Followers

Monday, 14 February 2011

Anwar liwat......'Liwat' Anwar.....yg pastinya Anwar terkena

Kira-kira sebelum PRU10 tahun 1999 dahulu adalah sorang sahabat tanya saya......"Syeikh, hang caya tak Anwar meliwat?"

Saya jawab ringkas, "Aku tak caya."

Pada masa tu, Anwar dan PAS masih lagi bermusuh......ye musuh politik......sepatutnya saya ketika itu, senang-senang boleh percaya kerana itulah modal besar PAS untuk menyerang Umno......kerana ketika Anwar difitnah......beliau masih dalam Umno.

Sahabat saya tu dengan nada serius cuba menyakinkan saya, "Walaupun ada bukti video?"

Saya jawab dengan nada marah, "Tak percaya." Sahabat tadi menggeleng2kan kepala macam frust nampaknya.

Saya sambung lagi, "Kami diajar, dalam Islam mesti bawak 4 saksi. Saya tak mahu dapat dosa percuma. Hatta kalu Anwar 'buat' sungguh pun kerja laknat itu, kalau tak de 4 saksi......dia tanggunglah dengan Allah walaupun pandangan manusia dia terlepas."

Sahabat saya terus beredar dan tak bersalam dengan saya mungkin keciwa kot.

Saya bukanlah nak tunjuk warak atau sebagainya......tetapi itulah hakikatnya.

Tetapi kenapa Umno fitnahkannya sebegitu rupa sedangkan Umno tahu PAS tak akan percaya?

Oh senang je......fitnah itu untuk orang-orang Umno sendiri dan mereka yang di atas pagar. Orang Umno amat gemar dengan cerita-cerita sensasi dan fitnah-fitnah bertaraf maut. Tapi yang peliknya kalau pemimpin mereka difitnah......sepantas kilat mereka akan melenting kerana kononnya Umno itu 'maksum'......mereka adalah manusia suci bertaraf 'wali-wali' Allah...tidak mengambil rasuah jauh sekali berzina......merekalah pejuang Agama yang zuhud......setiap titik peluh mereka mencecah bumi bermakna satu kebaikan kerana mereka berjuang kerana Allah semata-mata......kalau tak percaya tanyalah Ustaz-Ustaz Umno seperti Pak Kiyai Haruss, Pak Kagat, Pak Dullah, Al Alama Kiyai Pak Det, Kiyai Pak Din, Lebai Pak Jeeb, Kiyai Kelapa Sawit, Wali Allah Al-Mashitoh dan ramai lagi.

Jadi kalau Umno masih lagi guna senjata lama untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat, sesungguhnya mereka membuat kerja sia-sia.

Hari ini kes liwat disambung lagi......perbicaraan hanyalah prosedur biasa......'verdict'nya dah lama tahu.