Seawal jam 5.30 pagi kami berlima bertolak dari Bandar Baru Bangi menuju ke Merlimau. Kami singgah di R&R Ayer Keroh untuk bersolat subuh dan bersarapan.
Kami ambik exi Jasin......setiba di simpang empat datang abang polis bertanya, "Hendak kemana?" Saya pantas menjawab, "Ke Merlimau."
Abang polis bertanya lagi biasalah dengan lagak ala-ala.....eee, "Belah mana?" Dengan nada gerama saya bertanya balik, "Belah mana?"
Abang polis bertanya lagi,"Penyokong mana?"
Dengan nada fasih dan jelas kami menjawab, "Penyokong PAS!!!"
Abang polis terus menghalakan kami menuju ke Muar. Tapi kami semua dah cerdik.....bukan bodoh lagi.....bukan masanya lagi nak ke Muar.....belum bertambah lagi yang mati selepas di Tenang. Kami pergi lebih kurang 100m dan buat U-turn.

Kami parking ditepi jalan kira-kira jam 7.30 pagi dan berjalan perlahan-lahan lebih kurang 2 kilometer.
Apabila matahari makin meninggi penyokong Pakatan Rakyat makin ramai menuju ke Pusata Penamaan Calon di Politeknik Merlimau.


Kelihatan al-brangi bersama Setiusaha Cawangan dan Ajk PAS Bandara Baru Bangi 3 dan sahabat dari Cawangan Bandar Baru Bangi 4

Penyokong tidak mengenal usia......tua.....muda.....kecik dan besar. Syabas adik!!!!!

Penyokong makin sesak diluar perkarangan Politeknik Merlimau.


Setiusaha Cawangan kami memegang sepanduk......puas saya mengagak2 maknanya.

Selebriti yang tak asing lagi......dengan lagak 'tatak sombong punyer' sehingga mereka yang mengapitnya bergurau......kalaulah dapat royalti dari mereka yang bergambar dengan Bob Lokman.....tentu 'kaya' oh. Ada juga mereka yang berkata, 'Brother Bob, masuk PAS mesti letih punya.....Brother Bob hanya senyum melerek. Syabas Bob!!!!!.


Al-brangi terserempak dengan bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan kami......seorang Ahli Unit Amal yang gigih dan berjiwa besi......pernah ditendang oleh abang yang memakai baju merah sama sepertinya iaitu "Unit Amal" BN ditulang kering tapi langsung tak rasa apa2 sehingga "Unit Amal" BN itu udah mula rasa cuak.....

Abang Polis sungguh ramai menjaga kami.....ramai sungguh dan semua trak menghala kepada kami seolah-olah kami ini kaki perusuh......kami penyokong yang berhemah bang.....no worries...

Matahari makin meninggi.....peluh makin menitik2....air mineral makin susut.

Berhadapan pintu masuk Politeknik Merlimau.

Sempat singgah di Markas Induk PAS dan berjumpa dengan sahabat Ketua Penerangan PAS Melaka a.k.a
mutaligat(blogger)


Sempat ber'perasan'......bergambar didepan backdrop 'Sidang Media'......belum sampai masanya lagi.....baru setakat Ketua Cawangan...apa kes.....tunggulah PRU13 nanti kot...ha ha ha...
Selepas Haji Malik membawa makan di homestay.....kami pun mula beransur balik ke Bangi.....tapi ada sedikit ter'kilan'.....bukan apa.....sunglass 'Ray Ban' saya yang berusia 6 tahun udah tercicir.....tapi apalah sangat sebuah sunglass 'Ray Ban' jika Melaka dapat melahirkan seorang 'anak sulung' minggu depan.....TAKBIR!!!!!