Followers

Tuesday, 1 February 2011

Puteri Umno dilantik Duta menggantikan semua Duta Lelaki?

Tahniah kepada pengundi Tenang yang memilih calon Umno memenangi PRK N05 DUN Tenang, Johor.

Kemenangan itu mencetusan satu perasaan berani bertambah dengan yakin untuk pempimpin pusat menaikkan lagi harga minyak.

Diharapkan pengundi teruskan memberi undi dalam PRU13 nanti agar pemimpin pusat tidak merasa ragu-ragu.....cuak atau curiga untuk menaikan lagi barangan keperluan agar hasil negara bertambah dan melimpah ruah......sekurang-kurangnya kain pelikat tercampak juga sehelai dua.....paling tidak kalau terdesak tak ada duit nak beli barangan dapur boleh jugak direbus buat sup kain pelikat.

Marilah kita menyokong penuh kenaikan barangan......disamping meningkat pendapatan negara.....hasil yang lebih itu boleh kita cadangkan agar semua Menteri dan Adun diberi elaun sebanyak RM1.0 juta seorang......rasuah dah tentu tak berlaku kerana duit mereka sudah banyak......takkan tak tempias sikit kot pada pengundi totok sekurang-kurangnya dapat sekotak rokok atau sejadah untuk amal jariah mereka.

Marilah kita mencadangkan agar setiapkali mengadakan Forum Perdana Islam, sebaik saja selesai disambung pula dengan konsert yang dibarisi oleh artis 1Malaysia. Ini dapat menjimatkan masa dan wang penganjuran kerana kehadiran penonton sudah terjamin......itulah yang dinamakan kolobrasi.

Marilah kita mencadangkan agar semua Duta lelaki di luar negara dipanggil balik kerana kajian menunjukkan kerja mereka tidak cekap dan berkesan dalam perhubungan dua hala. Kita mencadangkan semua Ketua Puteri Umno negeri dan semua isteri Menteri Umno dijadikan Duta kerana kepintaran serta kebijaksanaan mereka dapat mencairkan pemimpin luar negara. Berkemungkinan perbelanjaan mereka di luar negara akan ditanggung oleh negara luar kerana sumbangan mereka yang besar kepada negara tempat mereka bertugas dan di Malaysia sendiri......ini yang dinamakan win-win situasion.

al-brangionline:

Lain macam je posting hari ni......Kakakakaka.

Entah......itulah yang aku bermimpi malam tadi.

Sebenarnya banyak lagi nak tulis......tapi rasa ngantuk yang amat sangat......lagipun kenapa terasa meloya sangat nih?......alahai rakyat Malaysia.....tak terasa langsung ke nak berubah ?.....