Bagi mereka yang mungkin mengejar habuan seks, akan menganggap poligami itu sebagai satu 'tuah' badan.Yang sebenarnya ia bukan satu 'tuah' tapi satu amanah yang maha berat untuk dipikul.
Ia bukan setakat mampu dari segi mengurus hal-hal fisikal dan fiskal tetapi ia menuntut lebih dari itu......bukan setakat memberi keadilan segi giliran atau memberi cukup makan dan pakai sahaja ia lebih dari itu.
Adil dalam Islam membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak.
Apabila ada 4 isteri bermakna suami itu sudah ada 1 bapa kandung, 4 bapa mertua serta 1 ibu kandung dan 4 ibu mertua jika kesemua mereka masih hidup.
Si suami jangan lupa status ibu dan bapa mertua adalah sama dengan status ibu dan bapa kandung......justeru itu si suami harus bijak memberi tumpuan yang adil kepada kedua-dua pihak (ibu dan bapa kandung serta ibu2 dan bapa2 mertua).
Di dalam menjaga hak ibu dan bapa kandung serta hak-hak ibu2 dan bapa mertua......hak isteri-isteri dan hak anak-anak jangan dipinggirkan pula.....makan minum, pakaian, memberi ilmu.....amat salahlah kalau si suami kononnya atas dasar anak yang soleh melebehi ibu dan bapa kandung serta adik beradik kandung daripada isteri/isteri2 serta anak-anak sendiri......malah hak mertua sekali pun......sesetengahnya pula rela isteri/isteri2 serta anak-anak ber'zuhud' tetapi melebeh-lebihkan pula ibu-bapa serta adik beradik sendiri.
Memang ketaatan isteri kepada suami didahulukan daripada ibu dan bapa sendiri tetapi si suami atas dasar anak yang 'soleh' terus mengambil peluang ini dengan tidak memberi keadilan kepada isteri/ister2nya untuk beraya bersama-sama di rumah mertua mereka umpamanya.
al-brangionline:
Syabas diucapkan kepada Salleh Yaccob kerana membina 4 'masjid' dari sesetengah artis atau individu yang bergelumang dengan dosa hidup berkepit dengan 'gundik' bertahun-tahun seperti suami isteri.
p/s Lari dari fitnah untuk menghadapi fitnah (ujian) baru.



















































