Followers

Saturday, 5 February 2011

Sirap Bandung untuk Safee

Diucapkan selamat beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) kepada Safee Sali penyerang pasukan The Red Giants Selangor.

Dikhabarkan penyerang sensasi negara ini akan berhijrah ke Indonesia dalam tempoh terdekat dan dikatakan akan mewakili kelab Persib Bandung.

Semoga penceburan beliau dalam bolasepak profesional di luar negara akan membuka era baru bolasepak Malaysia khasnya kepada pemain-pemain berbakat lain untuk mengembangkan bakat masing-masing ke arah mempertingkatkan mutu bolasepak negara.

Hendaknya mereka akan ikut jejak langkah pemain profesional di Eropah agar tidak teragak-agak pulang segera (perlu pastikan isikandung kontrak yang akan ditandatangani agar tidak menyulitkan pemain apabila ada 'national call-up') apabila pasukan negara memerlukan mereka dan seiring dengan itu FAM sendiri mestilah profesional dalam bertindak agar tidak menganaktirikan mereka yang bermain di luar negara.

al-brangionline:

Jepun dan Korea Selantan jauh menjarakkan mutu bolasepak dengan Malaysia dari aspek pengurusan, pentadbiran, kejurulatihan, bakat pemain, infra, penonton......dll.