Dari Allah kita datang......kepadaNYA jualah kita akan kembali.Kesayuan dan kepiluan sang ibu yang bersusah payah mengandungkannya serta keperitan melahirkannya jelas terbayang di air muka sang ibu.
Di saat seluruh kaum muslimin menghadapi kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak lusa.....bulan yang penuh dengan Rahmat.....Ni'mat dan Pengampunan, Allahyarham dijemput oleh Allah SWT.
Sesungguhnya Allahyarham amat menderita.....pergilah...pergilah menghadap Tuhan Mu dalam usia semuda 25 tahun...nescaya di sana akan hilang segala penderitaan InsyaAllah
Betapa berat mata memandang......berat lagi bahu memikul.
al-brangionline ingin mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarham Mohd Asraf Abdul yang telah dijemput oleh Penciptanya Allah SWT pada jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, awal pagi semalam setelah mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama kepada 'Aleesya Farhana' setelah menjalani pembedahan pertukaran jantina di Thailand 2 tahun yang lalu ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Ramai yang mencemuh Allahyaraham......kedua ibu-bapa menanggung malu akibat di pandang serong oleh masyarakat.....seluruh kaum keluarga menanggung aib tapi Allah SWT amat menyanyangi Allahyarham yang berkemungkinan berbagai-bagai implikasi timbul untuk Allahyarham meneruskan penghidupannya.
Marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham diampunkan oleh Allah SWT di atas segala 'ignorant'nya sehingga Allahyarham mengambil keputusan sebegitu......moga-moga dilimpahi Allah SWT segala Rahmat dan Ni'matNYA kepada Allahyarham.....sesungguhnya Allah SWT mempunyai keluasan Rahmat yang tiada batasan dan Dialah yang maha pemberi kurnia.
Al-Fatihah.
[sumber .]
















































