Followers

Thursday, 10 February 2011

'RaLundi Masuk' untuk Mahathir dan Hanif

Mahathir kata dia tak bersalah......bukan dia yang arah polis buat tangkapan dalam Ops Lalang tahun 1987. Dalam Ops Lalang.....ramai pemimpin pembangkang di'ISA'kan.

Kita kena percaya kat dia......takkan dah tua2 macam tu pun dia nak berbohong lagi.....kesianlah kat dia. Dia tu 'statesman' kan.....mana boleh berbohong.

Ini diakui sendiri oleh mantan IGP, Hanif Omar yang sempat berkhidmat di bawahnya. Hanif kata memang betul cakap Mahathir tu.....tangkapan dibuat oleh polis, bukan diarah oleh Mahathir.

Pun kita kena percaya kat Hanif. Mereka berdua dah jadi Pak Haji kan? Takkan nak berbohong pulak.

Cuma nak tanya satu soalan......siapa yang menandatangani arahan ISA?

Kalaulah betul Mahathir 'baik' hati tak nak 'usik' pemimpin pebangkang......tak boleh ke dengan kuasa yang ada menasihati polis agar jangan buat 'kerja-kerja' macam tu?

Nampaknya Raja Lawak memerlukan 'RaLUndi Masuk' (Raja Lawak Undi Masuk) 2 orang serentak. [sumber .]