Followers

Wednesday, 2 February 2011

LKY ~ Mahathir: Diantara bersin dan batuk......alahai.....

Kenyataan Lee Kuan Yew agar orang-orang Melayu yang beragama Islam di Singapura agar jangan terlalu 'warak' secara tiba-tiba mencetuskan kemarahan Mahathir.

Kenyataan LKY diibaratkan seperti bersin selepas kena hujan.

Sifat hujan memang memberi rahmat kepada manusia dan bumi.

Jadi tempias rahmat itu kepada beliau kerana mereka yang sudah 'warak' akan melenyapkan segala keganasan dan gejala sosial......cuma beliau berasa rimas jika orang Melayu Singapura terlebih 'warak'......dikhuatiri mereka akan bangkit dan men'goncang' kestabilan politik sosialis mereka.

Manakala kenyataan Mahathir ibarat seperti terbatuk-batuk di dalam asap yang tebal.

Asap itu diibaratkan kejahilan yang menyelubungi dirinya khasnya dan Umno amnya.

Beliau merasakan seolah-olah keseluruhan Umno telah cukup 'warak' dan lama mengamalkan kehendak Islam sepenuhnya dari kacamata 'ujub'nya.

Baginya pembinaan ratusan Masjid dan Surau sudah dikirakan Islam......membina KLCC, Dayabumi sudah dikira Islam, menganjurkan Musabaqoh Al-Quran sudah dikira Islam, mengutip Zakat berjuta-juta sudah dikira Islam walaupun pengagihannya macam siput pulang petang, mengadakan Forum Hal Ehwal Islam sudah dikira Islam, berbuka puasa bersama ahli Umno sudah dikira Islam, solat terawih-solat hari raya-solat Jumaat sudah dikira Islam dan pelbagai lagi yang Umno syok sendiri sehingga timbul satu perasaan......ah Umno dah cukup Islamik...

Orang Melayu (Umno) dengan perasaan marah meruap-ruap pada LKY dan terkesan pada 'batuk' Mahathir seolah-olah mencabar perasaan sayangnya yang tidak terhingga pada Islam terus bersatu dan memberi undi menentang Cik Gu Mala, calon PAS di Tenang kononnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz membela LKY dalam ucapannya.

Yang sebenarnya media pencacai Umno telah memutarbelitkan kenyataan TGNAA.

TGNAA hanya berkata Umno yang dipimpin oleh pimpinan yang beragama Islam sudah lama meminggirkan Islam yang sebenar......Umno hanya menyediakan prasarana Islam hanya dikulit sahaja. Masijid/Surau menjadi bahan komoditi pelancongan yang hanya berjaya menarik pelancong menikmati keindahan senibina.....tetapi pengisiannya?

Bukankah syiar Islam sepatutnya berjalan seiringan dengan syariatnya?

'Bersin' LKY......kita semua maklum bahawa beliau bukan beragama Islam......tetapi 'batuk' Mahathir' bukan bermakna beliau lebih Islamik daripada LKY yang memang bukan seorang Islam.

Adakah Mahathir boleh mendabik dada bahawa Umno telah berjaya melaksanakan Islam sepenuhnya?

Kalau begitu apa KPInya?

Bukankah amar maaruf dan nahi mungkar mesti berjalan serentak?

Berapa pusat hiburan dan persundalan, perjudian telah dikurangkan kalau pun susah nak dihapuskan?

Bagaimana dengan ekonomi Islam serta aktiviti muamalatnya?

Ah......makin dilayan 'batuk' Mahathir ini.....makin terasa nak muntah dek loya mendengar 'batuk'nya bercampur kahak biru.