Followers

Monday, 31 January 2011

Peguam Ariel Peterporn diprotes kerana rujuk kes Soo Lek ~ Mahkamah jadi ribut lagi gawat.....waduh


Usikan malam......

Ubati hati yang lara kerana mengenangkan banjir menimpa pengundi di Tenang semalam. Sehingga sekarang masih ramai lagi mereka 'kesejukan' kerana bantuan lambat......almaklum pilihanraya sudah selesai kan.....waktu 'afdal'nya sudah luput.

Sila layan......kisah hangat ini.....

Mahkamah Daerah Bandung menjadi ribut.....gawat sekali.....apabila Lawyer kepada Nazriel Irham a.k.a. Ariel Peterpan, lead vokalis dari Kumpulan Peterpan merujuk kes Soo Lek untuk membebaskan anak guamnya. Anak guamnya didakwa kerana membuat dan mengedar pornografi yang pelakon utamanya terdiri di antara Ariel Peterpan sendiri bersama dengan bekas pacarnya Cut Tari dan pacar semasanya Luna Maya.

Peguam : Saya ingin merujuk kepada kes Soo Lek, pelakon utama dalam VCD yang tersebar luas. Kenapa beliau bergerak bebas, bahkan beliau membuat pengakuan dengan bangga, yakin serta pengakuan dengan lidah yang amat fasih sekali......"Sayalah jejaka di dalam aksi ranjang itu".....walhal VCDnya itu diedar oleh orang lain yang ingin mengambil kesempatan.

Pendakwaraya : Siapa itu Soo Lek......bila waktunya.....tarikhnya.....lokasinya.....kepulauan mana.....siapa pasangannya. Bisa tayangkan di Mahkamah untuk tontonan bersama?

Seisi Mahkamah menjadi gawat.....ribut sekali. Sesama sendiri whispering.....siapa itu Soo Lek.....Vokalis dari Band mana? Aktor? Pemain Badminton? Pemain Bolasepak Timnas?

Peguam : Soo Lek bukan artis atau ahli olahraga Timnas.....tetapi aksi hangatnya persis seorang akrobed. (akrobat). Beliau berasal dari Seberang iaitu dari Malaysia, seorang politikus yang 'handal'.....lembut.....anjal.....pantas.....versatile.....flexible.....

Pendakwaraya : Bantahan yang Arif. Indonesia bukan negara Commonwealth Country. Sebarang kes di sana ngak boleh menjadi referensi di Mahkamah Indonesia.

Peguam: Tetapi bukankah kita dari satu rumpun?

Hakim mencelah: Mereka beraksi di atas ranjang bukan di bawah rumpun bamboo.

Sekali lagi Mahkamah menjadi gawat dan ribut.

Memendekkan cerita.....Mahkamah menerima bantahan dari Pendakwaraya dan menjatuhkan hukuman seperti DI SINI .