Followers

Saturday, April 30, 2011

DAP dan PAS udah.....PKR napa tak jemput sama?

Umno sekarang dah rasa demam kura......siang hari terasa sejuk......ketar menggigil......malam hari berpeluh kepanasan...sesekali meracau-racau.

'Penyakit' ni dapat pada mulanya di Sibu dan ia melarat sekembali pulang dari PRN Sarawak baru-baru ini.

'Tok Pawang' memberitahu tak de cara lain melainkan pecahkan Pakatan Rakyaat dengan cara memujuk DAP keluar dari Pakatan.

Cara ini tidak menjadi langsung.....malah DAP tidak berselera langsung dengan umpan 1Malaysia.

Lepas itu dengan muka selamba, Umno ajak PAS keluar dari Pakatan yang kononnya PAS tidak dapat apa-apa dari DAP.....malah kata mereka DAP tak perjuangkan Islam.

Dah mula nak gelak besar ni.....semenjak bila pulak DAP perjuangkan Islam.....bukankah tugas utama iala parti yang memerintah melalui Umno yang menerajui BN perjuangkan Islam?

Kalau ikut hukum lojik selepas gagal nak pujuk DAP dan PAS tinggalkan Pakatan Rakyat.....parti terakhir yang tinggal dalam Pakatan Rakyat ialah PKR......kenapa tak pujuk PKR.....sedangkan majoriti ahli PKR adalah pendokong Umno dulu?

Mungkin sorang dua termakan pujuk dengan harga lumayan.....kira-kira bolehlah hidup hingga anak-anak membesar kot.....

Macamana nak pujuk kerana pendokong PKR adalah saingan mereka.

Setelah usaha pujuk memujuk tak ber'degih'.....maka caranya hancur leburkan DAP, PAS dan PKR.

Goncangkan pimpinan di atas dulu......lagakan sesama mereka.....taburkan fitnah.....cucukkan jarum sangsi kepada ahli.....suntik perasaan benci sesama sendiri.....dengan jangkaan ahli akan berpecah.....alahai.....jangan harap kami akan terikut.....terima kasih berbanyak Umno.
[sumber .]

al-brangionline:

Tapi kekadang sesama ahli pun termakan dengan kerja-kerja politik longkang ini......aduhai.....

Sehidup - semati......satu hidup.....satu mati

Sehidup semati......itu pegangan orang Melayu yang bawak makna sama-sama hidup dan sama-sama mati......nak menunjukkan betapa setianya pasangan kekasih atau suami isteri.

Mana dia orang dapat falsafah nih......mana kita tahu jangka hayat......tempoh hidup kita.

Tetapi apa yang terjadi kepada pasangan kekasih ini memang menepati ungkapan 'keramat' bagi pasangan bercinta......sehidup semati.....ye memang terjadi betul-betul.....satu hidup dan satu mati.

Yang perempuannya, Roshamima Roslan, 24 tahun akan dihukum gantung hingga mati kerana didapati bersalah membawa masuk 21.48g heroin dalam kereta mereka ke negara jiran, Singapura manakala tunagannya Mas Swan Adnan, 27 tahun terlepas bebas.

Selalunya golongan 'hawa' diperkudakan atau dijadikan keldai dadah, tetapi dalam kes ini silelaki terjebak mengikuti jejak langkah kekasihnya. (sumber .)

albrangionline;

Seharusnya malah sewajibnya lelaki yang menjadi pembimbing kepada siperempuan dalam melayari hidup dengan tali Agama.

Selepas Maharaja Lawak......Maharaja Sumpah

Sesumpah sedang bersumpah.

Sesekali fikir......macam 'betul' je Mamat T ni......nampak khusyuk dan tawaduk, bersongkok tinggi 2 jengkal lagi, berbaju Melayu lagi.....dua kali fikir macam tolol je.....tiga kali fikir macam bahlul je.

Satu fenomena baru di 1Malaysia.

Walau apapun......itu 'hak' individu......rakyat Malaysia berhak untuk ber'sumpah'......rakyat Malaysia berhak untuk tengok video lucah.....berhak untuk buat tayangan perdana.

Tapi jangan lupa......Masjid pun ada haknya sendiri.....orang Islam pun ada haknya.....hak untuk memakmurkan Masjid.....solat Asar berjemaah.....menutup aurat......dapat khabar ramai yang tak ikut solat Asar berjemaah (sesumpah bersumpah dekat-dekat dengan waktu Asar)

al-brangionline:

Lepas ini akan diwujudkan satu reality show yang baru untuk lawan Maharaja Lawak......iaitu Maharaja Sumpah.

Friday, April 29, 2011

Laknat......lahabau......laknat.....mereka beratib

Rupa-rupanya jenis manusia penakut.


Datang bertiga untuk bersumpah 'laknat' dengan memakai baju kalis peluru.


Takut mati rupanya.


InsyaAllah kalau kamu 'gugur' kerana mempertahankan kebenaran demi menegakkan kesucian Islam......gugur kamu adalah gugur......ooooopppsss albrangi mana boleh beri fatwa.


Selepas ini ketiga-tiga kamu yang mengong......pegawai-pegawai Masjid yang melayan kerja-kerja mengong kamu ni adalah sama-sama mengong dengan kamu bolehlah duduk dalam rumah 'kaca' agar kamu terselamat dari 'laknat' All SWT kerana kemengongan kamu bertiga.


Sumpah laknat ini merupakan sumpah untuk kesian kalinya oleh beberapa 'watak istimewa' sebelum ini ke arah men'suci'kan diri dan me'laknat'kan orang lain. [sumber .]


al-brangionline:


Teringat albrangi akan kata-kta orang Melaka......lahabau benau ngko.....

Dua-dua dah masuk 'sebelah kaki'......tak tahulah.....


Manchester United sudah melangkah masuk sebelah kaki di pertandingan akhir Liga Juara-Juara di Stadim Wembley, London, England pada 28 Mei 2011 nanti.

Ini ekoran kemenangan mereka ke atas FC Shalke 04 2-0 ketika berkunjung ke Veltins-Arena, Gelsenkirchen, Germany baru-baru ini.

Begitu juga dengan Barcelona FC yang menundukkan Real Madrid FC juga dengan 2-0 di Estadio Santiago, Bernabeu, Madrid, Sepanyol.

Manchaster United dan Barcelona menunggu kedatangan Shalke dan Real Madrid masing-masing di Stadium mereka di Old Trafford dan Nou Camp dengan berbekalkan away goal 2-0 dalam pertandingan timbal balas separuh akhir kedua minggu depan.

Perlawanan dijangka sengit dan mereka sekurang-kurangnya memerlukan kemenangan 2-0 untuk menyamakan agregat menjadi 2-2 untuk mengheret ke masa tambahan sehingga penentuan penalty kicks.

Sebarang seri melebihi 2-2 seperti 3-3, 4-4..,,,,tuan rumah akan 'menjilat jari' dan hanya berkunjung ke Wembley sebagai peonton 'kehormat'. Jika tuan rumah kalah melebihi 2 gol, maka tersangatlah hampa dan bolehlah buat persediaan baru untuk kejohanan tahun hadapan.

al-brangionline:

Apa-apa boleh berlaku dalam bolasepak.

Walau appun berlaku ManU tetap di hati ku.

Thursday, April 28, 2011

Sumpah boleh main wakil-wakil pada member pulak dah......alahai.....




Agama dipersenda untuk tujuan yang penuh tersirat begitu teruk sekali.

Sekarang ada kaedah baru pulak......bersumpah boleh main wakil-wakil kat member pulak untuk bersumpah.

Bayangkan jika kaki rogol kanak-kanak bawah umur, kaki perogol kanak-kanak lebih umur...remaja...mak nenek atau 'tiang talipon yang dibalut baju tidur', kaki rasuah, kaki zina, kaki khalwat, kaki ragut......kaki segala kaki dengan satu sumpah laknat, sudah dikira suci secucinya......apa akan jadi pada masyarakat?

Atau jika anak yang takut bersumpah......maka emaknya atau bapaknya atas nama kasih sayang pada anak-anak mereka boleh bersumpah bagi pihak anaknya.

Begitulah sebaliknya jika bapa yang 'penakut', anak-anak atas nama anak-anak yang 'soleh' atau 'solehah' boleh bersumpah bagi pihak bapaknya.


Apa akan terjadi?


Wahai mereka yang 'alim dalam Agama......keluarlah secara bersepakat di atas nama kebenaran...bukan di atas nama 'perut....tembolok wal fulus' akan satu fatwa di atas sifat-sifat benar...amanah.....meyampaikan yang hak dan bijaksana akan kemelut yang sengaja tercetus ini. ( sumber .)

Jadi keldai dadah......jadi 'keldai' lain pun ada jugak

10 rakyat Malaysia menjadi 'keldai ddah' ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand semalam selepas didapati cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta)



Di sebuah negara didunia ini ada segolongan 'manusia' menjadi 'keldai' kepada parti politik tertentu untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

al-brangionline:

Anda yang lebih arif......tekalah sendiri siapa golongan itu.

p/s

Memang sifat pencacai yang merosakkan pemikiran rakyat Malaysia yang waras dengan gambar di atas penjuru kanan sana.

Memalukan bangsa dan merendah2kan Agama.

Tuesday, April 26, 2011

Oh poco-poco......Oh Poco-Pocot......alahai.....

Maka tersebutlah akan alkisah sebuah negara di mana pembesar-pembesarnya serta pegawai-pegawai penjaga Agamanya perihal setiap saat suka melatah......pantang kedengaran sesuatu bergegaran hatta jarum sebatang jatuh pun, maka akan melatahlah sekian pembesar-pembesarnya serta pegawai-pegawai penjaga Agamanya......Oh poco-pocot kiri.....oh poco-pocot kanan.....oh poco-pocot depan.....oh poco-pocot belakang.....

Sehinggakan di sebuah negeri dalam negara tersebut, dilarang rakyatnya melatah...... Oh poco-pocot kiri.....oh poco-pocot kanan.....oh poco-pocot depan.....oh poco-pocot belakang.....oleh Penjaga Agama a.k.a Oh Poco-Pocot.

Namun larangan itu tidaklah mendapat restu dari saudara-saudara Oh poco-pocot yang lain kerana mereka berpendapat Oh poco-pocot tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepada sekelian hamba rakyat.

Sekelian hamba rakyat menjadi pening-pening lalat akan 'double-standard' ini sehinggakan terfikir di benak mereka......apa sudah jadi dengan negara ku yang Penjaga Agamanya asyik melatah Oh poco-pocot sedangkan banyak benda lain yang sudah terang lagi bersuluh melanggar batas Agama......di mana remaja bila melatah saja 'Oh poco-pocot' maka akan lahirlah anak-anak haram sehingga ada sebuah negeri yang menyediakan anak lahir hasil 'Oh poco-pocot'.

al-brangionline:

Agama bukan untuk dilatah Oh poco-pocot sahaja......malah ia untuk diamalkan oeh sekian hamba rakyat serta para pembesar-pembesarnya termasuk Penjaga-Penjaga Agama tidak terkecuali seorang Penjaga Agama a.k.a. 'Oh Poco-Pocot' yang amat terkenal dengan latahnya 'Oh Poco-Pocot'.

DNA lelaki 'XXX' di 'anu' karipap china doll

Pemilik DNA yang bertanda 'Lelaki Y' di 'anu' karipap jejaka yang malang itu sudah dikenalpasti.

Maka tidaklah hairan......tidaklah mustahil.....tidaklah sukar......amat senang.....gampang sekali..... untuk mengecam dan mengenalpasti DNA 'Lelaki XXX' di 'anu' karipap china doll dalam adegan seks terlarang yang di'tayang perdana' di Carcossa baru-baru ini.

Kenapa tak tayang di slot Forum Perdana hari Khamis malam Jumaat? Kumpulan sasarnya lagi besar kan?......Ini kerana Mat Botak sudah beri 'fatwa songsang'.....tidak salah tengok dan tayang.....yang salah ialah layan, pegang dan rasa (yang ini saya tambah sendiri).

Mulai semalam sudah berazam nak boikot makan karipap dan minum kopi......naik geli geleman...mual dan meloya macam perempuan mengandung di awal bulan.....wek...wek...wek... [sumber .]

al-brangionline;

"Habis" kau Brother......alahai.....

Bergantung haraplah kepada Allah SWT sebanyak2nya.

Monday, April 25, 2011

Perihal Karipap seful yg enak dan Omega Nuar

Orang Melayu memang bangsa kreatif.

Suka mereka-reka cerita dan memberi gelaran pada orang atau barangan.

Saya masih ingat dizaman ritro 70an ketika artis bersuara gemersik Uji Rashid berada dikemuncaknya......peniaga kain batik di Kedai Payang, Kuala Terengganu menamakan batik mereka batik Uji Rashid sehingga sekarang pun ada juga beberapa artis terkenal seperti Siti Nurhaliza dikaitkan dengan beberapa jenis batik sutera atau batik basahan.

Hatta peniaga ikan di Kedai Payang pun menamakan ikan mereka sebagai ikan Uji Rashid (ikan lolong merah).

Tapi petang tadi ada cerita benar berlaku di petrol pam. Ketika saya mengisi minyak ada sorang jejaka dengan memakai 'jeans seasoned' berT-shirt tertulis di depan..... 'Hard Rock Cafe - Jakarta' berwarna hitam.

Dia memberi salam dan gaya lintuk slangnya walaupun dicuba macam orang KL bercakap, tak lari slang Indonnya. Jelas memang dia Mamat Indon setelah saya cuba bercakap ikut slang Indon.

Dia mengeluarkan sebuah jam dari beg sandangnya. Pak RM300.00 ringgit jam Omega Pak Nuar. Saya tanyanya, siapa itu Pak Nuar.

"Pak Anwar yang tertinggal jam Omeganya ketika......" si Mamat Indon cuba nak buat lawak 10 sen. Hati saya mula mendidih. Sebelum saya menghalaunya pergi sempat dia menurunkan harga jam itu serendah RM30.00.

Dia cuba berjenaka dengan saya......tapi saya sempat juga berjenaka dengannya. "Ikut saya ke Kantor (maksud saya ke Bank) untuk ambil wang."

Tiba-tiba si Mamat itu cabut lari.....ye lari seperti ternampak polisi....saya naik hairan, mungkin dia tersalah dengar atau fahamkan ke Balai Polis.....padan muka.

Sebelum balik ke rumah saya singgah ke gerai kuih. Ada sorang lelaki lebih kurang sebaya dengan saya tapi lebih bergaya......ala-ala korporat ameno. Dia merenung saya agak lama jugak, dalam hati saya mungkin Mamat ni salah orang kot...disangkanya saya ni kawan dia. Saya memberi salam dan dia menjawap salam saya.

Saya terus membeli pisang goreng dan si Mamat tu dengan nada sinis di antara separuh senyum dan ketawa kecil macam orang menahan kentut meminta, "Bak karipap Seful RM2.00".

Abang yang jual karipap itu terpinga-pinga dan menjawap, "Ni karipap yang selalu jual, karipap Kak Mah."

Mamat itu sambil gelak-gelak mencelah, "Tak kisah ah, tapi karipap Seful lagi sedap."

Saya dah tak tahan......makanan boleh di'main-main'kan dengan politik murahan yang menjijikkan, teru saya mencelah, "Karipap Baaapak Seful ada tak?"

Abang yang jual kuih itu terpingga-pingga manakala si Mamat yang berlagak tu sempat menoleh pada saya terus beredar menaiki kereta yang parkir menghalang kenderaan lain......dia ingat jalanraya ni baaapak dia punya.

Saya terpaksa menerangkan pada abang kuih tu.....tadi di Mahkamah si budak Seful tu dengan sesenang hati perkena karipap dan kopi setelah diliwat kononnya oleh Pak Nuar.

Abang itu menyumpah2, "Kalau aku tau, aku tak pandang duit RM2.00 dia tu."

Sambil saya pandu kereta sambil saya cuba ingat kembali kat mana saya berjumpa dengan Mamat karipap ni......oh semasa perarakan calon dalam PRU10.....confirmed dia di kem sana.....kem songkok 2 jengkal. [sumber .]

al-brangionline;

......deme nih macam dah tak percayakan Hari Akhirat

Salah 'pangkah'......rasalah sendiri.....

N18 TEBEDU

  • 1. Kipli bin Ale (Bebas) .. 260
  • 2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB) ... (6,196)
  • 3. Christopher ak Kiyui (PKR) ... 2,130
  • 4. Anthony ak Nais (SNAP) ... 468
Adakah kami tersalah pilih hari tu?

Jawaplah sendiri......

al-brangionline:

Pilihanraya Negeri Sarawak baru aje berlalu lebih kurang seminggu......alahai.....penyakit lama.....

Sunday, April 24, 2011

'Boikot' mereka ber'otak' nasi lemak......alahai.....

Kesian sungguh......level kepala otak mereka ni setakat nasi lemak je.

Saya rasa nasi lemak ntah jatuh 'ranking' ke berapa dalam menyumbang kepada kalori tenaga.

Kalau nak nak kaitkan obesiti dengan nasi lemak......ni macam nak perli beberapa 'orang' di Putrajaya yang memang obesiti tahap III.

Bila bercakap pasal obesiti murid di sekolah......jangan lupa juga bercakap pasal murid yang kurus keding tak cukup zat.

Dia orang tak fikir ke masih ramai lagi anak-anak di pendalaman....masih ada yang tak sarapan langsung atau masih ramai lagi yang tak tahu atau memang tak nak ambik tahu hal anak-anak di pendalaman?

Berita-berita seperti itu sengaja di'gelap'kan oleh media pencacai.

Bercakap pasal media pencacai......rakan 'kongsi' mereka yakni parti 'towkay-towkay' besar sudah ber'kempen' agar boikot membacanya.

Saya amat yakin, orang-orang parti 'towkay-towkay' besar ini, berapa kerat sangat yang membacanya......majoriti yang baca adalah orang-orang mereka sendiri......kerana mereka yang pakai songkok 2 jengkal ni terasa macam tak sah hari-hari berlalu tanpa baca 'risalah' yang penuh dengan 'fadilat' tersendiri.

Jadi pendekkan cerita, laungan boikot itu ditujukan pada siapa?

Saya rasa mereka patut bersama PR boikot 'risalah' itu kerana orang-orang PR walaupun benci pada tuan punya 'risalah' itu, tapi masih ramai yang percaya segala tipu belit, fitnah, ancum-mengancum, laga-melaga sesama anggota PR.

Jangan main sorok-sorok......kecuali si-'anu'

Sorok menyorok kan salah......

Dulu masa kecil2 ada lagu khas bertajuk 'Jangan Menyorok' selalu keluar kat radio dan tv.....

Ketika itu selalu kes sorok gula.....bila gula kurang di pasaran mesti selepas itu akan diikuti dengan naik harga.

Ada orang sorok diesel, minyak masak, sorok 'orang'......kerana apa-apa yang berkaitan dengan sorok mesti dibayar dengan harga yang tinggi.

Ada jugak orang menyorok isteri.....ye kahwin tambah.....macam top-up kredit telefon je.....maksud saya kahwin lain untuk isteri kedua...ketiga dan keempat secara sorok-sorok...diam-diam di Siam dan sebagainya.....akhirnya akan didenda kerana kahwin luar kawasan tanpa izin dan yang paling malang bila 'periuk belanga' terbang melayang-layang...isteri pertama meng'amuk'.

Begitu juga dengan saman secara sorok-sorok.....secara ekor-mengekori sudah pasti diakhirnya harga yang tinggi lagi mahal akan dibayar oleh pengguna jalanraya walaupun hasilnya enak dikutip oleh Polis.

Jika saman depan berdepan...tak main sorok-sorok kerana sorok-sorok ni mainan budak Tadika Kemas, natijahnya pengguna akan lebih berhati-hati bila memandu.

Berita di bawah itu berbunyi "Azmin berang pendirian PAS"......ini satu lagi kes orang tak boleh sorok perasaan......walhal Mustafa Ali sudah buat penafian. Sila baca DI SINI dan DI SINI .

Bila media pencacai mendedahkan sesuatu yakni tak main sorok-sorok lagi......(sudah semetinya sifat media pencacai hanya menyiarkan kenyataan yang sudah di'spin' dan sorok yang benar)......dengan sepantas kilat pimpinan PR melenting.....maka 'kilat dan guruh' sabung menyabung. Musuh tergelak besar kerana perangkap samar sudah mengena.

al-brangionline:

Yang pasti kena SOROK ialah si 'anu'......tak kecuali lelaki atau perempuan hatta khunsa sekalipun.....tutuplah aurat kamu sebelum aurat kamu ditutup lintup (3 lapis lagi......malah diikat-ikat lagi).....

Saturday, April 23, 2011

Inilah muka 'penyangak'......gilaan remaja

AKTRES popular Hollywood, Lindsay Lohan, 24, tiba di Mahkamah Los Angeles, hari ini sebelum dijatuhi hukuman penjara 120 hari dan diperintah melakukan khidmat sosial selepas didapati bersalah mengingkari hukuman memandu dalam keadaan mabuk dan mengambil dadah pada 2007 lalu.
Lohan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri rantai bernilai AS$2,500 di kawasan kediamannya di Venice Beach. -


Muka tak delah cantik mana......melonjakkan populariti dengan tindakan yang kontroversi seperti mengambil alkohol, dadah dan mencuri.

Di Malaysia......apa kurangnya mereka yang dalam industri itu mengambil jalan pintas untuk menaiki pesada dengan melibatkan diri dalam dadah, khalwat, mabuk, berpakaian tidak cukup kain untuk menampal paha dan dada sehinggalah keluarga atau masyarakat terpaksa menyediakan kain 'putih tiga lapis menutup lingkup badan yang sudah ter'kujur' sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah.

al-brangionline:

Masa amat singkat untuk berterusan dalam industri hiburan......pasti maut akan menjemput jua akhirnya tanpa melengah atau menambah hatta satu detik pun usia kita.

Oh maaf......PAS tak sebodoh itu

Letak kenyataan itu di muka depan dengan maksud penuh tersirat

Apa yang peliknya dengan kenyataan itu.

PAS tak semudah itu terperangkap dengan permainan jijik ini.

Selagi tiada mendatangi saksi yang adil......bukan saksi ala-ala trio T yang berkepentingan itu selagi itu prinsip siapa saja yang beriman kepada hari akhirat akan menolak segala penceritaan berbentuk berita bergambar yang bila-bila masa boleh dimanupulasi.

Kenapa tak dibawa ke Mahkamah Syariah?

PAS tunggu siasatan selesai bukan untuk terus bersetuju tapi sudah menjadi prinsip dan adat jangan cepat melatah sebelum pinggang digeletek.

al-brangionline:

Kenyataan dipaparkan dengan niat mengheret rakyat agar rakyat yakin bahawa PAS akan percaya setelah siatan selesai.

PAS tidak sebodoh itu......alahai.....[sumber .]

'Cerdik' politik oleh ADUN-ADUN DAP/PR......alahai.....

Pantai Remis state assemblyman Nga Kor Ming in grey suit and
Sitiawan state assemblyman Datuk Ngeh Koo Ham without a songkok
at the opening of the fourth session of the Perak state assembly on April 12.

Hangpa nak pakai apa pun pakailah. Hangpa yang lebih cerdik dalam bab peraturan Dewan dalam bab pakaian......jangan kerana marahkan 'beruk' satu hutan dibakar.

Ingat......tuan-tuan dipilih oleh rakyat.....jangan sampai rakyat naik muak serta meluat dengan tingkah laku kita dan jangan sesekali sampai Istana buat teguran kerana tiada untung politiknya bertindak begitu.

al-brangionline;

Pernah semasa Form 3 dulu kena marah di Form Teacher kerana baju tak 'tuck-in' kerana baru lepas sesi PE. Malunya......

Friday, April 22, 2011

Perihal Sarbani mati terjatuh dan 'Pagar Keselamatan Khas'

Semalam tukang besi sudah siap buat 'pagar keselamatan khas' yang ditempah dan sudah dipasang dirumah saya.

Ini sebagai langkah keselamatan agar Iman Aliyya (cucu) yang baru belajar bertatih tidak terjatuh ketika turun dari ruang tamu ke tempat makan. Kepada orang dewasa, 'split level' tu taklah tinggi mana.....lebih kurang 60 cm je.....tapi sebagai langkah berjaga-jaga kerana di usia yang baru belajar bertatih memang terdedah pada bahaya......kira-kira sudah menepati OHSAS 18000 gitu (ada Sijil Internal Auditor OHSAS 18000 dan MRCA ISO 9001:2008 Senior Auditor)......sapa tak sayang cucu weh.....

'Pagar keselamatan khas' itu dibuat setinggi 75 cm......terlalu tinggi untuk anak yang baru pandai bertatih.....orang putih kata 'anything can happen'......lihat saja pada Allahyarham Sarbani dan mendiang Teoh Beng Hock......kesian pada mereka kerana mereka mati dikatakan 'TERJATUH' oleh pakar dalam bab 'JATUH'.....kesian juga pada keluarga mereka di atas kejadian yang ngeri itu.

al-brangionline;

Saya mula dan perlahan2 belajar nak 'percaya' tempat yang tinggi amat merbahaya dan memang mudah sangat nak 'TERJATUH'......alahai.....

Thursday, April 21, 2011

Mantap Melayu.....'syabas'




al-brangionline:

'Mantap' Melayu......sudah setanding dengan peminat-peminat luar negara......'syabas' Melayu.....hasil "tarbiah" ameno......tak apa......kalau berlaku 'apa-apa', Sekolah Khas di Melaka sedia ambil untuk "sesi" baru hujung tahun ni.....

Uban berguguran atas kerusi......belum tentu menang

Ingatkan isu Pak Profesor ni dah settle, rupanya bila jenguk-jenguk beberapa blog masih berbangkit lagi.

Rasanya dah malas nak menulis lagi......lagi ditulis makin bercelaru jadinya.

Harap-harapnya biarlah posting yang berkait dengan isu yang arif lagi bijaksana al-pakar perlembagaan ini menjadi posting yang terakhir.

Bagi mereka yang sedang bekerja, teruskan kerja-kerja anda......jangan buang masa. Kerja anda lagi penting......mencari rezeki lebih penting daripada mendengar cerdik pandai melalut.

Profesor ini tiada apa yang rugi......berpendapatan belasan ribu sebulan.....kita yang berpendapatan tak seberapa ni buang masa saja melayan karenahnya.

Kita di bawah bersengkang mata......jari jemari menjadi kasar memikul buluh menampar poster.....urat saraf menjadi tegang.....tinggal anak isteri dan suami tercinta berjauhan meredah laut cina selatan dengan wang ringgit hasil menjual pisang goreng, hasil menoreh getah, hasil menjaja ais-krim ikut serta ke Sarawak dalam masa yang sama mereka yang bijak pandai duduk di kerusi empuk.....peluh setitik haram keluar dek dingin dan nyamannya pendingin hawa.....tahu2 ini tak betul...itu tak betul.

Bercakap pasal PRK Tenang, Bagan Pinang, Merlimau, Kerdau dan beberapa kawasan lain di Sarawak yang memang kubu kuat parti 2 jengkal itu, rasa2nya kalau 'manager's chair'nya yang bersalut kulit itu diberi pakaian yang sesuai bertanding pun kita dah tahu apa jawabnya.

Tak payahlah buat analisis ilmiah, 'mengabihkan boreh' je.

Rasa-rasanya kalau semua ubannya gugur helai demi helai berterbangan ke karpet pun hasil gerak kerjanya di'meja' tanpa merasa gigitan pacat dan nyamuk pun belum tentu boleh menang......ooooopppsss maaf.....macamana nak gugur...kalau tak pernah bersusah-susah......janji cukup bulan poket 'maaasyyyyyuuuk'.

Nak habaq sikit wahai profesor, kawasan-kawasan tersebut, PKR pun tak berani nak bertanding syeikh, sebab tu Pakatan Rakyat tolak pada PAS.

PAS menerima itu sebagai amanah......jangan hanya memikirkan aspek politik semata-mata......jangan lupa PAS juga menjalankan usaha dakwah......poltik dan dakwah berjalan seiring.....tak boleh dipisah-pisah.....suka tak suka......itulah PAS.

Sebelum saya melalut panjang lebar, saya nak tanya sikit pada 'sorang' lagi cerdik pandai.....ada Doktor lagi.....pandai quote ayat Al-Quran.....duduk dalam AJK PAS Pusat lagi......kenapa hang suka sangat memahat sesudah rumah siap? Kenapa hang tak tegur atau beri cadangan sebelum PAS bertanding? Kenapa bila dah habis pilihanraya baru hang sedaq poster DAP dan PKR tak kelihatan di kawasan PAS bertanding. Hang buat kerja ke tak buat kerja? Atau hang ni pi sebagai pelancong politik. Atau hang tak sehaluan dengan pengarah pilihanraya PAS di Sarawak? Mungkin dalam hati hang......'jaga-jaga.....kalau kalah esok.....siap aku beri komen ala-ala Doktor FalSampah beri komen.....berilmiah lagi berbunyi dan nampak tinggi nilai inteleknya'

Saya juga sedang menunggu 'sorang' lagi cerdik pandai yang duduk dalam AJK PAS Pusat beri komen. Pernah satu ketika aku kagum dengan Mamat ni, yang walaupun aku sama 'profesional' macam dia cuma berlainan 'discipline' tapi nampak-nampak Mamat ni ala-ala ulamak.....tapi bila berhujah dengan ulamak, macam rimau lapar nak menerkam......melebih dia pulak dari ulamak.

al-brangionline:

Hikmah yang saya nampak dengan isu ini ialah.....makin menyerlah siapa 'kawan' siapa 'lawan'.

Wednesday, April 20, 2011

Merah tandanya gentar.

Apa maknanya letak tajuk tersebut di muka depan?

Apa maknanya huruf-huruf di'MERAH'kan?

Ada kaedah baru untuk mengaitkan hal-hal bersabit dengan perundangan negara dengan cara bersumpah laknat di hadapan KA'ABAH ke?

Sambil menyelam sambil minum air......sifat pencacai mesti meletakkan berita yang paling sensasi berada di atas 'segala2nya'......'Kris Dayanti nikah bulan lepas, hamil 4 bulan'.....

al-brangionline:

Begitulah parti songkok 2 jengkal men'tarbiah'kan rakyat......mensensasikan rakyat......melekakan rakyat......alahai saudara ku seIslam.....

Ada orang geli dengan 'wala'......liability tak geli pulak

Untuk mengenali musuh PAS dari luar, amat senang.

Yang susahnya, nak kenal 'musuh' PAS dari dalam......ye dari dalam parti sendiri.

Musuh dari luar :

Kalau pimpinan Umno puji PAS......hati-hatilah berkemungkinan besar ada satu dua tindakan yang menguntungkan politik mereka.

Begitulah sebaliknya, kalau Umno mengecam sesuatu tindakan PAS, maka besar kemungkinan tindakan itu merugikannya.

Sesetengah penganalisis politik pula, terutama yang bekerja dengan Kerajaan samada di IPTA atau Agensi-Agensi Kerjaan......percayalah kalau mereka sentiasa memuji-muji PAS tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak di'KACAU' oleh majikan mereka.....bahkan masih mendapat tempat yang 'istimewa' dalam media pencacai parti songkok 2 jengkal.....masih boleh menulis.....masih boleh muncul dalam TV......begitulah sebaliknya, kalau mereka meng'hentam' dan dalam bahasa yang lembut lagi lunak ialah mengkritik.....awasilah orang ini.

'Musuh' dari dalam:

Kita tidak perlu bimbang......walau apapun, Umno puji ke.....keji ke...memang sudah jelas Umno itu 'musuh' politik yang nyata.

Yang perlu kita bimbang ialah 'musuh' politik dalaman PAS itu sendiri.

Mungkin mereka tak ramai dan cara bertindak pun jenis takut-takut berani. Jenis mereka ni macam kura-kura.....sesakali 'keluar' kepala bila ada 'musuh' di luar 'trigger'kan sesuatu isu. Bila keadaan sudah reda, mereka akan menarik kepalanya masuk semula ke dalam.

Bila disebut musuh, jangan samakan mereka macam Umno......mereka ini sayangkan PAS, tapi dlm masa yang sama mereka cuba bertindak dan sesetengahnya sudah pun bertindak mengikut cara mereka sendiri. Mereka kekadangkala membelakangi keputusan jemaah. Mereka tak sabar nakkan kemenangan.

Sesetengahnya hanya pandai menjual air-liur, pandai bermain dengan kata-kata bila menulis tapi bila tiba buat kerja hanya pandai mengarah.....bila gagal sesuatu kerja.....merekalah yang terkedepan dengan analisa 'ilmiah'nya menuding jari pada pimpinan seolah-olah mereka lupa bahawa mereka juga sebahagian dari pimpinan dan ahli PAS.

Mereka ini bukannya bodoh.....mereka ini cerdik pandai.....bergulung-gulung dan beraneka jenis ijazah mereka ada.....bahkan mereka sesetengahnya menghafal beratus-ratus ayat Al-Quran. Mereka hafal sirah Nabi SAW.....mereka hafal Hadith Nabi SAW.

Pernah dilontarkan satu komen......ada sorang menjawab, "....diketika zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khatab.....pernah Umar dipegang dengan kasar oleh seorang rakyatnya menanyakan hal jubahnya yang dipakai."

Sejahil-jahil saya pun, takkan cara itu nak tegur pemimpin. Habis tu nak ikut cara sahabat yang memegang jubah tu atau nak ikut cara Umar......walhal Umar sudah dipastikan oleh Nabi SAW sebagai ahli Syurga.

Kisah itu mungkin kita boleh ambil iktibar bahawa pemimpin bebas dan terbuka dikritik tetapi sudah tentu Islam juga ada adab-adab mengkritik pemimpin.....patut pun 'orang' itu pernah mengkritik seorang pemimpin PAS sambil bangun berdiri dan menuding jari kemuka pimpinan tertinggi PAS itu,......sungguh kurang sopan.....awas! 'orang' itu mungkin satu hari nanti akan mencekik pimpinan tertinggi kerana dalam sirah juga ada terdapat sorang yahudi mencekik Nabi SAW......kalaulah itu fahamannya.

Mereka yang saya kata 'musuh' ni tak ramai tapi mereka cuba mencari pengaruh dan membina pengaruh.....mereka ada rangkaian 'blogger' yang terdiri dari ahli PAS sendiri.....mereka ada rangkaian Ustaz (berpendidikan tinggi dalam Agama) tapi cara bercakap dan berhujah macam bukan Ustaz.....caci maki sesama Ulamak.....pernah dikatakan sorang Ulamak PAS sebagai Ulamak kepala lutut.....yang hang tu ulamak kepala apa?.....pernah berhujah bahawa Ulamak PAS memakai baju ala-ala Arab (jubah) untuk menampakkan ke'Ulamak'an.....saya amat jahil dalam bab pakaian dalam Islam, cuma nak tanya,......Nabi SAW dulu berpakaian macamana? Berbaju melayu.....berbaju ala-ala baju Raihan ke?

Mereka juga ada rangkaian blogger yang kononnya menyokong PAS.....saban malam minum bersama mereka......kerjanya memaki hamun pimpinan.

Sebagai kesimpulannya saya tertarik dengan satu komentar dalam 'facebook' dan dipaparkan di sini untuk renungan.


al-brangionline;

Saya pernah dicopkan sebagan golongan UG. Itu pandangan dari orang yang bacul.....maaf terksar sikit.

Saya ditarbiahkan agar wala' pada pimpinan dan saya amat faham pimpinan datang dan pergi mengikut kehendak jemaah dan saya amat faham pimpinan terdedah kepada teguran dan kritikan mengikut adab-adab berjemaah.....bukan mengheret pimpinan agar mengikut 'tali' mereka.

Dan mereka yang di luar sana (bukan ahli PAS) tolong jangan melalak atau menyalak......menghasut ahli PAS supaya diadakan EGM ke......men'label'kan UG ke.....liability ke.....jumud ke.....ber'serebeh' dengan jubah dan serban ke dan seumpamanya.

p/s :

Saya tahu ramai yang geli geleman dengan perkataan wala'......memang sifat 'ular' amat menggelikan.

Tuesday, April 19, 2011

Keputusan terkini liga super 19 april 2011

Pahang 1 - 1 N. Sembilan
(tamat perlawanan)

T-Team 1 - 1 Johor FC
(tamat perlawanan)
Felda United 2 - 1 K. Lumpur
(tamat perlawanan)
Perak 1 - 1 Terengganu
(tamat perlawanan)

Selangor 1 - 0 Sabah
(tamat perlawanan)

Perlis 1 - 5 Kelantan
(tamat perlawanan)




Undi masuk 'pelawOk' segala 'pelawAk'

Di antara tugas pelawak ialah menggeletek serta mencuit hati pendengar. Jika bahan lawak mereka ada class......otomatis pendengar akan terbahak-bahak.....ada sesetengahnya akan ter'golek-golek'...ter'guling-guling' kegelian......malah ada yang ter'kencing-kencing' dan 'ceret-beret'.

Manakala di antara tugas 'pelawok' (slang Pantai Timur) ialah bercakap bohong......spin fakta.....menyembunyikan fakta.....kaki kelentong.....kaki belit.....penipu besar.....buat muka selamba serta cuba buat lawak 10 sen.

Kes 1

KUALA LUMPUR 18 April – Seorang pengawal keselamatan yang bertugas pada malam Teoh Beng Hock disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tiba-tiba menangis selepas tidak sampai setengah jam memberi keterangan dalam prosiding suruhanjaya di sini hari ini.

“Saya tidak meronda sebab Allah tidak menggerakkan hati saya,’’ kata Mohd. Khairudin.

Jawapan tersebut menyebabkan Cheng Yuen berkata: ``Kalau Tuhan tidak suruh awak buat rondaan, jadi awak tidak buat. Bergantung kepada Tuhan. Kalau begini setiap hari, jadi awak tidak perlu buat”.
[sumber .]

Jangan salahkan Allah. Kamu dianugerah akalkan?

Lainlah kalau jenis tak berakal......ntah spesis apa......

Kes 2

KUALA LUMPUR 18 April - Trio 'Datuk T' mungkin berhadapan tindakan undang-undang jika Peguam Negara (AG) memutuskan pendakwaan atas kesalahan menayangkan rakaman video seks yang pelakon lelakinya didakwa mempunyai mirip wajah seorang pemimpin parti pembangkang baru-baru ini.

Tindakan terhadap ketiga-tiganya iaitu Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim boleh dilakukan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. [sumber .]

Anihnya Nazri kata tak boleh dakwa kerana tak ada Sekyen nak dakwa (Tak tahu, sengaja tak tahu atau memang tak kompeten)......dulu dalam kes 'correct...correct...correct' pun gitu jugak.

Kalau tak tahu jangan nak kelentong rakyat......letak jawatan sebelum kamu dipecat.....'cap ayam' betoilah...

al-brangionline:

Ye tak ye......semenjak bila pulak deme ada class?

'Cap Ayam'...mana ada class.....dan memang tak ada class

Gegaran fitnah lagi dahsyat

Negara lain bergegar dengan bom......peluru berpandu.....hujan peluru.

Sesetenganhnya bergegar dengan gempa bumi......tsunami.....banjir banjir.....banjir lumpur.....kebakaran dan segala macam bencana alam.

Sesetengah negara 'gempar' dengan air mata dek himpitan kemiskinan.

Malaysia......'tenteram' di atas duka orang lain......'tenteram' di atas aib orang lain.....'tenteram' di atas fitnah orang lain.....'tenteram' dengan rasuah, ragut, rogol, cabul, salah guna kuasa, harga barang naik, himpitan hidup dek kemiskinan seperti di pendalaman Sarawak dan Semenanjung walaupun hasil bumi kaya raya dan seribu satu macam lagi.

Ber'gegar' jiwa......ber'gegar' perasaan.....ber'gegar' Iman adalah menyamai atau lebih dahsyat daripada ber'gegar' akibat peperangan.....gempa bumi.....ledakan gunung berapi.....tsunami atau rusuhan.

Monday, April 18, 2011

Aniversari ke-30 tahun

30 tahun taklah lama tempoh waktunya......rasa sekejap je.

Alhamdullillah dikurniakan kesihatan dan dilanjutkan usia sehingga usia perkahwinan kami mencecah yang ke30 tahun hari ini Isnin, 18 April 2011

Kami menyambutnya ala kadar je pada malam Sabtu lepas......2 hari lebih awal kerana anak yang bongsu balik ke Asrama pada keesokannya.

Alhamdullillah semua anak-anak, menantu serta cucu dapat berkumpul, kecuali anak bujang tunggal yang masih berada di Birmingham.

Majlis memperingati aniversari yang ke30 perkahwinan kami ini dimulai dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yaasiin, doa selamat dan solat Isyak berjemaah.

Solat Magrib berjemaah bersama keluarga.

Kalau atok 'tak de' besok......jangan lupa baca Yaasiin ye......

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Membaca Yaasiin bersama anak-anak serta menantu dan jugak cucunda
serta berdoa selamat semoga ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat diikuti dengan solat Isyak berjemaah.

Inilah isteri al-brangi yang banyak berkorban tenaga, masa dan segala2nya untuk keluarga.....

Selepas itu 'membelah kek'......tak sangkalah pulak anak ada tempah kek dengan jiran sebelah rumah......lepas tu ada makan-makan sikit. Orang rumah ada masak nasi arab ala-ala nasi mandey Iran.

Kek ditempah anak-anak dengan jiran sebelah rumah......power kek tu......sekali hadap je

Cey wah......ada potong-potong kek pulak......masa mula-mula kahwin dulu
tak de pun potong-potong kek ni.....qodhaan

Terima kasih diucapkan pada anak-anak yang sudi meraikan abah dan mak mereka. Terharu sangat.

Ya Allah, berkatilah perkahwinan ini semoga kami semua sentiasa mendapat taufiq dan hidayah MU agar kami sentiasa berada di jalan MU.....agar kami mendapat Keredhoaan MU.....Aameeen.

Sunday, April 17, 2011

Pulun Sarawak

Merenung jauh masa depan politiknya......yang penting masa depan.....ermmmmm.....

Menoleh akan masa depan suaminya dan ermmmmm.....

al-brangionline:

Turun atau tidak......berundur atau tidak.....tak de maknanya kerana dasar BN tetap selama-lamanya begitu.

Mungkin yang berubah 1Malaysia kot......kerana diSarawak 1Malaysia menjadi mimpi buruk pada BN.

Ber'kuasa' segala2nya?

Seharusnya rakyat Sarawak menghayati akan implikasi tajuk tersebut "BN kekal berkuasa".

al-brangionline:

Bukan salah ibu mengandung, sebahagianya ter'paksa' memilih jadi begitu......alahai.....

Saturday, April 16, 2011

Tolong sikit......Sarawak bukan milik kau sorang.....

Sarawak milik siapa?

Sarawak bukan milik Mesir......jauh sekali milik Tunisia.....jangan mimpi le milik Libya.....kau gila ke ia milik Ivory Coast.

Sarawak bukan milik Hosni Mubarak.....kau Zine El Abidine Ben Ali, jangan tunjuk muka sedih 10 sen, jangan perasan Sarawak milik kau.....yang kau Muammar Gaddafi jangan tunjuk muka cenggih, Sarawak pun bukan milik kau.....kau pun berhajatkan Sarawak juga Laurent Koudou Gbagbo?......hellooooo jangan mimpikan Sarawak milik kau...

Semua orang berhajat memilik Sarawak.

SARAWAK adalah MILIK Rakyat Sarawak.

Hanya RAKYAT Sarawak yang berhak memiliki Sarawak.

Sarawak diibarat gadis suci......hanya mereka yang mempunyai hati yang suci saja layak memiliki Sarawak.

Hari ini RAKYAT Sarawak akan mengamanahkan pada orang yang dipercayai mereka untuk menjaga SARAWAK.

Tunaikan amanah yang berat itu.

al-brangionline:

SARAWAK bukan milik individu tertentu.

Hidup Pakatan Rakyat.

Friday, April 15, 2011

Habis kau Nuar !......alahai.....

"Anwar bukan contoh pemimpin yang baik kata RPK".
"Makin ramai kenal siapa sebenarnya Anwar,"kata pula si Kambing umngok.

"Sapa tu RPK? Ulama besar ke? ", tanya pengundi warga emas di pendalaman Ivory Coast.

"Ooooopppsss.....jangan cakap cam tu.....RPK tu sekarang orang yang terhangat di pasaran Malaysia," kata pula pengundi muda.

Sambung pengundi muda tu lagi, "Pak Cik tau tak, sekarang jawatan Senator Murugiah tak disambung." [sumber .]

Warga emas Ivory Coast tu semacam tak berminat nak dengar, "Sapa pulak Murugiah tu? Menteri Ivory Coast ke?"

Geramnya pengundi muda tu......"Teruklah Pak Cik nih.....Pak Cik patut mintak WiFi percuma dari Bapak Segala WiFi di Malaysia."

Dengan selambanya warga emas tu tanya lagi, "Sapa pulak Bapak Segala WiFi tu?"

"Pak Cik tanyalah dengan kambing umngok tu, dia tahu semua cerita luar dan dalam kelambu di Malaysia dan kenal setiap orang," Pengundi muda tu tutup perbualan.

al-brangionline:

Kakakakaka......wooooo ada can aku jadi Senator.....habis kau Nuar...

Thursday, April 14, 2011

Gambar dan kajian bikin dada sempit dan semput




Gambar-gambar di atas buat 'ramai orang' di Putrajaya tak boleh tidor malam.......asyik meracau-racau dan mimpi ngeri.

Ada sesetengahnya sudah ber'mimpi' Putrajaya dilanda banjir besar sehingga arasnya mencecah mata tangga terakhir Putrajaya.

Di Kucing pun begitu juga setiap detik keluh resah......mana nak layan renggekan 'Arab'.....mana nak layan desakan rakyat......dada terasa sempit dan semput......kali ini betul-betul terhimpit kiri-kanan.....depan-belakang.....atas-bawah.

Ini jelas terbukti kata-kata terdesak 'Putrajaya' seperti di bawah: [sumber .]
___________________________________________________________________________
BN needs to work extra hard, says Najib

KUCHING (April 13, 2011): Barisan Nasional (BN) needs to step up efforts to win urban seats in the Sarawak state election this Saturday, said Datuk Seri Najib Abdul Razak.

The prime minister said the BN must work extra hard to win these seats because the coalition's candidates fielded were people of very high calibre.

Najib said it could not be denied that the BN's ability to win these seats would be a tough challenge.

____________________________________________________________________

Kalau diamati kajian oleh Zentrum seperti DI SINI......BP naik mendadak lagi mendidih.....cuping telingan menjadi merah kepanasan.....nasib baik pengakuan dari 'raja cilok' sikit sebanyak dapat menurunkan sedikit suhu badan tapi demam masih tidak kebah.

'raja cilok'

Tajuk berita hari ini ialah "Saya tak tuduh PM, isteri".

Saya tak berhajat nak buktikan orang itu pernah kata begitu dulu.

Saya tak kenal orang itu dan jarang berkunjung ke 'laman'nya.

Pernah sekali dua menghampiri lamannya......orangnya 'hebat'.....petah menguasai bahasa inggeris.

Saya kata hebat kerana orang Melayu tersangat-sangat menyanjung tinggi sesiapa yang cakap orang putih macam makan kacang kuda.

Saya tidak hairan tetiba saja orang itu mendapat tempat di muka depan akhbar dan di TV yang memang tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti sekian lamanya kenyataan seperti itu tatkala 'tsunami politik' dijangka berlaku di Sarawak dan berkemungkinan besar berlanjutan ke PRU13.

Begitulah hal 'dunia' hari ini, ada sesetengah jalan yang 'no entry' orang rempuh dan randuk saja.....ada jalan yang 'no U-turn' orang peduli apa, pulas stering dan berpatah balik.....janji hati puas dan ada jugak yang menempuh jalan yang tak berpenghujung atau jalan mati.....seseorang mempunyai tiada pilihan melainkan buat 'U-turn' atau memang seseorang itu dididik untuk menjadi 'stunt man'..... dilatih untuk buat 'cilok' atas jalanraya.

al-brangionline:

Kata orang-orang tua, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri......lebih baik di negeri sendiri.

Bagi tuan-tuan yang pernah tinggal bertahun-tahun di negeri asing......tentu faham apa erti susah, senang, rindu, kekok dan sebagainya......lebih-lebih lagi jika berada dalam kesempitan.....sempit perasaan...sempit pemikiran...sempit pertimbangan serta sempit kehidupan.

Nota kaki:

Tayangan 'Perdana'......pelakonnya terdiri dari raja lawak.....raja kotak.....raja katak.....raja boroi dan pelakon sensasi 'raja cilok'

Wednesday, April 13, 2011

Rotan Spring

Vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43, dihukum penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali setelah mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan memiliki dadah dan satu pertuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya.

Rasa-rasanya inilah artis yang pertama dipenjara dan disebat kerana kesalahan dadah......tolong betulkan jika silap.

Sebelum daripada ini Saleem dari kumpulan Iklim pernah ditahan di pusat serenti......begitu juga dengan Raja Pop Jamal Abdillah.

Anihnya boleh dikatakan kebanyakan artis yang mempunyai vokal dalam 'class'nya tersendiri seperti Ameng, Saleem dan Jamal Abdillah dan mungkin ramai lagi terlibat dengan dadah.

Suara mereka boleh me'mukau' dan 'menyeram' bulu roma ketika kedengaran di waktu-waktu malam tapi sayang semuanya itu adalah 'bantuan' dadah.

Saya pernah saksikan kawan sesekolah kena 'public caning' kerana mencuri buku dek tak mampu membelinya......saya menitis airmata kerana kesian......rotan di penjara lebih menyiksakan dan tak dapat bayangkan bagaimana Ameng akan ber'tarung' dengan 10 sebatan dari warder penjara yang ber'misai' tebal.....tanpa belas kasihan.

al-brangionline;

Semoga beliau insaf dan menjadi iktibar kepada yang lain yang hanya mendambakan keseronokan yang palsu lagi sementara......adik-adik ku jauhilah dadah.

Perihal 'Laksa Asam'......alahai.....

Wow banyak tu......RM4.5 trillion

Orang kampong hanya tahu ribu je. Kebanyakannya tak pernah pegang duit ribu-ribu ringgit.

Kalau juta, mereka dah mula naik pening. Diberitahu, "Pak Cik, 1 juta tu ada 6 kosong."

Makin bertambah pening mereka lalu dijawab, "Iyolah tu..."

Kalau billion lagilah orang kampong pening.....kalau dibertahu 1 billion tu, ada 9 kosong. Lagi le mereka pening.....selalunya mereka sebut 1 billion tu sama dengan 1 laksa.....Mereka menjawab, "Pak Cik tak sekolah.....tak tahu Pak Cik..."

Sekarang datang pulak trillion......phewwwww lagi pening terus pitam dan tergolek-golek.

Agak-agak apa yang mereka nak sebut......kalau 'billion' mereka sebut 'laksa'.....maka 'trillion' agaknya disebut 'laksa asam'.

al-brangionline:

Lama-lama jadi per'kasam'......alahai banyaknya dapat duit.....

Tuesday, April 12, 2011

Salam Ter'akhir' Sarawak

Alhamdullillah selamat boss no.2 Umno ni......dapat kita berentap dalam PRU13 nanti, InsyaAllah......

Tidak lupa saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapt. Sahimi Razali, 38 semoga dapat banyak-banyak bersabar dan moga roh Allahyarham di tempatkan bersama dengan roh-roh yang mendapat nikmat dengan PenciptaNYA.

Patut banyak-banyak bersyukur......jangan kelentong berlebih sangat kat Sarawak tuh.

Rakyat Sarawak bukannya boleh di'goreng' hidup-hidup lagi.

Salam jangan tak salam......tiba-tiba teringat saya akan lagu sedih "Salam Terakhir" dendangan Allahyarham Sudirman Hj. Arshad.

Batal air wudhuk boss!

Tapi tak apa Sungai Sarawak.....bukannya sempit lagi.....melimpah ruah.....air empangan pun berlebihan.....dengar ceritanya nak buat satu lagi.....bila-bila masa boleh memperbaharui wudhuk.

Kalau ke Sibu pada musim banjir, lagi le berlebih-lebih airnya.

al-brangionline:

Pastikan Rakyat Sarawak buat perubahan

Monday, April 11, 2011

Anwar 'class' tersendiri

Oh kau baru tahu dia pelakon hebat!

Baru kau tahu dia pelakon hebat?

Pelakon-pelakon lain seperti Mat Boroi, Mat Sembab, Mat Botak, Mat Tiarap, Mami Sakit Bibir, Minah Guni Beras, Mat Tempe, Mike Tyson, Mat Kotak, Mat Kulim dan berapa banyak Mat lagi tak ada 'class'......semuanya 'Cap Ayam'

Anwar ada 'class' tersendiri......sebab tu si kambing-kambing umngok seharian cari makan untuk meng'hentam' Anwar.

Si kambing umngok ni tak habis-habis nak cerita pasal seks.

Kenapa ye? Orang-orang umngok ni, kerjanya hanya nak cakna hal-hal bawah perut saja ke?

Memang puak-puak 'Cap Ayam' ni kuat seks......mungkin kerana terlalu banyak minum kopi 'tongkat Ali' dan telan 'gambir' Sarawak.

al-brangionline:

Mencari keberkatan dalam rezeki untuk anak-anak dan isteri.

Sunday, April 10, 2011

SPRM......meriahnya.....

Tajuk posting kali ini tiada kena mengena dengan misteri yang berlaku di pejabat SPRM.

Ramai yang mengatakan kematian Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, Pegawai Kastam dengan Teoh Beng Hock tidak sama samasekali dari segi fakta kesnya.

Saya amat ber'setuju' dengan pendapat mereka.

Memang dari segi fakta kes, ianya tidak sama. Memang betul amat berlainan.

Mana tidaknya......sorang berbangsa Melayu serta berAgama Islam......yang sorang lagi berbangsa Cina berAgama Buddha.

Sorang bersunat......manakala yang sorang lagi tak bersunat.

Sorang dah bernikah......yang sorang lagi walaupun sudah ber'kahwin' tapi belum ber'nikah'.

Yang sorang jatuh dari tingkat 3 dan mayatnya jumpa di gelanggang badminton.......walhal yang sorang lagi jatuh dari tingkat 14 dan jumpa mayatnya di tingkat 5.

Sorang jatuh di Pejabat SPRM, Jalan Cochrane, Kuala Lumpur......yang sorang lagi jatuh di Pejabat SPRM, Plaza Masalam, Shah Alam.

Jadi memang benar kata sesetengah mereka.....kes mereka berdua tidak sama. Amat berbeza samasekali.

Tetapi yang PASTInya kedua-dua mereka mati di Pejabat SPRM dan jatuh dari tempat yang tinggi.

Yang sebenarnya tajuk posting saya tiada kena mengena dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)......kerana kes tersebut masih dalam penyiasatan pihak berkuasa.....apa yang dicelotehkan di atas hanyalah sebagai mukadimah isu semasa.

Terlalu terharu untuk saya sentuh pasal kes tersebut.

Tajuk posting saya yang berbunyi "SPRM......meriahnya"adalah bermaksud "Sukan PASTI Riang Meriah......meriahnya".

Pada kira-kira jam 8.00 pagi tadi bertempat di Stadium MPKj Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, telah berlangsung Sukan Tahunan iaitu Sukan PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) yang terdiri dari PASTI Seksyen 4, PASTI Taman Melur dan PASTI Seksyen 15, Bandar Baru Bangi dalam keadaan Riang dan Meriah sekali......

Susunan Hadiah

Pasukan berbaris

Pembacaan Ikrar

Acara bermula

al-brangi dan Setiusaha PAS BBB3 selaku petugas

al-brangi bersama Bendahari dan AJK selaku petugas

Acara terakhir......Milik Siapa Hadiah Ini? berdasarkan Nombor di buku Aturcara. Setiausaha berdiri megah dengan hadian yang dimenangi...Selimut 'ToTo'

Turut ber'nasib-baik' memenangi hamper......jenuh nak ngabiskan biskut dan 'sumi'