Followers

Sunday, 20 February 2011

Umno.....jangan mendahului takdir

Apabila dilantik sebagai Ketua Perhubungan Umno Kedah, si Mamat ni sudah mula mesang dan memanjang angan-angan bakal Menteri Besar Kedah.

Sudah mula berangan naik kereta free......ada pemandu free.....minyak free.....cukai jalan free......ada 'outrider'.....pergi mana-mana pun orang ramai berkerumun...berebut-rebut nak bersalam.

Maka untuk menguatkan angan-angan itu.....si Mamat ni dah pandai buat ramalan.....dah pandai mencongak-congak.....sudah pandai buat 'gempaq' kononnya Umno/BN Kedah akan menang dengan bergaya......'landslide victory'.....merampas 31 daripada 36 kerusi di Kedah.

Patutlah semasa banjir hari itu beliau selaku Ketua Perhubungan Umno Kedah telah menyampaikan bantuan banjir kepada rakyat Kedah.

Umno memang muka yang tak pernah tahu malu sentiasa menganggap harta negara adalah harta Umno.

Memang tanggunjawap Kerajaan Persekutuan menyalurkan segala bentuk bantuan banjir kepada Kerajaan Negeri. Duit itu adalah duit negara...duit rakyat.....memang selayaknya turun kepada negeri.....kepada rakyat di negeri.....tetapi bila sampai ke negeri bukan Menteri Besar Negeri yang menyampaikannya tapi oleh seorang Ketua Perhubungan Umno Negeri.

Di sinilah tahap mentaliti kampung.....mentaliti 'perghok' orang-orang Umno kerana terlampau berangan-angan nak jadi MB Kedah......maka tak sabar-sabar nak berlagak sebagai sorang MB. Perbuatan ini merupakan sutu penghinaan kepada rakyat Kedah.

Kalau hang berhajat sangat nak jadi Menteri Besar......tunggu dulu PRU13.....jangan mendahului takdir. [sumber .]