Followers

Monday, January 31, 2011

Peguam Ariel Peterporn diprotes kerana rujuk kes Soo Lek ~ Mahkamah jadi ribut lagi gawat.....waduh


Usikan malam......

Ubati hati yang lara kerana mengenangkan banjir menimpa pengundi di Tenang semalam. Sehingga sekarang masih ramai lagi mereka 'kesejukan' kerana bantuan lambat......almaklum pilihanraya sudah selesai kan.....waktu 'afdal'nya sudah luput.

Sila layan......kisah hangat ini.....

Mahkamah Daerah Bandung menjadi ribut.....gawat sekali.....apabila Lawyer kepada Nazriel Irham a.k.a. Ariel Peterpan, lead vokalis dari Kumpulan Peterpan merujuk kes Soo Lek untuk membebaskan anak guamnya. Anak guamnya didakwa kerana membuat dan mengedar pornografi yang pelakon utamanya terdiri di antara Ariel Peterpan sendiri bersama dengan bekas pacarnya Cut Tari dan pacar semasanya Luna Maya.

Peguam : Saya ingin merujuk kepada kes Soo Lek, pelakon utama dalam VCD yang tersebar luas. Kenapa beliau bergerak bebas, bahkan beliau membuat pengakuan dengan bangga, yakin serta pengakuan dengan lidah yang amat fasih sekali......"Sayalah jejaka di dalam aksi ranjang itu".....walhal VCDnya itu diedar oleh orang lain yang ingin mengambil kesempatan.

Pendakwaraya : Siapa itu Soo Lek......bila waktunya.....tarikhnya.....lokasinya.....kepulauan mana.....siapa pasangannya. Bisa tayangkan di Mahkamah untuk tontonan bersama?

Seisi Mahkamah menjadi gawat.....ribut sekali. Sesama sendiri whispering.....siapa itu Soo Lek.....Vokalis dari Band mana? Aktor? Pemain Badminton? Pemain Bolasepak Timnas?

Peguam : Soo Lek bukan artis atau ahli olahraga Timnas.....tetapi aksi hangatnya persis seorang akrobed. (akrobat). Beliau berasal dari Seberang iaitu dari Malaysia, seorang politikus yang 'handal'.....lembut.....anjal.....pantas.....versatile.....flexible.....

Pendakwaraya : Bantahan yang Arif. Indonesia bukan negara Commonwealth Country. Sebarang kes di sana ngak boleh menjadi referensi di Mahkamah Indonesia.

Peguam: Tetapi bukankah kita dari satu rumpun?

Hakim mencelah: Mereka beraksi di atas ranjang bukan di bawah rumpun bamboo.

Sekali lagi Mahkamah menjadi gawat dan ribut.

Memendekkan cerita.....Mahkamah menerima bantahan dari Pendakwaraya dan menjatuhkan hukuman seperti DI SINI .

Kita layan mereka yang menang?......

Terlebihlah pulak senyumnya......dah rupa macam orang menahan sesuatu.....apa ye?

Petang ni mari kita layan karenah orang menang.

Kembang hidung......kembang segalanya......terangkat tudung...ooopppsss bukan tudung tapi tocang...Umno marah cakap pasal tudung nanti dikatakan mempolitikkan pakaian dengan Agama...walhal itu suruhan Agama kan?

Konon katanya bila mati, kubur sendiri-sendiri......sapa kata sendiri-sendiri? Kalau sendiri-sendiri kenapa kerahkan orang gali kubur di Makam Pahlawan? Kenapa sediakan Makam Pahlawan? Bukankah itu guna duit rakyat?

Jadi wahai sahabat-sahabat Umno, jangan sombong diri......bukankah ingat mengingati antara satu lain itu mendatangkan manfaat.

Saya kata kembang segala2nya kerana Umno/BN menang semalam di Tenang.

Mari kita layan apa komen pakar-pakar memerintah negara :

Kejayaan di Tenang Isyarat Jelas Rakyat Selesa Dengan BN......selesa? Hanya mereka yang kurang cerdik saja akan rasa selesa dengan segala kenaikan harga barang. Tapi mereka tetap pangkah BN.....kenapa ye?


Dr.Chua Gembira Undi Kaum Cina Kembali Semula Kepada BN di Tenang......kembali semula.....?
Apa tak kembali semula kepada BN......semenjak di Galas lagi MCA menyogokkan hiburan berunsur seni ke'gemaran'nya sebagai simbolik beliau anti Islam.....serta nak menunjukkan bahawa pakatan DAP dan PAS itu bertentangan dengan hak peribadi kaum Tiong Hua yang kononnya akan menyekat segala hiburan yang disukai oleh kaum Cina.

Kemenangan BN di DUN Tenang Bukti Rakyat Terima Kepimpinan Najib - Muhyiddin......biasalah ayat membodek tuh. Tapi sekali fikir komen tu semacam sengket je kalau datang dari Timbalan Presiden Umno. Atau mungkin dia perli boss dia kot......apa halnya PRK yang Umno/BN kalah? Tidakkah itu membuktikan rakyat tolak Najib.....cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar. He he he dari segi skor, Pakatan Rakyat masih mendahului 8-6.....jadi bila masa pulak rakyat terima kepimpinan Najib? kakakakaka.....

Najib Harap Kejayaan Di DUN Tenang Jadi Dorongan Kuat Kepada BN......memanglah jadi dorongan......kerana dengan bermain 'silap-mata' dengan pengundi.....tabur sedikit sebanyak fulus, tabur sedikit sebanyak bitumen, hulur sedikit sebanyak kain pelikat, beg sekolah, air mineral, 'ekspedisi naik bot masa banjir semalam, gunakan sedikit sebanyak 'modal ketuanan lamanya'.....orang Melayu jadi 'cair' walaupun tak berapa nak perCAYA.....tapi kerana sokongan kuat dari media pencacai......'telor asin' yang hitam pun jika diputar hari-hari.....berhari-hari akan menjadi putih.

Papa Gomo meludah......joecharlie pula sambut 'Bala'.....

Pada mulanya malas nak layan dua pencacai Umngok ni......tapi untuk tatapan sahabat sekelian elok jugak dikongsi spesis Umngok yang mentaliti jahiliah ini......kalau masih tak faham apa itu jahiliah......hanya sesama Umngok sahaja yang faham......rujuklah pada otai-otai Umngok.

Kalau nak jadi pencacai Umngok......jadilah pencacai yang kaya raya......jangan jadi pencacai yang bernasibbaik dapat jilat kuah tumpah yang meleleh di periuk jer.....sedangkan bos kamu tak pernah tengok pun periuk di dapor.....nasi basi ke hangit.....lauk basi atau dua tiga hari dihangatkan.

Kalau nak taat pada Umngok pun.....paling kurang dapat pandu BMW 5 series......kalau setakat pandu......tak sampai hati nak sebut......nanti kecik hati yang lain-lain pulak.

Di bawah ini ada dua pencacai Umngok yang satu ketika dulu pernah ganggu blog ini. Selalu beri komen yang standard samseng kampong dusun.

Oleh kerana komennya terlalu ber'harga' untuk di'layan-siar'......maka dibuat posting yang khas untuk mereka berdua. Yang sebenarnya terlalu banyak pencacai-pencacai lain yang masuk membabibuta tapi mintak maaf bebanyaklah.....masuknya pun tidak beridentiti......sekurang-kurangnya 'Papagomo', kita sudah tahu identitinya, kalau dia meludah ke muka kita pun, sekurang-kurangnya kita tahu siapa dia si 'Papagomo' ni.....manalah tahu air-liurnya 'berkat' ......jangan air ludahnya terpalit pada muka sendiri atau keluarganya di'ludah' oleh orang lain udah le.


Bagi joecharlie yang menyembunyi identitinya......bisik-bisik ada kedengaran namanya Zulkifli. Jangan sesedap hati kata orang lain membawa mala petaka. Hanya Allah maha mengkurniakan sesuatu......kerana dikhuatiri jika dengan kehendak Allah SWT semua kata-kata saudara berbalik kepada saudara atau kaum keluarga saudara......di ketika itu Umngok yang saudara tolong cacaikan akan berlepas tangan.....kesian.

Ingatlah balasan Allah amat perit.


al-brangionline;

Ingatlah saudara,...... Allah SWT adalah sebaik-baik tempat bergantung dan balasanNYA jua amat berat.....

BalasanNYA juga boleh datang segera atau beransur-ansur.

Sunday, January 30, 2011

Maaf itu YB kamu......bukan YB aku tau.....

Keputusan PRK N05 Dun Tenang telah diumumkan oleh TV1 kejap tadi.

TV1 RTM merupakan TV resmi Kerajaan. Mana-mana Kerajaan yang memerintah, RTM tetap wujud. Anggota kakitangannya adalah kakitangan Kerajaan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhimatan Awam, bukannya dilantik oleh Umno/BN......jauh sekali dari 'mak-datok' mereka atau kaum kerabat mereka.

Mana-mana penjawat awam bebas memilih parti mana yang individu suka. Jikalau dia memilih Umno atau PAS sekalipun......mereka kena ingat, Jabatan Kerajaan adalah bukan jabatan 'mak-bapak' dia...jauh sekali 'datok-nenek' dia punya.

Marah nampak......sebab PAS kalah ke?

Memang marah......tapi bukan pasal PAS kalah.

Marah kerana pengacara RTM TV1 yang membuat pengumuman keputusan PRK N05 Tenang semasa lintas langsung tadi amat tidak profesional......beliau tidak boleh membezakan di antara TV milik Umno/BN dengan milik Kerajaan.....beliau masih keliru bahkan kebanyakan orang Umno memang beranggapan semua Jabatan Kerajaan adalah milik Umno termasuk RTM.

Pengacara itu dengan sesedap hatinya menyebut,....."Yang Berhormat baru kita.....".....tolong sikit itu YB kamu...bukan YB aku.

Yang pastinya RTM itu bukan milik 'mak-datok' kamu.....ia milik Kerajaan.....kaedah melapor mesti ada perbezaan kerana kamu dibayar gaji oleh Kerajaan (duit pembayar cukai) bukannya dibayar gaji oleh Umno.

Walau bagaimanapun, akhir sekali diucapkan tahniah dan syabas kepada Cik Gu Mala yang banyak membuat pengorbanan untuk menerima amanah parti untuk bertanding. Ini baru game pertama......masih ada game lain yang arenanya amat berbeza.

Diucapkan teruskan berjuang dan selepas ini mungkin suami anda akan di'korban'kan pula......sesungguhnya yakinlah rezeki itu dariNYA jua.

Nota kaki:

Calon Umno/BN memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS/Pakatan Rakyat melalui Cik Gu Mala mendapat 2,992 undi.(Majoriti 3,707 undi)

Terkini: Sahih Si baju hijau tumpas pada si baju biru


Berita sahih:

Si baju hijau telah tumpas 4-6, 2-6, 3-6 kepada si baju biru. Andy Murray berbaju hijau tumpas dalam 'straight set' kepada Novak Djokovic berbaju biru putih dalam Kejohana Grand Slam Tenis Terbuka Australia petang tadi

Tak patut tak diberi peluang anggotai Kabinet......

Dia memang cerdik dan pandai. Malah sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.

Itulah yang terkeluar dari mulut seorang menteri yang menjaga hal-hal luar negara.

Apa maknanya?

Itu maknanya......samada kamu gagal menjalankan tugas sebagai menteri yang sepatutnya menjaga hal-hal perhubungan Malaysia dengan luar negara atau......biasalah ungkapan bodek boss besar.

Kalau ungkapan di atas terkeluar dari mulut seorang yang ikhlas......sila berundur dan syorkan beliau sebagai menteri yang menjaga perhubungan Malaysia dengan negara-negara luar terutama dalam hal-hal penubuhan tadika, gejala sosial, pengunaan susu ibu, penjagaan suami agar kasih sayang berkekalan, keterampilan diri, penjagaan suara dan pemakaian dan pelbagai lagi.

Prosesnya tak payahlah diajar......lompat ikut 'tingkap' je......yakni dilantik sebagai Senator dan terus dilantik sebagai menteri yang menjaga perhubungan dua hala.....tiga hala.....dan 'banyak-banyak' hala lagi. [sumber .]

Saturday, January 29, 2011

Akhirnya menangis juga wanita berbaju hijau ini......

Calon PAS di fitnah berbagai.

Umno amat terdesak.

Bloggers pencacai pun turut terdesak.

Apa saja yang boleh dijadikan isu akan diputar belitkan. Di fitnahnya berzina.....peribadi suaminya diserang dengan sijil sakit menjadi penyebab.....malah sijil SPM Normala pun turut menjadi isu.

Namun Normala tetap tabah dan gigih ber'juang'. Walaupun raut wajahnya lembut tapi beliau mempunyai semangat waja.

Di dalam situasi yang lain......walaupun tekanan demi tekanan diberi.....kiri kanan ditekan......wanita berbaju hijau.....berjiwa besi ini yang kaya dengan senyuman.....akhirnya menitis juga air-matanya.

Wanita yang dimaksudkan ini bukanlah Cik Gu Normala Sudirman calon PAS di PRK Tenang. Tetapi wanita yang dimaksudkan ialah wanita berbaju hijau yang menjadi juara Kejohanan Tenis Grand Slam Terbuka Australia, Kim Cljsters setelah menumpaskan pemain dari China Li Na 3-6, 6-3 dan 6-3 petang tadi.

al-brangionline:

Jangan tension......biarkan umno dengan fitnahnya.....biarkan bloggers pencacai dengan 'papagomo'nya.

Possting di atas dibuat untuk mengendurkan sedikit ketegangan.....sedikit kerisauan dan kemarahan pada Umno.

Terubat juga setelah pemain kegemaran al-brangi Justin Henin kecundang di pusingan ketiga dan terus mengumumkan persaraannya kerana kecederaan di bahu......dan yang paling mengecewakan ialah tumpasnya Roger Federer kepada Novak Djokovic di separuh akhir.

Pemain Kim Clijsters adalah pemain favourite al-brangi selepas Justin Henin dan perlawanan akhir persorangan lelaki besuk.....maaf tak nak tengok.....kedua-dua yang bermain.....hampeh berlagak lebih...tak minat langsung.

6 'Jahanam'......kurang 4 jadi '10 budak hitam'.....

Melengkapi 6 'jahanam'.

Maka sahlah Gopalakrishnan keluar PKR.

Sebelum ini 4 orang juga telah keluar PKR iaitu Zahrain Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), manakala Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Bharu) dipecat.

Percayalah anda, kalau ada mana ahli yang lagaknya lebih sudu dari kuah, semangat berlebihan macam kanak-kanak 'hyperactive', bermacam-macam lagak magikal serta aksi antics......awasi pergerakannya.

Sebelum ini katak Kulim telah buktikan kononnya dia ni kuat keIslamannya.....sekarang berjangkit pada Padang Serai dengan lagak seluar ter'londeh'nya.

Harap-harap 6 'jahanam' itu menamatkan acara lompat yang hangat ini......kerana kalau ia meningkat ke angka 10, maka Umno/BN akan menyambut dengan meriah sekali sambil menyanyi lagu '10 budak hitam'.

Kalau diperhati dan teropong dari jauh potensi ke arah wujudnya '10 budak hitam' memang ada......4 orang lagi untuk mengenapkan 10 orang memang ada bakat besar......kalau boleh tolonglah tengok-tengok......pandang-pandang......dengar-dengar keluhan mereka, wahai Bro. Anwar kerana kami sayangkan Pakatan Rakyat ini.

Meroyan bila dikatakan 'jahil'?......oh kerana.....

Orang Umno marah sangat-sangat terutamanya Muhyiddin Timbalan Presidennya bila dikatakan orang Umno jahil.

Ye lah orang bijak pandai......mentadbir negara kurang lebih 53 tahun dikatakan jahil. Mereka ada peguam, jurutera, akauntan, doktor dan pelbagai profesion lain boleh dikatakan jahil. Orang-orang Agama mereka pun mungkin marah sama cuma tak berapa berani nak bersuara takut-takut ter'kantoi'.

Orang Agama mereka seperti Tok-Tok Peti......bukan peti limau mandarin tahu atau peti ais tentu tersinggung kerana maksud asal jahiliah mereka tentu faham.....mustahil mereka tak faham ayat ini : "Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah al-Maidah:50).

Tapi kalau nak disamakan mereka ni sama dengan peti limau mandarin atau peti ais pun bolehlah jugak. Peti limau mandarin mungkin mengandungi limau yang manis-manis.....tapi jikalau ditutup rapat disimpan hingga membusuk limau itu...apa faedahnya...membazir...lama-lama mereput dan membusuk.

Begitu juga peti ais yang di dalamnya mungkin mengandungi pelbagai sayuran yang berzat...pelbagai buah-buahan yang manis serta lazat...pelbagai ikan, daging lembu dan ayam, telur.....tetapi jika tertutup rapat.....tidak dimanfaatkan segala isi dalamnya.....maka membekulah kepelbagaian isi di dalam.....mengeras seperti batu higga tamat tempoh segaranya.

Begitulah Tok-Tok Peti serta penasihat Agama mereka membeku dan mengeras ilmu di dada.....mereput dan membusuk segala ilmu tapi tidak dimanfaatkan kepada rakyat.

Masyarakat jahiliyah Arab dahulu bukannya bodoh-bodoh. Mereka mahir bersyair......mereka berteknologi tinggi, setinggi piramid yang sehingga sekarang menjadi 'misteri'.....mereka mahir dalam ilmu pembinaan serta lanskap dan kejuruteraan.....kalau tidak mana mungkin gunung ganang ditebuk menjadikan bangunan serta membina bangunan yang tinggi kalau tidak mempunyai ilmu kejuruteraan sifat-sifat tanah (soil properties) seperti kaum Thamud dan kaum 'Aad.

Kaum Saba juga mempunya kepakaran kejuruteraan hidraulik sehingga berjaya merekabentuk sistem pengairan serta mempunyai kepakaran dalam bidang pertanian sehingga negara melimpah ruah dengan hasil pertanian.

Tetapi kenapa kaum ini dianggap jahiliah sehingga dirakam dalam Al-Quran?

Tok-Tok Peti, Ulaarmak muda, ex-boss Kagat, Masi-Antah al-darurah tentu boleh merungkaikan apa maknanya berilmu dan berteknologi tinggi tapi menolak perintah Al-Quran yang mengandungi semua aspek kehidupan.

Friday, January 28, 2011

Kesiannya......siapa 'telanjang' siapa?

Saya tak baca pun beritanya......malaslah nak ambik tahu hal 'dalam kelambu' orang......siapa yang kena 'telanjang'.....siapa yang di'telanjang'kan.....siapa 'telanjang' siapa?.....anda boleh baca sendiri DI SINI .

al-brangionline:

Ingat wahai sahabat semua......'fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh'.

Mencecet lari......kenapa ye?.....

[sumber .]

Kuasa rakyat di Tunisia......Presidennya 'tumbang......beliau dan isterinya lari mencari perlindungan politik di Arab Saudi.....bukan setakat lari membawa hati nan lara, tetapi membawa bersama jongkong emas 1.5 tan.....bukan 1.5 kilo atau 1.5 gram.....waduhhh.....


Kecelaruan politik itu berjangkit ke Mesir. Rakyat terbanyak mendesak Presidennya berundur.....sudah masuk hari ketiga.

Anak Presiden Mesir telah melarikan diri ke London diiringi 100 bagasi.

al-brangionline:

Maksud Al-Quran, Surah 'Ali-Imran, Ayat 26

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Say: "O Allah! Master of the Kingdom! You give the kingdom to whom You please, and You snatch the kingdom from who You please; and You exalt whom You please and You abase whom You please. In Your Hand is all good. Surely You are Possessor of power over all things. You cause the night to merge into the day, and You cause the day to merge into the night; and You bring forth the living out of the dead, and You bring the dead out of the living; and You give sustenance to whom You please without reckoning!"

Thursday, January 27, 2011

PKR......janganlah jadi seperti FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sikit lebih kurang macam Umnolah......memang 'kepala' macam Umno pun (kecuali Dato Takiyuddin Hassan).....mereka merasakan diri mereka 'maksum'.

Mereka tidak boleh dikritik......semua makhluk samada yang bernyawa atau yang tidak bernyawa adalah 'kebal'.

Padang, tiang gol, pengadil, jadual pertandingan, bola, jaring, bendera, pegawainya tak boleh di'sentuh' langsung.

Mereka tak boleh di'sentuh' kerana dikhuatiri akan jadi 'gatal-gatal' pada kulit mereka yang halus 'mulus'.

Mana-mana pegawai......jurulatih, pemain yang mengkritik akan di'sumpah' menjadi 'batu'......sejuk kaku.....terbujur keras tak boleh bermain lagi atau menggendalikan mana-mana pasukan.

Yang pasti mereka tak boleh nak gantung......mungkin 'tali' tak cukup panjang ialah penonton.

Apalah ada pada mereka jika stadium kosong?

Kalau tak cukup 'karipap' masa mesyuarat mereka akan hanya men'jilat' jari. [sumber .]

al-brangionline:

Harap-harap PKR......janganlah jadi seperti FAM......alahai.....

Wednesday, January 26, 2011

Oh kaki karaoke dan melacong rupanya......

Awas pengundi Tenang, calon Umno ini suka melancong.

Bukan dekat weh......pernah pergi Sydney, England, Ireland, RUSSIA, Dhaka, Scotland dan Beijing. Itu semasa menjadi Penonolong Pegawai Daerah......bukan sikit duit weh. Esok kalau jadi wakil tuan-puan......satu dunia dipusing weh.....melancong tidak salah.....yang salah apabila melancong bukan pakai duit sendiri.

Beliau ni juga kaki golf. Bermain golf tidak salah......yang salahnya bila ada orang sponsorkan 'flight'nya.

Rupa-rupanya kaki karaoke jugak ye.

Masa mana nak berkhidmat untuk rakyat kalau ayik berkaraoke, melancong dan 'menebas' di padang golf?

Kegemarannya yang satu ni......amat tidak baik bagi seorang bakal wakil rakyat......kerana kalau kuat makan.....badan makin bertambah 'sihat'.....bila bertambah 'sihat' badan menjadi bertambah malas.....habis tu bila masa nak berdamping dengan rakyat? [sumber .]

Umno Selangor: Program jual 'makjun taik kambing' seluruh negeri

Umno/BN Selangor kembali mengidap penyakit lamanya, iaitu semput ketika baru nak meluruskan 'badan'......nak tidur setelah keletihan buat kerja 'lebih masa' menjelajah seluruh Selangor dalam program tipu rakyat.....ooopppsss tersasul pulak.....program 'Juara Rakyat'.

Umum telah ketahui Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja cuba meminda perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dengan tujuan diantara lain mengembali kuasa Raja tetapi gagal kerana kurang 2/3 majoriti setelah kesemua Adun BN membangkang.

Akibat perbuatan 'derhaka'nya itu......maka Umno/BN Selangor menerima tamparan hebat.....bukan setakat tamparan hebat malah tendangan hebat ke'dada' sehingga hampir-hampir terlentang. Kesannya masih terasa dan sentiasa dalam keadaan semput-semput.

Umno/BN Selangor bercadang menjelajah keseluruh Selangor bagi memberitahu rakyat bahawa Umno tidak menderhaka.....yang menderhaka adalah Pakatan Rakyat.....kah kah kah.....jenis bercakap menyerupai biawak yang lidah bercabang.....suka berputar-belit.

Kita sama-sama tunggu penerangan yang diberi oleh Timbalan Ketua Perhubungan Umno Negeri dan Ketua Pembangkang yang baru iaitu 'Doktor FalSampah' kot-kot penjualan 'makjun taik kambing'nya laku lagi mujarab. [sumber .]

Muhyiddin perlu masuk kelas 'dewasa'......memalukan.....

Timbalan Presiden Umno ada keperluan masuk kelas 'dewasa' semula.

Kelas 'dewasa' pernah diwujudkan oleh Almarhum Tunku untuk men'celik' rakyat daripada terbelenggu buta huruf.

Tetapi kelas 'dewasa' kali ini lebih ditumpukan kepada subjek politik. Timbalan Presiden perlu didedahkan kepada ilmu hisab politik yang membezakan majoriti mudah (simple majoriti) dengan majoriti dua pertiga (2/3rd. majority).

Mana-mana parti boleh memerintah negeri atau negara jika memenangi pilihanraya umum dengan majoriti mudah, walaupun dengan kelebihan satu kerusi, tetapi untuk meminda Perlembagaan Negeri/Negara memerlukan majoriti 2/3.

Dalam kes Selangor gagal meminda Perlembagaan Negeri dalam sidang khas baru-baru ini adalah kerana kurang 2/3 majoriti bukannya hilang mandat dari Dewan.

Jadi, kalau dengan sebab itu Timbalan Presiden Umno mendesak TS Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan kononnya tidak mendapat sokongan majoriti, maka beliau seolah naif dalam ilmu politik kerana beliau lupa Barisan Nasional juga tidak mendapat 2/3 majoriti dan juga ini bermakna Presidennya juga tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan begitu juga apa yang berlaku di Perak.

Sebagai seorang Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, kenyataan dangkal seperti itu memang layak melepaskan jawatannya. [sumber .]

Tuesday, January 25, 2011

Calon Umno pernah 'kencing' tanah orang?

Kita perlu tolak calon Umno bukan kerana dia jenis yang 'sihat' walaupun calon PAS di Galas dulu pernah diherdik kerana 'sihat' melampau.

Biar sihat melampau janji perangai elok......tapi calon Umno ini dengan 'sihat' melampau rupa-rupanya pernah kencing tanah orang seperti di laporkan Di SINI .

Tiada kompromi dalam bab-bab salah laku pada rakyat......pengundi Tenang seharusnya menolak calon Umno ini dan memilih Cik Gu Mala (Normala Sudirman) calon PAS.

Ketua Penerangan Umno diberi 3 pilihan......masuk Tadika Kemas, menoreh atau berhenti.....

Begitulah mentaliti seorang Timbalan Menteri Umno.

Rasa-rasanya adik-adik di Tadika Kemas pun tak sebodoh itu.

Yang sebenarnya Umno makin terdesak......makin tertekan.....makin sesak nafas.....tanda-tanda nak sawan pun udah mula nampak.....kaki tangan udah mula kejang.....mulut udah mula tanda-tanda nak terkancing.....lidah udah mula pendek.....bercakap makin bercelaru....mata hitam udah hilang.....terbelalak.

Rakyat terbanyak tak kira apa peringkat, semua sudah tahu kenaikan harga petrol adalah punca segala2nya kenaikan barang.....semua sudah tahu Kerajaan Pusat yang kontrol harganya.....apa bahasa lagi nak di beri pada Umno totok yang kononnya jadi Ketua Penerangan Umno.....kerjanya nak menipu orang kampong je. [sumber .]

Kim Clijsters penyokong tegar PAS?

Satu ketika dulu, (kini dan selama-lamanya?) dizaman Mahathir warna hijau menjadi fobia serta silau mata orang Umno......hinggakan Menteri nya ketika itu Dr. Siti Zaharah Sulaiman mengesyorkan di'buat' sesuatu pada logo Petronas.

Kubah hijau di setiap surau dan masjid ditukarkan kepada warna biru atau kekuningan......kononnya warna hijau amat sinonim dengan PAS. (Biru sinonim dengan BN......kuning sinonim dengan kuil 'Singh')

Semua Jabatan Kerajaan amat takut untuk menempah kerusi, mengecat pagar atau bangunan dengan warna hijau.

Orang Umno amat takut memakai baju warna hijau kerana dikhuatiri orang akan meng'cop'nya penyokong PAS.

Begitulah sengketnya pemikiran orang Umno.

Agak-agaknya bila orang Umno pergi ziarah ke Masjid Nabawi di Madinah dan ziarah ke Makam Nabi......agak-agaknya orang Umno tak mendongak ke atas......kerana kubah bertentangan dengan Makam Nabi berwarna hijau.

Gambar yang dipaparkan adalah Kim Clijsters pemain tennis rangking yang ke3 dunia berasal dari Belgium. Beliau pernah memenangi 3 Grand Slam iaitu Terbuka Amerika.

Pada kejohan Grand Slam yang pertama tahun ini iaitu di terbuka Australia, beliau memilih peralatan sukan berwarna hijau.

Agak-agak apa yang difikirkan oleh penyokong totok Umno?

al-brangionline:

Pemain kegemaran sebelum beliau memakai warna hijau lagi.

Monday, January 24, 2011

Muka mahu telan orang

Serupa macam mahu telan orang maa.

Apa pasal?

Lu sudah menyesal pasal itu hari punya action ke?

Atau lu kesal pasal itu calon PAS tak boleh salam sama lelaki ke?

Atau lu kesal.......lu sudah lepas cakap itu macam dan itu serupa macam hina Islam ho?

Satu Tenang sudah cakap lu punya hal.

Itulah lain kali orang putih cakap..."Look before you leap"

Kita orang memang sudah tahu lu memang 'handal' pasal itu lompat-lompat.....sama macam itu akcro-bed ooooopppsss acrobatic punya actionlah. [sumber .]

Jangan di 'luar kain' jer......'dalam kain' pun tengok sama.....

Jangan asyik tengok buruk orang......buruk kita disenyapkan saja.

Si-'Kambing Umngok' ni nak kena tendang dari kandang nampaknya.

Jangan sesakali perli akan Bik Mama.

Kau berani perli 'maut' pada '1st.Lady umno.....1Malaysia'......alamat kau menempah 'tali gantung; untuk meng'gantung' tanduk kau.

Gambar hanya hiasan

Kesalahan kedua ialah engkau seolah anti calon Umno/BN di Tenang. Udahlah calon itu di'tolak' oleh pengundi di Tenang. Engkau sendiri tahukan calon itu makan 'yeast' yang sama jenis dengan Bik Mama......sama-sama subur dan sama-sama 'naik'.

Gambar hanya hiasan

Kesalahan ketiga ialah engkau menghiris perasaan 'Jauhi Chaula Malaysia'.
......ngkau terimalah akibatnya nanti.....

Gambar hanya hiasan

al-brangionline:

Jangan asyik tengok 'luar kain'......sesekali tengok sama apa ada 'dalam kain'

Sunday, January 23, 2011

Limau towkay 'tak mandi wajib'

Kalau setakat beri satu dua biji, tak mainlah towkay.

Sudah 54 tahun merdeka......54 memerintah negara, malulah sebuah parti towkay-towkay besar beri limau satu dua biji.....itu hanya standard beri kat adik-adik di tadika Kemas jer.

Paling-paling koman pun satu kotak limau saiz 'L'.

Ingat orang Tenang perlahap ke?......lagi pun naik meloya aku makan limau pakar akrobed ni.....belum 'mandi wajib' lagi kalau ikut 'Mamat Jais'.

Entah-entah dia sendiri yang peram limau tu.....kembang liur aku.....wekkkkk.....

Umno/Bn tenggelam bersama sampah

"Sampah seluas Perlis".

Statement itu bukan sekadar penyedap kata dalam sesuatu presentation atau ucaptama, tetapi ia lebih kepada jalan penyelesaian dan ini mendatangkan senjata makan tuan......"apa yang Umno/BN buat selama memerintah Malaysia kurang lebih 54 tahun?"

Kalau sampah pun tak boleh nak urus, usah cakap pasal pengurusan wang billion2...trillion2.....tak hairanlah.....duit negara bocor sana...tiris sini.

Belum cakap lagi bab moral, jenayah, rasuah dan pelbagai lagi.

Memang tepatlah kalau rakyat mengatakan.....cukuplah setakat 54 tahun Umno/BN memerintah kami.....kami tetap bernekad bersama Pakatan Rakyat untuk ber'tapak' di Putrajaya.

PRK N05 Tenang: Benggong merapu datang dari banggang menipu

Dikhabarkan seluruh warga guru diugut jangan beri undi pada Cik Gu Mala, calon PAS.

Warga pejabat di mana calon Umno/BN bekerja dulu pun diugut sama.

Begitulah perangai orang-orang yang sudah terdesak......kelaku orang-orang yang sudah nak mati lemas, mereka akan berpaut pada apa saja janji dirinya selamat.

Bila nyawa udah sampai di halkum, maka merapunya makin menjadi2......kononnya pembangkang hanya pandai pacak bendera.....tak tahu buat pembangunan.....begitulah kata2 yang tidak ber'Apdal' lagi. Dia ingat pengundi Tenang sebenggong kepala hotak dia.

Pengundi Tenang sudah lama tahu, hospital, sekolah, masjid, jalan raya, bomba, balai polis dan kemudahan asas lain adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.....yang masih benggong merapu2 hanyalah datang dari kepala hotak banggang menipu.

"hai keris......aku tahuuuu asal usul muuu, yang laut pulang ke laut.....yang darat pulang ke darat"......itulah khayal umno dengan ulit mayangnya......alahai.....

Saturday, January 22, 2011

Lek-porn si-Jaguh akrobed

Si jaguh akro-bed (akrobat a.k.a. Lek-porn) bukan main lagi menakut2kan pengundi Cina dengan Negara Islam......Menteri yang beragama Islam pun terheret sama menakut2kan pengundi Islam di Tenang dengan Negara Islam.

Kalau setakat dengan 'ex-Menteriporn' yang bukan beragama Islam ini......cakap2 macam tu kira 'ok'lah sebab dia tak tahu menahu apa itu Negara Islam......lagi pun dalam kepala otaknya dah berserabut dengan virus 'porn'.....moral hanya di tapak kaki.

.....Tapi kalau yang beragama Islam boleh cakap2 gitu.....apalah punya kepala hotak..... 'baghal' betoilah si Mamat tuh.

Diharapkan PAS dapat berkempen dengan tenang dan dengan tenang hati kami menunggu keputusan di Tenang.

Sekarang sahlah PRK DUN Tenang adalah satu lawan satu.

PAS/ Pakatan Rakyat memberi penghormatan kepada wanita untuk berlawan dengan calon stoppage time dari Umno/BN.

Walau apapun......kaum hawa telah menempa kemenangan awal2 lagi dengan tercalonnya Cik Gu Normala Sudirman.

Kemenangan mutlak hanya dapat diketahui pada malam 30 Januri 2011 nanti InsyaAllah.

Kikiskan stigma "Artis/Selebriti berkahwin......seolah-olah menempah tiket menjadi janda"

Gambar sebagai hiasan. Selamat Penganti Baru Zaquan Adha (bintang bolasepak negara) dan Ayu Raudhah (artis) moga kekal hingga ke akhir hayat"

Mari kita lupa sekejap kehangatan berkempen pilihanraya kecil DUN Tenang. Kita lupa sekejap politik tanahair dan kita masuk ke alam politik lain iaitu politik rumahtangga.

Dalam seminggu dua ni heboh diperkatakan artis/selebriti tanahair buat kelakunya lagi. Ada yang berpakaian semacam baru keluar bilik air......ada yang kepanasan bukan setakat berkemban tapi udah hampir2 terlanjang.....ada yang baru kahwin.....ada yang menunggu2 keputusan kes khalwat.....tak kurang jugak ada yang sedang dalam proses penceraian.

Yang berkahwin secara sah sebagai suami isteri......diucapkan selamat pengantin baru moga kekal sehingga akhir hayat.

Artis/selebriti hendaklah mengikis stigma yang sudah sekian lama melekat......"apabila artis berkahwin......dalam masa yang sama sedang menempah tiket untuk menjadi janda"

Saya mencabar mereka buktikan bahawa itu tidak benar......mungkin dek terlalu banyak gangguan dalam keluarga.....luar keluarga.....sesama artis/selebriti yang menggangu-gugat rumahtangga mereka.....maka mereka bercerai.....tapi ingat, adalah terlalu mahal harga membina sebuah 'masjid' untuk diruntuhkan dalam sekelip mata.

SPR kantoi......malunya aku.....

Memalukan dan mengaibkan......malah amat tidak beretika apabila orang belum mati sudah dikatakan mati.

Sepatutnya beliau menuntut maaf dari pada keluarga yang sedang bersedih ketika orang yang disayang belum mati tetapi sudah diumum mati.

Yang peliknya......kerjanya mengumumkan bila hari penamaan calon dan buang undi.....bukannya umum kematian. Kerja mengumumkan kerusi Dun kosong akibat kematian atau by default adalah kerja Speaker, bukan kerja SPR.

Kerja awak untuk mengumumkan PRK Kota Siputeh masih lagi tertangguh......apa macam? Lepas ni awak kena umum pulak kerusi Pelabuhan Kelang.

Kenapa jadi begini?

Ia terjadi kerana terlebih 'kuah' dari 'periuk'......membodek tahap layak menerima Anugerah Bodek Negara.

Saya sendiri amat tidak bersetuju atau suka dan sudah dikira 'suey' jika penjawat awam dimarahi oleh orang politik. Orang politik sepatutnya di'marah' oleh rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat.

Tapi dalam hal ini, apabila SPR dimarahi oleh orang politik......amat malang sekali......jalan paling baik ialah meletak jawatan agar integriti SPR dapat meningkat naik.

Itulah lain kali awasi sempadan kerja......jangan dalam kepala ingatkan bodek.....bodek.....bodek. [sumber .]

Friday, January 21, 2011

Enaknya halwa Muscat......alahai.....

Awak punya pitching lari melongkanglah Mak Cik.

Awak punya falsetto semacam katak tercekik taiklah Mak Cik.

Awak punya keterampilan semacam guni 'Bernas' dibalut langsirlah Mak Cik.

Awak punya eye contact tak ada langsung dengan penonton......kenapa tak boleh bukak mata atau tak berani bertentang mata?

Awak punya degil mengalahkan Imelda Marcos.

Dikhabarkan Awak ni suka ber'lavish-lavish'. Ada sugar daddy ke?

Aaaaaaahhhhh saya tak kisah dengan kritikan. Mahu 'singkir' saya? Ada berani ke?

Ikuti selanjutnya DI SINI .

Kisah DUN kosong dgn 'Pondan Siam'

Gambar hanya sebagai hiasan

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim telah isytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Selangor kosong mengikut perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri apabila Adunnya Badrul Hisham Abdullah tidak hadir dewan lebih setengah tahun.

Pilihanraya kecil?

Jangan bermimpi SPR berani isytihar kosong?

Sebelum ini pun Speaker DUN Kedah pernah mengisytiharkan DUN Kota Siputeh, Kedah kosong apabila Adunnya gagal menghadiri sidang DUN.

Begitu juga di dua DUN di Perak yakni di Behrang dan Changkat Jering pun diisytiharkan kosong oleh Speaker......tapi hampeh.....

Kenapa SPR tidak isytiharkan pilihanraya kecil?

Tak perlu kita bertanya kenapa dan mengapa?

'U know......I knowlah'

Tapi yang peliknya kenapa Pakatan Rakyat amat ghairah dengan PRK?

Kenapa kita begitu yakin dengan PRK? Kenapa kita begitu yakin dengan kemenangan yang kadangkala diluar jangkauan kita?

Dengan segala penipuan......dengan berbagai-bagai projek 'mee segera'.....taburan hujan duit pun kita masih sanggup nak berlawan?

Selepas mendapat kemenangan tipis di Manik Urai......kalah di Galas pun PAS masih sanggup menerima mandat dari Pakatan Rakyat di kawasan 'totok' Umno/BN.

Selepas kalah di Batu Sapi, kita masih ghairah......kenapa ye?

Sebagai pendokong kepada PAS/Pakatan Rakyat......semua mahukan kemenangan, tak terkecuali di kawasan 'totok' Umno/BN sekalipun, walhal PAS pernah memboikot PRK di Pahang satu ketika dulu. PAS boleh membuat pilihan menarik diri dari diberi amanah bertanding

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kerana meraikan demokrasi?

Sesekali berfikir berbaloi ke?......pada hal Umno/BN tidak pernah meraikan demokrasi malah men'cabul'nya.....mem'bogel'nya......me'rogol'nya.....me'lacur'nya.

Namun hati kecil ini tetap berkata......bertanding itu satu bentuk berdakwah......memperkenalkan Islam kepada masyarakat.

Thursday, January 20, 2011

Umno: Demam tak kebah di Merlimau?

Terkini:

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini
20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.

Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan



Dari Allah ia datang......kepada Allah ia kembali.

Al-Fatihah untuk bekas Adun Merlimau, Umno/BN yang telah pulang ke Rahmatullah.

Pok Oncu telah mengesahkan melalui telefon tadi dan juga dari mStar .


Diucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Begitulah kehendak yang Esa......kalau Pelabuhan Kelang, Kota SiPuteh, Behrang dan Changkat Jering SPR boleh berdolak dalih sekalipun......Merlimau pasti diadakan.

Sekarang siapa yang pening.......siapa yang demam......ini yang dikatakan demam tak kebah.

'SOS'.....PapaGomo perlukan bantuan

Maka dengan ini al-brangi ingin menyampaikan 'sedeqoh' ikhlas kepada 'PapaGomo' sebuah laptop, wang cash RM500, broadband dan telefon mudah alih jenama Blackberry.

Dikhabarkan beliau tersangat memerlukan cash serta peralatan tersebut memandangkan Umno sudah tidak mampu lagi menjadinya sebagai pen'cacai' tegar.

Diberitakan juga beliau sanggup berkhidmat dengan Pakatan Rakyat jika segala cash dan peralatan disumbangkan dengan kadar yang segera sebelum PRK Tenang seperti di laporkan DI SINI .

Awas dan berhati-hati bila bertembung dengannya di Tenang atau di mana-mana sahaja.

Ziarah Pengedar Harakah Terbaik di 'Dunia'

Malam tadi PAS Bandar Baru Bangi 3 dan 3 Tambahan telah bermesyuarat sambil berziarah Hj.Amir Hamzah dirumahnya.

Beliau yang pernah mendapat Anugerah Pengedar Harakah terbaik di Malaysia......malah di'dunia' juga merupakan aktivis PAS yang tegar.

Beliau baru menjalani pembedahan kaki (amputation) kerana mengidap kencing manis dan sekarang sedang berehat dirumahnya di Bandar Baru Bangi.

Sebagai tanda ingat, cawangan kami telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif. Beliau sempat memberitahu bahawa beliau tidak mahu melepaskan jawatan ketua PACA, itulah semangat yang patut dicontohi.

Wednesday, January 19, 2011

PRK Tenang: MAI lawan MALA

Penolong Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 37 , diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Penamaan calon akan diadakan pada 22 Januari 2011 dan buang undi pada 30 Januari 2011.

Umno tidak yakin untuk menang jika letak calon wanita, malah tiada pun calon wanita yang setanding untuk berlawan dengan Cik Gu Mala.

Pusing punya pusing.....fikir punya fikir teringatlah akan anak kepada bekas Adun Tenang sebelum ini iaitu Ibrahim Daud.

Walau apapun PAS tetap ber'lawan' sebagai 'underdog' kerana Tenang merupakan kubu Umno/BN.

Kemenangan yang nipis bagi Umno akan merupakan mala petaka......jika kalah akan merupakan 'tsunami' politik akan berlaku lagi dalam PRU13......awas Johor!!!!!

albrangionline:

Maka 'mai'lah berlawan dengan Mala dengan sikap 'gentleman'.

Ye Mohd Azahar Ibrahim (MAI) berlawan dengan Mala.

'Sumpahan' orang 'Demam'......menetes-netes tak tus

Terlalu banyak berkebetulan dalam jiwa Umno.

Projek mee segera melimpah ruah tetatkala datang pilihanraya kecil.......katanya 'berkebetulan.....bukan kerana PRK tapi sudah dasar kami membela rakyat.'

Ramai sungguh 'pelakon muka 20 sen' seolah-olah berjiwa rakyat duduk bersila makan bersama-sama rakyat, menoreh getah, berkain pelikat, berkopiah, berjemaah di Masjid, bersalaman, pakai tudung jambul dll......katanya 'berkebetulan......memang itulah peribadi kami semenjak dulu, kini dan selama-lamanya.'

Ada seorang rakan se'perjuangan'nya meninggal di kawasan PRK tuh......tak diziarahnya......jauh sekali menyolat jenazahkannya......kerana berkebetulan seluar 'kotor'.....sebab buang air kecik tak tus.....menetes-netes, kehabisan 'pampers'.....sebab terkena cabar oleh orang 'DEMAM'......alahai.....semuanya berkebetulan. Sila baca DI SINI dan DI SINI.

Tuesday, January 18, 2011

Surat Terbuka pada PM

Berdasarkan prinsip "Muslims are our brothers in faith and non muslims are our brothers in humanity."......terpanggil untuk menyiarkan surat terbuka dari keluarga yang menanggung tekanan dan kesedihan.

Sila anda baca dengan penuh keinsafan dan berdoa 'peristiwa' itu tidak berlaku kepada kita dan kepada seluruh manusia yang kemanusiaan.

Dipetik dari MerdekaReview:

Surat terbuka keluarga Teoh kepada PM:
Siasat punca kematian Beng Hock

Teoh Lee Lan | Jan 18, 2011 12:11:07 pm

Encik Perdana Menteri,

Tahukah anda, keputusan inkues amat memilukan buat keluarga kami? Perbicaraan yang mengambil masa lebih daripada 500 hari, berakhir dengan keputusan yang tidak menemui jawapan, dan membawa kes kematian Beng Hock ke titik asal. Apakah begitu sukar untuk kami mendapatkan kebenaran?

Anda memekakkan telinga meskipun berkali-kali kami mengadu ketidakadilan perbicaraan inkues. Berkali-kali kami mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja, tetapi dibalas dengan respon yang pasif daripada anda. Dalam pertemuan kita yang lalu, anda berjanji bahawa kerajaan akan menyiasat punca kematian Beng Hock sepenuhnya. "Tidak akan melepaskan mana-mana kemungkinan", inilah yang dijanjikan kepada keluarga kami - kebenaran yang sepenuhnya.

Ya, kami menuntut kebenaran yang sepenuhnya. Keputusan inkues menunjukkan bahawa kecederaan Beng Hock pada bahagian leher terjadi sebelum kejatuhan dari tingkat atas. Keluarga kami ingin tahu, siapa yang menyebabkan kecederaan tersebut, dan bagaimana kecederaan tersebut terjadi? Siapa pula yang harus bertanggungjawab terhadap kecederaan tersebut? Ini kerana Beng Hock seorang yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa kecederaan sebelum disiasat Suruhanjaya Diraja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sudah dua minggu keputusan inkues diumumkan. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kecederaan Beng Hock pada bahagian leher, memandangkan majistret menganggap wujud kesangsian bahawa Beng Hock mungkin dibunuh. Mengapa kerajaan tidak teruskan siasatan terhadap kenyataan yang saling kontradisi antara pegawai SPRM?

Inkues kematian Beng Hock telah menjadi kes misteri, dan ia menjejaskan imej kerajaan dan sistem kehakiman.

Anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja pada 7 Januari 2011, tetapi terma siasatan tidak termasuk punca kematian Beng Hock. Keputusan ini langsung bukan kemahuan keluarga kami. Suruhanjaya Diraja yang hanya meneliti cara soal-siasat SPRM, tetapi bukan punca kematian Beng Hock - tidak menghukum pihak yang harus dipertanggungjawabkan. Ia sangat mengecewakan kami.

Encik Perdana Menteri, kami kesal dengan pengumuman anda. Anda tidak pernah mengambil kira pandangan kami, lantas mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja ini secara bersendirian, dan menyerahkan senarai panel untuk diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agung. Apa yang kami harapkan adalah satu Suruhanjaya Diraja yang berkecuali, telus dan berkredibiliti. Ketidaktelusan sepanjang proses membuat keputusan ini amat membimbangkan kami. Dengan terma dan kuasa yang terbatas ini, Suruhanjaya Diraja akan berakhir sebagai satu inkues lagi.

Encik Perdana Menteri, kami telah menjelajah ke seluruh Malaysia dalam tempoh dua bulan yang lalu, dan berjaya mengumpul kira-kira 80 ribu tandatangan rakyat. Tuntutan agar Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian Beng Hock telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada khalayak umum. Selepas anda mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, 126 NGO telah menggesa agar terma Suruhanjaya Diraja ini diperluaskan untuk merangkumi siasatan punca kematian Beng Hock, termasuk MCA, Gerakan, Majlis Peguam, Aliran dan sebagainya.

Jelas, tuntutan agar siasatan terhadap punca kematian Beng Hock disokong suara rakyat. Ia menjadi sesuatu yang mengingkari semangat demokrasi seandainya suara rakyat ini diabaikan.

Anda pernah memetik ahli falsafah Dinasti Sung, "Xian tian xia zhi you er you, hou tian xia zhi le er le", untuk menyatakan pandangan anda. Anda juga sering melaungkan slogan "Rakyat Didahulukan". Matlamat yang digariskan untuk diri ini amat kami sanjungi. Namun, seandainya anda tidak mendengar suara rakyat, memperlekehkan gesaan 80 ribu rakyat dan 126 NGO untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja, apakah ini selari dengan "Rakyat Didahulukan", dan "xian tian xia zhi you er you" (bimbang terhadap masalah rakyat sebelum rakyat gelisah)?

Keluarga kami bersetuju dengan seruan 126 NGO, untuk memperluaskan terma Suruhanjaya Diraja agar merangkumi siasatan terhadap punca kematian Beng Hock, dan melantik tujuh orang tokoh berkredibiliti dan memiliki rekod baik dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia. Kami berharap agar PM memperlahankan langkah untuk menyerah senarai agar diperkenankan DYMM Yang Dipertuan Agong. Dengarlah suara hati keluarga kami, agar kami dan rakyat menaruh yakin terhadap Suruhanjaya Diraja yang anda tubuhkan.

Encik Perdana Menteri, tiada bezanya antara Teoh Beng Hock dengan ribuan dan jutaan rakyat Malaysia yang lain. Negara harus menghargai nyawa dan sumbangan mereka yang bernilai. Perlembagaan Persekutuan harus menjamin hak asasi mereka untuk terus hidup. Tiada seorang pun yang harus nyawanya diragut dengan zalim dan kejam di atas tanahair ini. Tiada seorang pun yang harus didera dan menanggung keganasan sistem ini. Hormati nyawa dan maruah, menjamin hak asasi manusia adalah lambang sesebuah negara yang gemilang. Kami berharap agar kerajaan ikhlas untuk menangani kes Teoh Beng Hock - memberi keadilan kepada Beng Hock dan memberi kebenaran kepada keluarga kami.

Keluarga kami tidak akan berputus asa untuk menghambat keadilan, malah kami melihat rakyat telah menunjukkan kemuliaan dan keberanian mereka - yang selama ini menjadi sokongan terbesar kepada keluarga kami. Kami akan terus menjelajah ke selurah negara untuk menuntut keadilan - dan tidak pasrah selagi matlamat kami tidak tercapai.

Terima kasih.

Daripada,
Teoh Lee Lan
(Wakil keluarga Teoh)

*Surat ini diterjemah dari teks asalnya dalam bahasa Cina.

1Proksi......ka ka ka ka

Nak bertanding jawatan pun digunakan proksi.

Nak kaut projek pun digunakan proksi.

Nak kritik boss pun digunakan proksi.

Amboi nak mengundi pun nak pakai proksi jugak. Memang jenis kaki proksi nih......sampai bila-bila pun nak ber'proksi'.....seia dan sekata.....itulah 1Proksi......adik beradik dengan 1Kroni dengan pencacainya 1Media.....ditandu oleh 1Per'kosa' di demonstrasikan oleh 1NGO-NGOk dan dipakanggukkan oleh 1pemuda-puteri di bumi bertuah 1Malaysia.

Sila baca DI SINI .

Monday, January 17, 2011

DUN N5 Tenang: Saudara - - - - - - - - - a.k.a 'SPR' calon Umno???

Apabila PAS letak calon wanita......Umno dah menggelabah beruk.

Nak diletaknya calon wanita terutama dari Puteri sebagai saingan kepada PAS......Mak Cik-Mak Cik dari Wanita kuat jeles.....bukan jels-jelas sayang tahu tapi sudah sampai peringkat dengki yang boleh mengundang 'nahas politik'......dan yang paling memeningkan ialah lobi dari kaum Pak Cik-Pak Cik teramat kuat.....takut nanti politik cantas mencantas berlaku.

Kalau diiletaknya calon lelaki......takut nanti tewas kepada calon wanita.....lagi parah malunya kerana calon wanita(Muslimat) PAS ada aura tersendiri. Jika kalau kepada Wanita.....maka 'rangking' Presidennya main menurun.

Lobi-melobi di kalangan calon lelaki amat kuat sebab tu Presidennya sudah beri 'hint'......'Kita mahu letak calon yang boleh menang,' katanya.

Kata Lim Kit Siang, sukar nak menang di Tenang ni. Bukan tak boleh menang tapi sukar. Mungkin Kit Siang sudah baca undi dari kaum Cina mungkin merosot seperti berlaku di Galas. Yang lebih parah lagi DUN Tenang ada tiga kawasan Felda.....Felda Cempelak, Felda Cempelak Barat dan Felda Tenang — yang membawa sekitar 3,800 daripada 14,753 pemilih berdaftar.

Umum sudah tahu Felda merupakan 'fixed deposit' selamat bagi Umno/BN dan pengumuman 'durian akan runtuh' yang berupa Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka sebanyak RM100,916,600......terlalu mewah untuk ditolak oleh mereka.

Undi kaum India berkemungkinan tidak merosot kerana kaum India sudah 'seronok' dengan pemergian 'big boss' yang banyak kontroversi itu dan mereka mungkin 'memberi' peluang kepada Presiden baru untuk mamacu MIC.

Umum juga sudah sedia maklum, DUN Tenang adalah kubu kuat Umno/BN......walau bagaimanapun ini tidak bermakna PAS akan menyerah kalah.

Jika PAS dapat menafikan majoriti yang besar......itu sudah merupakan kemenangan yang besar. Jika itu berlaku maka Umno akan masuk gelanggang PRU13 dalam keadaan seperti ayam sabung yang sudah koyak serta tercabut bulu-bulu kemegahannya.

Walau apapun PAS telah menang sebelum bertanding kerana telah berjaya memertabatkan kaum hawa. Jika ditakdirkan menang, maka ini menjadi pertanda awal Umno/BN akan masuk gelanggang PRU13 dengan 'lilitan hitam' dilengang sebagai tanda berkabung.

al-brangionline:

Kalau Umno ingin meletakkan calon yang boleh memberi kemenangan......maka calon yang paling sesuai, segak, beraura serta berpotensi tinggi boleh menjaminkan kemenangannya iaitu seorang pemuda yang amat ber'pengaruh'......tak lain dan tak bukan adalah Saudara - - - - - - - - -a.k.a. 'SPR'......alahai..... (sila baca DI SINI dan DI SINI .)

Tahniah Normala......anda 'pemenang' sebelum berjuang

Puan Normala Sudirman, bekas guru dipilih oleh PAS menjadi calon PRK Tenang.

Walau apapun keputusan nanti, ini sudah menjadi satu kemenangan kepada seluruh kaum wanita di Johor khasnya dan di seluruh Malaysia amnya.

Tahniah!!!!!

Awas, sebaik saja Normala Sudirman diumumkan malam tadi, pihak Umno/BN akan memulakan mencari, menyusun, merancang dan menabur fitnah.

Diharap para petugas sedaya upaya cuba mengelak perkara-perkara yang boleh mendatang atau menimbulkan fitnah kepada Pn. Normala sendiri khasnya dan PAS amnya.

Tetapi fitnah yang pertama, ada khabar mengatakan suami beliau, seorang guru telah ditukarkan ke Johor Bahru.

Jikalau betul ia merupakan satu fitnah......jika tak betul juga merupakan satu fitnah.