Followers

Wednesday, 2 February 2011

Berbaloi kan?......awak hanya dapat lalai dan lagho.....

Lu tolong gua......gua tolong lu.

Begitulah eratnya jalinan di antara majikan dengan pekerja.

Tidak diragukan lagi tindakannya itu memang nampak betapa murahnya hati towkay wayang ini. Sangup berhabis sebanyak RM4.5 juta sebagai bonus untuk diagihkan kepada 'anak wayang' dan barisan kru yang telah bekerja keras......mendedahkan aurat sana sini......mengorbankan waktu paling berkualiti bersama keluarga untuk mengembungkan kantungnya.

Ada yang mendapat rumah, pakej umrah dan wang tunai.

Ber'baloi' kan?

Penonton juga memainkan peranan yang amat besar......berhabis-habisan duit untuk turut serta mengembungkan kantungnya.

Apa yang penonton dapat?

'Bonus' yang paling besar penonton kecapi ialah hiburan yang hanya bersifat sementara......selebihnya lalai dan lagho.....

Apa yang Kerajaan dapat?

Sudah tentu seronok......cukai hiburan masyuk banyak ke dalam kantung negara. [sumber .]