Followers

Saturday, 5 February 2011

Awak tak 'salah' Mubarak......orang lain pun sama je

Gambar hanya sebagai hiasan

KAHERAH, 4 Feb — Hosni Mubarak berkata beliau sudah “bosan” kekal sebagai presiden Mesir dan memang mahu bersara dengan segera tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian sekarang.

Oleh itu kata Hosni, 82, beliau bimbang negara dengan 80 juta penduduk itu akan huru-hara jika mengambil tindakan meletakkan jawatan sekarang.[sumber .]

Cakap-cakap seperti itu masih lagi mengiang2 di telinga.....semacam baru saja dengar daripada dua orang pemimpin Umno.

Seorang memerintah terengganu berpuluh-puluh tahun...manakala yang seorang lagi memerintah Malaysia berpuluh-puluh tahun.

Kedua-duanya masih lagi berada dalam Umno. Seorang sudah tidak lagi aktif, tapi yang seorang lagi masih lagi galak buat ucapan-ucapan 'panas' samada kritik sesama Umno dan sementelah lagi pembangkang.

Kedua-dua mereka pernah buat ucapan sama seperti Hosni Mubarak......kata-kata untuk 'memukau' rakyat......maka mereka pun bermadah....."bukan tak mahu turun...tapi perjuangan belum selesai..."

......Alahai......macam orang lain tak tahu nak buat kerja...macam orang lain tak pandai berjuang...macam awak sorang aje yang tahu perintah negara...macam orang lain 'tunggul kayu bernyawa'...sekali fikir memang 'tunggul kayu bernyawa' pun kerana diam kaku, khusyuk tawaduk tak melawan, tak berani menegur, tak berani nak angkat kepala.

Ada seorang lagi di'turun'kan dari 'kerusi-panas'nya melalui pilihanraya.....masih lagi bersuara tapi tak berapa nak lantang lagi..... almaklum kes rasuah sedang menanti.....tapi masih lagi 'meroyan2', 'meracau2' dan meng'hentak2' kaki tangan kerana keciwa.

Realitinya mereka tak mahu 'turun' bukan kerana perjuangan belum selesai.....jauh sekali kerana takutkan huru-hara tetapi kerana sayangkan......alah semua dah maklum.....kalau turun, mana ada orang nak beri layanan 5-bintang atau 10-bintang secara 'percuma'.....'perkakas' Kerajaan macam perkakas harta pusaka macam harta datok nenek mereka.

Sejarah telah buktikan......satu hari 'kamu' akan turun juga...cuma yang bezanya, turun secara terhormat atau ter'tendang' secara hina.

Maksud Al-Quran, Surah Ali-Imran, Ayat:26,

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!
Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan
Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.

Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan
Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.