Followers

Sunday, 2 January 2011

Umno: Azam sambal belacan......alahai.....

Ada beberapa orang Umno tanya saya, "Syeikh.....apa azam tahun baru?"

Saya jawab sinis, "Azam saya nak 'hancur'kan Umno."

Mereka pula sambil senyum perli sambil mencebik bibirnya yang memang jenis bibir yang tak berkatup, "Tiapa tahun azam yang sama.....keras sangat ke Umno? Susah ye nak hancur?"

Saya jawab, "Umno tu lembik.....tapi dicampur 'konkrit Gred 40' macam jambatan jadi kerasnya."

Mereka tanya lagi, "Apa peristiwa yang tak boleh dilupai?"

Saya jawab, "Jatuhnya Perak secara ayam betina?"

Pada mulanya, mereka semacam kontrol macho......tapi telinga udah mula panas.

"Syeikh.....Ingat sikit, Umno yang memerintah negara. Suka hati kita oranglah.", jawapan yang tersembur daripada mulut mereka yang bacul.

Saya jawab dengan nada yang paling lembut, "Malaysia bukan warisan pesaka dari atuk nenek Umno. Ini negara demokrasi."

Mereka kelihatan gelisah lalu menyalakan api pada rokoknya.

Saya terus 'menyerang'nya, "Inilah azam tahun baru orang Umno......setiap tahun berazam berhenti hisap rokok."

Mereka kelihatan ketawa besar tapi hambar.

Kami bersalam dan beredar.

Aduh......puasnya.....