Followers

Thursday, 3 February 2011

Adun Seri Muda ditahan bawah Akta Hasutan

Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei ditaham pada pukul 11.15 pagi tadi mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan.

Beliau dibebaskan 10 minit kemudian dengan jaminan polis beserta seorang penjamin dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pukul 9 pagi Isnin ini.

Begitulah permainan politik terdesak Umno/BN. Beberapa orang totok Umno telah membuat laporan polis berikutan tulisannya di blognya srimuda.blogspot.com yang disiarkan pada 30 Disember lalu dalam isu 'Khusrin' dan kononnya menghina Istana.

albrangionline:

Orang-orang tua selalu berpesan kalau nak tolong orang kenalah hati-hati terutama kalau tolong orang lemas air.....tersalah tolong bersekali dengan kita akan turut lemas......kalau nak tolong orang yang hilang akal......berhati-hati tersilap langkah kepala kita akan dipelangkung.....percuma sakitnya sedangkan orang itu ada 'lesen besar.'