Followers

Wednesday, 5 January 2011

PAS: 'Profesional' irihati dengan Ulamak?......pencacai putar lagu UG

Makin dekat dengan Muktamar PAS makin mengelabah golongan profesional (bukan semua ye,) dalam PAS.

Makin dekat dengan PRU13 makin rancak isu UG dikorektimbul balik.

Makin dekat 'perarakan' ke Putrajaya makin rancak pencacai dalam Pakatan Rakyat membangkit isu UG.

Umum menklasifikasikan golongan profesional adalah mereka yang terdiri dari Doktor, Jurutera, Akauntan, Jurukur dan sebagainya.

Manakala Ulamak pula di'brand'kan mereka yang berlatarbelakangkan Agama.

Sesetengah kalangan professional dalam PAS amat berperasan dengan ke'profesional'annya sehingga ada yang bertindak seolah-olah mereka semuanya pakar dalam pentadbiran walaupun disiplin ilmunya hanya terbatas dalam ruang lingkup yang amat sempit.

Sesetengahnya pula ada yang menguasai sedikit ilmu Agama maka makin kembanglah hidungnya mendongak ke langit konon-kononnya.......akulah yang hebat.

Kenapa tidak golongan profesional duduk semeja dan 'compliment each other' dengan ulamak?

Kenapa gentar dengan golongan ulamak? Kerana takut ulamak menguasai saf pimpinan?

Kenapa di tahun-tahun 70an hingga 90an golongan profesional amat menghormati dan memuliakan ulamak?

Kenapa apabila berada dalam Pakatan Rakyat golongan profesional sudah mula resah gelisah dengan ulamak?

Adakah golongan profesional (buan semua ye) merasa cemas dan memang cemas kerana perwakilan masih bergantungharap kepada ulamak menerajui PAS.....maka 'mereka' merasa tiada tempat dalam PAS?

Apabila tiada tempat dalam PAS......maka sudah semestinya 'mereka' merasakan yang 'mereka' akan tercicir dalam urusan pembahagian 'ghanimah' (jawatan dan yang sewaktu dengannya) apabila Putrajaya sudah di'takluki' nanti.

Apabila disebut Pakatan Rakyat maka parti di dalamnya tidak lain tidak bukan adalah PAS, PKR dan DAP.

Di awal-awal posting ini ada disebut soal 'pencacai Pakatan Rakyat' dan soal UG.

Maka apabila disebut 'pencacai Pakatan Rakyat' maka orang-orangnya ialah dari penyokong dan pendokong PAS sendiri dan PKR (bukan semua ye). Saya tak nampak lagi DAP terlibat dalam isu ini.

Apabila disebut UG......maka 'lapang sasar'nya iala TGHA dan Ustaz Nasa.

Mereka yang membuat posting yang berlawanan dengan citarasa 'pencacai' ini akan di'trade-mark' sebagai penganut UG......itulah hujah Awang Lambert atau Mat Sotong yang ala-ala ya auwww auwww.

Soal UG sudah lama berkubur tetapi kenapa dikorektimbul balik?

Ditakdirkan TGNA hadir bersama TGHA dalam santapan malam bersama DYMM SPB YDP Agong dan PM di Istana Terengganu, Kula Lumpur (sila baca DI SINI .).....itu pun tidak upaya untuk menutup mulut pencacai-pencacai dalam Pakatan Rakyat

Jika ditakdirkan TGHA pergi berseorangan.....apa akan jadi?......tentulah puak-puak 'pencacai' akan ber'boria'......ber'dondang sayang'......be'ronggeng'.....ber'zapin' hingga ke pagi.

UG hanya merupakan peluru untuk 'menempang'kan atau 'merebah'kan langsung TGHA dan Ustaz Nasa daripada menerajui PAS.

Ini yang dikehendaki oleh Umno pun dan juga be'berapa' golongan 'profesional' (perasan) dalam PAS dan sebahagian pencacai dalam dan luar Pakatan Rakyat. Yang paling sedih ada juga yang berstatus ulamak tetapi 'malu-malu' dengan gelaran itu dan kalau boleh mereka seronok dikenali sebagai profesional.

Ada desas-desus mengatakan kononnya orang yang berserban tak tahu mentadbir negara.

Bukankah sesebuah bangunan itu menjadi kuat kerana setiap anggotanya seperti foundation.....tiang.....alang.....rasuk......lantai.....bumbungnya dll saling lengkap melengkapi antara satu sama lain?

Marilah kita bersatu mendokong PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya dengan membuang jauh-jauh segala kesangsian dan tinggallah 'pencacai' itu dengan 'angan-angan'nya

al-brangionline:

Kebenaran akan menyerlah jua InsyaAllah.