Followers

Friday, 4 February 2011

Terima Kasih Mahathir......anda tidak hipokrit.....

Selama ini penganalisa politik pencacai Umno berucap berbuih mulut......menulis berjela-jela mengajak kepada perpaduan Melayu.

Umno sendiri pun sendiri mengajak kepada perpaduan Melayu.

Ilmuan Agama yang menyembunyi keahlian Umnonya pun tidak ketinggalan menyeru kepada perpaduan Melayu.

NGO Islam menyeru kepada perpaduan Melayu.....mereka bersajak, mereka berpidato, mereka berseminar,mereka berpentomen,mereka ber'retreat',mereka berbengkel.....berlapik-lapik cakapnya,berkias-kias seruannya kepada perpaduan.....menyembunyikan keUMNOannya kerana dikhuatiri akan dikecam oleh Pakatan Rakyat

Sekarang bertambah jelaslah......tak perlu berselindung-selindung lagi kerana Mahathir telah memberi definasinya apa itu bersatu......apa itu perpaduan.....apa itu erat.....apa itu sepakat. Mengikut Mahathir BERSATU adalah berada dalam Umno. Ini bermakna perpecahan itu apabila berada di luar Umno. Mahathir memainkan sentimen bangsa untuk menguatkan Umno yang sudah kelemasan. [sumber .]

Terima kasih berbanyak kepada Mahathir yang tidak hipokrit seperti 'suara-suara' lain yang berselindung perjuangannya.

Apakah Mahathir lupa....beliau pecat DSAI? Bukankah itu beliau mengundang perpecahan dengan tertubuhnya PKR mengikut definasinya?

Apakah peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang membenarkan warganya berhak berpersatuan.....berparti selagi persatuan dan parti itu sah pendaftarannya?

Kami yakin dengan ideologi kami sepertimana kamu amat kuat berpegang kepada ideologi kamu.

Seorang lagi menteri yang paling kuat bodeknya telah menyarankan......[sumber .]

JELEBU: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta cerdik pandai dalam bidang agama Islam supaya tampil ke depan untuk menangani masalah perpecahan bangsa Melayu yang semakin kronik hari ini.

Kalau mengikut definasi Mahathir......seruan menteri di atas iaitu...'menangani perpecahan bangsa Melayu'.....iala semua orang Melayu mesti berada dalam Umno.....kakakakaka.....begitulah Umno bila sudah hampir kelemasa.....mereka memerlukan 'pelampong'.....S.O.S.....save our soul...jom mai semua masuk Umno...begitu maksudnya ye?