Followers

Saturday, 22 January 2011

SPR kantoi......malunya aku.....

Memalukan dan mengaibkan......malah amat tidak beretika apabila orang belum mati sudah dikatakan mati.

Sepatutnya beliau menuntut maaf dari pada keluarga yang sedang bersedih ketika orang yang disayang belum mati tetapi sudah diumum mati.

Yang peliknya......kerjanya mengumumkan bila hari penamaan calon dan buang undi.....bukannya umum kematian. Kerja mengumumkan kerusi Dun kosong akibat kematian atau by default adalah kerja Speaker, bukan kerja SPR.

Kerja awak untuk mengumumkan PRK Kota Siputeh masih lagi tertangguh......apa macam? Lepas ni awak kena umum pulak kerusi Pelabuhan Kelang.

Kenapa jadi begini?

Ia terjadi kerana terlebih 'kuah' dari 'periuk'......membodek tahap layak menerima Anugerah Bodek Negara.

Saya sendiri amat tidak bersetuju atau suka dan sudah dikira 'suey' jika penjawat awam dimarahi oleh orang politik. Orang politik sepatutnya di'marah' oleh rakyat kerana mereka dipilih oleh rakyat.

Tapi dalam hal ini, apabila SPR dimarahi oleh orang politik......amat malang sekali......jalan paling baik ialah meletak jawatan agar integriti SPR dapat meningkat naik.

Itulah lain kali awasi sempadan kerja......jangan dalam kepala ingatkan bodek.....bodek.....bodek. [sumber .]