Followers

Sunday, 30 January 2011

Tak patut tak diberi peluang anggotai Kabinet......

Dia memang cerdik dan pandai. Malah sering mendapat jemputan untuk menjadi tetamu rasmi dan menyampaikan ucaptama pada persidangan terutama yang berkaitan pendidikan kanak-kanak dan wanita serta pembangunan sosial.

Itulah yang terkeluar dari mulut seorang menteri yang menjaga hal-hal luar negara.

Apa maknanya?

Itu maknanya......samada kamu gagal menjalankan tugas sebagai menteri yang sepatutnya menjaga hal-hal perhubungan Malaysia dengan luar negara atau......biasalah ungkapan bodek boss besar.

Kalau ungkapan di atas terkeluar dari mulut seorang yang ikhlas......sila berundur dan syorkan beliau sebagai menteri yang menjaga perhubungan Malaysia dengan negara-negara luar terutama dalam hal-hal penubuhan tadika, gejala sosial, pengunaan susu ibu, penjagaan suami agar kasih sayang berkekalan, keterampilan diri, penjagaan suara dan pemakaian dan pelbagai lagi.

Prosesnya tak payahlah diajar......lompat ikut 'tingkap' je......yakni dilantik sebagai Senator dan terus dilantik sebagai menteri yang menjaga perhubungan dua hala.....tiga hala.....dan 'banyak-banyak' hala lagi. [sumber .]