
Ramai sahabat bertanya kenapa akhir-akhir ini saya lambat update posting.
Saya hanya mampu tersenyum dan kata kepada mereka.....saya terlalu sebuk dengan tugasan baru. Satu tugasan yang hanya perlu mengetuk
keyboard di rumah.
Mereka juga ada bertanya kenapa saya sudah lama tidak buat komen pasal
video mengancam?
Saya kata.....kita sudah letih dan banyak membuang masa atas perkara yang tidak wujud.
Ia hanya diwujudkan oleh musuh politik.
Apabila kita melatah maka kita sudah masuk perangkap mereka.
Ramai mereka di luar sana yang hanya mencebik mulut......menggeleng-geleng kepala akan fitnah bersiri armno itu......hanya mereka yang berfikiran
setengah tiang sahaja atau mereka yang mempunyai
penyakit hati sahaja yang mungkin percaya 99.99%.....itu pun tidak 100%.....kerana 0.01% bisikan hati kecil masih lagi sangsi dengan fitnah tersebut.
Kita banyak membuang masa untuk ber
tahan akan
video mengancam itu.
Banyak lagi perkara prioriti yang perlu kita buat.
Kita perlu agresif menerangkan kepada rakyat tentang
buku jingga......
negara berkebajikan.....kebejatan dan kebobrokan
perkakas-perkakas armno.
Pengundi atas pagar di luar sana perlu penerangan yang sejelas-jelas akan isi kandung
buku jingga dan konsep
negara berkebajikan. Mereka perlu didekati selalu.....lebih-lebih lagi PRU13 sedang mengejar kita.
Mereka di luar sana yang sudah faham akan segala kebejatan dan kebobrokan
perkakas-perkakas armno amat memerlukan penerangan yang menyakinkan mereka sebelum diterjemahkan dalam bentuk undi.
Kita tidak mampu untuk hilang undi mereka kerana undi mereka adalah undi penentu.......umum sudah maklum yang totok armno tetap akan bersekongkol dengan mereka.....yang totok Pakatan Rakyat akan tetap setia bersama InsyaAllah.
Pakatan Rakyat perlu menampilkan imej sebagai pemerintah yang berwibawa bukan seperti imej gedebe armno dan
perkakas-perkakasnya.
Kalau kita setakat memaki hamun......maka kita kelihatan sama seperti mereka.....tak ubah sebagai sebuah NGO.
al-brangionline:
Walau apa pun Bersih perlu menjadi realiti.
p/s Jangan asyik dengan isu remeh-temeh seperti isu tak mahu bersongkok.....kalau serius nak ke Putrajaya......kalau tak, setakat ke Petaling Jaya.....layan
kopi putih kaw kaw sajalah.....alahai.