Followers

Thursday, 27 January 2011

PKR......janganlah jadi seperti FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sikit lebih kurang macam Umnolah......memang 'kepala' macam Umno pun (kecuali Dato Takiyuddin Hassan).....mereka merasakan diri mereka 'maksum'.

Mereka tidak boleh dikritik......semua makhluk samada yang bernyawa atau yang tidak bernyawa adalah 'kebal'.

Padang, tiang gol, pengadil, jadual pertandingan, bola, jaring, bendera, pegawainya tak boleh di'sentuh' langsung.

Mereka tak boleh di'sentuh' kerana dikhuatiri akan jadi 'gatal-gatal' pada kulit mereka yang halus 'mulus'.

Mana-mana pegawai......jurulatih, pemain yang mengkritik akan di'sumpah' menjadi 'batu'......sejuk kaku.....terbujur keras tak boleh bermain lagi atau menggendalikan mana-mana pasukan.

Yang pasti mereka tak boleh nak gantung......mungkin 'tali' tak cukup panjang ialah penonton.

Apalah ada pada mereka jika stadium kosong?

Kalau tak cukup 'karipap' masa mesyuarat mereka akan hanya men'jilat' jari. [sumber .]

al-brangionline:

Harap-harap PKR......janganlah jadi seperti FAM......alahai.....