Followers

Wednesday, 26 January 2011

Muhyiddin perlu masuk kelas 'dewasa'......memalukan.....

Timbalan Presiden Umno ada keperluan masuk kelas 'dewasa' semula.

Kelas 'dewasa' pernah diwujudkan oleh Almarhum Tunku untuk men'celik' rakyat daripada terbelenggu buta huruf.

Tetapi kelas 'dewasa' kali ini lebih ditumpukan kepada subjek politik. Timbalan Presiden perlu didedahkan kepada ilmu hisab politik yang membezakan majoriti mudah (simple majoriti) dengan majoriti dua pertiga (2/3rd. majority).

Mana-mana parti boleh memerintah negeri atau negara jika memenangi pilihanraya umum dengan majoriti mudah, walaupun dengan kelebihan satu kerusi, tetapi untuk meminda Perlembagaan Negeri/Negara memerlukan majoriti 2/3.

Dalam kes Selangor gagal meminda Perlembagaan Negeri dalam sidang khas baru-baru ini adalah kerana kurang 2/3 majoriti bukannya hilang mandat dari Dewan.

Jadi, kalau dengan sebab itu Timbalan Presiden Umno mendesak TS Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan kononnya tidak mendapat sokongan majoriti, maka beliau seolah naif dalam ilmu politik kerana beliau lupa Barisan Nasional juga tidak mendapat 2/3 majoriti dan juga ini bermakna Presidennya juga tidak mendapat sokongan majoriti di Parlimen dan begitu juga apa yang berlaku di Perak.

Sebagai seorang Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri, kenyataan dangkal seperti itu memang layak melepaskan jawatannya. [sumber .]