Followers

Thursday, March 31, 2011

Harap Ameno berwasiat sebelum PRU13......alahai.....

PETALING JAYA 30 Mac – Nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana tiada wasiat kini dianggar mencecah RM42 bilion.

Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd. (ARB), Ahmad Saruji berkata, anggaran itu meliputi kira-kira sejuta kes di negara ini.

Katanya, kajian ARB pula mendapati hanya dua peratus rakyat Malaysia menulis wasiat yang membolehkan segala maklumat harta didaftarkan, sekali gus memudahkan urusan pembahagian.

Beliau berkata, bagi membudayakan penulisan wasiat di kalangan masyarakat, ARB dengan kerjasama syarikat pengurusan harta pusaka Islam, Warisan Mukmin Sdn. Bhd. melancarkan kempen Tahun Menulis Wasiat 2011.

[ sumber .]

al-brangionline:

Rakyat Malaysia tak pun tulis wasiat perihal khazanah negara......hasil minyaknya......hasil balaknya......kutipan tolnya.....hasil judinya......namun ianya di'faraidh' juga sesama kroni.

Ameno terlalu lama di 'atas'......harta negara semacam hartanya.....Agensi negara jadi perkakasnya.....marilah kita beramai-ramai mengajak Ameno meninggalkan wasiat sebelum PRU13 agar harta negara teragih dengan hartanya.

Inilah wajah 'manusia' dari planet bumi

Inilah 'manusia dari planet bumi.

Selain daripada 'manusia' ini......selebihnya semuanya 'hantu' dan 'jembalang'.

Itulah darjat yang diberi oleh 'manusia' itu kepada Pakatan Rakyat yang turun ke bumi Kenyalan.

Kerana dek lama sangat memerintah Malaysia dan Sarawak.....terasa olehnya Malaysia itu milik pesaka datok neneknya dan Sarawak milik keturunannya.

Kalau mereka bercakap menggunakan akal maka mereka adalah manusia sejati......tetapi jika mereka bercakap menggunakan nafsu dan mencampakkan akal maka mereka ada datok segala 'hantu' dan 'jembalang' di muka bumi ini.

Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
lapor Malaysiakini .

Wednesday, March 30, 2011

Jangan pisahkan......aku dan dia.....

Cik Puan Elia Suhana Ahmad disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra, setelah Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini menolak rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap beliau......Lapor Malaysiakini

al-brangionline:

Jodoh......ajal dan maut di tanganNYA.

Makan atas duit.....baring atas duit.....tut...tut...pun atas duit?

Gambar sebagai hiasan

Ketika serbuan dibuat di rumah pegawai kanan Kastam yang berpangkat Datuk ini, didapati duit berselerak......lautan duit.....fuuuuuhhh banyaknya......agak-agaknya dia nak buat kafan bila meninggal nanti.

Datuk ni bukan buat kerja sorang-sorang.....mana nak larat nak usung duit ke hulu ke hilir......umur pun dan mencecah 50an.....isterinya yang juga seorang pegawai Kastam.....amat setia membantunya....."Saya yang menurut perintah Tuan,"

Agak-agaknya senang nak buat 'kerja' dengan isteri sendiri.....tiada sapa akan bocor rahsia.....tahu sama tahu.

Sepandai-pandai beruk bergayut dari dahan ke dahan......datang angin sepoi-sepoi bahasa ke tanah juga jatuhnya.

al-brangionline:

Harapkan pagar......pagar tak boleh harap.

Makan atas duit.....solat atas duit (buat kerja haram pun solat jugak?......kira oklah tu).....Baring atas duit.....tidor atas duit.....apa lagi?......? ? ? ooooopppsss.....semuanya atas duit.....'ambik berkat', sekali kena tangkap...dan dan tu dada semput muka pucat.....

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.....jangan biarkan nafsu meminggirkan Iman anda. [sumber .]

Tuesday, March 29, 2011

Memang sahlah kau jadi juara......

Tak berani komen?

Oh......kalau bab cerita artis berkhalwat......artis bercerai.....artis seksi.....kaulah orang pertama yang komen dan berlebih-lebih mensensasikan sehingga remaja menjadi ter'liur-liur' dengan gelagat artis 'sparuh masak' tu.

Kalau bab men'gejut'kan fitnah......menyebar.....serta berlebih sudu dari kuah.....kaulah yang jadi juara.

Kalau bab meng'hentam' insan sesama Islam kaulah jaguhnya.

Kalau bab melaga-lagakan pimpinan Pakatan Rakyat kaulah yang jadi heronya.

Kalau bab mengampu geng songkok hitam tinggi 2 jengkal......kaulah yang jadi 'Tok Juara'nya.

al-brangionline:

......teringat akan pesanan Ustaz......bukan Ustaz songkok hitam 2 jengkal.....'beri makan oleh mu akan keluarga mu dengan makanan yang halal lagi baik.

Monday, March 28, 2011

Kalaulah Nalla bawak 4 saksi......nak caya ke?

Kalau you potong you punya 'tambi kecik' sekalipun kita orang tak akan percaya.

Bukan pasal you bukan orang Islam......macamana kita orang mahu percaya sama you......sedangkan you sama-sama usung dan junjung 'tong taik' itu.....walaupun orang yang duduk dalam 'tong taik' itu selalu pakai songkok tinggi 2 jengkal.

Kalau you bawak 4 orang saksi sekalipun......kita orang mesti tengok dulu......mesti check dulu......kalai 4 saksi itu memang pernah ber'musuh' dan banyak 'dengki' dengan DSAI, kita mesti reject.

Katakan you bawak Al-Fadhil Tuan Haji Kulim Al-Kataki, Tuan Haji Pasir Mas Al-Perkasam, Tuan Haji Zuhud Al-Kitai dan Al-Raja Kotak sebagai saksi......siang-siang kita orang reject.

Kalau you bawak Al-Fadhil Al-Haruuusssiisana, Al-Fadhil Al-Unta Al-Kagati, Al-Fadhil Al-Gaduti dan Al-Fadhil Ibnu Yaasiin sekali pun, kita tetap reject.

Kalau you bawak itu jaguh 'akrobat' (dibaca sebagai akro-bed) untuk menemani you untuk berjumpa dengan pimpinan kami......kita terima kunjungan you berdua.....you jangan bimbang kita orang mesti hormati tetamu......saya orang pertama mohon dengan pucuk pimpinan PAS untuk menghidangkan kopi-o pada you berdua.....dan pimpinan kami tak mahu buang masa bercakap pasal itu video......maka saya boleh tolong terangkan sama you berdua.

Ka ka ka ka ka......sapa you Nalla nak 'convince'kan pimpinan tertinggi PAS tentang keburukan DSAI?...... paaaaaayyyyyrrraaahhh.....[ sumber .]

Sunday, March 27, 2011

Video Hangat: Giler di Tganung......giler di KL.....alahai

Sila saksikan kedua-dua video ini yang sedikit sebanyak boleh memberi kesedaran dan juga sedikit hiburan kepada anda di hari minggu ini. Selamat menonton.

Video 1:



Video 2:



al-brangionline;

GGiler......alahai.....

'Fitnah Mangkuk' terbesar di abad ini......alahai.....

Gambar sebagai hiasan .

Di Malaysia sekarang ada satu perkara lagi yang lebih besar daripada mangkuk asam laksa di atas.

Perkara yang dimaksudkan itu, dihasilkan oleh segolongan 'mangkuk' dan disebarkan oleh trio 'mangkuk'......ditonton oleh Mamat-Mamat 'mangkuk' dan disokong pula oleh segolongan 'mangkuk-mangkuk'.

Itulah dia 'fitnah mangkuk' yang terbesar di abad ini.

Saturday, March 26, 2011

Oh Omega punya pasal......

Jam 'Omega' adalah satu jenama yang tersohor. Ia 'adik beradik' serta 'sepupu sepapat' dengan jam 'Rolex......aduihhh iklan percumalah pulak......hellooo tak dapat komisen pun....kalau dapat nak jugak rasa memakainya, kot2 bila pakainya akan kelihatan lebih 'elegant' dan nampak kaya walaupun hakikatnya tak kaya.

Jenama Omega menjadi lambang kemegahan kepada sipemakai dek kerana harganya ke......atau tinggi seninya ke......atau tinggi mutunya ke......atau apa lagi......tanyalah Nujum Pak Belalang.....

Akhir-akhir ini Omega menjadi lebih panasa kononnya ia menjadi barang kes dalam satu produksi VCD 18XXX melibatkan satu 'performance' dari VVIP hasil pembongkaran Dsato' 'T' .

al-brangionline:

Sekarang yang jadi panasnya bukan pada jam Omega......tapi lebih kepada 'T' untuk trio.....rujuk di sini .

Dalam bolasepak kalau nak jadi terkenal tak semestinya mesti ada skill macam Messi dari kelab Barcelona......jadilah macam Jonny Evas dari kelab Manchester United.....memadai dengan satu 'bluntant tackle' dah dapat kad merah langsung jadi terkenal walaupun skillnya taklah sehebat John Terry atau Rio Ferdinand.

Di Malaysia kalau nak terkenal senang je......kalau dalam politik, tunggu ada pilihanraya kecil...buat satu 'lompat katak'.....kalau nak lebih 'havoc' lagi buat satu 'drama' sensasi atau buat tayangan perdana 18XXX di mana-mana hotel mewah atau pun di hotel bajet kerana kalau ikut Mamat Botak yang pakar undang-undang tayangan 'porno' tidak salah......alahai.....

......correction.....tak salah kalau pelakunya melibatkan pembangkang.....biar betul Mamat.....

Nota Kaki: Saudara ku sekelian, jangan lupa Rukun Iman......Kepercayaan kepada Hari Akhirat.

Friday, March 25, 2011

Apa nak jadi 'Wanita' Terengganu ni......

Apa nak jadi dengan segolongan wanita Terengganu.

Desakan untuk menjaga badan tersangat tinggi......nak 'slim-molim......semata-mata nak menarik perhatian cik suami dan pak we......maka jalan pintas diambik dengan mengambil syabu.

Ketika menghadapi makanan, semuanya berselera.....semuanya sedap.....semuanya dibelasah.....tak kisahlah makanan tu tinggi kandungan lemaknya seperti laksam, laksa, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor goreng, sotong goreng tepung dan bermacam-macam lagi.....rupa-rupanya syabu, sejenis dadah jadi 'penyelamat mereka.

Demi menjaga potongan badan......RM1,000 sanggup dihabiskan kepada pil 'penyelamat' konon iaitu syabu.

Bagi yang kurang berkemampuan memadai dengan menghabiskan di antara RM25-30 untuk sebiji dadah pil kuda.

Ini bermakna golongan yang melanggani syabu dan pil kuda adalah golongan boleh dikira 'boleh tahan' jugak pendapatan mereka......berkemungkinan sekitar RM2000 ke atas sebulan.

Bayangkan betapa parahnya......daripada 10,000 penagih yang ditahan, sebahagiannya adalah golongan wanita.
[sumber .]
al-brangionline:

Bila ada pembeli.....mesti ada penjual.

Bila ada 'demand'......mesti ada 'supply'.

Tak ada maknanya......di luar kelihatan cantik dan menarik tetapi berpenyakit serta kotor di dalam.

Kebanyakan wanita bertindak atau berfikir hanya 'selapis'......tanpa berfikir panjang kesan dan akibatnya......jangan marah ya wanita Terengganu.....bukannya semua begitu.....itulah hakikatnya.

Apa komen Umno Terengganu......guane gamak Pak Mat Kemamang?

Jangan cakap pasal pembangunan sana sini......pembangunan rohani dan jasmani rakyat kena ambik pusing jugak Pak Mat Kemamang......

Penerangan serta dakwah perlu digerak-gempurkan di Pejabat-Pejabat Kerajaan dan Swasta.

VCD 18XXX: Apa kata Tuan Haji Zaid dan 'Dam Aji Lek'?......alahai.....

[sumber .]
Pandangan dari Tuan Haji Zaid yang berAgama Islam mengenai VCD hasil pemfiTnah

[sumber .]
Pandangan daripada 'Dam Aji Soi Lek' bekas pelaku aksi 'akrobatik' (di baca akrobedik) mengenai VCD hasil pemfiTnah

albrangionline:

Tak ada kata-kata pada mereka berdua kerana tak tahu nak kata apa.

Nota kaki:

Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh dan ia adalah Senjata Tertua Di Dunia. {Sila baca DI SINI .]

Thursday, March 24, 2011

Sekawan beruk T......ooooopppsss T untuk terlepas

Ini ada satu cerita......ntah benar atau dongeng dulu kala.

Cerita ini tak ada kena mengena dengan kisahkisah yang sengaja dihangatkan......kisah-kisah yang dimasukkan ke dalam 'microwave' dihangatkan......bila ambik keluar.....tengok-tengok tak boleh makan...dah basilah brother.

Kisah yang nak dibawa ni adalah kisah mengenai segugusan beruk.

Dalam kelompok beruk tu......maka bermulalah cerita kononnya ada 3 ekor beruk yang samseng ala-ala Sarip Dol samseng Kampong Dusun seperti dalam filem P.Ramlee Seniman Bujang Lapok.

3 ekor beruk tu menamakan mereka sebagai beruk Tongong.

Beruk yang pertama bernama Beruk Ecstasy. Beruk ni nak tahu......dah pokai tapi suka nak cari beruk betina yang bukan dari beruk-beruk kampongnya. Selalulah beruk ni pergi merayau-rayau hingga sampai ke negeri Nasi Paprik.

Beruk yang kedua ni lain macam sikit. Beruk ni seleranya hanya pada yang lemah-lemah terutama pada yang masih peringkat anak-anak beruk yang masih menyusu. Beruk ni rupanya menakutkan......tak ada bulu di kepala ala-ala botak gitu dan namanya pelik sikit......sapa tak kenal dengan nya si Ketam Anu Kecik......ntah mengapa namanya begitu.....kuat mengepit kot.....tengoklah sendiri kecik ke besar.....anunya.....18x-lah pulak.....ooooopppsss jangan fikir bukan-bukan ...anu tu maksudnya kaki-tangan beruk tu.

Beruk Ketam Anu Kecik ni pernah jadi penghulu di negeri Manisan Nipah. Tapi telah disentap kuasanya kerana menenggek anak ayam. Maka gegak gempita satu kampong.....mengamok2 si beruk Ketam Anu Kecik nih.

Ada pun beruk yang ketiga ni Syok-it nama diberi. Kerjanya menjadi tukang jaga kira-kira jualan ikan jeruk atau pun di beri nama ikan Perkasam. Kerja si beruk 'Perkasam' ni hanya melompat di tepi-tepi laluan manusia terbanyak.....buat kacau sana sini kononnya nak jaga ketuanan beruk-beruk berekor.

Satu hari beruk si Ketam Anu Kechik nih berpakat dengan si beruk Ecstasy dan beruk Syok-it 'Perkasam' bagaimana nak jatuhkan tuannya yang telah menyentap kuasanya dulu. Dendam kesumat telah lama membengkaka dan membarah dalam dada beruk itu.

Maka beruk-beruk ni pun berfikirlah ala-ala beruk katakan......ooooopppsss beruk mana ada akal.....ye tak ya jugak......sebab tu perancangan beruk-beruk ni gagal.....mana-mana pergi ditertawakan kaumnya dan manusia sekelilingnya.

Maka Si Beruk Ketam Anu Kechik pun dapat idea dan berkata, "Kita tidak akan berjaya kalau manusia tidak tolong kita.....tapi manusia itu mestilah sama perangainya dengan kita yakni kelakunya mesti ala-ala beruk macam kita.....hati mereka.....tindak tanduk mereka mesti macam beruk, barulah mereka dapat tolong kita.....amacam geng?"

Maka mengilai dan melompat-lompatlah beruk-beruk tu sampai ke pagi.

al-brangionline:

Yang beruk.....biarlah dengan beruk sebab mereka beruk.....tak ada akal.

Yang bangsa manusia.....buatlah perangai manusia.....kita ada IMAN.

Nota kaki:

Kisah di atas hanya untuk hiburan ......untuk hati yang gundah gulana.....tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun mati. Sekian harap maklum.

Wednesday, March 23, 2011

E - T telah meninggal......

Aktres legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah meninggal dunia di Pusat Perubatan Cedars Sinai, hari ini akibat sakit jantung pada usia 79 tahun.

al-brangionline:

Se'glamour' mana pun kita hidup di dunia ini......ke sana juga kita akan kembali.

Sekaya mana pun kita......semuanya akan ditinggalkan apabila maut datang bertandang.

Sekuat mana pun kuasa yang ada......semuanya akan menjadi 'lumpuh' apabila Izrail datang menyapa.

Sedalam mana pun dendam kesumat kita......semuanya tidak akan tercapai mengikut kehendak nafsu serakah kita kerana nun di sana ada kuasa yang Maha Berkuasa.

Saudara ku......takutlah akan Allah SWT serta Mahkamah RabbulJalil di sana nanti.

10 'T' yang misteri dalam misteri......

10 'T' yang misteri dalam misteri.

T untuk Thamby

T untuk Toyol

T untuk Tongong

T untuk 'Tools'

T untuk Temberang

T untuk Tembelang

T untuk Tembolok

T untuk Takhta (kuasa)

T untuk 'Tikam'

dan akhirnya T untuk 'Turmoil'. [Rujukan berkaitan.]

VCD lucah lagi......jangan jadi loyar 'Botak' dan loyar 'Katak'.....nanti kena 'ketuk'

Saya tak berapa faham bab undang-undang dan memang tak berminat nak belajar undang-undang......memadailah tahu segala apa yang dilarang dan disuruh oleh Agama dan tahu sedikit sebanyak mengenai undang-undang jalanraya.

Bercakap pasal undang-undang jalanraya......bab yang tak faham dan memang tak pernah tahu kerana tak pernah diberitahu oleh 'driving school' dulu ialah bab saman ekor.

Tak minat belajar undang-undang negara kerana takut jadi peguam atau hakim kerana sekarang amat ramai yang jadi loyar buruk......kepala buruk.....badan buruk.....taik lagilah buruk.

Kalau nak jadi loyar jadilah loyar macam Pak bhai tu......siap bagi Seksyen lagi.....Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam.

Kalau setakat jadi loyar macam si Mamat Botak tu......rasa2nya menghabiskan boreh aje. Ada ke pulak dia boleh persendakan Undang-Undang Negara dan institusi undang-undang itu sendiri yang secara tak langsung memperendahkan dirinya sendiri selaku orang yang 'so called' tahu selok belok undang-undang......ah yang ini memang sah loyar buruk.....hanya layak bukak firma di warung teh tarik. Kalau ikut Seksyen kepala botaknya.....

Kalau jadi si loyar kepada segala katak-katak di Malaysia seperti Katak Kulim ni......ooooopppsss loyar kepada beberapa ekor katak sahaja (Katak Pasir Mas, Katak Nibong Tebal, Katak Wangsa Maju, Katak Bayan Baru, Katak Bagan Serai) lagilah malang......hanya tahu memekak ketika semua orang sedang lena tidur kwong...kwong...kwong bila badan sudah jadi hangat kerana 'hujan' lambat turun...takut mati keh'ausan'......alahai.....

Ada orang 'jual' undang-undang kerana nak jadi pombodek nombor satu.

Ada orang 'rogol' undang-undang kerana nak jatuhkan seseorang.

Ada orang 'lacur'kan undang-undang untuk kekal berkuasa.

al-brangionline:

Tetap mempertahankan 'Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan.
[sumber .][sumber .]......mungkin berkaitan.

Tuesday, March 22, 2011

'PARAS' tak leh delete video itu......alahai.....

Hari ini sudah masuk hari ketiga 'Elegant' al-brangi tak bergerak. Ini bermakna sudah masuk hari ketiga tak keluar rumah, termasuk tidak ke Surau hatta diperkarangan rumah pun.

Walaupun kaki masih lagi terasa sakitnya, tapi ia amat jauh berkurangan berbanding hari Sabtu lalu.

Setelah makan ubat dan berbalut dengan halia parut malam tadi serta doa daripada sahabat-sahabat, sakitnya terasa banyak berkurangan.

Digagahi juga keluar rumah untuk 'warm-up' 'Elegant' kesayangan pagi ini. Nasib baik baterinya ok lagi. Malam ini nak pasang azam, nak gagahi juga pergi ke Surau......kerana 'sakit' ni tak boleh nak di manja-manjakan sangat. Lebih-lebih lagi selepas Isyak, malam ni giliran Usrah di rumah Dr.Jo, nanti bila dia dah balik ke Sungai Petani.....lama pulak nak jumpa dia. Dia tu kan ada dua buah rumah......ye 2 biji rumah...bukan 2 isteri......gurau no...

Kalau ikut hati memang terasa malas nak 'update' blog nih......bertambah pulak cuaca yang mendung serta teramat dingin di luar sana, dimana aktiviti yang paling "sesuai" ialah menarik bantal walaupun suhu politik di Malaysia sentiasa panas......tetapi untuk meredakan sedikit rasa berdenyut di kaki ini sebelum jantung berdenyut lebih kencang digagahi juga mengetuk 'keyboard' ini.

Suhu politik di Semenanjung memang sentiasa panas dan ia mula merebak ke Sarawak.

Kenyataan ala-ala pertandingan cerita adik-adik di Tadika Kemas oleh mereka yang 'so called' pemimpin negara turut menaikkan skala thermometer politik.

Kalau dibandingkan kes VCD porno oleh jaguh 'akrobat' (dibaca sebagai akro-bed) parti towkay2 besar dulu, ia amat berbeza. Pengedar VCD tersebut diburu dan ratusan VCD tersebut sempat dirampas.

Tetapi kali ini, pemilik VCD tersebut sudah ketahui yakni Dato' T (trojan horse kot.....), tempat tayanganya pula di Carcosa Seri Negara. yang biasanya hanya pemimpin-pemimpin besar dunia menginap dan penonton-penontonnya adalah editor kanan media utama negara.......kenapa tiada tangkapan?

Oh tiada sapa buat laporan polis......habis tu kenapa VCD lucah atau citak rompak diserbu dan dirampas di pasar malam dan di premis-premis pencitaknya?......tiada siapa report pun.

Satu lagi cerita apabila 'Ostad Berkopiah' ala-ala Myanmar jual batu akik dari Kulim tu ber'khutbah' dan ber'fatwa' bahawa pelakon dalam video itu adalah SAH si'DIA' itu......walaupun dia tak mengesahkan dia sudah tengok video itu......kenyataan itu mendadak naik suhu telinga ku. Ah!......persetankan.....anggaplah si Mamat tu sudah gila talak dan seperti ayam mabuk kapor.....cirit-birit.....memancut merata-rata.

al-brangionline:

Saya tertarik dengan kenyataan Anwar, dia diberitahu pelakon lelaki itu berperut 'buncis'......

Takkan dalam masa sebulan tiba-tiba perut itu menjadi nipis......ka ka ka ka ka.

Ingat sikit hari pembalasan oleh Mahkamah RabbulJalil besok saudara-saudara ku.

Monday, March 21, 2011

Video lucah: "eh......betul kot Mamat tu.....?"

Orang-orang di Malaysia digambarkan oleh media pencacai sebagai penggemar 'seks' atau orang kuat 'seks'.

Hari-hari kita boleh saksikan gambar selebriti di Malaysia yang tidak segan silu lagi mendedah 'barang' yang haram didedahkan kecuali suami mereka sendiri. Pendedahan gambar-gambar itu sebagai 'ubat' atau bahan 'perangsang' kepada mereka yang dahagakan 'seks'.

Bahan-bahan lain ikut serta mencuba pasarannya untuk memperdagangkan berbagai-bagai jenama kopi yang ada kait mengait dengan 'seks'. Berbagai-bagai jenama seperti menyelitkan 'tongkat Ali' pada kopi, menyelitkan status 'janda' untuk menarik perhatian lelaki yang sesetengahnya amat 'fobia' dengan status tersebut, menyelitkan status 'jantan' untuk me'merangkap' beberapa 'jantan' yang tidak cukup 'jantan' dan bermacam-macam lagi.

Pengedaran VCD lucah menjadi-jadi.

Terkini tersebarnya VCD yang melibatkan seorang 'pemimpin' pembangkang sedang bersenggama dengan seorang 'pelacur' asing.

VCD yang telah di'foreman'kan itu kononnya menyerupai seorang pemimpin pembangkang terkenal. Ini semata-mata hendak mem'bukti'kan bahawa 'pemimpin' itu adalah seorang kaki 'seks'. Beberapa siri fitnah bahawa 'pemimpin' itu adalah 'gay' tapi kerana sudah mula nampak semacam cerita kartun, maka dicuba menggambarkan pula bahawa 'pemimpin' itu jenis 'bi-sexual'.

Fitnah seperti ini yakni melibatkan pertarungan 'seks' sudah wujud di zaman dahulu kala lagi. Dizaman kegemilagan Kesultanan Melaka, fitnah seperti boleh memadamkan langsung riwayat hidup seseorang.

al-brangionline:

Anda gunakanlah akal yang dikurniakan itu sebelum menyakini kesahihan sesuatu perkhabaran.

Atau orang Malaysia terutama pembangkang memang jenis kaki 'seks'?

Oh tidak mungkin.

Adakah pihak yang sana itu semuanya 'Wali Allah?

Lagi tidak mungkin.

Jadi, apa yang mungkin?

Berkemungkinan mereka sudah diselubungi dendam kesumat yang tebal sehingga Iman yang ada terlalu nipis untuk mengimbangi sesuatu tindakan......maka...jika mana-mana rakyat Malaysia ada terdetik dibenak mereka, "eh......betul kot Mamat tu.....?", itu sudah dikira kejayaan kepada mereka......alahai.....

Taib tak berjumpa jalan 'TUBIK'......

Mungkin Taib 'tak berjumpa' cari pintu keluar.

Itulah ramai orang politik cakap.

Almaklumlah......sudah berpuluh-puluh tahun berada di 'singgahsana' yang melunaskan segala 'impian'.....terasa semacam Sarawak sudah menjadi hak mutlak 'free hold'.

Ramai penganalisa politik cakap, hanya rakyat boleh tunjukkan pintu keluar. Itu pun banyak dan pantang larangnya.

Kalau setakat rakyat keluar melaungkan suara yang tinggi......bergema dari Kucing sehingga ke puncak Gunung Santubung......memecah kesunyian Gua Niah......melilit banner 'Nyah kau Taib' 5 kali melilit pulau Borneo sekalipun.....Taib tidak akan keluar.

Rakyat Sarawak tidak mempunyai pilihan lain.

Pilihan yang ada ialah keluar beramai-ramai semasa hari mengundi dan lepaslah segala geram berpuluhan tahun melalui kertas undi.

Jikalau BN masih bertapak di Sarawak, Taib mungkin 'liat' juga nak berundur......hanya menafikan 2/3 majoriti sedikit sebanyak mendorong serta membantu Taib berjumpa dengan jalan keluar.

Segala2nya bergantung kepada rakyat Sarawak.

Sunday, March 20, 2011

Apa kaitan sakit kaki dengan hantu jembalang?......alahai.....

Seharian tak ada mood nak menghadap PC kerana kaki masih lagi sakit berdenyut-denyut......bengkak merening. Setiap satu jam berbalut dengan ais untuk menghilang kesakitan.

Digagahi juga bukak PC......mana boleh seharian tak ikut perkembangan semasa......orang politiklah katakan.

Semalam dan hari ini jadi pesakit bertaraf VVIP......semuanya dibawa masuk ke dalam bilik......makanan.....minuman.....nasib baik cucu balik hujung minggu ni, terubatlah sikit sakit kaki atuk al-brangi ni.

Tapi bila baca berita ini......

[sumber .]

bukan setakat kaki sakit berdenyut......malah seluruh jantung dan badan ku menggeletar, memikirkan tahap pemikiran seorang Timbalan Presiden Umno yang mendabik sebuah parti Melayu terbesar di dunia.

Dunia mana?

Mana ada lagi orang Melayu di dunia ini kecuali beberapa keluarga di Sri Langka, Afrika Selatan dan kepulauan kecil Australia.

al-brangionline:

Kalau pembangkang dikatakan 'hantu jembalang', kalau Umno......wali Allah?......tolong sikit tak kan hari-hari mengira 'duit' dikatakan tok wali......alahai.....

Hormatilah demokrasi dan kalau ada masa baca banyak lagi buku-buku berkaitan dengan demokrasi dan hak berpolitik.....hak berparti seseorang warganegara Malaysia.......yang pentingnya Malaysia ini bukan milik mutlak Umno/BN......inilah 'bala'nya kepada rakyat Malaysia apabila Umno/BN memerintah Malaysia terlampau lama.....semuanya dianggap harta Umno/BN......sebab itu semuanya ditunggangi......alahai.....

Saturday, March 19, 2011

Aduh sakitnya......

Daripada malam tadi kaki kiri ni asyik berdenyut dan membengkak dikeliling buku lali. Pagi tadi ia kelihatan berangsur surut.

Kebetulan jam 11.00 pagi ada majlis pertunangan anak sahabat......jiran betul-betul disebelah rumah. Saya gagahi jugak untuk meraikannya.

Selepas jamuan makan terus masuk waktu zohor. Pada mulanya digagahi jugak solat seperti biasa tapi ketika duduk di antara dua sujud......langsung kaki kiri berdenyut hampir menitis air mata. Rakaat seterusnya terpaksa solat sambil duduk.

Kebetulan ubat lama masih ada......biasanya selepas telan 2 biji......bengkak mulai surut...... tetapi ia berlarutan hingga ke saat ini......adoi sakitnya........hanya mereka yang pernah merasainya sahaja boleh bayangkan.

Pagi tadi MRK al-banjari ada telefon mintak saya confirmedkan dengan Dato' Tarmizi Mad Jam tentang pertemuan blogger pada malam ini......nasib baik pertemuan itu ditunda ke tarikh lain.....kalau tidak melepas peluang bertemu sahabat-sahabat lain......dapat bersembang-sembang pasal harapan dan peluang PRU di Sarawak......pasal 'mawas-mawas' nakal berdemo tanpa permit tapi dihalalkan oleh mereka yang sama menggunakan kuasanya mengharamkan setiap demo PR......'mawas-mawas' upahan ini kononnya amat perihatin dengan DNA DSAI.

Dah tak tertahan rasanya lagi kaki ini......sampai di sini dulu hingga ketemu lagi......harap-harap sahabat berdoa agar pagi esok bengkak itu surut......tapi 'bengkak' di hati pada umno/BN tetap berdenyut-denyut......alahai.....

Friday, March 18, 2011

Janganlah buat2 malu bang......ke malu2 buat.....alahai...

Apa nak dimalukan Bang......RM324,000 sikit jer tu. Depa kaut lagi banyak......alahai.....

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion lagilah banyak.

Bank Bumiputra Malaysia Berhad rugi sebanyak RM2.5 bilion melalui skandal BMF tak kurang banyaknya.

Kalau nak disenaraikan......ooooo terlalu banyak lagi......inilah di antara ketirisan......kebocoran.....rasuah.....dan lemah urustadbir oleh pimpinan Umno/BN.

PRU Sarawak bulan depan?...... So what?

Pilihanraya umum Sarawak bulan depan?

So what?

Kalau dah rasa diri kuat......tak payah nak be'rahsia' dengan rakyat.

Apa?

Nak bagi 'surprise'?

Oh sebab 'sayang pada rakyat?

Hanya yang sayang pada yang sayang suka buat benda-benda 'surprise......gitu?.....

Payyyyyyrrrrraaah......

Thursday, March 17, 2011

Pemilihan PAS: Sensasi yang bukan sensasi......alahai.....

Tiada apa yang sensasi atau perlu disensasikan dalam pemilihan PAS di Muktamar akan datang.

Semua ahli layak bertanding selagi mana sesorang itu mendapat pencalonan dari mana-mana kawasan PAS dan meraih undi yang banyak yakni mendapat undi majoriti dari perwakilan maka ia akan dinobatkan sebagai pucuk pimpinan.

Perwakilan sudah tahu yang mana intan, yang mana kaca......yang mana jantan, yang mana betina......yang mana berjuang semata-mata kerana hendakkan jawatan, yang mana berjuang kerana Agama.

Nama-nama kumpulan seperti kumpulan Erdogan, Kumpulan Kerajaan Perpaduan......kumpulan itu, kumpulan ini.....adalah ciptaan mereka yang cuba mensensaikan pemilihan itu sendiri. Tujuan mereka tidak lain tidak bukan adalah cubaan untuk menjatuhkan sesorang pemimpin PAS......bertujuan untuk memecahbelahkan PAS......bertujuan untuk mendapat publisiti murahan.

Tidak hairan jika selepas ini berbagai-bagai fitnah, caci maki dari golongan yang kononnya penyokong/pendokong tegar PAS akan dihamburkan samada dari tulisan yang 'lunak' atau membuat desas-desus untuk menjatuh atau menaikkan seseorang pemimpin.

Sejarah telah buktikan PAS tetap mantap ukhwahnya walaupun pemimpin datang dan pergi. Ada pemimpin yang pergi meninggalkan PAS kerana terpikat dengan habuan dunia yang tidak setimpal mana dengan perjuangannya selama ini. [sumber .]

'Baginda' : Kalaulah 'Belalang' masih ada.....pasti dinujumkannya

Maka dengan gahnya 'Baginda' bertitah 'Lembing Awang Pulang ke Dayang'.

Malangnya si Dayang berdalih......diketika mem'baling'.....di mana arahnya mentari naik dan di mana pula arah bayangnya?

al-brangionline:

......alahai.....kalaulah 'Belalang' masih ada.....akan pasti ditilik-tilik dan dinujum-nujumkannya.....ha ha ha ha ha

Wednesday, March 16, 2011

Selebriti lahir anak 'haram' semudah lepas kentut

Di kalangan orang-orang barat samada golongan selebriti seperti pelakon, penyanyi, ahli sukan, pengacara......mahupun orang-orang awam, gejala bersekedudukan tanpa apa-apa ikatan perkahwinan yang sah mengikut agama mereka adalah satu perkara biasa.

Hasilnya lahirlah anak-anak 'haram'. Ada yang akhirnya setelah melahirkan beberapa orang anak, mereka berkahwin.....tapi selebihnya kekallah mereka dalam alamnya.

Kita pernah mendengar bekas pemain tenis nombor satu dunia, Roger Federer telah berkahwin setelah mendapat sepasang 'kembar' hasil perhubungan 'haram' dengan isterinnya sekarang.

Begitu juga dengan legenda bolasepak dunia Maradona telah bertahun-tahun bersekedudukan dan memperolehi beberapa orang anak 'haram' semasa beliau bermain dalam Serie A di Itali.

Baru-baru ni pemain Tottenham Hotspurs baru, Peter Crouch baru mendapat cahaya mata 'haram' hasil perhubungan 'haram' dengan tunangnya.

Tetapi yang peliknya......dalam mereka berkedudukan haram itu dan meng'halal'kan apa yang haram......mereka tidak sekali-kali boleh menerima jika salah sorang daripada mereka melakukan kecurangan seperti apa yang berlaku kepada selebriti golf, Tiger Woods, pemain kelab bolasepak Manchester United, Wayne Rooney serta pemain kelab Chelsea, John Terry dan Ashley Cole dan ramai lagi. [sumber .]

Di Malaysia fenomena ini apa kurangnya.

Bersekedudukan tanpa nikah, berkhalwat, berzina dan bergaul bebas telah menjadi biasa......cuma tidak terdedah dan didedah secara biasa kepada rakyat terbanyak seperti di Barat.

Kita amat khuatir ke'gila'an peminat terhadap selebriti amat tinggi, tidak mustahil ia boleh berlaku seperti di Barat apabila Islam dipinggirkan, apabila ada suara-suara sumbang memperkatakan Islam adalah hak peribadi......maka usaha dakwah terhalang......walhal dalam Islam arahan untuk menegakkan al-amr bil ma'ruf wa al-nahy 'an al munkar adalah jelas.

Tuesday, March 15, 2011

Intan dengan kaca......kilauannya sudah tahu

Siapa 'dakwah' siapa?

Yang sorang tu 'revert' ke Agama fitrahnya yakni Islam (sebelumnya seorang penganut Kristian) dan menjadi sorang pendakwah bebas yang gigih.

Yang sorang lagi tu setelah dipecat dari partinya......sekarang kelihatan seolah-olah ingin 'revert' ke parti yang sangat 'mesra' dengannya......malah lebih mesra dari kawan biasa......alahai.....beliau pernah mengaku hanya beliau sorang sahaja yang memperjuangkan Islam dalam Parlimen......pengakuan ini dibuat semasa 'kuliah'nya di Surau Annur Bandar Baru Bangi.

Datanglah lagi.....boleh kita 'sembang' pasal Islam......alahai.....

Al-Kisah 'Wanita Pertama'

Gambar hiasan.....Wanita Pertama Great Britain dan Peranchis

Semenjak dari zaman dahulu kala semua orang mahukan nombor satu atau tempat Pertama dalam sebarang keadaan.

Kalau di peringkat sekolah rendah mahupun menengah......ramai yang berlumba-lumba nak rebut tempat Pertama dalam kelas dalam sebarang peperiksaan.

Sekolah sendiri juga berebut tempat Pertama di antara sekolah-sekolah samada dari segi kecemerlangan keputusan peperiksaan atau pun kebersihan.

Pendaki gunung berebut-rebut ingin menjadi pendaki Pertama mendaki sesebuah gunung atau mendaki secara pelik umpamanya pendaki yang Pertama mendaki secara mengundur atau sebagainya.

Di dalam sebarang sukan semua orang berlumba atau bertarung untuk mendapat tempat Pertama dalam sebarang kejohanan.

Kalau dalam alam perkahwinan ramai isteri ingin menjadi isteri Pertama sampai bila-bila yakni tidak ingin bermadu tetapi dalam masa yang sama ada juga yang Kedua, Ketiga malah yang Keempat mencuri tempat yang Pertama.

Dalam sesebuah negara Wanita Pertama mendapat tempat di sisi masyarakat sama pentingnya dengan 'Kepala Negara'......dan kadang kala wanita 'Kedua' juga boleh men'curi' tempat Wanita Pertama seperti berlaku di sebuah negara yang letakduduknya tidak jauh dengan negara yang dilanda tsunami sekarang......alahai.....

al-brangionline:

Tsunami di Jepun membunuh jiwa......tsunami tamak haloba boleh mem'bunuh' negara......aduhai.....

Biar dapat duit daripada dapat 'emas' keping

Tahniah Chong Wei.

Rasa-rasanya dia merupakan pemain badminton yang terkaya didunia.

Sekurang-kurangnya beliau mengautkan ribuan USD berbanding Lin Dan dan Taufik Hidayat atau Peter Gade Christensen.

Kita 'BIAR'kan Lin Dan mengaut seberapa banyak pingat emas Sukan Olimpik, Sukan Asia atau Kejohanan Dunia.

Yang kita tak mahu kejohanan biasa pun tak jadi juara......kejohan besar sementelah lagi......setakat jadi jaguh kampong......prestasi di luar negara hanya setakat suam-suam kuku.

Saturday, March 12, 2011

Tsunami di Jepun membunuh......'tsunami' di Malaysia???

Syukurlah kita di sini selamat?

Ya memang benar Malaysia tidak senasib Jepun......kita tidak ada tsunami di sini......di Jepun berbagai-bagai bencana alam seperti gempa bumi, banjir lumpur, gunung berapi, tsunami dll.

Di Malaysia, kita hanya ada banjir.

Kemusnahan jiwa dan harta mungkin tidak setinggi tsunami di Jepun.

Benar kita tidak ada tsunami......tetapi kita ada 'tsunami' buang anak.....kita ada 'tsunami' penagih dadah.....kita ada 'tsunami' kejatuhan moral remaja dan orang 'tua'.

Bukankah itu semua membunuh institusi kekeluargaan?

Apa bezanya tsunami di Jepun dengan 'tsunami' fitnah yang berleluasa oleh umno?

Bukankah fitnah itu mem'bunuh' jiwa juga?

fitnah itu mem'bunuh' tamaddun kemanusiaan.

Bukankah gejala rasuah juga boleh meng'hancur'kan negara.

Dan yang paling penting 'tsunami' politik II boleh berlaku PRU13 akan datang untuk mem'bunuh' segala ketidak betul dalam urusan pentadbiran negara, InsyaAllah.

Friday, March 11, 2011

umno dikenakan lagi......kesian dia.....

Filema-filem Allahyarham P.Ramlee memang hebat-hebat.

Lawaknya terkedepan......,melangkaui masa.

Teringat cerita Pendekar Bujang Lapok.

Diantara dialognya......Apa ini Alif Mim Nun Wau = Sarkis

Hebat betul seniman agung kita......

Kenapa Umno disamakan dengan sarkis (Circus)

Dalam sarkis penuh dengan gelak ketawa......'pak badut' dengan hidung kembangnya......aksi hebat para 'akrobat' (dekat-dekat nak sama dengan akro-bed) dengan lagak akrobatik yang mempersonakan penonton......lagak 'binatang' yang menurut kata 'tuan'nya......wanita seksi yang 3/4 badannya didedahkan pada umum.....semua bakat serta kemahiran 'pelakon'nya di'tunggang' oleh towkay......alahai.....sebiji macam Alif Mim Nun Wau

Thursday, March 10, 2011

Machaa!......mana dapat itu RM1.4juta

N. Gobalakrishnan membongkar di Parlimen semalam (entah apa tujuannya) yang dia masih membayar ansuran 2 buah kereta yang digunakan oleh 2 0rang bodyguard kepada Anwar.

Dia kononnya mengeluh tak cukup duit untuk melantik seorang pembantu untuk menyediakan ucapan dan penyelidikan.

Beliau juga kata dengan nada sinis, sehingga sekarang beliau masih membayar ansuran 2 buah kereta tersebut kerana untuk menjaga keselamatan bakal 'Perdana Menteri

Oooii macha! Sapa suruh u bayar lagi......lu sudah keluar PKR dan u masih bayar lagi......hanya orang yang kurang cerdik saja sanggup buat begitu. [sumber .]

Dalam situasi yang lain, Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dalam kenyataan akhbarnya mendedahkan 2 salinan cek yakni 1 cek Bank Hong Leong bernilai RM700,000 bertarikh 12 Jan 2011 dan 1 cek lagi dari bank yang sama bernilai RM701,250 bertarikh 15 Mac 2011 untuk membayar hutangnya. [sumber .]

Hey Macha!!!......RM1.4juta bukan sikit duit......pandai u cari duit......patutlah u ber'murah hati' bayar ansuran 2 buah kereta itu.

al-brangionline:

Kesian pada Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana selepas ini akan buat kerja lebih masa untuk menyoalsiat Ahli Parlimen Padang Serai itu.
Harap tanyalah elok-elok......jangan peristiwa Teoh Beng Hock berulang pul......alahai.....

Apa tu 4B?

Baiknya hati orang-orang Umno......bila dekat dengan PRU13......mereka pastikan harga minyak tidak naik kerana perihatinnya mereka.......kah kah kah kah kah.....tolong sikit.....RM4 billion subsidi minyak itu bukan dari kantung Umno.....jauh sekali daripada poket Menteri-Menteri Umno.....jauh jauh jauh (tiga kali jauh) sekali daripada ahli-ahli Umno.

Duit itu adalah daripada duit pembayar cukai......nak harapkan dari kantung Umno?......berapa sen aje yuran ahli setahun......nak harap dari poket Menteri-Menteri Umno?.....hello kedekut taik hidung masin.....dia orang tak ada duit.....dia orang 'miskin' sebab life stle dia orang......U know I knowlah.....sebab tu rasuah dalam Umno macam lagu dengan irama.

Umno tak akan naik harga minyak lagi kerana takut hilang undi......tapi percayalah...Umno akan naik harga minyak sebaik saja dapat rampas semula 2/3 majoriti......oleh itu bukan setakat nafikan mereka 2/3 majoriti tapi pastikan Umno/BN merudum sekali lagi dalam PRU13 nanti. [sumber .]

Wednesday, March 9, 2011

Eeeeee dahsyatnya.....

Kita jangan lupa......beliau adalah sorang pendokong tegar Umno.

Walaupun pernah dipecat semasa zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, akhirnya beliau masuk semula dan diberi 'tempat' oleh ahli yang sama tegar dengannya.

Beliau pernah keluar dari Umno kononnya selagi Pak Lah berada ditampuk pemerintahn Umno.....di akhirnya beliau masuk semula ketika Pak Lah di'paksarela' turun dari puncak.

Begitulah tegarnya Mahathir kepada Umno.

Dia mempunyai sikap tiada siapa lebih baik darinya selagi dia hidup.....walaupun sudah tidak ada apa-apa kuasa.....dia akan kritik berhabis-habisan pada sesiapa selepasnya kerana dia ber'perasan' dialah yang terbaik.

Walaupun berlatarbelakang sains (perubatan) dia tidak segan silu bercakap apa topik sekalipun.....samada Agama, kejuruteraan, pertanian, sektor pembuatan, ekonomi walaupun apa yang dia cakap itu banyak salahnya atau ada sikit betulnya......dia tidak peduli apa orang kata kerana baginya dia yang terbaik.

Sesiapa me'lawan'nya akan dipastikan 'musuh'nya itu akan 'mati beragan'......lihat apa yang terjadi kepada Ku Li dan musuh yang paling di'sukai'nya Anwar Ibrahim.

Apa yang di'karut'kan dalam bukunya mencerminkan beliau selain daripada seorang pendokong Umno yang tegar.....beliau juga adalah seorang pen'dendam' yang tegar.

Saya tidak berhajat nak mempertahankan samada Anwar ini tidak bersalah seperti apa yang di'geromal'kan oleh Mahathir kerana saya dididik untuk mempercainya apabila ada 4 saksi yang bukan fasik yang boleh dipercayai yang melihat secara berterang-terangan apa kerjabuat Anwar dengan 'perempuan' yang dimaksudkan oleh Mahathir.

Kalau benarlah Anwar bersalah......sebagai sorang yang berimankan wujudnya hari pembalasan, maka biarlah dia tanggung sendiri.

Kalau setakat nak cerita......sapa sapa pun boleh karang cerita si anu dengan si anu bersenggama......adesss senangnya dalam dunia ni nak menghukum orang lain dengan hanya buat satu buku dan mendedahkan segala2nya......yang paling tak tahan bila tengok dengan dalam TV dengan cebik dan memek mukanya, 'kalau nak saman.....samanlah.'

Kita tidak hairan kalau ramai orang membeli bukunya kerana jumlah orang yang se'kepala' dengannya tak kurang ramai. Jika buku itu menjadi 'best seller' maka lagilah tinggi ujubnya......makin kembanglah 'b - - - - t'nya.

Seperti yang saya katakan, Mahathir adalah seorang pendokong tegar Umno......maka dengan keluarnya buku ini, ianya akan menjadi 'senjata' serta sumbangannya yang terakhir kepada Umno untuk menghadapi PRU13 berlawan dengan Pakatan Rakyat.

Mahathir amat tahu orang Melayu masih ramai gemar mendengar berita-berita sensasi yang berupa 'hearsay'......kisah-kisah yang melibatkan seks dan sebagainya tetapi Melayu juga sudah lupa tentang DIRI Mahathir itu sendiri......hanya Allah yang Maha Mengetahui dan orang-orang Umno sendiri boleh mengiakannya secara sendiri-sendiri......U know I knowlah.....

al-brangionline:

Sesiapa yang suka mendedahkan aib orang lain......InsyaAllah aibnya sendiri akan didedahkan di dunia lagi......di akhirat sementelah lagi......aduhai...

Tuesday, March 8, 2011

Sebelah kaki Anwar bebas......sebelah lagi.....

Sebelah kaki Anwar bebas......sebelah lagi bergantung kepada 'tangan-tangan' gatal untuk menarik Anwar sehingga terkangkang.

Yang sebenarnya Anwar sudah lama 'terkangkang' dek fitnah bacul dari mereka yang sudah kering idea untuk berhadapan dengan Anwar secara profesional......secara anak jantan berpolitik.

Dalam bicara dalam perbicaraan, Hakim telah memutuskan penangkapan ke atas Anwar dijalankan secara tidak sah, maka barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

al-brangionline:

Biar terkankang dalam perjuangan daripada terkangkang sebagai 'pelacur' oportunis politik. Apa tidak terkangkangnya......semua 'barang-barang' dalam kelambu disebut berulangkali dalam Mahkamah dan media pencacai.

Manusia yang rakus serta berhati kering akan hilang segala aib dan malu......menyebut 'bulu', mani, 'anu'......diukur......'anu' diperiksa.....kecuali mereka yang selalu menjerumuskan diri ke dalam 'dunia anu' sahaja yang pandai mereka cerita dan petah bercakap pasal anu dan anu dan anu......[sumber .]

Gadis pingitan betis ber'karat'......alahai katak Kulim.....

PAS boleh menerima pandangan orang ramai, kritikan orang ramai dan sebagainya berkaitan dengan pendekatan parti dengan pengundi khasnya dan masyarakat umum amnya. Sebarang cadangan yang membina dari cerdik pandai kearah memperkuatkan perjalanan parti sangat-sangat ditagih.

Tetapi untuk menerima pandangan dari luar lebih-lebih lagi daripada 'musuh' politik berkaitan dengan dasar parti, bolelah diibaratkan menghulur leher kepada musuh untuk disembelih.

Si Katak Kulim yang perangainya selama ini.....kononnya lebih Islamik daripada semua orang Islam di Malaysia cuba nak tunjuk baik, walhal diri sendiri yang mengharukan PKR dan Pakatan Rakyat. Jangan jadi seperti sorang gadis pingitan yang cuba me'mancing' lelaki dengan menyelak kain dengan tujuan mendedahkan betisnya yang dia perasan putih gebu......tapi rupa-rupanya ber'karat'.....ber'kudis' serta berparut sekelilingnya. mendedah aurat itu dilarang......betis ber'karat' pulak......alahai Si Katak Kulim.....[sumber .]

Monday, March 7, 2011

Al-Kataki jelma jadi Serindit......alahai.....

Semasa kecik-kecik dulu, saya suka pergi pekan sari hari Sabtu......tengok orang jual ubat.....sukakan 'syarah'nya dan silap mata.

Kekadang ada juga orang India bermain dengan ular tedung sambil meniup serunainya.....orang ramai terpaku dan ada sorang pusing keliling mengutip duit.

Ada juga seorang India dengan burung serinditnya dan beberapa keping kad. Sesiapa yang nak menilik nasibnya, maka dibayar seringgit maka burung itu akan menggigit salah satu kad......maka 'nasib'nya akan diketahui......punyalah senang orang Melayu nak tahu nasibnya...walhal si tuan dan burungnya sendiri ntah apa nasibnya di masa hadapan.

Ruparupanya fenomena itu ada lagi di zaman ini.....adalah Al-Kataki yang dibawa oleh tuannya ke Merlimau dan Kerdau untuk menjadi 'burung serindit'.....maka berkatalah Al-Kataki yang menjelma menjadi 'burung serindit, "Mendung sudah berlalu bagi BN.".

......Alahai.....nasibnya sendiri ntah apa-apa yang berlaku.....kesian Al-Kataki yang bebas masih dinaungi oleh 'Tuan'nya.

Seterus sila baca DI SINI .

Pendam nak buat pekasam?

Saya pernah menulis di posting yang lalu......sila baca DI SINI berkaitan dengan pendaftaran Pakatan Rakyat dengan ROS seperti dibebelkan oleh SPR.

Oh rupanya ROS telah pendamkan permohonan itu. [sumber .]

Kita amat faham dan maklum bahawa ROS terletak di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.......dan Menterinya pulak adalah Menteri Umno.

Kenapa mesti pendam? Nak buat pekasam ke?

Tak perlu cuak dengan Pakatan Rakyat......kan Umno dah kuat...kan umno banyak menang pilihanraya kecik?.....kan umno sudah mula popular semula dikalangan orang Melayu?.....Kenapa mesti cuak?

Profesionallah kawan!!!!!

Yahoo......aku kuat.....

Keputusan resminya adalah seperti berikut:

Merlimau:

Roslan Ahmad (BN) 5962
Yuhaizad Abdullah (PAS) 2319
Majoriti: 3643(BN)

Kerdau:

Syed Ibrahim Syed Ahmad (BN) 5060
Hassanuddin Salim 2336
Majoriti: 2724(BN)

Sebagai penyokong dan pendokong memanglah sedih......tetapi kita seharusnya menerima hakikat kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan kubu kuat Umno/BN.

Sebelum bertanding lagi ramai yang menjangkakan PAS akan kalah tetapi selaku parti yang menjalankan misi dakwah dan politik berseiringan maka PAS berani mengambil amanah ini walaupun sebarang kekalahan sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada penyokong PAS di luar sana.

Kawasan-kawasan totok atau 'fixed deposit' seperti Bagan Pinang, Tenang, Kerdau dan Merlimau sentiasa memberi pulangan yang lumayan kepada Umno. Kawasan-kawasan berisiko tinggi ini terutama ketika pilihanraya kecil, memang menggerunkan sesiapa samada PAS, PKR mahupun DAP. Sebab itu kawasan-kawasan seperti ini selalunya diberi kepada PAS selain daripada mengekalkan 'status quo' (kawasan yang dipertandingkan oleh PAS semasa PRU).

Berbalik kepada kemenangan besar Umno/BN (bukan menang tetapi mengekalkan kawasan yang dimenangi semasa PRU 2008 dulu) di Kerdau dan Merlimau......ini menunjukkan penyokong Umno memang dapat menyerap segala beban hidup akibat dari kenaikan harga minyak.

Penyokong Umno memang tidak ambik pusing tentang rasuah......fitnah.....bohong...auta...putar belit...bantuan 'mee segera''...hiburan...sogokan dan sebagainya kerana mereka memikirkan 'benda-benda' seperti itu boleh datang dan pergi sepertimana kehidupan mereka sendiri pun seperti yo-yo.....kais pagi untuk makan apa-apa.....tak dapat kais, maka tak dapat makan apa-apa.....

Penyokong Umno memang redha dengan kejerihan mereka menempuh keperitan hidup......kalau ada bantuan 'mee-segera', itu satu bonus.....kalau tak ada, pandai-pandailah mereka men'gais' pagi dan petang......'ah zaman Jepun dulu lagi teruk...hanya makan ubi kayu,' ujar penyokong totok Umno.

Kalau Umno/BN sudah berasa selesa dengan kemenangan mudah ini dan merasa 'diri' sudah popular.....maka usahlah bertangguh-tangguh lagi adakan PRU13.....manalah tahu kot-kot dapat rampas kembali negeri-negeri yang telah 'hanyut ketika tsunami politik PRU12 dahulu serta mencukupkan kembali 2/3 kerusi di Parlimen agar dapat berbagai-bagai undang-undang untuk menambah-kuatkan Umno/BN......alahai.....

Sunday, March 6, 2011

Gempar: Sekawan 'babi hutan' dan 'beruk' berlegar di perkarangan tempat mengundi

Pengundi di Merlimau menjadi gempar apabila sekawan 'babi-hutan' dan segerombolan 'pak-pak beruk' 'anak-anak beruk' terlepas di perkarangan tempat mengundi di Merlimau......nasib baik dapat ditenangkan oleh 'Pak-Pak Badut di atas.

Untuk melihat keletah 'babi-babi hutan' dan 'pak-pak beruk' serta 'anak-anak beruk' sila baca DI SINI .

'Kuda' ameno pandai menari......

Kata orang, seronok jadi manusia berbangsakan ameno.

Kemana saja pasti akan ada beberapa 'kuda' yang bersedia untuk di'tunggangi'nya.

Tetapi dalam banyak-banyak 'kuda'nya, 'kuda' ini yang paling disayanginya. Bukan dia tak sayang pada 'kuda-kuda' lain.

'Kuda-kuda' lain pun banyak jugak berjasa kepadanya tetapi kadang-kadang ameno ada jugak mematuhi karenah 'kuda-kuda' 'tunggangan'nya yang lain tu. Itu yang leceh sikit.....

Yang buat Umno sangat sayang kepada 'kuda' yang sungguh istimewa ini, ialah 'kuda' ini sangat pandai menari. Satu kebolehan luar biasa yang tiada pada 'kuda-kuda'nya yang lain.

Tarian kuda ini boleh memukaukan penonton sehingga segala cacat cela ameno akan tenggelam. Lompatan 'kuda' ini tidak payah diajar atau disuruh. Lariannya tak payah dipacu. Sesekali 'kuda' ini merengek......berderau darah gemuruh penonton......alahai.....kalau nak tahu silalah baca DI SINI .

Saturday, March 5, 2011

Mahmud Abdul Rahman nafi.....Tuan Ibrahim Tuan Man mangsa fitnah

Umno dengan rasuah diibaratkan kereta dengan roda......tak ada roda, kereta tak bergerak.....bila tak bergerak, tak boleh keluar cari makan.....bila tak boleh cari makan, mereka akan berlapar.....bila berlapar, maka akhirnya mereka akan 'tumpul' kata orang Perak.

Begitu juga Umno dengan fitnah, diibaratkan pesakit dengan corong oksigen......ditarik corong oksigen, maka serta merta pesakit menjadi semput......menggeliat...menggeleding macam cacing kepanasan mintak nyawa.......Umno perlukan 'fitnah' untuk menyambung 'hayat'nya yang memang sudah semput......alahai.....

Utusan Malaysia Online seperti DI SINI hari ini, memfitnahkan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ada membeli tanah kepunyaan bekas peneroka Felda Jengka 13, Mahmud Abdul Rahman, 54 seluas empat hektar pada tahun 1994.

Tetapi empunya badan, Mahmud Abdul Rahman sendiri menafikannya seperti diceritakannya kepada Free Malaysia Today, sila baca DI SINI .

Di harap orang Melayu khususnya, kembalilah kepada Islam......tapis dulu apa-apa berita terutama yang dibawa dari mereka yang ber 'lidah biawak'.

Selamat mengundi di Kerdau besok.

Pakatan Rakyat ada masalah dalam 'selimut'?

Kalaulah betul si Mamat dari SPR dan ROS ni kata bahawa Pakatan Rakyat belum berdaftar lagi......aduh amat malanglah......takkan berdegar-degar cakap pasal nak 'tawan' Putrajaya.....tapi masih belum settle lagi urusan pendaftarannya.....

Susah sangat ke nak selesai karenah ROS ni?

Atau ada masalah dalam 'selimut?

Kalau ada masalah dalam 'selimut'......tak payahlah nak berebut-rebut kerusi di Terengganu......atau nak mintak lebih kerusi di Kelantan......berebut-rebut nak jadi Menteri Besar di Perak.....terkinja-kinja nak jadi Perdana Menteri.....berangan-angan nak jadi Timbalan Perdana Menteri atau ber'hajat' nak duduk kerusi Menteri Besar Selangor.....berangan-angan nak jadi Menteri itu...Menteri ini. Tak payahlah nak mem'faraid'kan 'ghanimah' walhal 'peperangan' belum bermula lagi.

Posting ini mungkin mengena banyak pihak......biasalah sayang anak tangan-tangankan.....sayang Pakatan Rakyat cubit-cubitkan......mungkin telinga terasa sikit panas......biasalah tu...itu belum 'pulas' serta 'jentik' lagi telinga-telinga yang ber'cita-cita' besar...tapi yang geramnya kenapa masih lagi tak selesai segala urusan dengan ROS seperti dilaporkan oleh si Mamat yang tengah meroyan itu seperti DI SINI .

JIKALAU betullah Si Mamat ini yang meroyan-royan dan meracau-racau......diharap PIMPINAN tertinggi Pakatan Rakyat buat satu kenyataan dengan segera agar kami penyokong dan pendokong bawahan tidak rasa sangsi dan hampa.

Kami ingin tahu BETUL atau SALAH apa yang si Mamat tu duk meracau-racau tuh. [sumber .]

Friday, March 4, 2011

Rasuah lagi......alahai.....

Adun Umno RASUAH lagi.

Adun Lenggeng, Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

al-brangionline:

Hukuman akan dijatuhkan pada jam 2.45 petang ini.

Samada hukuman membolehkan pilihanraya kecil diadakan tidak berbangkit......hakikatnya Umno memang kerjanya makan rasuah......tidak amanah......menghancurkan harapan rakyat. apa nak kata pada pembangkang lagi......ini sudah terang lagi bersuluh.

Lagi diberi amanah lagi ia khianat......lagi ia diberi kuasa lagi bermaharajalela.

Sudah sampai masanya Umno/BN digantikan dengan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. [sumber .]

Thursday, March 3, 2011

Sabar je lah Kakak......

Sabar Kak.

Jangan termakan pujukannya.

Jangan terpedaya dengan 'sumbangan' yang memang ikut adat memang sumbang pun. Takkan bila ada pilihanraya baru mencurah-curah turun bantuan?

Tetapi jika mereka beri......Kakak boleh ambil.....tapi bila pangkah nanti.....jangan lupa pegangan kita yang asal...jangan termakan budi pulak.

Lagi pun si Mamat tu belum jadi wakil rakyat lagi......kot-kot kalau jadi pun ramai lagi kroninya yang nak dijaga......jangan harap selepas ni penyokong PAS seperti Kakak nak dijaganya.

Kakak jawablah dengan berhemah lagi dengan lidah yang fasih. Usah Kakak gentar kalau-kalau mereka mengugut kerana mereka juga adalah makhluk Allah seperti Kakak juga.

Jika mereka menggugut agar Kakak mengundinya......sila buat laporan kepada polis kerana setiap warga Malaysia di peruntukkan di dalam Perlembagaan Negara.....bahawa kita berhak berparti.....berpersatuan selagi mana parti itu sah pendaftarannya.....kita berhak memilih, menyokong dan mengundi mana-mana parti.

Jika mereka mengungkit Kerajaan membina sekolah, jalanraya, jambatan, Masjid, bekalan air, letrik, menjaga keselamtan Negara dan kemudahan asas yang lain......katakan kepada mereka bahawa itu semua memang tanggungjawab mana-mana pemerintah......lagi pun semua perbelanjaan membinanya bukan datang dari kantung Umno.....ianya datang dari hasil khazanah Negara serta duit pembayar cukai yakni duit rakyat termasuk cukai pintu dan tanah yang Kakak bayar setiap tahun.

Diharapnya Kakak bertenang dan jangan gusar.....tunggu saja hari pembuang undi nanti.....Kakak buatlah keputusan sepertimana yang Kakak sudah putuskan.....Undilah calon PAS.

al-brangionline:

Diharap petugas PAS dapat pergi semula di rumah Kakak ini dan keseluruh kawasan ini untuk 'counter' semula segala 'geromal' Umno serta retoriknya membantu rakyat.

Wednesday, March 2, 2011

Senyum seribu makna......

Senyum nampak Cik Kak Polis......maka kilas ikan di air, taulah hamba jantan ke betina......ooooopppsss undi adalah rahsia.

Tak banyak.....cuma 36 undi sahaja selain daripada 10,643 jumlah pengundi berdaftar.....tapi boleh merubahkan segala2nya. [sumber .]

Agak-agaknya bila ketikanya SPR akan hapuskan undi pos?......Oh tidak mungkin.....itulah 'stoppage time' yang amat ditunggu-tunggu oleh Umno, selain dari 'fixed deposit' di Felda......seperti kata salah sorang peserta 'fixed deposit' dalam berita semalam, "Syukur alhamdullillah. Semasa Akak masuk ke sini cuma bawa baju sehelai dua je......tapi sekarang rasa-rasanya kalau nak berpindah dah jadi berlori-lorilah pulak barangnya."

Sombongnya Cik Kak......

Kalau bangsa Umno......'merempit' pun 'halal'

Kalau bangsa Umno......semuanya boleh.

Tunggang motor membahayakan pengguna lain pun tak apa. Topi keledar di'campak' ke Selat Melaka pun tak apa.

Kalau bangsa Umno......harta awam adalah harta mereka. Harta awam dibuat markaz.

Kalau bangsa Umno......segala2nya menjadi 'halal'.

"Aku akan buat cara aku" (I will do it my way)......agak2nya itulah yang ada dalam kepala otak orang-orang Umno.

Imam Pilihnraya Kecil......

Khusyuk, tawadu'.......memohon kesejahteraan Ummah dan keme - - - - - -.......

Jangan muncul jadi Imam ketika ada ada Pilihanraya Kecil je......