Followers

Wednesday, 9 February 2011

Oh......si dia nih nak jadi MB Perak?

Si dia berminat nak jadi Menteri Besar Perak?

Atau ada orang nak jadikan dia Menteri Besar Perak?

Dengar ceritanya begitulah. Si dia ni memang anak jati Perak.....fasih berbahasa Melayu, Mat Salleh dan Bahasa Arab.....dengar ceritanya si dia ni menetap di Selangor dan jarang-jarang balik ke Perak.

Kebanyakan Yeop-Yeop.....Yong-Yong.....Megat-Megat.....dan Wan-Wan di Perak adalah merungut akan si dia nih.....kebanyakan mereka tak gemar pada si dia ni.....ntah mengapa.....munkin tak hensem kot atau tak ada rupa orang politik.

Mungkin betul rungutan mereka kerana si dia ni nak kata orang politik.....nampak macam bukan orang politik.....tak aktif pun.....ntahlah.....mungkin si dia ni akan menjelma menjadi 'superman' diturunkan dengan payung terjun di Padang Taman Dr Seenivasagam.....kalau kembang payungnya mungkin ia selamat.....kalau kuncup mungkin masuk ke dalam tasik bersebelahan.