Followers

Wednesday, 9 February 2011

Ke Putrajaya: Jangan yang dikendong berciciran......

Mengandaikan serta mengcongak2 di atas kertas adalah kerja yang paling senang......tak habis current pun.

Untuk ke Putrajaya, Pakatan Rakyat hanya perlu simple majoriti (majoriti mudah)......paling koman pun lebih 1 kerusi.....atau lebih beberapa kerusi lagi baik dan yang paling glamour kalau dapat lebih 2/3 kerusi.

Rasa-rasanya untuk mendapat majoriti 2/3 amatlah 'mustahil' melainkan pengundi totok Umno di Saluran 1 dan 2 mati mengejut terkena wabak misteri di seluruh Malaysia.

Untuk mendapat simple majority dengan kelebihan 1 kerusi atau lebih sikit mungkin tidak mustahil.

Tetapi itu conggak beberapa bulan dahulu. Dalam politik aras pasang surut amat pantas.....lebih pantas dari pasang air laut.

Ia menjadi pantas kerana media pencacai amat licik memutarbelit.....memanupulasi setiap pergerakan dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu Pakatan Rakyat tidak seharusnya menyalahkan media serta Umno semata-mata tanpa mengakui segala kelemahan diri.

Sudahkah Pakatan Rakyat mengenalpasti setiap kekuatan dan kelemahan status Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu sendiri dan kawasan Parlimennya?

Sudahkah Pakatan Rakyat mengenalpasti bakal Ahli Parlimen yang berwibawa......yang agak-agak standardnya taklah semurah katak 6 'jahanam' itu yang akan bertanding dalam PRU13 nanti.

Sudahkah setiap parti komponen menggerakkan jentera pilihanraya di setiap DUN dan Kawasan Parlimen?

Sudahkah setiap parti komponen menggerakkan jentera pilihanraya disetiap unit dalam DUN?

Sudahkah parti komponen menyelesaikan masalah dalaman sehingga berkemungkinan akan berlaku lagi beberapa ekor 'katak' melompat menjelang PRU13 atau selepas memenangi PRU13?

Jika jawapannya belum......marilah kita beramai-ramai menyanyikan lagu say hi hi bye bye pada Putrajaya.

Yang paling menggerikan apabila yang dikejar tak dapat......yang dikendong berciciran.....alangkah malangnya.