Followers

Thursday, 20 January 2011

Umno: Demam tak kebah di Merlimau?

Terkini:

ADUN Merlimau meninggal dunia pukul 8.10 malam ini
20/01/2011 8:38pm

MELAKA 20 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putra kira-kira pukul 8.10 malam ini.

Perkara tersebut disahkan oleh doktor yang merawat Mohamad Hidhir, Datuk Dr. Suhaimi Mohd. Uda Tenang.

Ketika ini Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berada di Hospital Putra sebelum membuat pengumuman mengenai perkara tersebut.

Utusan difahamkan jenazah akan dibawa ke rumahnya di Kampung Tersusun, Lipat Kajang, Merlimau malam ini. - Utusan



Dari Allah ia datang......kepada Allah ia kembali.

Al-Fatihah untuk bekas Adun Merlimau, Umno/BN yang telah pulang ke Rahmatullah.

Pok Oncu telah mengesahkan melalui telefon tadi dan juga dari mStar .


Diucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.

Begitulah kehendak yang Esa......kalau Pelabuhan Kelang, Kota SiPuteh, Behrang dan Changkat Jering SPR boleh berdolak dalih sekalipun......Merlimau pasti diadakan.

Sekarang siapa yang pening.......siapa yang demam......ini yang dikatakan demam tak kebah.