Followers

Tuesday, 22 February 2011

Tambahan 20 tahun meng'inap' di 'Homestay'......

Dua pekerja ladang yang membuat kerja 'sampingan'......melupus bahan bukti yakni membakar jutawan kosmetik Allahyarhamah Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang lain iaitu pemandunya, Allahyarham Kamaruddin Shamsudin, peguam, Allahyarham Ahmad Kamil Abdul Karim, dan pegawai bank, Allahyarham Noorhisham Mohammad yang dibunuh kejam telah ditambah 'penginapan'nya dari 7 tahun menjadi 20 tahun di penjara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majikan mereka bersama tiga pekerja ladangnya, yang didakwa membunuh keempat-empat mangsa itu berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

al-brangionline:

Al-Fatihah untuk Allahyarhamah dan Allahyarham semoga roh mereka sentiasa mendapat RahmatNYA dan mereka yang bertanggungjawab di atas kematian mereka tidak terlepas dari hukuman.