Followers

Sunday, 6 February 2011

'Geng mudo' tetap bersama PAS Kelantan


Kenapa Umno Kelantan memilih warna merah dan tidak warna biru?

Jawapannya senang saja......kerana ingin menumpang fenomena kebangkitan 'The Red Warriors' yang menjuarai Piala Malaysia dan Pial Sumbangsih.

Kira-kira nak tumpang 'semangkuk' lah tu......sambil menyelam sambil minum air.

Tolong sikit......tidak semua penyokong hard core The Red Warriors yang terliur dengan Umno.

Dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan maka tidak ketinggalan 'geng mudo' (geng muda) akan mengibarkan logo PAS di setiap penjuru stadium di Kota Bharu sendiri mahupun di luar Kelantan.

Saya sempat berbual dengan beberapa orang pemuda semasa Majlis Blogger bersama TGNA yang diadakan baru-baru ini......katanya.....'geng mudo tetap bersama PAS Kelantan.