Followers

Tuesday, 15 February 2011

PR perlukan tendangan spectacular seperti itu untuk......

Tendangan 'bicyle-kick' dari Wayne Rooney dalam 'local derby' Manchester United dengan Manchester City.....memberi kemenagan 2-1 Sabtu lalu.

Kalau di Terengganu......tendangan begitu dipanggil 'buah Korea' kerana semasa Pesta Bola Merdeka suatu ketika dahulu ada seorang pemain Korea pernah buat tendangan begitu.

Legenda bolasepak dunia 'King Pele' pun pernah buat 'bicycle-kick' begitu.

Hanya pemain yang hebat dapat membuat tendangan yang hebat. Pemain yang hebat perlu membuat sentuhan luarbiasa untuk melayakkan dikira hebat.

Sentuhan biasa menjadi terlalu sukar untuk menumbangkan pasukan yang hebat.....maka ia memerlukan tendangan spectacular seperti itu untuk mencapai sebuah kemenangan.

Dalam konteks itu......Pakatan Rakyat memerlukan 'tendangan spectacular' seperti itu untuk menumbangkan Umno/Barisan Nasional.

Pengundi menagihkan sentuhan yang luarbiasa daripada Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN yang sudah memerintah Malaysia kurang lebih 54 tahun.