Followers

Thursday, 20 January 2011

Ziarah Pengedar Harakah Terbaik di 'Dunia'

Malam tadi PAS Bandar Baru Bangi 3 dan 3 Tambahan telah bermesyuarat sambil berziarah Hj.Amir Hamzah dirumahnya.

Beliau yang pernah mendapat Anugerah Pengedar Harakah terbaik di Malaysia......malah di'dunia' juga merupakan aktivis PAS yang tegar.

Beliau baru menjalani pembedahan kaki (amputation) kerana mengidap kencing manis dan sekarang sedang berehat dirumahnya di Bandar Baru Bangi.

Sebagai tanda ingat, cawangan kami telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau dan mendoakan agar beliau cepat sembuh dan kembali aktif. Beliau sempat memberitahu bahawa beliau tidak mahu melepaskan jawatan ketua PACA, itulah semangat yang patut dicontohi.