Followers

Sunday, 6 February 2011

Wah ! Kaya kau Mubarak......

F.L.O.M (First Lady of Mesir)

Memang ramai pemimpin negara di dunia dengan rakus menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul dan mengaut harta negara.

Seluruh kaum kerabat turut mengambil kesempatan ini, peluang yang 'baik'......yang tak memerlukan kemahiran berniaga......hanya perlu tahu matematik mudah dan pandai menurunkan tandatangan.

Negara perlu cuma dikosmetikkan untuk mengkelabukan pandangan rakyat dengan mengadakan pembangunan sana sini dan 'perut' rakyat perlu dijaga agar tidak lapar.

Tetapi apabila negara tidak ditadbirurus dengan baik, ekonomi terumbang-ambing kerana terlalu banyak bocor dan tiris di serata tempat.....maka 'perut' rakyat tidak dijaga.....terabai.

Apabila rakyat 'lapar', maka awas.....orang yang lapar akan mengamuk.....mereka akan mengamuk dijalan raya dan ini yang terjadi di Mesir dan di beberapa negara lain.

Ikuti kekayaan Hosni Mubarak DI SINI .

albrangionline:

Kenapa ini terjadi?

Ia terjadi apabila Iman sudah terhakis akibat mencampakkan Islam ke tepi.