Followers

Sunday, 13 February 2011

Bangganya jadi Melayu......alahai.....

Aku amat bangga bangsa ku Melayu sudah top dalam hidu gam......hidu taik lembu.....cucuk lengan.....cucuk kepala konon nak lebih high.

Sapa tak bangga bila bangsa Melayu kedepan dalam kes ragut......rogol.....'makan' kaum kerabat sendiri kerana nafsu tak puas-puas.

Sesungguhnya kita mesti bangga anak bangsa Melayu kita berkemahiran dalam pecah kereta.....pecah rumah......pecah perpaduan.

Juara buang bayi adalah Melayu......kau orang tak bangga ke? Sekurang-kurangnya Melayu pandai me'milih'......ye memilih... macam pilih antah...yang tak elok mestilah di'buang'...bukan begitu ustaz-ustaz Umno?

Kalaulah semua orang Melayu tidak berpecah dan duduk dalam Umno seperti dianjurkan oleh Pak Cik Det......tentu ramai lagi anak bangsa Melayu kedepan dalam lepak-melepak di kedai-kedai kopi.....di bar-bar kerana dibelanja oleh pemimpin mereka yang berjuang dengan penuh ikhlas untuk merebut jawatan tertinggi dalam Umno.

Satu dunia akan bermegah......tengok bangsa Melayu...bangsa perpaduan.....hanya Umno satu-satunya wadah perpaduan.....mereka menjuarai rasuah tapi berasuah dengan hati yang suci.....berasuah dengan tulus ikhlas kerana berlumba-lumba untuk kebaikan.....berduit-duitan untuk kedepan dengan satu tekad, satu azam untuk mendapat jawatan untuk menjadikan bangsa Melayu satu bangsa paling bermaruah paling disegani......kah kah kah kah kah.....tentu 'perkasa', 'perkida', 'ppim' dan yang se'waktu' dengannya tersenyum lebar dan menyokong saranan ini. (sumber .)