Followers

Friday, 4 February 2011

'Lintah Merah' sukakan 'darah muda' siswa/wi......alahai.....

Dulu istilah 'lintah darat' amat popular di negeri sebelah Pantai Timur. Ia sensasikan ke dalam drama Melayu. Melayu pun teresak-esak......tersedu sedan menangis sebagai tanda simpati dan kesedihan teramat sangat.

Apa tak sedihnya si-towkay besar hanya 'menyedut' hasil kutipan nelayan.....hutang bot dan hutang 'advance terutama ketika musim tengkujuh terpaksa dilunaskan walaupun sedikit demi sedikit.

Dulu pengambil upah penoreh getah pun begitu juga nasibnya. Hasilnya tak seberapa tapi hutang dengan towkay besar ketika anak-anak membesar.....beban ketika musim naik sekolah dan musim perayaan terpksa diselesaikan walaupun beransur-ansur.

Namun Umno masih beretorik dengan 'lagu' lamanya. 'Lagu' Melayu perlu bersatu.....'lagu' Melayu ber'Tuan' sentiasa diputarkan lagi dan lagi agar Melayu khayal sehingga lupa akan jerih mereka melangsaikan hutang dan perit mengharungi hidup. Memang Melayu mudah lupa, sebab itu Melayu masih bergayut kepada Umno. Melayu tidak berani keluar dari kotak pemikiran yang dipahat indah oleh Umno sehingga Melayu berasa selesa di dalam kepalsuan.

Fenomena ini masih wujud di zaman ini......konsep lintah darat masih wujud.

PTPTN adalah 'lintah darat' ciptaan Umno.

Anak-anak dibeban hutang PTPTN. Belum pun menikmati gaji untuk bangkit dari keletihan memerah otak ketika di Menara Gading......belum pun sempat menghulurkan sehelai dua kain pelikat dan telekung kepada kedua-dua orang tua......belum pun sempat menabung seringgit dua untuk projek perkahwinan dan pembelian kereta (sudah menjadi satu keperluan) serta beban sewa rumah dan perbelanjaan sehari-hari......surat 'lintah darat' datang menagih hutang.

Semalam pengumuman " Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM5.8 bilion untuk pinjaman kepada pelajar ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara pada tahun ini. " bisa mencairkan orang Melayu. [ sumber .]

Dek terpaksa menghadapi beraneka yuran di IPTA mahupun IPTS, orang Melayu terpaksa melayani 'lintah darat' moden ini. Sebaik saja tamat pengajian......mahu tak mahu bersedialah menerima surat kiriman dari 'lintah darat' moden ini.......adesssss 'lintah merah' ini amat menyiksakan siswa/wi Melayu.

Teringat akan cerita P.Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang......"Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah, dikerisnya kah? Atau ditenaganya kah?"

Dalam konteks ini......"Di manakah terletaknya kekuatan Umno, di'retorik'nya kah? Atau pada warna merahnya kah?"

Jawapannya ada di dalam huruf U. M . N . O kah atau dalam huruf P . K . M . B . (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ) kah?

Ada orang kata, kekuatan Umno adalah pada huruf P . K . M . B . iaitu Pangkah Kami Mesti Bereh .