Followers

Thursday, 10 February 2011

Ke Putrajaya: Jangan yang dikendong berciciran...Part II

Di dalam keghairahan serta semangat yang berkobar-kobar hasrat Pakatan Rakyat 'menakluki' Putrajaya, kekadang kita mudah lupa atau berasa complacent dengan beberapa negeri yang sudah dimiliki.

Kita merasakan seolah-olah semua tindakan kita betul. Daripada kenyataan pimpinan tertinggi semuanya tiada cacat cela.....semuanya betul dan beres belaka...tiada yang tiada betul...semuanya betul belaka.

Dalam konteks Negeri Selangor, dikhuatiri tindakan di akhir-akhir ini harap-harapnya janganlah seperti kata orang-orang lama....." jangan kerana hujan sehari......menghapuskan panas setahun".

Rata-rata ramai rakyat di Selangor bersetuju dengan tindakan MB dan para Adunnya meminda Perlembagaan Negeri bersabit dengan perlantikan SUK baru-baru ini walaupun gagal dek kurang 2/3 majoriti, kerana apalah maknanya dapat memerintah negeri tapi kuasa Menteri Besar terpinggir.

Dalam perkembangan yang lain, ramai pula yang terkejut dengan tindakan drastik MB. Ramai yang bersimpati dengan nasib SUK. Dikhabarkan SUK hanya diberi masuk 'setengah' saja. Tidak semua mesyuarat Exco, SUK diizinkan bersama. [sumber.]

Tidakkah ini merupakan satu penghinaan bagi semua penjawat awam.

Walaupun semasa menjadi Pengarah Jais, beliau dikatakan menimbul banyak kontroversi lantas beliau dicopkan sebagai ejen Umno dan berbagai lagi, namun untuk menghukum beliau sebegitu rupa, amatlah tidak profesional.

Yang paling memualkan lagi ialah apabila diberitakan seorang Adun yang didakwa di bawah Akta Menghasut akan ditanggung beres oleh Kerajaan Negeri dari segi bayaran guamannya.

Mereka merungut kenapa mesti wujud double standard? Dalam satu masa kita menentang Umno menonggang segala harta dan pegawai Kerajaan untuk kepentingan mereka......tapi dalam masa yang sama PR bertindak semacam 2x5 saja menggunakan wang rakyat.

Ayuh terimalah segala teguran dan rungutan dari suara hati ribuan penjawat awam yang menyokong PR semasa PRU12 dulu, kecualilah jika pimpinan PR merasakan mereka semuanya 'maksum'.