan Rahmat, Berkat dan Pengampunan ini.

al-brangionline:

Satu jari kita menuding ke orang.....4 jari menuding diri sendiri.

Tuesday, August 23, 2011

Ibnu Toyo: "Sakaratul-maut" bila-bila masa akan kunjung tiba......tunggu aje.....

Wahai Ibnu Toyo, tolonglah jangan ganggu proses Mahkamah......bila tiba masa bela diri nanti rasalah sendiri langit tinggi ke rendah.

Sekarang Ibnu Toyo menagih simpati pengundi di luar sana kononnya 3 orang Menteri pusat berkonspirasi nak memenjarakan dia.

Janganlah buat lawak di bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini walaupun dalam Umno semuanya tidak mustahil kerana persahabatan sesama ahli Umno bukan diikat dengan 'tali' Allah......sesiapa yang masih berkuasa akan dikerumun pagi dan petang.....siang dan malam semacam langau menghadap bangkai. Apabila kuasa tercabut.....tak ada siapa akan ambik peduli akan kamu.

Tapi saya lebih cenderung kepada gimik yang cuba ditonjolkan oleh pak badut ini semata-mata mahu menagih simpati daripada pengundi dan penyokong totok Umno seolah-olah beliau tidak bersalah dan sememangnya orang-orang Umno khususnya tidak sekali nampak apa-apa kesalahan kerana itulah amalan mereka selama ini.

Yang nampak perbuatan itu adalah rasuah serta penyalagunaankuasa adalah rakyat yang berpegang kepada ajaran Rasulnya (SAW)......yang nampak itu adalah satu kesalahan ialah rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi.......kais petang makan petang dan ada sesetengah daripada mereka kais pagi-petang, habuk pun tak dapat.

Petua dan amalan dalam Umno senang saja......jika kamu disayangi kamu selamat......jika kamu menjadi beban maka bersiap siagalah untuk menempuh 'sakaratul-maut' itu.

al-brangionline:

Tunggu dan lihat......alahai.....[sila rujuk DI SINI .]

Janganlah khuatir, Profesor......'kerusi' itu tetap kekal.....

Gambar sebagai hiasan

Bila berhujah dengan Datuk Profesor, kita kenalah berhati......almaklumlah dia orang bijak pandai.

Kita kenalah tumpang risau sama kerana dia sekarang tengah risau pasal Melayu berpecah tahap serius.

Kita pun kenalah bersedih kerana beliau berada dalam keadaan sedih teramat, hinggakan seluruh pakar motivasi dan kaunseling tak dapat nak yakin dia selagi Melayu tidak bersatu......aduhai...

Dalam ratapannya dan pengamatannya......masyarakat Melayu sudah berpecah.....politik Melayu sudah berpecah.....NGO Melayu sudah berpecah.....malah organisasi Melayu pun turut berpecah.

Mungkin Profesor tu lupa sebut......institusi pengajian tinggi pun turut ber'pecah'.....kalau zaman saya dulu, hanya ada Universiti Malaya, Kolej Pertanian (sebelum jadi Universiti Putra Malaysia), Institut Teknologi Kebangsaan, [ITK[ (sebelum bertukar ke Universiti Teknologi Malaysia) dan Universiti Kebangsaan Malaysia......ha ha ha.....tapi ada hikmahnya ia berpecah sehingga bercambah kepada berbelas-belas atau berpuluh-puluh buah universiti.....he he he sekurang-kurangnya Datuk dapat jugak mera jadi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Kalaulah semua universiti itu bersatu......maka berkemungkinan besar Datuk Profesor terlepas peluang jadi Naib Canselor......kerusi yang Profesor duduk itu akan jadi milik orang lain......kereta yang pemandu Profesor bawak Profesor sudah dapat jawatan lain.....dok gitu?.....kerana mungkin ramai lagi Profesor-Profesor yang bijak pandai lagi bistari......nak habaq mai...nampak?

Dalam banyak hal, saya ada jugak bersetuju dengan Profesor berkait dengan hujah Profesor bahawa masyarakat Melayu sudah berpecah seperti kita dapat saksikan ramai artis kita berkahwin hanya untuk ber'cerai'......anak-anak Melayu kita ramai yang berpecah-belah menderhaka mak-bapak malah ada yang berpisah jari-jemari dari tangan berterbangan bersama ledakan mercun sehinggakan ada yang sudah 'pra-syahid' sebelum ke Gaza......agak-agak apa komen Datuk Profesor?

Satu saja pesan saya yang tak berapa pandai lagi bistari ini kepada Datuk Profesor......Datuk jagalah elok-elok UUM agar dapat rangking yang tertinggi di Asia kalau pun tak di dunia, daripada Profesor bercakap pasal politik kerana berpolitik tidak perlu perolehi 'Profesor politik' kerana ramai yang ada kelulusan political science pun turut kecundang lalu berpecah dan berpisah......walaupun dari 'kapal sendiri', bukan pembangkang yang menjolok, menjatuhkannya......Tun Musa Hitam mungkin tersenyum coretan yang tak sepertinya ini......aduhai.....

Oh ya......sebelum saya terlupa, jangan lupa giatkan usaha agar UUM dapat rangking tertinggi agar dapat menarik minat pelajar luar negara belajar di sini......ketika itu nama Datuk Profesor akan melonjak tersohor di antero dunia......ekonomi negara melonjak dengan mencanak sekali dan saya pasti Datuk Profesor tidak perlu takut atau goyah......kerusi Naib Canselor itu tetap kekal bersama Datuk Profesor walaupun jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dapat 'pergi' ke Putrajaya.

Sekianlah coretan yang tak seperti ini......apalah saya dengan Datuk Profesor yang bijak lagi bistari. Sila rujuk DI SINI .

Monday, August 22, 2011

Peng'rasuah' pun boleh jadi 'winnable candidate'......

Boss nombor satu Umno selalu cakap pasal winnable candidate......PAS/Pakatan Rakyat pun cakap pasal winnable candidate.

Khairy pun sudah mula meremang bulu romanya bila bercakap pasal winnable candidate.....katanya dia sanggup dipinggirkan dari bertanding di PRU13 akan datang jika dirinya bukan winnable candidate. (Sila rujuk DI SINI .]

Setiap parti sudah pasti mempunyai kriteria tersendiri untuk mendefinasikan apa itu winnable candidate.......sudah tentu Umno mempuyai pendekatan tersendiri seperti terbukti di DUN Bagan Pinang.....sorang yang pernah digantung keahliannya kerana terbukti keterlibatannya dalam politik wang ketika pemilihan Umno.....begitu juga dengan sorang pemimpin dari negeri Hang Tuah dalam pemilihan umno yang lalu didapati terlibat dalam politik wang.

Winnable candidate bagi Umno ialah mahukan kemenangan walau apa cara sekali pun.....walau apa pun rekod peribadi calon.....asalkan boleh memberi kemenangan......matlamat menghalalkan cara.....

Dalam konteks winnable candidate, apa pula kriteria yang diterimapakai? Sudah pasti tidak sama dengan Umno.....tapi yang pastinya diantara yang dikehendaki oleh pengundi ialah yang boleh berkhidmat untuk rakyat bukan yang boleh berkhidmat untuk parti ataupun yang di'kehendaki' oleh parti......maksudnya, apa yang parti mahu mungkin tidak bersesuaian dengan apa yang pengundi mahu......apa yang PAS Kawasan mahu mungkin tak selari dengan apa yang pengundi mahu.

al-brangionline:

Terserah kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi meletakkan benchmark apa itu winnable candidate yakni calon yang boleh memberi kemenangan kepada parti.

Awas adik-adik ku......jangan teladani remaja ini ber'sahur.....

Di antara hikmah berpuasa ialah menundukkan nafsu syahwat daripada dilempiaskan secara haram.

Manakala hikmah bersahur ialah kerana kita dianjurkan oleh syarak kerana ada keberkatan di dalam sahur disamping memberi tenaga keesokkannya untuk beribadat seterusnya termasuklah mencari nafkah, mencari ilmu dan sebagainya.

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a.,
Baginda bersabda:

“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat”

Tetapi lain pulak kisah remaja ini di dalam bulan puasa bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan dari Allah SWT.

Puasa bagi remaja ini tidak dapat menahan nafsu serakahnya......sahur tidak dapat memberi keberkatan kepada mereka......jangan salahkan bulan Ramadhan.....jangan perkecilkan anjuran bersahur.....tepuklah dada mereka.....tersemburlah lapisan iman yang terlalu nipis untuk menjadi benteng daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Remaja ini telah 'hanyut' dalam alam keremajaan yang tidak berpaksikan kepada Islam berkemungkinan mereka hanyut dalam persekitaran yang tak sihat..... (ooooopppsss.....bila masa pulak dan di mana Malaysia ini sihat dalam ertikata bebas daripada maksiat dan kemungkaran?.....alahai.....)

Mereka ditangkap dihotel bajet yang ditempah khas untuk ber'sahur' konon semata-mata untuk berzina. Sila baca DI SINI seterusnya.

al-brangionline:

Hayati teman akan hadith Nabi SAW ini:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut.

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya.

Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Lalu aku pun mengaminkannya.

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Sunday, August 21, 2011

11 orang abang gersang di dini hari

Apa yang nak dikata lagi bila orang yang diberi kuasa merompak [sila baca DI SINI ).....mencabul (sila baca DI SINI )...menembak (sila baca DI SINI ) atas dasar pertahankan diri konon.

Kepada siapa nak kita harapkan lagi, apabila mereka yang diberi kuasa untuk menjaga ketenteraman rakyat sebaliknya membuat rakyat tidak tenteram.

Mungkin beberapa insiden di akhir-akhir ini dianggap sebagai kes terpencil tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk menyakinkan rakyat akan integriti institusi PDRM.

Dakwaan sorang wanita berusia 39 tahun dicabul oleh 11 orang polis, 1.55 awal pagi ketika sebahagian dari warga kota telah meluruskan kaki untuk tidur setelah sehari suntuk mencari rezeki.

al-brangionline:

Harapkan pagar......pagar tak boleh harap......aduhai.....

p/s

Masih kah kau ingat akan kisah mata lebam DSAI?

Friday, August 19, 2011

Mahathir: Makin tua makin melalut, makin dekat PRU makin merepek

Typical Mahathir......untuk lebih tepat lagi typical Umno......bila ramai rakyat meninggalkan sokongan kepada Umno maka libang libulah sekelian orang Umno 'kunun'nya (konon) orang Melayu sudah berpecah tiga (Umno, PAS dan PKR)......bila sudah berpecah maka 'kunun'nya senanglah campur tangan asing ke atas Malaysia.

Janganlah merepek pak cik......kami bukan berpecah hingga berputus tali silaturrahim.....kami hanya berbeza pendapat dan ideologi perjuangan.

Kalau kami berpecah yakni berpatah tebu berkerat rotan tak mungkin Khalid Samad masih boleh bermesra dan bertaut di atas perhubungan 'darah' dengan Shahrir Samad (mereka adalah adik beradik).....sorang darah merah ke'biru'an manakala sorang lagi merah ke'hijauan'.

Kalau berbeza pendapat dengan Umno dikira berpecah......tak mungkin anak pak cik si Marina boleh bersetuju dengan 'Bersih'......takkan pak cik tak mengaku anak pulak.

Saya nak tanya satu soalan kat pak cik......kalau diambil kira perpaduan Melayu......kenapa zaman pak cik memerintah dahulu sehingga sekarang, Kelantan, yang rata2 terdiri lebih dari 90% orang Melayu dinafikan wang royalti minyak dan pembangunan?.....sedangkan itu adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk tidak membeza2kan rakyatnya......lagi pun wang pembangunan adalah wang pembayar cukai rakyat Malaysia, bukannya wang dari kantung Umno atau dari poket pak cik.

Lagipun bersatu....berpadu...di atas konsep apa? Bersatu dengan Umno untuk meluluskan segala lesen perjudian, arak dan menyemarakkan hiburan serta maksiat lain, menyuburkan rasuah, menyusahkan serta membebankan rakyat terbanyak dengan pelbagai kos perkhidmatan serta cukai? Islam hanya tertegak di atas syiarnya......itu pun bukan sepenuhnya bukan di atas syariatnya......sepatutnya syiar dan syariat berjalan serentak dan beriringan.

Kalau itulah dinamakan bersatu......mintak maaf bebanyak pak cik ku.....kami bukan men'derhaka' kepada orang-orang tua tapi kami hanya berbeza pendapat.....InsyaAllah kalau Malaysia diceroboh oleh kuasa asing, kita sama-sama bangkit menentang musuh negara, tapi orang Umno, perkasa, pekida dan yang sewaktu dengannya janganlah culas pulak lagi mengelat......jangan mengharapkan upah pitih dan dinar emas.....biar betul-betul berani mati syahidlah, jangan jadi perkasa yang sanggup 'syahid' tapi tergolek atas katil dalam bilik air-cond......alahai..... [sumber .]

al-brangionline:

Bersatu hanya dalam Islam yakni mematuhi segala syariatnya.

p/s kenapa pak cik suruh rahim nor lepuk nuar dulu ye? kenapa sesama umno pun berpecah?......maaf ye pak cik.....i'm sorry (Versi Amir RajaLawak)

Thursday, August 18, 2011

Bos nomboq 1 tak ngaku: Habaq mai sapa yg pembohong?

Boss nombor satu tak mengaku ada penyelewengan dalam undi pos tentera......tapi bekas anak buahnya membongkar wujudnya 'penipuan'.....'penyalahgunaan-kuasa'.....'penyalahberi-arahan' kepada anak buah supaya memangkah secara en bloc.

Anak buah mereka sendiri yang mengaku diarah memangkah undi pos secara en bloc .

Masalahnya sekarang, sapa yang bercakap benar dan sapa yang memang pembohong.

Kalau diambilkira bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan ini, mustahil dua pihak itu berbohong kerana dikhuatiri puasa masing-masing hanya tinggal lapar dan dahaga sahaja.

Rasanya tidak perlu kita menjalankan ujian poligraf, satu kaedah saintifik untuk menentukan kadar pembohongan kerana ini akan memalukan initusi ketenteraan, sementelah lagi seorang Panglima Angkatan Tentera Malaysia sendiri.

Anda boleh buat penaksiran sendiri akan kebenaran kata-kata dari kedua-dua pihak itu seperti DI SINI dan DI SINI .

al-brangionline:

Sapa ada air-muka nak mengaku dia buang taik di tengah jalan?

p/s

Sesiapa yang berada di zon yang selesa tidak akan berani meng'angkat' muka kecuali mereka yang mantap beriman kepada hari akhirat......alahai.....

Wednesday, August 17, 2011

RM500 untuk yg tak pakai otak?......hinanya.....

Saya tak ambik kisah langsung apa yang berlaku kepada pejabat lama semenjak meninggalkan perkhidmatan itu.

Semalam sorang sahabat beritahu 'bantuan khas' RM500 untuk pesara akan masuk bank Jumaat ini.

Saya sempat mengacahnya......'ah, RM500 je.....'

Sahabat yang juga pesara Kerajaan itu menjawap dengan nada sinis,.....'memang patut pun, kau hanya duk saja-saja kat rumah...bukan guna kepala otak pun......lainlah JUSA, dia orang dapat setengah bulan bonus sebab guna otak banyak.'

Saya jawap dengan nada serius..... 'Ada sesetengah JUSA 'guna' otak banyak untuk jaga perut dia orang je.....yang JUSA guna 'otak' untuk dapatkan TURUS.....malah ada yang 'guna' otak untuk cari lubang golf je.....kalau nak cari lubang golf guna duit setengah bulan bonus tu tak pelah jugak.....tapi sesetengahnya ramai yang guna 'occassion' pejabat.....duit pembayar cukai untuk 'adjust' 'flight golf' mereka.'

Sahabat itu hanya senyum tanpa komen.

Bercakap pasal bantuan khas tadi......terasa ter'hina'nya saya seolah-olah persara ini tergolong dalam OKU yang berhak mendapat ihsan dari Kerajaan sama seperti warga 'kelapa sawit' yang mana dipenghujungnya menagih balasan untuk memberi undi pada sang pemberi bonus/bantuan khas.

al-brangionline:

Mintak maaf......jangan diharap undi boleh tergadai dengan budi yang tak setimpal.

p/s ......bukan jumlah jadi ukuran tapi ketidakikhlasannya amat menyerlah. Dinasihati kami berbelanja berhemah......depa berbelanja tak terkira jumlah......aduhai.....

Tuesday, August 16, 2011

Isu DUMC: 3 gadis makan ber'gelap-gelapan'......alahai.....

Tiga gadis di atas adalah di antara 12 orang Islam yang hadir majlis makan anjuran komuniti gereja di Damansara Utama Methodist Church (DUMC).

Kalau tengok cara berketerampilan, mereka bukanlah dari asnaf fakir atau miskin atau dari mana-mana asnaf yang 8 itu......malah ia lebih kepada 'as naive.....ala-ala selebriti gitu.....'

Ada banyak versi dalam isu ini......di antaranya ialah siapa sokong JAIS bermakna ia sokong Hassan Ali sedangkan kononnya Hassan Ali di'sinonim'kan dengan umno......siapa sokong JAIS bermakna Pakatan Rakyat hilang undi dari orang-orang kristian.....ha ha ha

Ada juga orang kata, sapa sokong JAIS adalah bodoh kerana kononnya orang yang belajar Agama adalah terdiri dari orang bodoh, jadi sebarang tindakan adalah 'bodoh' kononnya.......yelah hang sorang saja yang cerdik....hang sorang saja yang pandai berpolitik.....hang sorang yang pandai meraih undi orang kristian.....pendapat hang saja yang betoi......tapi saya amat bersetuju kekadangkala bukan semua tindakannya bijak.

Ada juga orang kata......macam ni, payahlah......susahlah.....lambatlah.....slowlah.....nak ke Putrajaya.....pulak?.....naik aje teksi.....ka ka ka

al-brangionline:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit" .....

p/s

Aku bukan sokong Hassan Ali atau JAIS, tapi aku sokong ISLAM.

Aku berpolitik untuk perkuatkan Islam.....ini pendapat aku walaupun tak semestinya betul tapi pendapat hang belum tentu betul, jadi kita sama-sama menghormati.....ok?

n.b

8 Asnaf

1. Fakir
2. Miskin
3. Amil
4. Al-Muallafatu Qulubuhum
5. Fir Riqab
6. Al- Gharimin (Orang-orang berhutang)
7. Fi Sabilillah
8. Ibnu Sabil

[sumber .]

Monday, August 15, 2011

Kenapa orang nombor satu umno sedih sangat


Sudah jadi satu trend pak cik-pak cik dan mak cik umno menggunakan sukan yang paling popular di Malaysia iaitu bolasepak dan badminton untuk memenangi hati orang muda.

Annuar Musa ambik kesempatan ketika Kelantan jadi juara Piala Malaysia mengarakkan piala tersebut di pilihanraya kecil Galas.

Mad Said pun sama jugak gunakan Piala FA yang dimenangi Terengganu......tapi terurang cerdik kerana umum cuti lewat sedangkan TG Nik Aziz telam umumkan cuti untuk rakyat Kelantan keesokkannya walaupun Kelantan kalah kerana tak nak menyusahkan rakyatnya yang turun ke Kuala Lumpur untuk beri sokongan kepada Kelantan.

Lepas tu Pak Cik nombor satu umno seru seluruh rakyat Malaysia beri sokongan tidak beebelah bahagi ketika Malaysia berentap dengan Singapura dalam kelayakan bolasepak pra piala dunia. "Nasib baik" Malaysia kalah secara agregat......kalau tidak riuh satu Malaysia pak cik tu dapat nama sedangkan kalau pak cik tu tak suruh sokong pun, rakyat Malaysia tetap beri sokongan 110%.

Sebelum Chong Wei bertemu Lin Dan dalam final kejohanan dunia badminton malam tadi.....pak cik nombor satu dan 2 umno seru supaya rakyat beri sokongan. Tak payah cakaplah, mesti sokong Chong Wei punyer tapi bila tiba solat Isyak dan tarawih Chong Wei terpaksa di'tinggal'kan.....tup tup dengar berita pakcik nombor satu umno sedih kerana Chong Wei kalah. Kalaulah Chong Wei menang rating Pak Cik tu mesti naik mencanak.....sudah tentu segala macam 'runtuh'.....'durian runtuh'.....'gunung runtuh' akan di istiharkan.....sama juga seperti bonus untuk penjawat awam baru-baru ini manakala rakyat terbanyak melopong menggigit jari.

Setiap atlet memang selayaknya mendapat imbuhan yang setimpal dengan keringat yang terpercik dari badan hasil tulang empat kerat mereka.....tapi dalam masa yang sama rakyat terbanyak perlu juga diambil kira kerana mereka juga turut berkorban mambanting tulang empat kerat untuk menambah hasil mahsul negara.

al-brangionline:

umno hanya pedulikan mereka yang hanya membantu mereka seperti kata pepatah China.....u help me...I help u.....kah kah kah kah.....

p/s Hard luck Chong Wei......London Olmpics masih ada

Pada 'perkasa': boleh belahlah......pada si-kambing umnGoK: semacam perli kat boss hang aje.....

Perkasa mahu ambil alih peranan PAS?

Habaq kat Encik Berahinnng dan kuda-kuda tungganganya......boleh jalanlah atau boleh belahlah atau payyyyyrrraaahhh.

si-kambing umnGoK kat PAS sudah dayus.

Berat tu.

Kalau si-kambing umnGoK tu ambilkira makna kamus Dewan Bahasa.....ia membawa makna hina dan keji.....tapi kalau diambilkira makna dalam Islam, dayus selalunya dikaitkan dengan neraka......sebagai contoh kalau si suami membiarkan isteri serta anak-anaknya tidak menutup aurat dan bergaul bebas dengan lalaki bukan mahram sementelah lagi bersentuh-sentuhan seperti berjabat-tangan sementelah lagi jika berpeluk-pelukan......aduhai.....

Nak tanya sikit pada si-kambing umnGoK ni, "tidak tempias ke 'Dayus' itu pada umnGoK yg telah di beri kuasa lebih 50 tahun tapi hanya melaksanakan Islam hanya pada berarak Maulidurrasul, Maal Hijrah, Isra' Mikraj, Musabaqoh Al-Quran tapi dalam masa yang sama menyemarakkan pergaulan bebas dalam hiburan, menyemarakkan lagi perjudian dan arak dan banyak lagi yang si-kambing umGoK lagi lebih maklum"?

al-brangionline:

Cakap siang pandang-pandang......cakap malam dengar-dengar. Kata ke dulang, paku serpih......jangan kata kat orang kerana hang sendiri yang lebih......alahai.....

p/s

Tapi rasanya si-kambing umnGoK tak berani ambik makna ikut Islam kerana takut terlondeh seluaq kerana banyak sangat yang tempais kat puak, kaum kerabat depa.

Saturday, August 13, 2011

'Nakal'nya Guan Eng......patutlah ameno meroyan manjang.....

Patutlah umno dari sehari ke sehari semakin meroyan dan dari masa ke masa sentiasa gatal mengaru-garu hingga terkadang-kadang terkinja macam 'ungka' dengan Lim Guan Eng dan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang......ini kerana Lim Guan makin mendekati rakyat bawahan tanpa ada protokol sepertimana umno yang makin menjarakkan diri dengan rakyat.

Gambar-gambar berikut menceritakan segala2nya tetapi dek media pencacai yang memang expertise dalam putar berita maka kalau gambar-gambar berikut keluar maka akan ada pimpinan tertinggi umno akan naik tekanan darahnya dan mungkin ada yang akan tumbang ke'pitam'an.







al-brangionline:

media pencacai terpaksa 'spin' berita dan gambar agar sokongan tidak merebak ke negeri-negeri lain......hanya orang Pulau Pinang yang tahu akan apa yang sebenarnya berlaku di Pulau Pinang.

p/s melopeh lagi ah umno/gerakan.

Warak ala-ala ameno.....alahai.....

Demi kesucian Islam?......ha ha ni mesti umno sedang bermimpi di siang hari.

Kesucian Islam ala-ala umno hanya bila dekat dengan pilihanraya.

Kesucian Islam ala-ala umno hanya bermain dengan apa di dalam hati.....kononnya dalam hati ada ikhlas.....luaran?.....oh luaran tak penting....tak tutup aurat?.....politik wang?.....arak?.....judi?.....hiburan melampau?.....pergaulan bebas lelaki perempuan?.....ah itu semua tak penting, yang penting hati.....ostaz umno pun memang tutorialkan pimpinan umno begitu.....tak caya tanyalah ostad misai lipan bara tu.

Kesucian Islam ala-ala umno dalam bab zakat.....oh mesti kutip zakat itu wajib......agihan?.....oh kononnya kita tak boleh beri 'ikan'.....yang penting beri joran, biar mereka berdikari.....asnaf yang baru kot iaitu 'pemancing ikan'

Kesucian Islam ala-ala umno.....mesti berarak semasa Maulidurrasul.....mesti marhaban.....mesti pakai songkok 2 jengkal bila ada kematian...bila lahir baby baru...bila pergi kenduri kahwin.....bila ada kematian.....bila hadir musabaqoh Al-Quran dan...dan...bila hadir perhimpunan agong umno.....alahai.....

al-brangionline:

Sampai bila umno nak main sandiwara?

p/s Hanya Retorik......ha ha.....

Friday, August 12, 2011

Kenapa Larang?......tarak baca punya orang.....alahai...

Di bulan puasa pun sanggup putaq belit cerita. Itulah kerja puak-puak umnGoK......sensasi.....manipulasi.....animasi.....ha ha

Sekali baca terutama warga emas umno (mesti merah cuping telinga) mesti depa ingat tak boleh azan......lepas tu depa tengok pulak di mana.....negeri mana.....tup tup di Pulau Pinang.....bila depa tau di Pulau Pinang tak boleh azan, mesti depa memaki hamun segala mak datok keluaq.....Lim Guan Eng mesti jadi sasaran...ha ha.

Sabaq orang-orang Pulau Pinang khasnya dan orang-orang di ladang-ladang kelapa sawit amnya dan seterusnya umno totok di seluruh Malaysia kecuali Sarawak (di sarawak, mana ada umno.....tak boleh masuk habaq hang.....ki ki ki) sila baca dengan hati yang tenang dan dengan lidah yang fasih.....kalau boleh pakai cermin mata.....baca hingga habis berita tu.

Ceritanya ialah tidak boleh baca al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di seluruh Masjid dan Surau di Pulau Pinang.

Awatnya? Pelik kaa? Zalim kaa? Tak Islamik kaa? Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah DAP teruk kaa?

Jika hangpa kata memang pelik.....memang zalim.....tak Islamik.....memang teruk.....ha ha ha itu tandanya hangpa mengaji tak habis lagi. Walaupun yang komplen itu pakai serban (pakai serban tu kira betoi dah tu).....hangpa pi tadah kitab lagilah.

Sedangkan dalam surau kalau member hang tengah lena...tengah tidoq, hangpa dilarang oleh Agama membaca Quran dekat dengannya walaupun tak berapa kuat memadai menggangunya......sedangkan dalam Masjid Surau pun tak boleh berzikir, membaca Quran dengan kuat kalau masih ada makmum yang tengah solat samada fardu atau sunat.....apatah lagi memakai pembesar suara.

Kalau hangpa tak puas hati.....hanpa pi tanya Tok-Tok Alim dan Tok-Tok Lebai yang tidak berkepentingan apa-apa...lepas tu habaq mai......alahai.....[sumber .]

al-brangionline:

Hangpa jangan pi tanya Lebai putaq alam Kulim atau lebai katak gomok perkasam.....tentu dua mangkuk tu menarik nafas panjang.....

Thursday, August 11, 2011

Kedua-dua 'Khalid' turut ter'flushed' dalam ole-ole 'mangkuk-jamban' itu?......alahai ameno.....

Kira-kira beberapa bulan sahaja lagi PRU12 diadakan, Khir Toyo ketika itu menjadi Menteri Besar Selangor ada beri hadiah 'istimewa' kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail berupa sebatang penyapu kononnya sebagai simbolik kerana Majlis Daerah itu tidak perform.

Jika PRU13 diadakan pada tahun ini......maka beberapa bulan saja lagi Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim pula menerima juga hadiah 'istimewa' berupa penyapu dan ditambahkan lagi dengan mangkok jamban......malah bukan untuk sorang 'Khalid', tapi untuk dua orang 'Khalid'.....iaitu Khalid Samad selaku Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor.....tapi ramai yang terkeliru menyangkakan Khalid Samad yang jadi Persuruhjaya PAS Selangor kerana beliau suka ber'cakap' banyak dan 'besar'.

Umum mengetahui terutamanya masyarakat Melayu......benda-benda seperti penyapu.....mangkuk tandas melambangkan benda yang kotor lagi jijik kerana fungsi 'penyapu' ialah menyapu benda-benda yang kotor serta sampah sarap yang tidak berguna...tidak bernilai.....manakala fungsi mangkuk tandas ialah menerima segala 'benda-benda' yang busuk, najis lagi jijik.

Sebahagian masyarakat Melayu masih percaya akan tahyul dan selalu mengaitkan 'benda-benda' seperti itu adalah majal atau sial seperti bunyi burung hantu di siang hari.....atau ketika dalam perjalanan, tiba-tiba melintas seekor biawak dll.....alahai.....

Walau apapun, bagi saya 'penyapu' dan 'mangkuk jamban' memang melambang benda yang kotor lagi jijik.

Semalam 'anak-anak' ayam belaan umno berdemo dan menghadiahkan penyapu dan mangkuk jamban kepada kedua-dua Khalid......umno memang tidak dapat dipisahkan dengan benda-benda jijik seperti itu , malah amat sinonim dengan rasuah...seks...video lucah...liwat...khalwat...zina.....seperti kata Allahyarham P.Ramlee dalam lagunya Getaran Jiwa....."andai dipisah lagu dan irama.....lemah tiada berjiwa....hampa".

Walaupun saya secara peribadi tidak beberapa setuju dalam banyak hal dengan kedua-dua Khalid itu tapi selaku pimpinan tertinggi saya tetap menghormati kedua-duanya......sudah puas mintak tolong dengan Pak Cik google mintak gambar jamban yang paling sopan......citttt mana ada sesuatu yang jijik itu sopan.....maka terdapatlah gambar diatas yang paling'sopan' di antara yang terjijik.....tak terliur atau kelapaq pun untuk makan coklat atau ais krim berbentuk mangkuk jamban.

Banyak lagi cerita-cerita busuk umno yang membuak-buak dalam mangkuk jamban itu......kenapa dengan Selangor?......kerana Presidennya pernah kata.....'Selangor adalah nadi utama ekonomi negara'.....Selangor perlu di'rampas' semula oleh umno by hook or by crook...itu tekad umno.

Baru sekarang umno nak bercakap pasal murtad.....pasal agihan bantuan?.....pooooorrraaahhh

[sumber .]

al-brangionline:

Ibnu Toyo ter'humban' akibat 'penyapu'nya......apakah kedua Khalid turut ter'flushed' dalam 'mangkuk-jamban' yang diterima mereka?

p/s ......alahai.....umno memang mampu buat apa saja tanpa ambil kira bulan yang mulia yang penuh dengan keberkatan ini.

Wednesday, August 10, 2011

Men'jaja-tubuh'......harus?.....oh, bila darurah.....biar betul Mak Cik


Ingat lagi pada Mak Cik yang bercakap ala-ala 'lucah' tapi amat berlapik suatu ketika dulu tak?

Oh......sudah lupa.....maklumlah orang Melayu memang mudah lupa. Sebab mudah lupalah yang umno/BN sesenang hati menipu mereka......dapat batik dan pelikat boleh bikin Melayu 'hilang ingatan' 5 tahun.

Mana-mana yang sudah lupa, cuba-cuba ingatkan siapa yang kata, "dalam keadaan daruroh.....perempuan 'harus' men'jaja' badannya untuk mencari nafkah menanggung anak-anak".....

Hari ini bila sana bising.....sini bising pasal orang Islam.....Melayulah tu yang hidup melarat lagi merempat menerima bantuan dari gereja.....Mak Cik ini tak nak mengalah.....sekarang nilah pulak nak diadakan gerakan besar-besaran untuk menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.

Nak tergelaklah pulak Mak Cik ni mengigau......oh hukum harus men'jaja-badan' sudah berubah rupa ye.

Selama ke ni apa yang Jabatan Kebajikan buat kerja?.....Apa yang Majlis Agama Islam setiap negeri yang jaga kutipan zakat buat kerja?

Nak tunggu orang Islam berada dilembah murtad atau pun sudah murtad baru nak buat gerakan besar-besaran nak bantu mereka?

Nak tunggu orang Islam men'jaja-badan' baru nak buat gerak gempur, nak bantu mereka?

[sumber .]

al-brangionline;

umno/BN dulu...kini dan selama-lamanya memang tak boleh harap...cuma orang Islam (orang Melayu totok yang menyokong umno) yang masih lagi bengap.

p/s ayuh......bangkitlah orang Islam, tumbangkan umno/BN dalam PRU13 akan datang...suburkan demokrasi.....raikan demokrasi.....buat ketetapan sekarang.

Tuesday, August 9, 2011

Oh Noraini!!!!!.....jelitawan tidak ber'kepala'

Oh Noraini, gadis yang tidak ber'kepala'......gadis misteri.....hanya muncul sesakali. Hakikatnya memang memeningkan.....ia memang makhluk bernyawa.....berkaki cecah ke bumi tetapi kenapa suka menyorok 'kepala'nya.

Amat mengejutkan apabila rahsianya sudah terbongkar.....busuk.....menjijikkan.....hanyir.....memualkan.....anda sendiri tengoklak rupa bentuk kepalanya DI SINI .

Di antara 'fixed-deposit' dengan 'post-dated check'......terima budi tergadai 'undi'?.....

Kakitangan awam diumumkan oleh PM dapat 'bonus raya' setengah bulan gaji serta minimum RM500, manakala pesara mendapat RM500.

Sebelum daripada ini kumpulan 'fixed deposit' yang terdiri dari warga 'kelapa sawit' juga diumumkan mendapat 'duit raya'.

Pemberian 'wang pelincir/bonus raya/bonus pilihanraya' ini hanya dinikmati oleh segelintir rakyat Malaysia.....kalaulah harga minyak tidak naik.....kalaulah subsidi minyak tidak di'gelojoh-tarik'.....kalaulah harga barang tidak naik.....selesai segala masalah......rakyat terbanyak mendapat faedah

Jadi, apa cerita dengan sebahagian rakyat terbanyak yang tidak menikmati 'wang pelincir/bonus raya/bonus pilihanraya' ini?.....meloponglah.....maka betulah 'rakyat dahulu dikenakan'.....ha ha

al-brangionline:

......sebahagian dari tanda-tanda 'tsunami PRU13' telah timbul.....

p/s Kalau warga 'kelapa sawit' dijadikan 'fixed deposit' umno/BN.....kakitangan kerajaan nak dijadikan 'post-dated check' pula?.....terima 'budi' jangan pulak tergadai 'undi'......alahai.....

Monday, August 8, 2011

Segak......kompiden.....jangan kaitkan dengan cincin 'besar' tau......alahai.....

Gambar ihsan NST.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintah En. Mohd Khir Toyo membela diri pada 26 hingga 30 September 2011 kerana terdapat prima facie berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Masih segak kelihatan.....masih ber'suit' tapi tak bertali leher (kenapa ya bila orang besar masuk Mahkamah walaupun ber'suit' tapi jarang bertali leher).

Kelihatan konpiden.....tapi anda jangan kaitkan dengan cincin ber'batu-permata' besar tu. Memakai cincin ber'batu-permata' besar amat sininim dengan orang umno......samada umno lelaki atau umno perempuan atau anak perempuan umno.....kenapa ye?.....kata orang besar keciknya batu permata serta bertatahkan berlian melambangkan gahnya mereka dan juga memberi petunjuk betapa lamanya mereka menabung untuk beli cincin seperti itu.

Saya ada sebentuk cincin besar ber'batu permata'kan nilam dan bertatahkan berlian.....tapi setiap kali memakainya dikatakan orang 'tok bomoh'......alahai.....

Berbalik pada gambar di atas, agaknya apa yang ada dalam tas-tangan yang 'kembung' itu. Oh mungkin selepas ini pak cik kita tu nak bayar zakat dan nak beri makan pada 12 orang 'miskin' yang menagih makan kat gereja hari tu.....ha ha.

Gambar ihsan Bernama.
Susah senang kita bersama wak......jangaaaan tinggal daku.....oh manis.....oh jiwa.....


Gambar ihsan Bernama. Seiring dan sejalan.....seindah.....

Gambar ihsan Malaysiakini. ......Best couple of the year.
Teringat saya malam semalam, apabila saya menaiki 'elegant' dengan orang rumah untuk bertarawih di Surau, sorang sahabat umno mengatakan.....nah ini dia best couple of the year.....ha ha ha, maaf ye saya dengan orang rumah jangan samakan wak berdua kat atas tu
.

al-brangionline:

Sebelum pada ini, ada kes sorang besar polis yang menghadapi berpuluh-puluh kes rasuah dan sorang orang kuat MPAJ yang juga menghadapi berbelas-belas kes rasuah terlepas bebas dek kerana 'teknikal' dan 'lemah pendakwaan'......alahai.....

p/s Tarikh bela diri pada 26 September......masih sempat buat open-house lagi......masa tu bersamaan 28 Syawal.....ha ha.

Dijadikan 'hamba-seks' dan 'hamba-pilihanraya'?......berbaloi ke.....

Tajuk posting ini tiada kaitan secara direct dengan 2 kisah di bawah tetapi ia sangat-sangat berkaitan dengan keadaan masyarakat Malaysia yang masih daif diserata ceruk kampong dan desa yang masih setia kepada umno/BN.

Pada hari Sabtu, 6 Ogos 2011, saya dan isteri pergi ziarah adik ipar di IJN. Adik saya disahkan oleh Doktor bahawa keempat-empat injap jantungnya tersumbat. Doktor sudah buat keputusan akan buat pembedahan 'by-pass' pada hari Isnin iaitu hari ini 8 Ogos 2011. Kelihatan dirinya nampak semacam letih.

Saya dapat mengagak bayaran yang terpaksa ditanggung beliau sudah semestinya ribu-ribuan ringgit. Dan saya menjangkakan beliau berkemampuan untuk membereskan bayaran tersebut. Apa nak dikatakan lagi.....hidup perlu diteruskan kerana menjaga nyawa itu adalah wajib.

Tapi siapa pulak yang nak jaga nyawa orang-orang kampong yang kais pagi makan pagi......kais petang belum tentu berjumpa lagi?

Bukankah Kerajaan wajib menjaga rakyatnya?......Bukan setakat menjaga mereka tatkala tiba musim pilihanraya sahaja......golongan 'fixed-deposit' dipenghujung kampong dan ladang kelapa sawit yang sentiasa setia memberi undi kepada umno/BN dijadikan seperti 'hamba-seks' atau pun 'hamba-piliharaya' kepada umno/BN,.....agak-agaknya bagaimana ye kalau mereka yang daif itu perlu mengeluarkan ribuan ringgit untuk satu pembedahan demi 'menjaga-nyawa' mereka?.....disinilah sebuah negara berkebajikan diperlukan.

Saya berdoa semoga adik ku bersabar menghadapi ujian ini......sesungguhnya selaku orang beriman, tiada daya dan upaya melainkan kita menyerahkan sepenuh harapan kepadaNYA, InsyaAllah selamat.

__________________________________________________________________

Dalam situasi yang lain......tengahari semalam, saya bersama-sama sahabat pergi ziarah seorang sahabat yang baru menjalani pembedahan di kepala untuk mengeluarkan 'tumour' sebesar bola tennis. Pembedahan yang mengambil masa 9 jam itu amat berisiko tinggi.....bergelut dengan maut.....memilukan sanak saudara.....amat perit bagi golongan yang tak berada......RM70,000.00 untuk satu pembedahan yang penuh berisiko.....namun nyawa perlu dijaga.....tapi siapa pula yang nak menjaga mereka yang tidak berkemampuan?

Untuk sahabat ini, beliau bernasib baik kerana hospital itu adalah panel kepada tempat kerjanya......bagaimana pula kalau terjadi kepada mereka yang dulu, kini dan selama-lamanya setia menjadi 'fixed deposit' kepada umno/BN? Adakah Anda menjangkakan umno/BN akan sponsor? Haaaraam kalau umno/BN ingin sponsor. Nak harapkan wang zakat.....oooooph macam-macam karenah birokrasi....tak masuk asnaf dan seribu satu alasan akan dicari dan diberi.

Inilah iktibar yang perlu kita ambil. Ada wang semuanya jadi......tak ada wang anda mungkin di'biar' mati.

Apakah berbaloi jika anda yang dijadikan 'fixed-deposit' yang hanya perlu memberi undi kepada umno/BN......yang hanya mendapat duit raya setahun sekali......anda tidak perasan bahawa yang sebenarnya anda seolah-olah dijadikan seperti 'hamba-seks' atau pun hamba-piliharaya' pada parti yang hanya pandai menjadi ayam jantan jagoan.....kokok riuh sekampong.....ekor bergelumang dengan taik.

Kelihatan kepalanya masih berbalut. Keliahatan ceria tapi dalam hatinya hanya Allah yang mengetahui.....sedang menceritakan pengalamannya menghadapi ujian getir itu.....

Bergambar kenangan bersama sahabat yang dimaksudkan.

Prof.Dr.Hamirdin menyampaikan sedikit sumbangan. Kami tahu apalah sumbangan ini berbanding puluhanribu ringgit yang dikeluarkan. Menambah sayu kami, beliau masih tak boleh nampak wajah-wajah kami. Semoga beliau dipulihkan penglihatannya, Ya Allah.

Di antara sahabat-sahabat yang menziarahi beliau.

Kami berdoa agar seluruh kaun keluarganya diberi kekuatan oleh Allah SWT dalam menghadapi ujiaan getir ini.

al-brangionline:

Sudah sampai masanya Malaysia menjadi 'Negara Berkebajikan'......sudah sampai masanya umno/BN digantikan dengan Pakatan Rakyat.

Saturday, August 6, 2011

VCD porno sedia 'menanti' jelitawan ini di 'Carcossa'?......aaarh?.....

Kalau kat sini? Jangan menharaplah Puan Yingluck nak jadi Perdana Menteri......hharaam kate orang Perak......sebelum bertanding lagi VCD porno akan sedia menanti untuk ditayang perdanakan di Carcossa.

Dan keesokkannya, si-Mamat Tok Siak Parlimen tu akan berkata....."tak boleh dakwa...mana boleh didakwa.....tak ada seksyen nak dakwa"...komer ngaji tak habis kot...kalau nak tau seksyen mana.....tanyalah dengan 'perpustakaan bergerak' tu.....walaupun beliau bergerak berkerusi roda.

al-brangionline:

Malaysia patut mahu malu dengan Siam.....demokrasinya subur......alahai mereka yang bukan mulut aje busuk.....hati pun busuk amat ramai di sini.....

p/s kalau hati busuk boleh ke hidup?......ntah.....setahu saya benda yang busuk ni hanya langau aje yang suka mengurung.

Bau mee kari...santan durian...dan sambal belacan menusuk hidung......alahai.....


[sumber .]

Hakikat mulut orang berpuasa adalah lebih harum dari bau kasturi diakhirat nanti. Ini yang diberitahu oleh para ustaz semasa tazkirah bulan Ramadhon.

Itulah kelebihan orang berpuasa......bermacam-macam ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT kepada makluk bernama manusia.

Disebalik tawaran dan ganjaran yang berlipat ganda yang sudah semestrinya manusia yang beriman berlumba-lumba mengejarnya......yang mengharap akan Rahmat Allah yang tanpa Rahmat itu manusia berada teramat rugi di akhirat nanti.....manusia juga jangan lupa perbuatan mungkar.....perbuatan lara.....percakapan bohong.....ber'blogging' dengan menghamburkan fitnah serta caci maki yang tidak didasarkan di atas berita yang sahih juga akan menerima balasan yang setimpal......alangkah ruginya berpuasa tapi yang dapat hanya lapar dan dahaga.

Arahan Menteri Besar itu eloklah kerana dikhuatiri mereka bercakap mengikut nafsu imarah......jadi daripada bercakap mengeluarkan bau yang 'busuk' akibat mengikut nafsu lebih mulut tidak bercakap walaupun busuk kerana busuk orang yang mendiamkan diri daripada terlibat dalam fitnah adalah lebih harum dari bau kasturi.

al-brangionline:

Tak tahan sahabat sebelah kerap sendawa ketika Solat Tarawih......bau mee kari...bau santan durian...bau sambal belacan menusuk hidung.....sabar aje lah.

p/s apa hal yg bukan EXCO?.....bloggers?.....mereka bebas bercakap?

Friday, August 5, 2011

Isu Gereja: Semoga undi Pakatan Rakyat meningkat.....good luck .....

[sumber .]

Oh majlis makan malam kutip dana untuk pesakit HIV/AIDS.

Ingatkan majlis berbuka puasa merangkap sahur serta tazkirah.

Apa, sudah penuh ke segala dewan, hotel untuk buat makan-makan yang exclusive begitu?

Kita tak kisah 'mangkuk' 15 orang tu tak tunaikan solat tarawikhnya kerana ia sunat dan manfaatnya untuk diri sendiri manakala mengutip dana ini.....ia adalah untuk orang ramai.....bukan begitu Pak Syeikh Khalid Samad?

Tapi mengelakkan fitnah bukankah lebih aula Pak Syeikh Khalid Samad?

Meredah gereja memanglah tak beradab.....JAIS mungkin boleh guna kaedah lain.....itu JAIS dengan Pak Kiyai Hassan Ali kena jawab dan mohon maaflah.

Saya tengok tak ada sapa yang nak mempersoalkan majlis itu dibuat sebegitu exclusive.....si 'mangkuk' 15 orang itu tak nak jawab ke?

al-brangionline:

Kalau nak jaga undi pun timbangsama orang-orang yang jahil macam saya dan orang-orang kampong yang atas pagar di luar sana.

p/s

Semoga undi pakatan meningkat dengan aktiviti seperti itu terutama di Parlimen Shah alam.

Thursday, August 4, 2011

Akok kelate...puteri mandi...nasi serati...aaahhh?

Gambar sebagai hiasan......puteri mandi adalah sejenis kueh bukannya puteri mandi dikolam.

Ramadhan kali merupakan Ramadhan yang ke3 saya berada diluar perkhidmatan Kerajaan.

Ramai sahabat-sahabat lama bertanya khabar dan saya memberi jawapan yang pasti iaitu Alhamdullilah saya berada dalam keadaan sihat dan saya menekankan kepada mereka bahawa semenjak saya berada dluar perkhidmatan, saya telah dapat malah banyak menunaikan apa-apa yang saya banyak tertinggal semasa dalam perkhidmatan dulu terutama dalam hal-hal ibadat sunat semata-mata nak mengejar 'punch-card'.

Semasa bulan puasa didalam perkhidmatan dahulu, rutin bekerja sama sahaja. Kerapkali pergi out-station, menjalani kerja-kerja pengauditan MS ISO 9001:2008, memberi ceramah, ke tapak untuk membuat penentuan lokasi yang sesuai mendirikan stesen hidrologi dan stay-back untuk memantau keadaan banjir dan penyediaan laporan yang mesti sampai ke meja Ketua Pengarah dalam masa 24 jam......tapi biasanya dalam 1-2 jam dah kena brief akan punca kejadian sedangkan dalam hati kecil ini sentiasa berkata-kata, banjir itu terjadi kerana hasil tangan-tangan manusia.

Kalau setakat beri ceramah cuma tekak sajalah yang terasa kering.....tapi kalu ke tapak hanya Allah sahaja yang tahu akan panas terik dan hausnya.

Yang paling seronok dan tak dapat lupa sekali ialah semasa out-station dalam bulan puasa di Kota Bharu. Ketika itu saya ditugaskan untuk mengenalpasti tapak pelancaran UAV (Unmanned Aerial Vehicle) untuk kerja-kerja pengambaran kejadian banjir semasa kejadian. Oleh kerana cuaca tersangat panas terik maka saya bercadang untuk membeli bungkus kueh mueh serta lauk pauk untuk berbuka dan sahur kerana bercadang mahu berehat dihotel sahaja dek keletihan.

Saya singgah di 'Yati Ayam Percik' dan membeli puteri mandi, akok kelate, onde-onde serta nasi kerabu, ayam percik untuk berbuka dan nasi serati untuk sahur (nasi putih dan daging itik serati/sekati). Tiba dihotel saya menyimpan nasi serati dalam freezer kerana takut sahur nanti ia basi.....bila sahur kacau pulak kalau basi.

Apabila tiba waktu sahur......itu pun sudah beberapa kali dikejutkan oleh front-desk. Apabila saya bukak nasi serati bungkus.....alamak nasinya keras macam batu.....itik seratinya pun keras boleh baling rimau. Oleh kerana waktu imsak dah suntuk saya sempat menjiruskan air panas lebihan buat teh pada nasi dan daging itik serati......tapi keenakannya masih terjamin.....alahai.....

Jika ada mana-mana sahabat dari Kelantan membaca celoteh saya ini, saya tak dapat lupa budi baik sahabat semua yang membuat saya tak jemu untuk out-station ke Kelantan.......oh ye terima kasih Syaari yang telah membekalkan akok-kelate....terlalu banyak hingga saya terpaksa memberi setengahnya kepada jiran.

Itulah sedikit daripada kenangan-kenangan semasa dalam perkhidmatan

Wednesday, August 3, 2011

Sup bebola ikan Guan Eng dan Soi Lek......mana satu mau makan?.....

Jika diberi pilihan makan, sup bebola ikan yang disediakan oleh Guan Eng dengan Soi Lek......yang mana satu yang anda makan.

Kedua-dua resipi itu menggunakan barangan halal dan anda sedang dalam musafir di padang pasir di mana anda kehabisan makanan......mengikut hukum, anda perlu makan untuk meneruskan kehidupan agar dapat beribadat kepadanya.

Kalau mengikut ustaz, tatkala dalam darurat daging khinzir pun diharuskan makan tapi hanya sekadar untuk memulihkan tenaga agar dapat menunaikan ibadat kepadaNYA.

Jadi dalam konteks sup bebola ikan tadi, tidak ada masalah......kedua-duanya dimasak dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang halal.....cuma bezanya...satu dimasak oleh Guan Eng dan satu lagi dimasak oleh Soi Lek.

Sudah tentu al-brangi akan makan sup bebola ikan yang disediakan oleh Guan Eng kerana pertamanya ia menggunakan bahan-bahan yang halal, keduanya Guan Eng lagi faham akan kepercayaan dan pegangan orang Islam akan sesuatu yang halal dimakan setelah sekian lama bersama dengan Pakatan Rakyat dan ketiganya kerana Guan Eng tersangat-sangat berakhlak tinggi.

Manakala masakan yang sorang lagi tu, ia disediakan oleh orang yang tak faham, tidak mahu faham dan tidak diberi faham berkaitan hukum hakam Islam oleh parti yang ia bergabung kurang lebih 50 tahun dan yang keduanya kerana......faham-faham dan tahu sama tahulah akan aksi kejaguhan 'akro-bed'nya (bukan akrobat ye.....ha ha ha).

Kalau tak percaya sila baca DI SINI .

Syabas SPR......jelitawan ini dapat 'naik'.....

SPR Malaysia sepatutnya pergi ber'kursus' dengan SPR Siam.

Seteruk-teruk Siam, India......malah Indonesia telah mendahului Malaysia dalam meraikan demokrasi. Malaysia lebih hebat segala2nya konon terbukti tersasar jauh dalam mengamalkan demokrasi.

Andainya Pakatan Rakyat berjaya men'tenggelam'kan Umno/BN dalam tsunami politik kali ke2 dalam PRU13.....adakah anda mengharap semudah itu bakal Perdana Menteri yang baru naik mengangkat sumpah seperti yang akan berlaku di Siam nanti?

al-brangionline:

Selagi tranformasi pilihanraya tidak diambil peduli oleh SPR/Umno/BN sebelum PRU13.....hanya miracle saja dapat membantu Pakatan Rakyat.

p/s

Namun lawan tetap kita lawan

Tuesday, August 2, 2011

Bukan Imigresen aje......Kastam? Umno?.....samalah pun

[sumber .]

Kalau Imigresen boleh dan sanggup mengambil langkah yang tidak popular dikalangan kakitangannya demi mengurangkan rasuah......bagaimana agensi lain di mana sedikit kuasa yang ada pada mereka rasuah boleh berlaku semudah mengoyakkan pembalut 'ais-krim corneto'.

Agensi-agensi lain yang memang terdedah kepada rasuah dan memang kedengaran banyak kes rasuah seperti PDRM, JPJ, Kastam malah di kalangan Hakim dan jangan lupa poltik wang juga adalah satu bentuk rasuah seperti berlaku dalam pemilihan Umno Mc 2009. Sila lihat 'rintihan' vetran politikus ini DI SINI dan DI SINI .

al-brangionline:

Rasuah bukan hanya berkisar pada tempoh perkhidmatan.....ia juga berkisar tentang sistem sesuatu perkhidmatan itu sendiri.

p/s Tepuk dada......bergoncang ke tidak IMAN.....?

Monday, August 1, 2011

Mahathir pun boleh tertipu? hebat sungguh 'towkay' besar ini?

Pada 29 Julai 2010, Dr Ling Liong Sik didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah. [sumber .][sumber .]

Seseorang calon pilihanraya perlu dipilih oleh rakyat dalam sesuatu pilihanraya (kecil atau umum) untuk menjadi wakil rakyat samada ADUN atau Ahli Parlimen.

Setelah menang, maka parti yang diwakili berhak memilih sesiapa untuk disyorkan kepada DYMM Seri Paduk Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Menteri Kabinet atau kepada Duli Yang maha Mulia Sultan sebagai EXCO.

Dalam kes di atas, jikalau 'towkay' besar itu dikatakan menipu Jemaah Menteri itu bermakna juga dia menipu rakyat jelata sekiannya, kerana rakyatlah yang memilih beliau dan juga Jemaah Menteri......rakyat sentiasa ber'korban' berjuta-juta malah berbillion-billion ringgit untuk di tipu oleh sang penipu......alahai.....bila lagi rakyat akan celik sepenuhnya kedua-dua biji mata angerah Allah supaya tidak lagi di 'silau' oleh kilauan ringgit oleh sang penipu.

Dalam congak matematik mudah......kalau dia menipu rakyat dan Kabinet.....ini membawa makna ia menipu semua orang dan semua peringkat dalam hiraki pemerintahan Malaysia.....hebat tu.

Semua orang tahu zaman si-'towkay' besar ini kononnya 'menipu' seperti dalam pertuduhan, adalah zaman Perdana Menteri yang terkenal se antero dunia. Ketajaman pemikiran serta kelicikan ber'politik' membuat kawan dan lawan sukar untuk 'kelecek'nya. Siapa yang tidak kenal Mahathir.....dari Tok Imam Felda hingga ke penarik pukat ikan.....kalau tanya anak-anak Tadika KEMAS...serentak dan sepantas kilat mereka menyebut akan Mahathir.

Tengok bagaimana Ku Li ter'buang' untuk satu jangka waktu dari 'jeriji besi' umno di zamannya......saksikan bagaimana Anwar terpelanting dari lantai 'anjal umno'.

Ini semua nak menggambarkan bahawa bukan sesenang ABC untuk untuk seseorang 'kelecek' 'shrewd-tactician' seperti manusia bernama Mahathir ini berpolitik.

Persoalannya......bagaimana mungkin si-'towkay' besar ini terlepas dari saringan.....bagaimana mungkin Mahathir tertipu olehnya.....bagaimana mungkin Mahathir tidak aware langsung akan gerak-geri si-'towkay' besar ini?

Di dalam politik ala-ala BN, terkadangkala hukum logik boleh terpakai.....tapi terkadangkala ia di luar batasan logik.

al-brangionline:

Walau apapun......itulah 'teladan' pemerintahan umno/BN.....ia amat sinonim dengan juta-juta.....billion-billion.....satu angka di mana 'calculator' berjenis 'cikai' akan keluar 'error' bila menekannya.

Baru sehari berpuasa......udah nak ambik peranan iblis?......alahai.....

Sempena ketibaan penghulu segala bulan......bulan yang penuh dengan berkat.....ni'mat dan pengampunan.....bulan Ramadhon al-Mubarak.....bulan yang didalamnya turunny Al-Quran Al-Kareem sebagai panduan kehidupan di dunia yang fana' ini.....al-brangi mengucapkan selamat menyambutnya kepada semua pembaca serta pengikut setia blog ini agar sama-sama kita dapat mempertingkatkan segala amal dan banyak berdoa agar dilepaskan daripada azab api neraka dan juga terlepas dari 'azab' kongkongan pemerintahan Umno/BN.

'si-Kambing umnGoK seawal satu Ramadhon lagi telah menyumpit jarum adu-domba.....telah menghembus angin ancum-mengancum.....telah menggelisahkan pengikut setia Pakatan Rakyat dengan perasaan syak wasangka, curigai mencurigai kepada PAS.

Sudah semestinya sesuatu itu sifatnya tidak kekal, begitu juga dengan jawatan Ketua Pembangkang......apa-apa boleh terjadi kepada Anwar dan kepada mana-mana kepimpimpinan.

Dengan serangan bertali-arus umno/BN terhadap Anwar.....semua orang dapat membaca dan boleh buat telahan bahawa berkemungkinan Anwar akan merengkuk sekali lagi dibelakang tabir besi kerana takutnya umno/BN terhadapnya.....maka sesiapa pun boleh buat analisa serta congakan politik mudah bahawa Pakatan Rakyat khasnya perlu kepada seorang pengganti yang berpengaruh untuk memandu Pakatan Rakyat kelandasan yang betul agar jalan ke Putrajaya tidak samar.

al-brangionline:

Jadi apa yang 'si-kambing umnGoK' nak menyibukkan diri? Ini bulan Ramadhon......tak boleh ke berehat kejap daripada 'menanduk cari makan'?

p/s ......baru sehari berpuasa udah mula nak ambik peranan iblis......mentang-mentanglah iblis dibelenggu.....